Vous êtes sur la page 1sur 18

HANITA OMAR MENGGAMBAR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2013

HBAE 1403

MENGGAMBAR

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN PENSYARAH

: : : : : : :

HANITA BINTI OMAR 741014065074001 741014065074 0105792298 hanita9773@yahoo.com.my OUM PAHANG PUAN MAZLINA BT MUSA

HANITA OMAR MENGGAMBAR

ABSTRAK
Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan.Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu mengubati permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia. Guru adalah insan yang sangat penting dalam membantu murid menghasilkan karya yang terbaik. Bimbingan oleh guru melalui penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian serta kemahiran menggunakan bahan adalah perkara yang penting bagi membantu pelajar lebih kreatif dan berminat dengan pendidikan seni. Kanak-kanak memerlukan bimbingan, panduan dan dorongan. Pencapaian objektif dan hala tuju tajuk karya akan dapat dihasilkan dengan tunjuk ajar guru memilih bahan yang bersesuai. Konsep KATA KUNCI : penjanaan idea, pengolahandan pemurnian, kreativiti, pemilihan bahan,

HANITA OMAR MENGGAMBAR

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan Pengenalan Proses artistik menggunakan kaedah apreasiasi i.tema ii.bahan iii.teknik iv. penilaian Karya seni pelajar Perkaitan antara kreativiti dan psikologi kanak-kanak Kesimpulan Bibliografi

HANITA OMAR MENGGAMBAR

PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn Mazlina binti Musa yang telah memberi tunjuk ajar, ilmu, panduan , nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah membalas jasamu puan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua tutor di OUM dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan tugasan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah Jenderak Selatan ini. Diharapkan agar tugasan ini boleh membantu rakan-rakan lain sebagai rujukan dan panduan ketika memerlukannya. Sekian terima kasih idea dan

HANITA OMAR MENGGAMBAR

PENGENALAN

Pendidikan Seni dalam pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang sering di ambil mudah oleh para pelajar dan ibu bapa. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual (PSV) lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Selain itu, boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Setiap guru Pendidikan Seni Visual telah melalui latihan profesional sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya kepada pelajar. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar. Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bagi mencapai hasrat yang disasarkan, guru adalah insan yang sangat berperanan penting bagi melahirkan murid yang berseni. Guru berperanan mengembangkan kreativiti pelajar. Salah satu cara daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti
5

HANITA OMAR MENGGAMBAR

dikalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan,2003 ) dalam Haji Abdul Shukor Hashim, B. I. (2011). Selain itu, peranan guru pendidikan seni visual adalah sebagai pengurus dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dijalankan. Guru PSV perlu kreatif dalam merangsang minda murid bagi melahirkan insan yang kreatif. Selain menguruskan kelas, pengurusan bahan dan peralatan bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan oleh guru. Begitu juga dari segi membuat penilaian dan membuat kritikan serta memberi makna adalah peranan yang perlu dilakukan oleh seorang guru PSV. Selain sebagai pengurus, guru juga berperanan sebagai seorang pembimbing. Bimbingan yang diberikan semasa melakukan aktiviti akan membantu mencapai objektif yang disasarkan. Bimbingan kepada murid yang masih tidak menguasai serta penjanaan idea bagi menghasilkan karya yang lebih baik secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti karya murid. Guru berperanan sebagai motivator dengan merangsang dan menggalakkan pelajar untuk lebih berminat dengan mata pelajaran seni dan dapat menjadikan pelajar seorang penghasil karya yang baik. Dorongan dan bimbingan akan membantu pelajar lebih mengetahui unsur-unsur seni yang perlu ada dalam sesuatu karya. Selain itu, guru Pendidikan Seni Visual juga perlu menerapkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Guru juga berperanan menimbulkan rasa kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. Selain itu juga guru berperanan mengajar murid-murid melakar atau melukis pelbagai jenis bentuk dan gambar. Pemupukan minat dalam bidang artistik supaya murid-murid berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep visual. Peranan guru sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan dan juga membantu murid-murid menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual. Peranan guru dalam menyatukan pelbagai pelajar yang berlainan latar belakang dalam PSV akan dapat menyatukan mereka meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran dan keindahan seni warisan bangsa. Selain itu guru juga berperanan menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alatan dan aspresiasi seni.
6

HANITA OMAR MENGGAMBAR

Kesimpulannya guru sangat berperanan dalam membantu meningkatkan kreativiti seseorang pelajar.

PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KAEDAH APREASIASI

Proses Kreativiti dan Artistik merupakan perkara yang sangat signifikan dalam konteks

pembelajaran seni, khususnya dalam aktiviti melukis iaitu proses artistik. Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tunjuk kepada guru pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea iaitu proses kreativiti berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, proses artistik merujuk kepada langkah berikut : 1.Penerokaan 2.Pemerhatian 3.Penghasilan 4.Apresiasi. Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

Apresiasi pula bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka. Faktor yang mempengaruhi mereka adalah cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka . Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Apreasiasi seni merupakan aspek yang penting dalam pengajaran pendidikan seni visual Apreasiasi seni adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, pernyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Menurut Ecker (1996) dalam Abdul Shukor Hashim et. al., (2011) pendekatan apreasiasi seni dapat

HANITA OMAR MENGGAMBAR

memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal values Berdasarkan kata-kata diatas oleh Herbert Read dalam Haslina Madon (2011), jelaslah bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain itu, ia dapat menyuaraka rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan tersebut. Selain itu juga ia membawa makna seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Selain itu, Seni juga adalah alat untuk mendidik seseorang yang mana seni boleh menyatukan semua Negara melalui pendidikan dan pembentukan diri Apresiasi seni menurut Herbert Read dalam Haslina Madon (2011) melibatkan beberapa perkara iaitu : i. pengetahuan tentang tema atau tajuk ii. cara pelukis menginterpretasi gambar iii. alat, bahan, media yg digunakan iv. teknik-teknik yg digunakan v. Penilaian

Kaedah apresiasi seni itu dapat dihuraikan melalui 4 proses iaitu menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian. Kaedah menggambar dilakukan dengan mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Bagi proses menganalisa, ia dilaksanakan dengan menghubungkan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. Selain itu, menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana juga boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, proses menganalisa juga dilakukan dengan menghuraikan stail sesuatu karya.

HANITA OMAR MENGGAMBAR

Kaedah apreasiasi yang ketiga ialah membuat tafsiran. Tafsiran dilakukan dengan mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsurunsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Bagi menjelaskan makna-makna yang terdapat pada karya, perlu mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi ( persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Seterusnya, kaedah apreasiasi seni dilaksanakan dengan membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Selain itu, hasil seni boleh dinilai berdasarkan kepada pengertiannya iaitu dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Karya yang dipilih menggambarkan buah-buahan tempatan. Karya ini adalah karya yang dihasilkan oleh pelajar tahun 5. Terdapat beberapa jenis bauha-buahan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Jika dilihat daripada karya yang dihasilkan , pelajar mempunyai pengetahuan yang sedia ada. Ini dapat dilihat dari segi gambaran buah-buahan yang hampir serupa dengan objek sebenar. Latar belakang seperti dinding dirumah jelas menunjukkan murid memang mempunyai pengetahuan sedia ada kerana menyesuaikan kedudukan objek utama seperti di rumahnya. Berdasarkan teori Lowenfeld dalam Abdul Shukor Hashim et. al.,(2011), peringkat The Gang Age (9 12 tahun) ini, pelukis melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Pada peringkat ini, pelukis lebih kepada melukis imej secara realistik dan teliti. Dari aspek saiz pula, imej yang dilukis mula mengecil dari segi saiz. Selain itu, kanak-kanak juga mula membuat perbandingan hasil karya mereka dengan hasil karya rakan sebaya mereka. Pada peringkat ini, perasaan malu dan rendah diri menguasai sekiranya karya yang dihasilkan tidak menarik. Ini menjadikan mereka mula berhati-hati serta menitikberatkan kualiti karya yang mereka hasilkan. Emosi yang dipamerkan melalui karya ini ialah tentang .kerinduan pelukis terhadap rumah serta suasananya. menghasilkan karyanya. Mungkin pelukis berada jauh dari rumahnya semasa

Pelajar ini menggunakan media kering iaitu pensel warna sebagai medianya. Krayon mungkin sesuai dari segi pengendaliannya sebagai media kering tetapi agak kurang sesuai dari segi

HANITA OMAR MENGGAMBAR

saiznya.

Saiznya yang kecil menyebabkan kesukaran kanak-kanak memegang atau

menggenggam. Bagaimanapun, kecekapan genggaman dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Pelukis juga belum dapat menggunakan garisan horizon. Pelukis juga sudah boleh bereksperimentasi dengan warna dalam lukisannya, contohnya bunga dengan warna merah, matahari berwarna kuning dan jingga, dan awan yang berwarna biru.

Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR 2002, penggunaan media kering telah mula diperkenalkan dalam Tahun 1 persekolahan lagi. Karya menunjukkan pelukis menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri seperti bulatan dan segi tiga di persekitaran dan mengaplikasikannya ke dalam karyanya. Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahun Langkah ini membolehkan objektif ke-6 dalam iaitu menggunakan beberapa teknik dan proses

menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan terhadap alam bahan dan bahan kutipan.

Karya pelajar ini menggunakan .Pelukis cuba menerapkan pencahayaan melalui ton warna pada objek buah-buahan. Tetapi tiada aspek pencahayaan dan ton berlaku pada latar belakang lukisan. Penggunaan warna pada bahagian latar kurang kemas. Penguasaan pelukis terhadap pemilihan alat dan bahan yang sesuai untuk mewarna masih kurang baik. Penggunaan warna pensel bolehdigantikan dengan warna air untuk mendapatkan kesan yang lebih kemas pada bahagian latar lukisan. Murid juga dapat mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka seperti yang terdapat dalam objektif PSV bagi Tahun 6 iaitu meningkatkan pengetahuan Asas Seni Reka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan karya.
10

HANITA OMAR MENGGAMBAR

Tajuk karya yang dihasilkan oleh pelajar adalah buah-buahan tempatan dengan menggunakan teknik lukisan. Lukisan adalah salah satu teknik yang berada dalam bidang menggambar. Objektif karya yang hendak dicapai, ialah dengan menghasilkan karya buah-buahan tempatan menggunakan teknik lukisan. Disini menunjukkan guru menjana idea murid untuk menggambarkan sebuah rumah dengan melakukan aktiviti lukisan. Disini guru memainkan peranan dengan menjana idea murid bagi menghasilkan karya rumah bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seni visual pengajaran. Guru membimbing murid dengan memberi beberapa contoh buah-buahan menggunakan tayangan video. Disini, menunjukkan guru membantu pelajar berfikir dan menggambarkan hasil karya yang hendak dihasilkan supaya menarik dan terbaik. Selain itu penerangan tentang konsep lukisan juga ditunjukkan bagi membantu murid mendapatkan idea dari segi penggunaan warna, bahan dan alatan. Guru membimbing murid mengenal bahan yang sesuai agar karya yang dihasilkan nampak kreatif.. Disini prinsip penegasan dapat dilihat. Selain itu, guru juga boleh membimbing murid dengan memperkenalkan pelbagai bahan seperti kertas warna, bijian, bahan alam semulajadi, dan sebagainya. Ini bagi menampakan unsur kesatuan yang lebih menarik dan ada unsur keharmonian. guru boleh membimbing murid untuk mengolah dan memurnikan lagi karya dengan menambah lagi bahan dengan membuat pertambahan dari segi tampalan baan dengan lebih rapat agar hasil lebih menarik. Ini bagi menampakkan lagi unsur garisan dalam hasil karya. Begitu juga bagi karya D, tampalan yang lebih kemas akan menghsilkan karya yang lebih baik. Koyakkan kertas dengan lebih kecil agar dapat menghasilkan karya yang baik dan kemas. Hasil karya B lebih kemas dan menarik. Namun penggunaan warna pada bahagian tingkap kurang menarik . Pemilihan warna yang lebih kontra perlu bagi membezakan bahagian dan menampakkan lukisan yang menarik.

11

HANITA OMAR MENGGAMBAR

PERKAITAN ANTARA KREATIVITI DAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK


Kepentingan Psikologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual adalah satu mata pelajaran yang dapat mencungkil dan menanam minat serta memupuk dan kebolehan pelajar dalam menghasilkan atau semasa berinterkasi dengan sesuatu produk seni. Para pendidik telah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi kerja-kerja seni (art work) Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi semata-mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu. Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat mementingkan kaedah. Sebelum seseorang guru itu memilih sesuatu kaedah, mereka harus mempunyai pertimbanganpertimbangan tertentu terhadap pelajar, kandungan pelajaran, objektif pelajaran dan persekitaran Untuk melihat kesan psikologi pelajar menjurus kepada Pendidikan Seni Visual, kita perlu melihat perkembangan minda kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti mereka seharian yang berkaitan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat suka meconteng dinding, lantai atau di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan penyuburan diri serta emosi kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut samalah seperti kecenderungan untuk menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan hati mereka. Perbuatan itu dilakukan sebagai suatu pernyataaan tentang apa yang dilihat dan dirasa mengikut persepsi mereka di samping rangsangaan tindakan biologi pembesaran dan kematangan psikomotor mereka. Ini menurut pakar psikologi kanak-kanak, Viktor Lowenfeld. Selain daripada itu, psikologi pendidikan ialah membolehkan guru untuk memahami tingkah laku pelajar, membantu guru untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran. di samping memahami tahap-tahap keupayaan murid berdasarkan perkembangan semasa. Kita maklumi bahawa Pendidikan Seni Visual seringkali mempunyai pendekatan yang berbeza dan melibatkan pelbagai aspek di antaranya ialah mengaitkan pengalaman manusia yang dihubungkaitkan dengan logik dan emosi bagi memperolehi kefahaman yang lengkap dengan
12

HANITA OMAR MENGGAMBAR

penggunaan deria secara langsung. Umpamanya nilai estetika adalah satu disiplin yang menjadi komponen utama mengenai konsep nilai dan keindahan.

KARYA SENI: KREATIVITI DAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Karya ini menunjukkan dua buah lukisan lakaran pensel tidak berwarna di mana lukisan A dilukis oleh kanak-kanak berusia 12 tahun, sementara lukisan B dilukis oleh kanak-kanak berumur 4 tahun. Dari aspek psikomotor, penggunaan pensel sebagai alat melukis menunjukkan kemahiran genggaman kanak-kanak A lebih baik berbanding kanak-kanak B. Ini menunjukkan kanak-kanak A mempunyai kekuatan otot dan kawalan psikomotor yang lebih baik. Bagi kanakkanak B, lebih banyak latihan menggambar mungkin dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan bentuk gambar yang lebih baik. Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak ini berani mengeluarkan idea mereka dan dapat melukis gambar tersebut dengan lengkap walaupun tidak setepat watak ultraman yang sebenar. Ini menunnjukkan mereka dapat menyelesaikan masalah mengikut tahap umur mereka. Dari aspek sosial dan emosi pula, jelas kanak-kanak B mempunyai keyakinan diri kerana walaupun lakarannya jauh berbeza dari lakaran abangnya, dia tetap mahu lakaran digandingkan bersama lakaran abangnya. Bagi kanak-kanak A pula, seharusnya dia menghormati lukisan kanak-kanak B yang menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Lukisan ini juga merupakan satu cara mencapai kepuasan diri. Melalui lukisan, kanakkanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Lukisan ini juga memberikan kepuasan kepada mereka kerana dapat meluahkan apa yang dilihat ( watak ultraman ) dan memindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej mengikut tahap pemahaman mereka. . Terdapat unsur-unsur seni yang baik seperti garisan, rupa, bentuk dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni dan imbangan juga jelas kelihatan. Lukisan juga menunjukkan

beberapa keinginan asas kanak-kanak dapat dipenuhi iaitu keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Melukis gambar ini dapat memberi peluang untuk meluahkan idea

mengenai diri dan persekitarannya. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya kreativiti serta meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan lukisan iaitu pensel.
13

HANITA OMAR MENGGAMBAR

menggunakan media kering oil pastel. Penggunaan media ini memang sesuai dengan muridmurid sekolah rendah. Pensel pastel yang terdapat dalam saiz kecil dan besar boleh disesuaikan dengan kemahiran kanak-kanak yang menggunakannya. Pelukis nampaknya cekap

mengendalikan pensel pastel dengan baik dan kemas. Selain itu, warna oil pastel yang terang dapat menarik perhatian kanak-kanak serta menyerlahkan karya mereka. Karya menunjukkan pelukis berada dalam peringkat Schematic iaitu 7 9 tahun. Pada peringkat ini pelukis Contohnya,

cenderung melukis objek dengan menekankan penyusunan objek dalam imej.

pelukis cuba membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Objek di bahagian satah bawah dilukis secara melintang. Pelukis juga mula

mengaplikasikan ton warna di dalam lukisannya. Pelukis dapat menunjukkan daya sensitiviti pancainderanya. Karya juga melambangkan keinginan pelukis meluahkan ideanya dan mula memahami aspek estetik iaitu konsep keindahan dan kecantikan. Dari aspek sosial dan emosi pula, pelukis menunjukkan kesabaran dan ketelitian dalam menghasilkan karyanya. Karya ini juga mempamerkan emosi pelukis yang merasakan

ketenangan melalui lukisannya. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil karya murid dapat dihasilkan melalui penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian serta kemahiran menggunakan bahan. Bagi penghasilan karya muridmurid, guru sangat berperanan membimbing murid dalam menetapkan hala tuju karya yang lebih baik. Proses pengolahan dan pemurnian dikalangan kanak-kanak adalah perlu bagi mendapatkan hasil karya yang terbaik. Ini kerana sifat kanak-kanak yang sememangnya sangat memerlukan bimbingan dan bantuan guru dalam mengembangkan seni dan kreativiti mereka. Begitu juga dari sudut penggunaan bahan. Peranan guru dengan menunjukkan demonstrasi dan tunjuk cara adalah satu kaedah terbaik dalam membantu murid menghasilkan karya. Penerangan tentang bahan yang diperlukan serta teknik yang hendak digunakan akan membantu murid menghasilkan karya yang lebih bermakna dan mempunyai nilai yang tersendiri. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanakkanak merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita
14

HANITA OMAR MENGGAMBAR

dan

berkongsi

pengalaman

dengan

rakan-rakan

seusia

dengan

mereka

supaya

pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Pendidikan Seni Visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor yang boleh memberi sumbangan untuk membantu proses memajukan perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat memperkembangkan bakat, potensi, diri individu untuk menjadi anggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.

Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas. Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah diktator akan menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang lebih berpusatkan kanak-kanak atau murid iaitu seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, kaedah berorientasikan media, kaedah panduan fasilitator atau kaedah laissez-faire. Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari masa ke semasa. Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid

terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana

15

HANITA OMAR MENGGAMBAR

seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Guru pula perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shalaby. (1976). Sejarah Pendidikan Islam, Pustaka Nasional Singapura. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Abdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
16

HANITA OMAR MENGGAMBAR

Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia

http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%205%20-%20mohsin%20ms%205772.pdf

Tentang cara bagaimana nak hurai apresiasi seni tu senang je, hurai apa yg diminta seperti tema karya, teknik yg diaplikasi, media yg digunakan dlm penghasilan, huraikan juga dari aspek seni iaitu unsur-unsur seni spt warna, garisan, jalinan dll. Kalau cikgu masih kurang pasti bolehlah rujuk buku rujukan hbae1103 pengenalan seni visual topik 9 ada diterangkan cara utk menilai karya. Disini persoalannya bagaimana cara untuk kaitkan 4 proses tersebut dengan karya pelajar cikgu dari aspek Tema,Bahan,Teknik dan Penilaian guru. Menggambar - Disini cikgu perlu amati hasil karya pelajar dan huraikan apakah sifat2 tampak yg ada iaitu elemen-elemen seni yg ada spt garisan, warna, ruang dan lain-lain juga elemen struktur serta prinsip seni. Menganalisa - huraikan dr aspek Bahan dan Teknik (berdasarkan karya pelajar) dan kualiti ekspresif, mood atau gambaran suasana karya tersebut, seperti suasana harmoni/aman dan mood gotong royong ( berdasarkan karya pelajar ). Tafsir - Mencari makna mesej/ tema yg terdapat pada karya. Penilaian - Penilaian dr guru berdasarkan kriteria yg bersesuaian spt keaslian,,gubahan,teknik dan fungsi, sosial, keagamaan, kepercayaan, sejarah dll(sekiranya berkaitan berdasarkan karya pelajar ).

17

HANITA OMAR MENGGAMBAR

18

Vous aimerez peut-être aussi