Vous êtes sur la page 1sur 7

Apakah FROG VLE: Frog VLE telah dibangunkan khusus untuk membantu proses P&P dan terbukti rekod

pencapaiannya dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh dunia termasuk United Kingdom, Qatar, Hong Kong dan Thailand. Adalah menjadi aspirasi KPM dengan pelaksanaan platform Frog VLE di sekolah-sekolah, ianya dapat meningkatkan lagi kualiti P&P dan membantu meringankan beban guru-guru di sekolah. Bersama ini disertakan fail yang mengandungi maklumat & data yang diperlukan bagi keperluan akses Frog VLE dan perkhidmatan yang berkaitan untuk SK BATU PEKAKA. 1. URL FROG VLE yang khusus untuk sekolah URL yang unik ini hanya untuk sekolah untuk membolehkan warga sekolah akses ke platform Frog VLE 2. Nama pengguna (ID) dan kata laluan (password) ID (Nama pengguna) dan kata laluan untuk warga sekolah. Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan mempunyai nama pengguna khusus dan kata laluan untuk Frog VLE. Bahagian pentadbiran mempunyai akses tambahan bagi membolehkan mereka untuk mencipta,mengemaskini dan menamatkan perkhidmatan pengguna, mengedit papan nota sekolah dan mengwujudkan kalender untuk membuat tempahan baru. 3. Peranti Dongle Go 4G dan maklumat akses ke 1BestariNet melalui rangkaian Yes 4G Sebagai sebahagian daripada projek 1Bestarinet pihak sekolah akan menerima peranti (dongle) Yes 4G. Dongle ini membenarkan guru sekolah untuk mengakses Frog VLE di kawasan sekolah dan melalui Rangkaian Yes 4G di kawasan liputan sedia ada di luar sekolah. Untuk makluman Tuan/Puan, akses internet kepada Frog VLE dari luar kawasan sekolah melalui Yes 4G adalah percuma. Dokumen yang dilampirkan mengandungi ID dongle dan kata laluan untuk semua dongle yang diterima oleh pihak sekolah (iaitu setiap dongle akan menggunakan ID dan password yang sama) sebagai sebahagian daripada projek 1BestariNet.

Cara menggunakan dongle


1. Anda dinasihatkan TIDAK menggunakan software di dalam dongle itu. Download dari internet bagi versi baru 2. Download di: http://www.yes.my/v3/personal/devices/go.do 3. Cari butang downloads 4. Download ikut sistem operasi komputer (XP, Vista, 7, 8 dan MAC OS) 5. Install seperti biasa 6. Masukkan ID dan password seperti yang terdapat di dalam dokumen excel tersebut 7. Selesai

CARA UNTUK LOG IN YES ID DAN PASSWORD DALAM AKAUN VLE FROG ANDA
Kepada para pelajar SMK BBST yang sudah mendapat YES ID dan PASSWORD bagi akaun VLE FROG anda, berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda. LANGKAH 1: Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome.

LANGKAH 2: Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut: https://kbb0033.1bestarinet.net Kemudian tekan ENTER Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.

LANGKAH 3: Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

LANGKAH 4: Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan. Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil.

LANGKAH 5: Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan. Sila tandakan pada kotak kecil Click here to accept terms and condition. Klik Accept

LANGKAH 6: Inilah paparan bagi Your Dashboard anda. Anda boleh mengedit ruangan Dashbord ini.

LANGKAH 7: Klik icon Quick Launch (gambar petir) seperti di bawah. Klik icon School Dashboard

LANGKAH 8: Ini adalah paparan bagi School Dashboard. Segala info berkaitan dengan sekolah akan dipaparkan di ruangan ini. Klik menu 1BESTARINET VLE FROG pada bahagian kiri paparan.

LANGKAH 9: Laman 1BESTARINET VLE FROG akan dipaparkan. Klik pada Site Link seperti yang ditunjukkan untuk ke laman khas pembelajaran VLE FROG

LANGKAH 10: Ini adalah laman khas pembelajaran 1Bestarinet VLE Frog bagi anda semua. Klik pada menu VIDEO TUTORIAL.

LANGKAH 11: Anda boleh mengeksplorasi VLE Frog anda dengan melihat video-video di bawah. Sila pilih VIDEO TUTORIAL (PELAJAR) sekiranya anda seorang pelajar. Sila pilih VIDEO TUTORIAL (GURU) sekiranya anda seorang guru.

Vous aimerez peut-être aussi