Vous êtes sur la page 1sur 27

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

PENGENALAN

Ramai di kalangan kita menjadikan pemeliharaan haiwan sebagai hobi. Pelbagai jenis haiwan dipilih untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan mengikut citarasa masing-masing.

Kebelakangan ini, dilihat semakin ramai individu yang tertarik untuk memelihara arnab atas pelbagai faktor, terutamanya pastilah disebabkan kecomelannya. Hal ini boleh dilihat melalui bilangan pengunjung dalam blog-blog arnab semakin meningkat, bilangan ahli dalam laman muka buku berteraskan peliharaan arnab semakin ramai, penjual arnab dipasar malam ataupun downtown semakin ramai dan banyak lagi. Namun, apa-apa yang semua harus tahu adalah pemeliharaan arnab bukanlah semudah A, B, C iaitu beli, bagi makan dan biar. Semuanya lebih dari itu. Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan cara-cara memelihara arnab, rujuk info dibawah.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

ARNAB

KOLEKSI ARNAB DI DUNIA

American Chinchilla Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik. Lebat dan halus 1 1/4 panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai Heavyweight Chinchilla. Berat 9 -12 lbs. Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.

Vienna White Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, & cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Beveren White Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru lavender, putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya. Badan jenis Mandolin . Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.

Tan Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Silverfox Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.

Silvermarten Dikenali sebagai Silver Fox di England. (tidak sama dengan Silver Fox di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

English Spot Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran herringbone biru, tortoiseshell berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil Lapin Papillon Angalias di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.

sable 2 jenis: Marten sable dengan warna putih di bahagian bawah atau Siamese sable yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Castor Rex,Mini Rex,Sealpoint Rex Negara asal: France. Berwana hitam, biru, broken group, californian, castor, chinchilla, cokelat, himalayan, ungu lembut, lynx, opal, merah, sable, seal tortoise & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8 . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat mini rex 3-4 1/2 lbs.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Britannia Petite Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. Fly back coat. Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam otter, hitam, biru, cokelat, chestnut agouti, sable marten.Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai Britannia Petite.

palomino Negara asal: Washington. Warna keemasan, lynx c.Berat 8-11 lbs.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Satin,Sablesatin Negara asal: Indiana, USA. Nama diperolehi dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, californian, chinchilla, cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.

PENJAGAAN ARNAB HIASAN MEMILIH SANGKAR

Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.

Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab. Saiz dan ukuran lebih besar adalah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24 x 36 untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30 x 36 untuk arnab yang lebih besar.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Arnab mudah untuk di litter trained, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti sores hocks. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz x atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.

Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.Sangkar hendaklah selesa, boleh memuatkan Toilet traydan juga bekas makanan dan minuman,sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.

KEMASAN BULU/ GROOMING

Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.

1.Menyikat atau memberus

Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk,
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.

Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (wool Block). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.

Adalah digalakan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

2.Membuang Gumpalan Bulu

Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.

MEMOTONG KUKU

Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

PEMBINAAN SANGKAR Untuk membina Sesebuah Rumah Arnab yang penting sekali lantai rumah seelok2nya diperbuat dari steel or besi.. kerana jika diperbuat dari papan atau kayu ini mungkin akan memberi kesan yang buruk seperti jangkitan fungus apabila bahan kumuhan arnab tersebut melekat dilantai dan terkena anggota badannya..

Pengaliran udara juga penting didalam rumah arnab oleh itu disarankan menggunakan Jaring Net untuk memboleh kan udara masuk dan keluar dari rumah arnab membolehkan arnab active sentiasa apabila berada di dalam rumah ataw
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

sangkarnya..Atap Ataw bumbung yang diperbuat daripada zink juga tidak digalakan dijadikan atas kerana ia boleh menyebabkan kepanasan diwaktu tengah hari oleh itu sebaik baiknya menggunakan atap pastik dan sebagainya yang tidak memberi kepanasan kepada arnab-arnab pada waktu-waktu tertentu.

PENEMUAN BARU Tahukah anda bahawa najis arnab mempunyai gas metana yang menyebabkan arnab kerap mati dan sakit. Sepanjang pemerhatian saya selama 6 bulan memelihara arnab, saya mendapati bahawa ramai arnab saya mati kerana reka letak reban arnab saya adalah separas lutut dan najis yang terkumpul saya biarkan terlalu lama.. selepas mengalami pengalaman tersebut,saya telah membersihkan najis arnab selang 2 hari dan saya mendapati arnab-arnab saya sudah kurang jumlah kematiannya... pemerhatian saya dikuatkan lagi dengan bau yang menyucuk hidung apabila najis arnab tersebut terkumpul terlalu lama. Arnab adalah sejenis haiwan rodensia yang mempunyai deria bau yang tajam

PEMAKANAN Makanan Utama yang berkhasiat untuk Arnab adalah Pallet yang telah direka dengan vitamin vitamin dan protien yang bagus untuk pembesaran arnab. Tumbuhan rumput rumput seperti jerami Hay juga boleh dijadikan makanan utama kepada arnab. Makanan-Makanan Utama Arnab:- Pellet Kangkung - Pellet Vitamin - Pellet Jaggung - Pellet Soya - Pellet Bijiran - Pellet Kekacang - Rumput Hay - Jerami Hay - Bijiran jaggung - Bijiran Oat
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

- Bijiran Gandum - KeKacang TEKNIK MEMEGANG ARNAB DENGAN BETUL

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

MENGENALI JANTINA ARNAB DAN KACUKAN BAKA

Alat kelamin arnab jantan berbentuk bulat dan membonjol keatas. .

Alat kelamin arnab betina berbentuk memanjang megunjur ke dubur.

Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.

Antara baka-baka arnab yang sesuai untuk dikacukan supaya mendapat anak-anak yang berkualiti tinggi.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

A - English Angora + TeddyBear = ( Berbulu Lebat Dan Kerinting Sepenuhnya ) B - English Angora + ND = ( Berbulu Lebat Kecil Dan mempunyai Telinga kecil ) C - English Angora + Holland Lop = ( Berbulu Lebat Telinga Jatuh Kebawah ) D - TeddyBear + Holland Lop = ( Berbulu kerinting dan Telinga Jatuh Kebawah ) E - TeddyBear + ND = ( Berbulu kerinting dan Bersaiz kecil telinga dan badan ) F - English Angora + Jerssey Woody = ( Berbulu panjang dan Lebat Bersaiz panjang ) H - TeddyBear + Jerssey Woody = ( Berbulu Kerinting panjang dan Bersaiz Panjang ) I - Jerssy Woody + Holland Lop = ( Berbulu Panjang Serta Telinga Jatuh kebawah ) J - Jerssy Woody + ND = ( Berbulu panjang dan bersaiz kecil ) K - English Angora + Gaint Celicia = ( Berbulu Lebat panjang Serta Bersaiz Besar ) L - English Angora + English Lop = ( Berbulu panjang Dan mempunyai telinga besar kebawah ) M - TeddyBear + English Lop = ( Berbulu kerinting dan mempunyai Telinga Besar Kebawah ) N - Jerssey Woody + English Lop = ( Berbulu panjang dan telinga besar kebawah dan panjang ) O - Holland Lop + ND = ( Bersaiz Kecil dan mempunyai telinga Kebawah ) P - English Lop + ND = ( Bersaiz kecil dan mempunyai Telinga Besar Jatuh kebawah ) R - Gaint Celicia + TeddyBear = ( Mempunyai Badan Besar dan berbulu panjang ) T - NewZeland White + TeddyBear = ( Mempunyai Badan Bersaiz besar dan berbulu panjang )

Semua jenis arnab yang disenaraikan akan menghasilkan baka yang berkualiti tinggi dan menarik.Anak arnab yang lahir akan dipanggil arnab Mix setelah induk jantan dan betina asli digabungkan.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

KESIHATAN ARNAB

Antara penyakit-penyakit arnab:

Jumlah kematian arnab akibat penyakit cukup tinggi, iaitu, antara 15 ke 40%, bermula dari semasa kelahiran hingga dipisahkan dari induknya. Banyak faktor yang terlibat, iaitu: i. Program sanitasi yang tidak teratur; ii. Pemberian makanan yang tidak berkualiti; iii. Jumlah makanan dan minuman sedikit serta tidak bersih; iv. Kekurangan nutrisi (protein, vitamin, garam mineral); v. Jangkitan dll

Antara penyakit yang sering menyerang arnab adalah seperti berikut: 1. Enteritis 2. Pasteurelosis 3. Young Doe 4. Koksidiosis 5. Sembelit 6. Koreza atau Pilek 7. Pneumonia 8. Kudis
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

9. Kanser Telinga 10. Ring Worm 11. Favus 12. Radang Mata 13. Penyakit Cacing 14. Kaki Bengkok 15. Memakan Bulu sendiri 16. Pemangsa (Kanibalisme)

Tujuan membicarakan tentang penyakit-penyakit arnab ni bukanlah untuk menakut-nakutkan sesiapa yang teringin membela arnab, tetapi lebih kepada untuk memberi input dan pengetahuan agar kita dapat mengambil langkah-langkah awal mengawal dan mengatasinya. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat menmanfaatkan bersama.

1. Enteritis Penyakit ini seringkali menyerang sistem pencernaan arnab dan faktor penyebab utama kematian arnab. Kerapkali menyerang anak2 arnab terutamanya anak arnab yang sedang menyusu. Antara lain, dalam bahasa kita penyakit ni lebih dikenali sebagai cirit-birit, kembong atau "bloat". Penyebab utama penyakit ni adalah keadaan udara yang lembap, basah atau terdedah kepada cuaca sejuk pada waktu malam secara langsung dan perubahan cuaca yang mendadak. Selain itu, ia juga berpunca dari faktor pemakanan yang tidak seimbang di mana komposisi nutrisi yang dibekalkan seperti protein, serat kasar dan lemak yang tidak tepat. Antara tanda-tanda kembung yang ditunjukkan ialah, sentiasa berdiri dalam posisi membongkok dan kaki ke hadapan, telinga terkulai ke bawah, mata suram dan pergerakan mulu seakan2 menahan sakit. Selain itu, arnab selalu dahaga serta kerap minum air. Najis yang dihasilkan berwarna hijau gelap, berbau busuk, berlendir dan kerap kali melekat pada bahagian dubur. Penyakit ni boleh dikategorikan kepada

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

beberapa kumpulan lain seperti Mucoid Enteritis, Hemorrhagic Enteritis dan Diaarheal Enteritis. Mucoid Enteritis atau mukosa enteritis ni berlaku disebabkan oleh teknik pemeliharaan arnab yang tidak betul. Kebiasaannya arnab menunjukkan tanda2 ciritbirit, menghasilkan najis yang cair seperti jelly. Ini disebabkan pemberian makan yang mengandungi serat kasar yang terlalu kasar melebihi 20%. Langkah pangawalan yang perlu adalah dengan mengasingkan makanan hijau dan air minuman yang telah disediakan. Arnab perlu diberi makan kering seperti daun2 kering. Selain itu, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak. Bagi arnab yang terkena Hemorrhagic Enteritis, tanda2 yang ditunjukkan adalah cirit-birit berdarah. Najis berwarna coklat dan cair. Untuk pemulihan, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak. Diarrheal Enteritis pula merupakan penyakit yang boleh membunuh arnab yang diternak. Gejala yang ditunjukkan adalah mengeluarkan najis yang cair, berwarna gelap dan berbau busuk. Lazimnya arnab hanya dapat bertahan selama 1 hingga 3 hari sebelum mati. Serangan adalah berpunca daripada bakteria yang akan menghasilkan toksik dan racun. Racun ini akan berkembang di dalam lapisan usus, merosakkannya dan seterusnya arnab menjadi lemah dan mati. Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mengasingkan arnab2 tersebut serta elakkan daripada memakan dedaun. Pemberian antibiotik perlu dilakukan. Seterusnya pada hari berikutnya penyuapan vitamin dan elektrolit(Nopstress) perlu dilakukan sehingga arnab benar2 sembuh. Secara umumnya penyakit enteritis ini berpunca daripada pemberian makan yang tidak sesuai atau sering berubah2, terlalu banyak makanan hijau yang basah, perubahan cuaca yang mendadak, kawasan penternakan yang kotor dan anak arnab diasingkan terlalu awal. Pemberian serat kasar yang berlebihan atau berkurangan juga menyebabkan arnab dewasa mudah diserang penyakit ini.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

2. Pasteurelosis Penyakit ini lebih kerap menyerang arnab dewasa berbanding anak arnab. Sama seperti enteritis, penyakit ini juga kerap menyerang sistem pencernaan arnab. Disebabkan oleh serangan bakteria Pasteurella multocida. Serangan bermula dari bahagian atas saluran pencernaan, seterusnya merebak menjangkiti organ lain seperti uterus, testikal dan kelenjar susu. Langkah pengawalan yang perlu diambil adalah dengan membuang kotoran yang sedia ada dan memastikan sistem pengudaraan berjalan dengan

lancar.Pencegahan boleh dilakukan dengan menyuntik vaksin kepada arnab. Vaksin berfungsi meningkatkan daya ketahanan untuk melawan serangan penyakit,

meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kematian.

3. Young Doe Syndrome Seringkali menyerang anak arnab betina yang dilahirkan dalam kelompok kelahiran pertama dan kedua. Ia berlaku disebabkan oleh septisemia di mana pemusnahan tisu secara meluas yang berlaku akibat penyerapan bakteria penyebab penyakit seperti Mastitis. Antara tisu2 yang mengalami kemusnahan adalah tisu2 yang terdapat pada kelenjar susu. Selain itu, ia juga disebabkan oleh serangan bakteria Stapphylorus aureus yang memasuki melalui kelenjar susu atau puting susu yang luka. Serangan mastitis menyebabkan suhu badan induk semakin meningkat, nafsu makan berkurang, puting susu membengkak dan keras sehingga menyukarkan penyusuan anak. Selain berpunca daripada jangkitan bakteria, penyakit ini juga disebabkan oleh pemberian makanan yang tidak seimbang. Pemberian makanan yang mengandungi bijibijian yang tinggi akan mempercepatkan serangan enteritis, lalu berkembang menjadi mastitis dan radang susu. Anak2 arnab akan mati disebabkan kekurangan sumber susu awalan.Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan suntikan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin. Program sanitasi juga perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman. Anak2 yang sakit perlu diasingkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin. Ia juga perlu diberi minum Rabbit Milk atau susu kambing.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

4. Koksidiosis Disebabkan oleh serangan parasit (protozoa) yang kerap menyerang bahagian usus atau hati arnab. Pada serangan kronik, arnab2 ini akan mati. Penularan penyakit ini berlaku melalui mulut. Ia disebabkan oleh tindakan arnab memakan atau menjilat makanan, minuman dan bahan lain yang menjadi punca penyakit. Serangan akan lebih teruk pada musim hujan. Kawasan penternakan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik meningkatkan risiko pembiakan organisma penyakit. Terdapat 2 bentuk serangan, iaitu serangan bersifat akut ( intesnital

coccidiosis) dan serangan bersifat kronik (hepatic coccidiosis). Serangan kronik akan menyebabkan kematian anak arnab dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas jangkitan. Antara gejala penyakit yang jelas adalah kehilangan selera makan, badan semakin kurus, letih lesu dan berat badan semakin berkurang. Pergerakan mulut arnab juga menunjukkan ia seakan2 menahan sakit. Najis yang dikeluarkan cair dan mengandungi danrah dan lendir. Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan ubat2an yang mengandungi sulfa untuk menghalang cirit-birit, seperti, Sulfa Quinoxalin, Trisulfa, Sulfa Strong dan Noxal. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penghalang diarea seperti Tetracycline atau Eludron yang berbentuk ubat titis. Selain itu, program sanitasi perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu sentiasa dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi

kuman(macam den larutan Dettol dan air). Anak2 yang sakit perlu dipisahkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin dan hadkan pergerakan pekerja serta lawatan.

5. Sembelit Ni kes tak boleh buang air besar dan kandungan air kencing terlalu sedikit. Kelakuan arnab juga pelik kalu kena penyakit ini. Antara penyebab adalah pemberian makanan yang tidak seimbang dengan keperluan air serta serat kasar di dalam makanan kering dicampurkan secara berlebihan di dalam bahan hijau yang diberikan.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan arnab minum air dengan secukupnya. Berikan makanan pellet kepada arnab dan sediakan makanan hijau, sayur2an dan bauh2an mengikut keperluan arnab. Selain itu, lepaskan arnab ke luar sangkar supaya ia boleh bergerak bebas dan menghirup udara segar. Pastikan rangsum makanan kering dan bahan hijau diberikan mengikut komposisi yang sesuai dan seimbang. Air minuman perlu ditambah dengan vitamin dan garam mineral bagi melengkapkan lagi nutrisi. Sangkar yang sempit perlu diperluaskan atau diganti dengan sangkar yang lebih luas untuk memudahkan arnab bebas bergerak dan tenang.

6. Koreza atau Pilek Penyakit ni akan menyebabkan arnab bersin yang berpanjangan. Antara gejala yang ditunjukkan adalah hidung mengeluarkan lendir berwarna putih atau keruh, sering menggunakan kaki hadapan untuk menggaru2 hidung, kaki dan bulu pada badannya sentiasa basah, mata sembap, basah dan berair, cam kita gakla bila kena selsema. Penyebab utama agak sukar dikenalpasti, cam kita jugakla. Sesetengah berpendapat ianya berlaku disebabkan serangan bakteria atau virus (pun macam kita jugak). Ia bersifat mudah menular dan menyerang selaput lendir pada bahagian hidung. Pada serangan serius, virus ini menular dan menjangkiti bahagian tengkorak dan paru2 sehingga menyebabkan arnab mengalami masalah pernafasan. Cara perawatan adalah dengan menyemburkan larutan antiseptik pada bahagian hidung dan membersihkan sebarang kekotoran yang mengeras dengan menggunakan air sum pada hidungnya. Juga boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik seperti Penicilin atau Anticold. Penyakit ini mudah merebak di kawasan sangkar yang basah serta peredaran udara yang tidak lancar. Kawalan adalah dengan meningkatkan program sanitasi, mengurangkan kepadatan populasi sesangkar, memberikan makanan dalam jumlah mencukupi dari segi kuantiti dan kandungan gizinya. Pastikan arnab dapat bergerak bebas dan menerima dedahan matahari secukupnya setiap hari.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

7. Pneumonia Pneumonia atau radang paru2 merupakan penyakit yang menyerang sistem pernafasan arnab. Disebabkan oleh jangkitan bakteria Pasteurella multocida. Gejala yang ditunjukkan adalah sering mengangkat atau mendonggak2kan kepalanya ke atas kerana sukar bernafas, mata dan telinga berwarna kebiruan, kadangkala keluar cecair bernanah dan kotoran yang dihasilkan dalam bentuk cecair. Penyakit ini kerap menyerang arnab yang mengalami penurunan dalam sistem imun, terutamanya induk yang hampir beranak buat kali kedua atau ketiga. Antara penyebab utama penyakit mudah merebak ialah keadaan sangkar atau reban penternakan yang terdedah dengan aliran udara yang kencang, kelembapan yang tinggi dan pemberian makanan yang tidak seimbang. Penyakit ini sukar sembuh tetapi rawatan awal dapat meminimumkan serangan kronik. Antara ubatan yang digunakan adalah Penicilin, Oxylin atau Sulfa Strong yang diberikan melalui suntikan.

8. Kudis Kudis akan menyebabkan arnab mengalami masalah kegatalan pada bahagian badan seperti kepala, mata, hidung, kaki dan keseluruhan badan. Disebabkan oleh jangkitan kutu Sarcoptes scabiei sehingga ia dikenali dengan nama scabesiois. Kutu ini berbentuk hampir bulat, mempunyai empat pasang kaki. Kutu jantan berukuran 0.2 - 0.24 mm manakala betina 0.33 - 0.6 mm. Kutu yang berkembang-biak akan menghasilkan telur sebanyak 40 - 50 butir. Serangan kutu betina akan merosakkan lapisan kulit bahagian atas. Kerosakan kulit ini menyebabkan arnab mengalami kegatalan dan luka. Akibatnya, jangkitan kulit berlaku. Kulit akan menjadi kemerah-merahan, bulu semakin gugur dan sering mengalami gatal2 yang berlebihan. Selain itu, arnab akan bertindak menggaru dan menggosokkan bahagian yang gatal pada permukaan dinding sangkar. Akibatnya kulit mengalami luka, berkudis, badan menjadi semakin kurus, hilang selera makan dan akhirnya mati.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

Arnab yang dipelihara dalam sangkar tertutup yang menggunakan lantai tanah lebih mudah dijangkiti kutu ini berbanding dengan yang di dalam sangkar bertingkat (sangkar bateri). Langkah pengawalan yang sesuai adalah dengan mengasingkan yang dijangkiti kutu ke sangkar kuarantin. Bersihkan sangkar dengan menggunakan larutan pembasmi kuman dengan berhati2. Sangkar perlu dijemur dan dibiarkan kosong selama 15 hari. Jangkitan yang lebih kronik dicegah dengan mencukur bulu arnab yang mempunyai kudis. Cuci luka akibat kesan menggaru dengan menggunakan air panas. Seterusnya sapukan dengan ubat kudis seperti Caviam atau Scabicid Cream. Rawatan perlu dilakukan 2 kali sehari.

9. Kanser Telinga Gejala penyakit yang ditunjukkan adalah gatal dan sakit pada bahagian telinga yang mengalami serangan. Arnab juga kerap kali menggoyangkan atau

menggelengkan kepalanya, menggosok-gosokkan bahagian daun telinga ke manamana permukaan kasar sehingga menyebabkan bahagian tersebut menjadi kemerahmerahan. Cecair yang keluar dari bahagian yang rosak akan mengeras dan seterusnya membentuk kepingan luka. Arnab yang diserang penyakit ini akan kelihatan gelisah dan tidak tenang. Untuk mengatasi masalah serangan, arnab yang sakit perlu diasingkan ke sangkar lain. Kesemua arnab yang ditempatkan bersama perlu dirawat sebelum jangkitannya bertambah kronik. Bahagian telinga yang dijangkiti perlu disapu dengan ubat pembasmi kutu. Ubat ini disediakan dengan mencampurkan 1 bahagian sodium, 25 ml minyak kelapa dan 10 bahagian alkohol. Ubat ini disapu dengan menggunakan kapas.

10. Ring Worm Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kulat yang membiak di bahagian bawah kulit. Pada peringkat awal serangan, ia akan menyerang bahagian kepala atau kaki dan seterusnya menular ke bahagian badan yang lain. Bahagian yang diserang ditandai

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

dengan bintik-bintik berwarna merah, menyebabkan arnab mengalami kegatalan malah ia boleh menjangkiti manusia. Akibatnya, bulu2 arnab akan bergumpal dan kusut, mudah gugur, bulu yang gugur akan melekat pada bahagian permukaan badan sehingga akan menutup bulu2 yang lain.Langkah pengawalan dilakukan adalah dengan mencukur bahagian yang diserang lalu dibersihkan dengan menggunakan air sabun. Bulu yang telah dibersihkan perlu dikeringkan serta disapu dengan larutan iodin sehingga sembuh. Program sanitasi perlu ditingkatkan. Sebarang peralatan dalam sangkar perlu disteril atau disucihama. Peralatan yang tidak boleh digunakan perlu dibakar atau ditanam.

11. Favus Adalah jangkitan pada kulit kepala disebabkan oleh serangan kulat. Serangan ini menyebabkan bahagian kulit kepala kelihatan bersisik, sisik tersebut berbentuk bulat pipih, merah dan keras. Kulit kepala kelihatan menggelupas dan bulu2 lebih kerap gugur. Langkah pencegahan yang sesuai dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang sakit menggunakan sabun dan air suam. Kemudian ia perlu dikeringkan. Bahagian yang telah kerin perlu disapu dengan ubat seperti Scabicid Cream.

12. Radang Mata Sering menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah, terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu di bahagian mata sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas ammonia dan asap. Bagi mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair pembersih mata dengan menggunakan kapas. Sebarang kotoran yang melekat pada mata perlu dibuang. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chloramphenicol.

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

13. Cacing Dikenali sebagai pinworm atau oxyuris. Gejala yang ditunjukkan adalah badan arnab semakin kurus, lemah, pucat, hilang selera makan, bulu kelihatan pucat dan arnab suka menggaru-garukan bulu di sekeliling bahagian dubur. Ia disebabkan oleh serangan cacing yang kecil dan berwarna putih. Ukuran cacing dewasa adalah 1.25 cm. Ia gemar hidup di bahagian usus belakang. Kadangkala cacing ini ditemui hidup2 di kawasan kotor. Arnab yang sihat akan lebih mudah dijangkiti sekiranya makanan dan minuman yang diberikan mengandungi telur cacing. Arnab yang diserang perlu dirawat dengan segera. Bahan hijau berupa rumput atau daun2 hijau yang disediakan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Lantai sangkar perlu dibina dengan menggunakan dawai atau jaring untuk mengurangkan penularan penyakit.

14. Kaki Bengkok Penyakit kaki bengkok atau rachitis merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh masalah kekurangan Vitamin D. Sering meyerang anak arnab dalam peringkat awal pertumbuhan. Vitamin D berperanan dalam membekalkan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses pembentukan tulang, kuku dan bulu. Kekurangan vitamin D menyebabkan pertumbuhan tulang menjadi tidak sempurna, tulang kaki lemah dan bengkok dan tidak kuat untuk menampung berat badan. Bahagian tulang yang bengkok ini berbentuk seperti huruf O atau X. Arnab yang dibesarkan di dalam sangkar tertutup kebiasaannya mempunyai risiko kurang meneriama dedahan matahari yang secukupnya. Sumber vitamin D adalah lemak ikan. Minyak ikan diberikan kepada anak arnab sebagai pelengkap dalam pemberian makanan. Minyak ikan ini boleh ditambah di dalam makan konsentrat. Selain vitamin D, konsentrat juga perlu mengandungi sumber nutrisi yang lain seperti kalsium, fosfor dan mangan bagi pembentukan tulang yang kuat.

15. Memakan Bulunya Sendiri Sekiranya didapati arnab memakan bulunya sendiri, lakukan pemeriksaan dengan segera ke atas makanan yang diberikan. Lazimnya, arnab akan bersikap begini
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

jika makanan yang diberikan tidak mangandungi jumlah protein dan serat kasar yang mencukupi, terutamanya rumput. Kekurangan protein dan serat kasar menyebabkan selera makan semakin berkurang. Pertumbuhan bulu semakin tidak seragam dan kusut. Berat badannya semakin merosot. Berdasarkan pengalaman penternak arnab pedaging, didapati banyak bulu bergumpalan di dalam kantung perutnya selepas arnab disembelih. Bulu ini bukan sahaja tidak dapat dicernakan malah ia akan menggangu fungsi sistem pencernaan. Lama-kelamaan arnab akan diserang radang saluran pernafasan. Tabiat arnab memakan bulu sendiri atau bulu arnab lain boleh diatasi dengan menyediakan makanan yang bernutrisi, lengkap dan dalam jumlah yang banyak cukup untuk pertumbuhannya. Pastikan makanan pallet diberikan mengikut aturan. Makanan lain seperti konsentrat dan bahan hijau perlu diberikan dalam kuantiti bersesuaian.

16. Pemangsa (Kanibalisme) Juga dikenali sebagai haiwan pemangsa jika ia bertindak menyerang arnab lain. Selain itu, ia juga akan mencederakan arnab lain dan memakan sesama sendiri. Arnab ini juga suka memakan bulu arnab lain. Arnab yang bersifat kanibal ini mempunyai pandangan mata yang sangat tajam di samping lebih aktif daripada arnab lain. Antara faktor utamanya adalah disebabkan kekurangan makanan atau kandungan gizi di dalam makanan amat rendah serta air minumannya semakin berkurangan. Induk yang sedang bunting atau menyusukan anak juga boleh bersifat kanibal sehingga sanggup memakan anaknya yang baru lahir akibat kekurangan makanan. Selain itu, faktor kepadatan populasi yang tinggi di dalam satu sangkar akan meningkatkan risiko arnab bergaduh antara satu sama lain. Tindakan menempatkan pelbagai jenis arnab yang mempunyai saiz, pertumbuhan dan keperluan makanan yang berbeza2 juga merupakan sebab arnab bersikap ganas. Langkah pengawalan terbaik adalah dengan memberikan makanan yang mencukupi, memastikan kepadatan populasi tidak mengganggu pembesaran arnab, tidak mencampurkan arnab yang berlainan saiz dan tidak mempunyai umur yang sama dalam satu sangkar dan menjauhkan arnab2 ini daripada arnab yang bersikap pemarah dan kanibal ini.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

FAIZATI ABDULLAH

[[RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN]]

PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN2013, RBT 2

Vous aimerez peut-être aussi