Vous êtes sur la page 1sur 28

ABSTRAK Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahirankemahiran generik seperti kemahiran pembelajaran, kemahiran berfikir

kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Kemahiran pembelajaran merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisyen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.

1.1 PEMBACAAN DAN KOMUNIKASI Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis dan bahan-bahan rencana yang berkaitan. 1.1.1 Pembacaan Pembacaan menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2010) pembacaan ialah perbuatan (usaha, kegiatan) membaca (buku, akhbar, majalah dan lain-lain). Melalui pembacaan juga adalah satu proses atau cara untuk mendapatkan maklumat secara berterusan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar ketika membaca. Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa ataupun selepas proses membaca. Untuk memperolehi keputusan yang cemerlang, seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul. Biasanya pelajar akan melupai dan tidak memahami apa yang dibaca walaupun telah membaca berulang kali. Ini menunjukkan cara bacaan mereka tidak dapat menghasilkan kefahaman pembacaan yang maksimum. Saniah Sayuti (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Kaedah sepintas lalu (scanning) ialah membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isiisi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Kaedah secara sekilas (skimming) pula adalah dengan melompat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Lazimnya cara ini adalah tertumpu kepada mencari isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi.

Untuk bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R (Survey-Question-ReadRecite-Review), SQ4R, REAP, dan teknik KWLH. Teknik SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey tinjau ), Q ( question soal/Tanya ), R ( read baca ), R ( recite imbas kembali atau nyatakan secara lisan ) dan R ( review baca semula ). Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik membaca ini amat berkesan untuk pembelajaran bahasa. Teknik SQ4R adalah teknik membaca secara kritis yang diperkenalkan oleh Pauk (1984) yang mana dapat mempertingkatkan pelajar memahami teks yang dibaca dalam jangkamasa yang lebih singkat lagi. Di samping itu teknik ini juga difikirkan dapat membantu pembaca memahami teks dalam jangka waktu yang lebih singkat terutamanya selepas meringkaskan serta menggabungkan langkah-langkah yang memakan masa yang panjang. SQ4R adalah singkatan bagi; ( Survey-tinjau, Question-soal/Tanya, Read-baca, Record-mencatat, Recite-imbas kembali atau nyatakan secara lisan, Reflect-membayangkan semula ). Manakal REAP adalah singkatan bagi R( read) membaca. Proses membaca ini dilakukan bertujuan untuk memilih idea utama. E ( Encode ) mengekod. Proses ini bertujuan untuk memahami mesej oleh pengarang. A ( annote ) menganotasi. Proses ini bertujuan untuk dengan membuat catatan mesej. P (ponder) memikirkan. Proses ini bertujuan untuk memproses mesej. Teknik REAP ini memberi penekanan ke atas strategi pembacaan yang dikaitkan dengan pemikiran kritis di kalangan pelajar. Ini kerana pembacaan kritis dapat membantu pelajar menguatkan lagi strategi pemahaman dengan mengambil kira penggunaan unsur kognitif dalam pembacaan. Tujuan teknik membaca REAP adalah untuk meningkatkan kemahiran meringkaskan pembacaan dan membantu pelajar mentafsir idea pengarang dengan

menggunakan perkataan sendiri serta membina kemahiran menulis bagi membantu mengingati idea hasil pembacaannya. Teknik lain ialah teknik membaca KWLH, di mana ia adalah suatu teknik membaca yang kritis supaya pelajar dapat meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari. Teknik ini sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Model ini menjana pemikiran yang aktif ketika membaca. KWLH adalah singkatan untuk K ( know ) apa yang diketahui, W ( want ) apa yang hendak diketahui, L ( Learned ) apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan dan H ( how ) tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca. Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Kajian Gurmit kaur (2004) mendapati 85.8% pelajar lebih memfokus kepada isi penting semasa membaca. Pelajar mengamalkan teknik scanning untuk mencari isi penting di dalam sesuatu teks. Kelemahan yang dapat dikesan oleh Gurmit Kaur (2004) ialah terdapat segelintir daripada responden jarang membuat refleksi untuk sesuatu topik yang dibaca. Refleksi yang dibuat oleh pelajar dengan menggunakan ayat sendiri membolehkan pelajar mengaitkan bahan yang baru dipelajari dengan pengetahuan sedia ada mereka (Witrock, 1990). Dapatan kajian Kamaruddin Mat Rejab ( 2000 ) menunjukkan kemahiran membaca pelajar hanya mencapai tahap sederhana sahaja dengan skor 58%. Dapatan kajiannya juga menunjukkan responden dapat menganalisis maklumat, membuat rumusan, kesimpulan dan menyokong idea.

1.1.2

Komunikasi Komunikasi adalah berasal dari kata Latin Communicare atau Communis yang

membawa maksud sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, bererti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Secara lebih spesifik, pengertian atau definisi komunikasi dapat disimpulkan dari berbagai istilah komunikasi berdasarkan pencetusnya. 1.1.2.1 Definisi Komunikasi Komunikasi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), adalah perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio atau telefon), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang atau bertukar-tukar pendapat). Menurut Hartley & Saunders, komunikasi adalah suatu proses membuat dan membagi pengetahuan melalui suatu transmisi. Gerbner, menjelaskan komunikasi adalah interaksi yang dibuat menerusi mesej-mesej tertentu. Menurut Dr Suriyatun Osman, komunikasi adalah proses menyampai dan menerima pandangan (idea) dan perasaan dengan tujuan menukar persepsi atau tingkah laku (manusia).

Syed Mohamad Al-Adros bin Tuan Muning pula mendefinisikan komunikasi sebagai sesuatu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Dapat disimpulkan bahawa komunikasi adalah satu proses perkongsian idea, maklumat,perasaan dan pemikiran dimana penyampai dan penerima boleh berinteraksi dan memahami tujuan perhubungan tersebut melalui berbagai-bagai medium. 1.1.2.2 Komunikasi Dalam Pembelajaran Komunikasi dalam pembelajaran sangatlah penting kerana tanpa adanya komunikasi suatu pembelajaran tidak akan berjaya. Komunikasi dalam pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua: 1) Komunikasi secara langsung Di mana seorang guru memberikan pelajaran secara langsung dengan pelajar, face to face( bersemuka) di dalam bilik darjah atau pun di luar bilik darjah dalam konteks pembelajaran. 2) Komunikasi secara tidak langsung Guru atau pendidik dapat memberikan suatu pembelajaran melalui suatu media tanpa perlu bersemuka dengan pelajar secara langsung. Pelajar dapat memperoleh informasi secara meluas melaui media internet tersebut, seperti pembelajaran maya atas talian. 1.1.2.3 Bentuk Komunikasi Bentuk komunikasi terbahagi dua iaitu: 1) Komunikasi Verbal menggunakan bahasa sebagai simbol atau saluran komunikasi. 2) Komunikasi Non-verbal iaitu menggunakan anggota badan sebagai saluran komunikasi (bahasa badan, raut muka, bahasa isyarat, ketrampilan diri dan peradaban)

1.1.2.4 Fungsi Komunikasi 1) Pemindahan maklumat 2) Pembelajaran 3) Pemujukan ( Influence ) 4) Hiburan 5) Sosialisasi manusia 1.1.2.5 Komunikasi Berkesan Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi berkesan? Komunikasi berkesan adalah di mana penyampaian maksud oleh penyampai difahami oleh penerima maklumat tersebut. Ini bermaksud penerima maklumat boleh mengingati perkataan dan mesej yang ingin disampaikan dengan jelas,maka ini adalah satu contoh komunikasi berkesan. Kemahiran komunikasi berkesan iaitu: 1) Ada empati ( lebih dari simpati, menjiwai ) 2) Cara masa yang sesuai 3) Berfikiran positif 4) Memilih lokasi yang sesuai 5) Fikir dulu masak-masak 6) mendengar emosi Pola tingkah laku pelajar yang menunjukkan komunikasi berkesan adalah seperti berikut : 1. Bersedia dan menunjukkan minat untuk belajar 2. Berhenti bercakap dan memberi tumpuan kepada pendidik 3. Mendengar dengan teliti 4. Menimbulkan soalan yang relevan jika tidak memahami sesuatu perkara. Sebagai seorang pendidik, kita juga perlu memiliki kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Antara kemahiran dalam proses komunikasi yang perlu dimiliki pendidik adalah seperti berikut: 1. Kemahiran memberi perhatian dan tumpuan kepada pelajar 2. Kemahiran mendengar 3. Kemahiran untuk menghurai kembali

4. Kemahiran menimbulkan soalan 5. Kemahiran menggalakkan pelajar memberi cadangan atau alternatif kepada yang telah dihuraikan.

Persekitaran / Situasi

Contoh model proses komunikasi

Persekitaran / Situasi

Persekitaran / Situasi

Mesej Saluran Respon

Gangguan
Persekitaran / Situasi

Dapat disimpulkan bahawa komunikasi berkesan dilandaskan atas gabungan 7 K iaitu; Kepercayaan-di mana penyampai harus memperolehi kepercayaan daripada pendengar, dapat menarik perhatian dan tumpuan pendengar, dapat membantu kelancaran penyampai maklumat. Konteks- di mana mesej bagi sesuatu komunikasi hendaklah mempunyai kebenarannya. Kandungan- hendaklah mempunyai makna dan makna akan mempengaruhi pendengar untuk bertindak. Kejelasan-mesej seharusnya tidak mengelirukan, pemilihan kata-kata atau simbol-simbol yang digunakan ketika berkomunikasi haruslah jelas dan tidak mengelirukan. Keupayaan Pendengar- tahap keupayaan pihak pendengar akan menentukan kekesanan komunikasi. Jika tinggi tahap keupayaan pihak pendengar, penyampai harus guna ayat yang sesuai dengan ilmu pendengar dan lebih sesuai jika digunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Kaedah- komunikasi harus melalui beberapa saluran yang

dipilih dan sesuai dengan tujuan penyampaian maklumat. Penyampai haruslah mempertimbangkan tentang kumpulan sasar dan berapakah saiznya. K yang terakhir ialah Kesinambungan, di mana komunikasi adalah satu proses yang berterusan, perlu berulangan untuk menarik perhatian pendengar, susunan ayat mesti ada hubungkait untuk melicin penerimaan pendengar, sekaligus menguatkan fakta-fakta yang telah disebutkan. 1.2 PEMETAAN KONSEP Peta Konsep (concept mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind. Konsep pemetaan awalnya berasal dari karya David Ausubel (advanced organizers). Konsep teknik pemetaan dikembangkan oleh Joseph D Novak (1981) di Cornell. Konsep pemetaan berasal dari gerakan pembelajaran yang disebut konstruktivisme. Pada umumnya, konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan awal digunakan sebagai dasar untuk mempelajari pengetahuan yang baru. Pada dasarnya, bagaimana kita berfikir mempengaruhi bagaimana dan apa yang kita pelajari. Konsep pemetaan mengidentifikasikan cara kita berfikir, cara kita kita melihat hubungan antara pengetahuan. Grayson H. Walker, Concept Mapping and Curriculum Design, Teaching Resource Center, The University of Tennessee at Chattanooga. Penggunaan peta konsep dapat membantu pembelajaran pelajar kerana peta konsep yang lengkap dengan gambar, warna, dan hubung kait akan menjadi mudah untuk diingati, dengan membaca hanya sekali imbas sahaja. 1.2.1 Definisi Peta Konsep Menurut Hudojo (2002) peta konsep adalah saling berkaitan antara konsep dan prinsip yang diwakilkan sebagai jaringan konsep yang perlu dikonstruk dan jaringan konsep hasil konstruksi inilah yang disebut peta konsep. Sedangkan menurut Suparno (dalam Basuki, 2000, h.9) peta konsep merupakan suatu bagan skematik untuk menggambarkan suatu pengertian konseptual seseorang dalam suatu rangkaian pernyataan. Peta konsep bukan hanya menggambarkan konsep-konsep yang penting, melainkan juga menghubungkan antara konsep-konsep itu. Dalam menghubungkan konsep-

konsep tersebut dapat digunakan dua prinsip yaitu prinsip diferensial progresif dan prinsip penyesuaian integratif. Dahar (1989) mengemukakan ciri-ciri peta konsep sebagai berikut: 1. Penyajian peta konsep adalah suatu cara untuk memperlihatkan konsep-konsep dan proposisi-proposisi dalam suatu topik pada bidang pembelajaran. 2. Peta konsep merupakan gambar yang menunjukkan hubungan konsep-konsep dari suatu topik pada bidang pelajaran. 3. Bila dua konsep atau lebih digambarkan dibawah suatu konsep lainnya, maka terbentuklah suatu hirarki pada peta konsep itu. Menurut Joseph D. Novak ( 1981 ), pemetaan konsep adalah suatu proses yang melibatkan identifikasi konsep-konsep dari satu pelajaran dan susunan konsep-konsep tersebut dalam satu hirarki. 1.2.2 Tujuan Dari Peta Konsep : 1) Mengenal pasti apa yang diketahui oleh pelajar 2) Menyelidiki cara belajar pelajar 3) Mengenalpasti konsep yang salah pada fahaman pelajar 4) Sebagai alat mengembangkan pemikiran 1.2.3 Jenis-Jenis Pemetaan Konsep 1) Jenis Hirarki 2) Jenis jaringan peta konsep ini memerihalkan sesuatu urutan kejadian, langkahlangkah dalam suatu prosedur, atau tahap-tahap dalam suatu proses. Misalnya, dalam melakukan eksperimen i. Jenis labah labah peta konsep labah-labah digunakan untuk menggambarkan pendapat yang banyak dan pelbagai. Dalam peta konsep ini, terdapat satu idea utama untuk mencabangkan idea-idea sampingan lain. ii. Jenis carta alir

10

1.3 JURNAL DAN PORTFOLIO 1.3.1 Jurnal Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, jurnal bermaksud terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara. Jurnal ialah rekod yang disimpan oleh seseorang individu. Kemahiran pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat ditingkatkan dengan penulisan jurnal. Penulisan jurnal boleh dibahagikan kepada 7 iaitu:1. Jurnal Metakognisi

2. Jurnal Catatan Beregu 3. Jurnal Dilektika 4. Jurnal Refleksi 5. Jurnal Spekulasi Akibat 6. Jurnal Sintesis 7. Log Pembelajaran. Jurnal Metakognisi Jurnal ini mengkehendaki pelajar menjalankan proses pemikiran sendiri selepas membaca, melakukan sesuatu aktiviti, menyelesaikan sesuatu masalah, atau membuat sesuatu keputusan. Contoh petikan:Seorang orang kurang upaya cacat penglihatan berjaya bergelar usahawan Jurnal Metakognisi Apakah Yang Saya Belajar Orang buta pun boleh berjaya

Bagaimanakah Saya Belajar Kalau orang buta boleh berjaya, apatah lagi saya.

11

Jurnal Catatan Bergu Jurnal ini membolehkan pelajar merekodkan respons kepada teks yang dibacanya. Pada kolum sebelah kiri, pelajar akan mencatat atau merumuskan teks yang dirasakan menarik. Pada kolum sebelah kanan pula, pelajar akan bertindak balas kepada petikan atau catatan di sebelah kiri. Contoh petikan:ALOR SETAR 3 Okt. Ikan arowana atau lebih dikenali ikan kelisa merupakan antara ikan hiasan yang popular di negara ini sehingga harganya mencecah ribuan ringgit. Jurnal Catatan Bergu Petikan : Fasa atau ayat yang saya gemari Ikan hiasan yang popular di Negara ini sehingga harganya mencecah ribuan ringgit

Pendapat saya tentang petikan ini Adakah betul harganya mencecah ribuan ringgit

Jurnal Dilektika Jurnal ini merupakan satu bentuk catatan nota yang melibatkan catatan bergu semasa membaca bahan kursus. Pelajar akan mencatatkan bahan bacaan seperti petikan, majalah, isu atau dialog, dan sebab-sebab catatannya itu penting dan menarik. Contoh petikan:Proses itu bermula dengan melukis batik dan mencanting menggunakan lilin cair. Kemudian barulah diwarnakan dengan adunan warna yang dikehendaki Jurnal Dilektika Petikan Proses itu bermula dengan melukis batik dan mencanting menggunakan lilin cair.

Halaman 78

Mengapa saya rasa petikan ini menarik atau penting Proses yang dilakukan adalah kreatif.

12

Jurnal Refleksi Jurnal refleksi adalah catatan tentang sesuatu peristiwa. Pelajar akan mengenalpasti sesuatu aktiviti, lalu merenung atas bahan pembelajarannya. Contoh:-

Jurnal Refleksi Apakah berlaku? Guru merotan tangan pelajar

Bagaimanakah perasaan saya? Cikgu boleh menggunakan bahasa daerah

Apakah yang saya belajar? Tidak boleh mencampuradukkan bahasa.

Jurnal Spekulasi Akibat Jurnal spekulasi akibat ialah jurnal yang dibuat oleh pelajar apabila memeriksa sesuatu peristiwa dan membuat spekulasi tentang kesan jangka masa panjang yang diakibatkan oleh peristiwa itu.

Contoh:
13

Jurnal Spekulasi Akibat Apakah yang berlaku Guru memberi azimat disangkakan hadiah

Apakah akibat yang diramalkan Guru memberikan gambarnya, jadi mungkin kalau malas baca buku akan didenda di sekolah.

Jurnal Sintesis Jurnal ini dihasilkan pada akhir minggu atau tamatnya satu unit pengajaran. Tujuan pembinaan jurnal ini adalah untuk menggalakkkan pelajar mengulang kaji pengalaman seterusnya merancang aplikasi pembelajaran sedia ada untuk masa hadapan.

Contoh:-

14

Jurnal Sintesis Apakah yang saya lakukan Saya berhenti makan

Apakah yang saya pelajari Berhenti makan sebelum kenyang

Bagaimana saya boleh mengaplikasikannya Mengikut cara Perdana Menteri

Log Pembelajaran Log pembelajaran ini dibina untuk mencatat respons peribadi, pertanyaan, perasaan, pendapat, idea, dan pengetahuan tentang proses pembelajaran. Pada mencatat nota (kiri), dicatatkan teks secara vervatim, nota kajian, nota kuliah, perbendaharaan kata, atau soalansoalan. Pada kolum membina nota pula (kanan), merupakan catatan seperti respons, interpretasi dan analisis pelajar. Contoh:Garam akan larut apabila kita mengacaunya Log Pembelajaran Mencatat Nota Garam akan larut apabila kita mengacaunya Membina Ayat Kalau kita nak garam larut, kita kacau air itu

Secara umumnya, pembinaan jurnal amat penting untuk: 1. Membolehkan pelajar berfikir dengan kritis dan kreatif.

15

2. Dapat mengembangkan kemahiran pelajar membuat refleksi. 3. Melatih pelajar memberi tindak balas yang sesuai.

1.3.2 Portfolio Portfolio merupakan kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa tertentu. Portfolio biasanya berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ianya juga memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian dengan teliti. Untuk itu, proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman seterusnya mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif. Maklumat dan fakta juga dipilih dari peringkat awal hingga akhir. Portfolio yang berkualiti adalah berstruktur dan tersusun kemas mengikut cara, peraturan atau kategori tertentu dan mempunyai sistem yang teratur. Portfolio yang baik juga disertakan dengan bahan bukti pengajaran. Penulisan, catatan dan komen refleksi tercetus daripada pemikiran yang refleksi. Ini menunjukkan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif. Terdapat empat jenis portfolio :1. Portfolio Kerja Harian - Koleksi bahan bukti pembelajaran.

2. Portfolio Dokumentari - Hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu. 3. Portfolio Komprehensif - Kerja sebenar yang telah dicapai oleh pelajar. 4. Portfolio Terpilih - Contoh kerja pelajar yang dipilih daripada portfolio komprehensif. Terdapat beberapa kepentingan portfolio. Yang pertama ialah sebagai bahan rujukan untuk masa akan datang. Selain itu, portfolio juga diguna pakai untuk perkongsian dokumen dan maklumat. Ianya juga menjadi bahan bukti untuk sesuatu pengajaran. Kesimpulannya, jurnal dan port folio adalah penting dalam hidup kita kerana keduaduanya mempunyai kegunaan tersendiri.

16

1.4

MEMBINA MODUL PENGAJARAN Modul bermaksud unit-unit yang terkandung dalam satu keseluruhan yang lebih besar.

Modul belajar sendiri bermaksud bahan pengajaran dan pembelajaran. Ianya dirancang dan dipertingkatkan mengikut kebolehan murid-murid. Selain itu, ianya juga dapat menampung keupayaan pelajar untuk belajar secara bersendirian. Pengelasan modul dibentuk untuk membentuk tingkah laku seseorang pelajar. Selain itu, ianya disusun dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Modul mengandungi definisi, fakta dan konsep, proses pemikiran, kemahiran serta sikap. Modul boleh digunaka untuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan bahan mengikut keperluan tahap keupayaan murid-murid. Di antara ciri-ciri yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran modul ialah: Modul mempunyai objektif pelajaran yang khusus, panduan-panduan belajar, arahan-arahan, bahan-bahan bacaan, senarai takrif istilah, buku-buku rujukan, kerja khusus dan ujian. Modul mengandungi unit-unit atau pakej-pakej pelajaran yang disusun berdasarkan kaedah pembelajaran individu. Turutan unit-unit pelajaran adalah disusun daripada mudah ke kompleks sesuai dengan perkembangan pembelajaran individu. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing atau tutor dengan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Penilaian diadakan selepas unit atau pakej diselesaikan dan berdasarkan kadar pencapaian murid, aktiviti pemulihan dan pengkayaan dirancang dan dilaksanakan. Secara kesimpulannya, penggunaan modul adalah satu cara untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan baik dari segi pemahaman mahupun dari segi kerja praktik. Dengan cara itu, murid-murid akan dapat berdampingan dengan guru-guru mereka sekerap mungkin agar proses perhubungan yang baik akan sentiasa terjalin.

17

1.5 1.5.1

PEMBELAJARAN INDIVIDU Pengertian Pembelajaran Pembelajaran sangat penting bagi kemandirian manusia. Oleh itu Tuhan memberikan

manusia akal supaya manusia boleh belajar dan memanfaatkan minda yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Menurut Thorndike (1931), manusia berkuasa menukarkan dirinya iaitu dengan belajar, malah belajar adalah perkara yang impresif mengenai seseorang.

Woolfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku. Pembelajaran individu bermula daripada peringkat bayi di mana mula-mula mereka akan mengetahui beberapa kemahiran mudah seperti memegang botol susu dan mengenal ibu bapanya. Apabila kanak-kanak membesar mereka akan berupaya mempelajari lebih banyak perkara dan kemahiran.

Sebagaimana pendapat Crow dan Crow (1980), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran juga berlaku sepanjang hayat seseorang.

Oleh itu bolehlah dirumuskan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek. Ilmu tidak sama dengan maklumat tetapi ia dibina daripada maklumat melalui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian daripada ilmunya. Ini akan hanya berlaku apabila individu berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada struktur ilmunya, supaya ada makna, boleh diingat dan boleh digunakan

18

apabila perlu. Oleh itu ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman mengenai maklumat yang diterima.

1.5.2

Proses Pembelajaran Menurut Gagne (1988), terdapat lapan fasa dalam proses pembelajaran. Setiap individu

akan melalui fasa tersebut secara disedari atau tidak disedari. Secara rinngkasnya proses pembelajaran melibatkan fasa-fasa berikut:

1. Fasa Motivasi Pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran. 2. Fasa Kefahaman Melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsangan yang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria. 3. Fasa Pemerolehan Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima (pemikiran dan penerimaan). 4. Fasa Penyimpanan Fakta dan pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. 5. Fasa Mengingat Semula Fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. 6. Fakta Generalisasi Dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan. 7. Fasa Prestasi Seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.

19

8. Fasa Maklum Balas Seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang dipelajarinya.

1.5.3

Jenis-jenis Pembelajaran

Menurut Kamarudin Haji Husin (1997), pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu: 1. Pembelajaran Formal Pembelajaran formal adalah pendidikan yang diterima secara langsung di institusiinstitusi tertentu seperti sekolah,maktab dan universiti. Biasanya, semua aspek yang berkait dengan pembelajaran murid dilaksanakan dengan teliti dan rapi berdasarkan objektif, matlamat dan falsafah pendidikan itu sendiri.

Dalam pembelajaran formal, murid-murid akan mengikut satu program pembelajaran berdasarkan satu bentuk kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penilaian pula akan diadakan pada setiap peringkat pembelajaran. Selain ujian-ujian dalaman (internal) yang disediakan oleh guru, murid-murid perlu menduduki peperiksaan-peperiksaan formal yang diadakan oleh pihak Lembaga atau Majlis Peperiksaan.

Pembelajaran formal menekankan secara langsung pendidikan tiga bidang penting, iaitu aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pembelajaran formal secara keseluruhannya bertujuan mengembangkan potensi individu ke arah pembentukan peribadi yang seimbang dan menyeluruh.

2. Pembelajaran Tidak Formal (Informal)

20

Pembelajaran tidak formal atau informal merupakan perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak sedar atau tanpa disedari. Pembelajaran seperti ini tidak dirancang atau diasaskan kepada program pembelajaran yang tertentu. Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dan mempelajari sesuatu melalui pengalaman dan pendedahan yang diterimanya secara tidak langsung. Didikan dan asuhan ibu bapa dan keluarga di rumah, pengajaran yang diperoleh daripada persekitaran yang melibatkan rakanrakan dan anggota-anggota masyarakat yang lain, menonton televisyen dan mendengar radio serta menghadiri seminar, majlis-majlis ceramah, perayaan dan sebagainya adalah antara pembelajaran bentuk informal yang berlaku di kalangan kita.

3. Pembelajaran Bukan Formal (Non-Formal) Pembelajaran bukan formal (non-formal) adalah bentuk pembelajaran yang berlaku secara sampingan dan bertujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal. Biasanya, pembelajaran seperti ini juga memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu.

Pembelajaran non-formal biasanya berlaku apabila adanya keperluan untuk menambahkan dan mempertimbangkan kepakaran seseorang pelajar. Sesebuah institusi akan mengadakan kursus-kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya untuk tujuan tersebut. Hal ini diadakan dari semasa ke semasa dan melibatkan beberapa hari atau beberapa jam sahaj dalam sehari.

Kandungan kursus untuk pembelajaran non-formal biasanya lebih mendalam. Walau bagaimanapun, ia adalah kesinambungan daripada pembelajaran formal. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan, pelajar-pelajar mendapat penjelasan yang lebih baik dan menambah ilmu dalam kepakaran masing-masing.
21

1.5.4

Pembelajaran Individu Pembelajaran bersifat individu mengambilkira keperluan, minat dan kebolehan pelajar

secara individu. Oleh itu, isi kandungan, pendekatan dan kadar kemampuan pelajar mesti diserasikan dengan keupayaan serta sifat-sifat keperibadian umum pelajar. Terdapat empat jenis pendekatan pembelajaran individu iaitu: a) Pembelajaran Masteri Pembelajaran yang percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar. Pembelajaran Masteri ini memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

Prosedur Pembelajaran Individu

22

b)

Pembelajaran Kadar Kendiri Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran berperingkat. Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain. Melalui pendekatan ini, bahan pembelajaran akan disediakan secara berperingkat. Contohnya modul dan pakej pembelajaran, penggunaan program di mana pengetahuan di peringkatkan mengikut kerangka (frame) (Programmed Instruction), audio-tutorial, Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya, pembeljran berbantukan komputer.

c)

Pembelajaran Terarah Kendiri Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi intrinsik. Objektif utama ialah untuk mempertingkatkan pembelajaran kendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pendekatan pembelajaran ini adalah satu strategi yang mendidik pelajar menjadi pelajar yang berdikari. Ia lebih menekankan sikap berbanding daripada teknik-teknik

23

atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti-aktiviti pembelajaran pelajar, guru dan interaksi mereka. Kemahiran-Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Meningkatkan Arah-Kendiri Bagi Setiap Pelajar

d)

Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran yang menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru. Melalui pendekatan pembelajaran ini, bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu disediakan dan ditempatkan di suatu tempat yang khusus yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar-pelajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.

1.5.5

Gaya Pembelajaran Individu

24

Gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran. Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, unur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Dunn dan Dunn (1982), terdapat unsur-unsur daripada lima elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang iaitu: a) Persekitaran Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar. b) Emosi Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan dan struktur. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Contohnya, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum memulakan yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah projek pada masa yang sama. c) Fisiologi Elemen yang terdiri dalam gaya pembelajaran ini ialah persepsi (audiotori, visual, kinestetik). Ada murid yang lebih gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi. Ada murid yang lebih gemar rangsangan bergambar atau yang bergerak manakala murid yang lain lebih suka rangsangan audio. d) Sosiologi Elemen ini merujuk kepada bagaimana murid-murid dalam konteks social. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak pembelajaran mereka iaitu adakah mereka suka belajar secara bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya. e) Psikologi Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif, impulsif, global dan analitik. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka membuat tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai gaya pembelajaran impulsif

25

dapat membuat sesuatu tugasan pembelajaran dengan cepat. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah murid-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk yang informal. Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan tempat duduk yang formal.

PENUTUP Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek. Ilmu tidak sama dengan maklumat tetapi ia dibina daripada maklumat melalui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian daripada ilmunya. Ini akan hanya berlaku apabila individu berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada struktur ilmunya, supaya ada makna, boleh diingati dan boleh digunakan apabila perlu. Oleh itu, ilmu haruslah dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman mengenai maklumat yang diterima.

Kesedaran terhadap pentingnya mengetahui cara peajar-pelajar menguasai pembelajarannya harus ada di kalangan warga pendidik kerana pengetahuan yang sedemikian dapat membantu mereka menghidangkan program pembelajaran dalam bentuk yang lebih sempurna. Matlamat pembelajaran tertumpu kepada proses menyediakan seseorang pelajar untuk menggunakan secara berkesan apa jua yang telah dipelajarinya dalam satu situasi lain. Untuk membolehkan guru-guru mencapai hasrat ini, pembelajaran di sekolah-sekolah perlulah melibatkan program-program tertentu dan peluang-peluang belajar yang dapat memberikan pelajar sikap tabiat, kemahiran dan pengetahuan yang akan menjadi asas penggunaan dan amalan dalam kehidupan sehari-sehari.

26

BIBLIOGRAFI

Crow, L.D. dan Crow, M.A., (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin, (1997). Psikologi Bilik Darjah. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Thorndike, E.L., (1931). Human Learning. New York: Appleton-Century Company. Woolfolk, A.E., (1998). Educational Psychology, 3rd Edition. New Jersey: Prentice Hall Inc. http://www.scribd.com/doc/49586061/Gaya-Pembelajaran-Individu
27

http://mahirkb.tripod.com/index.htm http://meiliemma.wordpress.com/2006/09/27/kuliah-1-pengantar-ilmu-komunikasi/ http://mekkelate.files.wordpress.com/2008/03/komunikasiberkesan.pdf http://pgsrkent08.edublogs.org/files/2009/12/KEMAHIRAN-MEMBACA11.pdf http://www.slideshare.net/ampaiampai/peta-konsep/download http://www.infodiknas.com/peta-konsep-untuk-melatih-ketrampilan-berpikir/ www.scribd.com/dowc/3666532/konsep-atau-pemetaan http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm http://tulisendw.blogspot.com/2010/06/komunikasi-dalam-pembelajaran.html http://duniabaca.com/pengertian-atau-definisi-komunikasi.html http://www.scribd.com/doc/32556605/SQ4R

28

Vous aimerez peut-être aussi