Vous êtes sur la page 1sur 4

Resepi Grill Chicken Chop Black Pepper Sauce

Bahan - Bahan: 4 keping whole leg (debone) 1/2 kiub ayam 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee) 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 1cm halia(tumbuk kasar) Lada hitam, lada sulah Sedikit olive oil Cara-cara

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus MASHED POTATO Bahan-Bahan: 3 biji kentang besar (~1kg) 2 sudu besar mentega 1/4 cawan susu segar Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara : Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek) Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) SOS BLACK PEPPER By lina pg Bahan-Bahan: 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus 4 sb (rata) tepung gandum 1 kiub ayam 2 sb sos tiram 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos) 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life) 2 sb lada hitam ditumbuk kasar 3 cawan air (atau lebih) Sedikit oregano 2 sb mentega Cara-Cara: Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak) Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Bahan bahan 2 chicken thighs Tepung gandum 2 telur - pukul ringan 70 gram breadcrumbs Minyak masak Marinate Soy sauce Garam Black pepper Perap ayam dengan bahan marinade selama 3 jam atau semalaman. Keluarkan dan lap kering Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. Celup ke dalam telur yang dipukul ringan dan golek ke dalam serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

Mushroom sauce 1 bawang besar - hiris bulat 50 gram cendawan butang 1/2 cawan chicken stock 2 sb butter Garam Black pepper 1 sk tepung jagung Sedikit black pepper sauce

Panaskan butter dan masukkan bawang besar sehingga lembut. Masukkan mushroom dan kacau lagi beberapa minit. Masukkan chicken stock diikuti dengan tepung jagung. Masak sehingga kuahnya pekat dan taburkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit black pepper sauce, jika suka Tuang ke atas ayam dan bolehlah dihidangkan.

Mashed Potato 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan 1/2 cwn susu segar 2 sb butter Sedikit garam dan lada hitam Black pepper sauce

Bahan bahan Sampingan 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan 1 biji tomato- dihiris

Lenyekkan kentang dan masukkan butter. Kemudian tuang susu segar dan tambahkan lada hitam dan sedikit garam. Cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy tadi. Hidangkan dengan kentang goreng, brokoli dan asparagus.

Vous aimerez peut-être aussi