Vous êtes sur la page 1sur 5

ADAB HIDUP BERJIRAN PENGENALAN: Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan hubungan pada

setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciriciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan kedudukan jiran dalam kehidupan seseorang Muslim sangat penting, tidak boleh diabaikan begitu saja malah perlu dijaga hubungan yang baik secara berterusan dengan penuh keikhlasan. Ini kerana jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita dan dianggap orang yang boleh diharapkan terutama pada saat memerlukan pertolongan atau bantuan. Sekiranya kita dalam kecemasan dan saat sangat terdesak, maka sudah tentu jiran orang paling awal tempat kita mengadu hal.

FAKTA-FAKTA: 1. Berbuat baik terhadap tetangga:


Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Abu Uwais dia berkata; telah menceritakan kepadaku Malik dari Yahya bin Sa'id dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Bakr bin Muhammad dari 'Amrah dari Aisyah radliallahu 'anha dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Jibril senantiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah:


Bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat, dan tetangga yang jauh. (QS. An-Nisa`: 36) 2. Dosa seseorang yang tetangganya tidak berasa aman dari gangguannya:


Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Ashim bin Ali telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'ib dari Sa'id dari Abu Syuraih bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Demi Allah, tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman." Ditanyakan kepada beliau; "Siapa yang tidak beriman wahai Rasulullah?" beliau bersabda: "Yaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya." Riwayat ini dikuatkan pula oleh Syababah dan Asad bin Musa. Dan berkata Humaid bin Al Aswad, Utsman bin Umar, Abu Bakr bin 'Ayyasy dan Syu'aib bin Ishaq dari Ibnu Abu Dzi'b dari Al Maqburi dari Abu Hurairah." (Muttafaq Alaih)


Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah bin Sa'id serta Ali bin Hujr semuanya dari Isma'il bin Ja'far, Ibnu Ayyub berkata, telah menceritakan kepada kami Ismail dia berkata, telah mengabarkan kepada kami al-Ala' dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan masuk surga, orang yang mana tetangganya tidak aman dari bahayanya." (Riwayat Muslim)

3. Memberi hadiah kepada tetangga:

Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Al Laits telah menceritakan kepada kami Sa'id yaitu Al Maqburi dari Ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai para wanita muslimah, janganlah antara tetangga yang satu dengan yang lainnya saling meremehkan walaupun hanya dengan memberi kaki kambing." (Riwayat Bukhari)

4. Mengutamakan jiran yang berdekatan:


Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal telah menceritakan kepada kami Syu'bah dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu 'Imran dia berkata; saya mendengar Thalhah dari Aisyah dia berkata; saya bertanya; "Wahai Rasulullah, saya memiliki dua tetangga, lalu manakah yang lebih aku beri hadiah terlebih dahulu?" beliau menjawab: "Yang lebih dekat dengan pintu rumahmu." 5. Prihatin terhadap jiran:

: :
Bermaksud: Dari Ibn Abbas Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak sempurna iman seorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan. ( Riwayat At Thabrani )

RUMUSAN: 1. Berbuat baik dengan jiran tetangga: Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan. Menurut hadis wasiat dari Jibril tadi, kita perlu berbuat baik dengan jiran tetangga denga kita. Yang dimaksudkan dengan sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris ialah tetangga merupakan diantara orang yang yang terdekat dengan kita.

2. Dosa seseorang yang tetangganya tidak berasa aman dari gangguannya: Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Sebagai seorang jiran tetangga kita perlu sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Ini kerana jika Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah jiran yang baik. 3. Memberi hadiah kepada tetangga: Haids tersebut menyatakanb betapa pentingnya kita saling member hadiah kepada tetangga. Maksud walaupun kaki kambing itu ialah walaupun sesuatu yang dikatakan murah namun adab menghadiahkan kepada jiran boleh menimbulkan impak yang besar dalam mewujudkan keharmonian jiran tetangga. Jika kita lihat pada bulan Ramadhan, masing-masing sibuk menyediakan juadah berbuka puasa dan turut memberikan kepada jiran tetangga. Ini merupakan akhlak yang perlu dicontohi.

4. Mengutamakan jiran yang terdekat: Maksud disini ialah rumahnya berhampiran dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran. 5. Prihatin terhadap jiran tetangga: Hadis diatas mengingatkan kita bahawa tidak sempurna iman seseorang jika hidupnya di dalam kesenangan atau kekenyangan sedangkan orang-orang yang berada di sekelilingnya hidup dalam kesusahan atau kelaparan. Jiran yang baik adalah mereka yang mengambil tahu keadaan jirannya dalam susah atau senang. Jika jirannya memerlukan pertolongan atau bantuan, maka dialah orang pertama yang akan menghulurkannya. Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita. Fitrah semulajadi manusia yang telah Allah ciptakan ialah saling memerlukan antara satu sama lain. Bak kata peptah melayu Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. PENUTUP: Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

Vous aimerez peut-être aussi