Vous êtes sur la page 1sur 6

1.0 MASALAH PENTAKSIRAN SECARA FORMAL 1.1 Pemilihan Item-item Pentaksiran yang Banyak dan Panjang.

Pentaksiran yang banyak itemnya selalunya lebih stabil kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang mempunyai banyak item ini memakan masa yang panjang. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan item-item yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian untuk diberikan beberapa bahagian.

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi kejituan pentaksiran itu. Biasanya, semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang

pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Namun begitu ia memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakannya Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji .

1.2 Kejelasan Pada Arahan dan Item-item Pentaksiran. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan item pentaksiran , guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain itu jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.

1.3 Persekitaran Tempat Murid-murid Menjalankan Pentaksiran Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang diharapkan. Jika bilik darjah itu bising dan panas umpamanya ,murid-murid tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup , ventilasi yang baik, akan

menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.

Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah dalam keadaan baik. 2.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENTAKSIRAN FORMAL Sebagaimana yang kita ketahui, pentaksiran adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari semasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan mendapatkan maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang hendak dibina, atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang

menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

2.1 Meningkatkan Kesahan dan Kebolehpercayaan Dalam Pentaksiran Kesahan ialah bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya

diukur.Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity).

Kebolehpercayaan pula ialah darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Satu cara untuk mengatasi masalah pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) Pendidikan Moral. JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru Pendidkan Moral hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

Seorang guru haruslah guru tahu tentang kurikulum, matlamat dan objektif kurikulum. Kurikulum melakarkan tentang ruang lingkup bidang ilmu yang harus dipelajari oleh seseorang murid dalam sistem pendidikan formal, yang ingin dibangunkan dalam diri murid, meliputi ilmu dan kemahiran yang terkandung dalam Pendidikan Moral tersebut serta nilai-nilai murni yang ingin diterapkan. Setiap kurikulum mempunyai matlamat dan objektifnya dan guru harus memahami setiap yang disenaraikan dalam matlamat dan objektif sesuatu mata pelajaran. Guru yang tidak pernah membaca dan memahami matlamat dan objektif mata pelajaran akan tersasar dalam pengajarannya, menjadikan murid sebagai mangsa.

Dalam konteks masalah pertama yang diutarakan diatas, Semasa pentaksiran dijalankan pelajar terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir. Ini akan menimbulkan kecenderungan menggalakkkan mereka meneka dan meniru.

Seorang guru hendaklah bijak memilih item-item pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kamahiran murid-muridnya. Adalah disarankan seorang guru itu memilih item pentaksiran yang pendek tetapi kerap kali dijalankan, daripada memilih item pentaksiran yang panjang tetapi tidak kerap dan sekali-sekala saja dilaksanakan

.Sepatutnya seorang guru itu perlu merujuk kepada JPU yang telah ditentukan. Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi semakin kejituan pentaksiran kerana itu. Biasanya, kurang

semakin panjang

ujian maka

tepat

skornya

semakin

pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Namun begitu ia memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakannya Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Perlu difahami oleh guru apa dia item yang baik, instrumen yang baik, kesahan dan kebolehpercayaan, cara pemarkahan dan pengendalian pentaksiran. Guru juga harus mengelakkan diri daripada bersikap tidak adil, dan bias terhadap seseorang murid, sekumpulan murid, ethnik tertentu, atau status sosial tertentu. 2.2 Item-item Pentaksiran yang Dipilih, Jelas, Releven dan Menyeluruh Arahan dan item-item yang ditulis hendaklah mengandungi bahasa yang tepat, jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.Pembinaan item-item pentaksiran yang tidak jelas akan menimbulkan masalah dalam pentaksiran. Item-item yang ditulis bagi sesuatu instrument pentaksiran mestilah menepati: 1. Kumpulan sasar (murid-murid) 2. Kurikulum (Penididkan Moral) 3. Konteks dan situasi 4. JSU 5. Aras Kesukaran Item-item dalam instrument pentaksiran yang dipilih mestilah mewakili: 1. Cakupan kurikulum Pendidikan Moral 2. Kepelbagaian item 3. Aras kesukaran yang dihasratkan 4. Kepelbagaian cara menyoal.

Pentaksiran yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang disarankan seperti berikut: 1. Keobjektifan- Ketepatan seseorang guru memeriksa jawapan. 2. Kebolehtadbiran Kelicinan dan kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. 3. Kemudahtafsiran Maklumat tentang calon berdasarkan skor,mendiskriminisaikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu pentaksiran.

4. Menyeluruh mengandungi saoalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Peranan dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Moral adalah sangat penting bagi memastikan tidak timbul masalah semasa melaksanakan pentaksiran di sekolah oleh itu seorang guru haruslah memiliki ilmu dan kemahiran tentang pentaksiran pendidikan, apa dia pentaksiran, bagaimana mentaksir, bila mentaksir, siapa mentaksir, apa yang perlu direkodkan, bagaimana merekod dan bagaimana rekod disimpan.

Guru harus tahu dan faham tentang jenis-jenis ujian seperti ujian kesediaan, ujian pencapaian, ujian minat dan bakat, ujian psikometrik dan ujian PAJK. Pemahaman tentang jenis-jenis ujian ini amat penting kerana ini merupakan ujian yang akan digunakan sepanjang masa pembelajaran murid. Ini termasuk mengenal pasti instrumen, bagaimana mengendalikan instrumen, kumpulan sasar instrumen,

bagaimana menginterprestai skor, dan bagaimana pelaporan dilaksanakan. Perlu diingat, setiap instrumen dibina dengan tujuan berbeza dan kesilapan mentadbirkan instrumen akan menghasilkan maklumat yang tidak sah dan tidak boleh dipercayai.

2.3 Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Dalam konteks persekitaran untuk pelaksanaan pentaksiran yang baik, perkara yang sama iaitu tempat dan persekitaran yang kondusif adalah sangat penting diwujudkan. Keadaan yang tidak selesa,keadaan kelas bising,kelas kotor dan sebagainya akan mengganggu konsentrasi dan tumpuan murid-murid .Ini akan mempengaruhi dan

menjejaskan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru itu bagi memastikan persekitaran yang diduduki oleh murid-muridnya selea dan selamat.

Selain itu, Guru harus kreatif iaitu mempelbagaikan pendekatan pengajaran agar menarik dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam pelaksanaan pentaksiran, bila masa yang sesuai untuk mentaksir dan siapa yang akan mentaksir. Kreativiti berkait rapat dengan penguasaan ilmu yang baik dalam sesuatu mata pelajaran.

Guru harus mengenali setiap murid di bawah tanggung jawabnya dengan baik, ini akan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Guru bukan hanya perlu tahu tentang keupayaan akademik murid tetapi juga kesemua konstruk yang ingin dibangunkan dalam diri murid - pengetahuan, kemahiran dan nilai, yang meliputi bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Selain daripada itu, guru juga perlu mengenal pasti kecenderungan murid, minat dan bakatnya. Pengenalpastian ini amat penting kerana pemupukan dari awal akan kecenderungan dan bakat murid dapat melahirkan murid yang berjaya dalam bidang yang diminatinya.

Vous aimerez peut-être aussi