Vous êtes sur la page 1sur 2

Langkah langkah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Menggunakan Pendekatan Dalcroze

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru telah menggunakan pendekatan Dalcroze untuk dimasukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze ini melibatkan beberapa aspek iaitu Eurhytmics, Solfage dan Improvisasi. Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi juga diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan.

Pendekatan ini menekankan pembelajaran secara Learning by doing iaitu murid perlu melaksanakan sendiri dan merasai sendiri proses pembelajaran. Murid akan menggunakan gerak tubuh untuk tingkatkan pemahaman dalam pembelajaran muzik. Pendekatan ini juga mementingkan kepekaan alat deria iaitu mendengar muzik, dan bermain alat muzik. Pembelajaran ini juga menitik beratkan improvisasi (kreatif irama dan melodi) dalam kemahiran muzik serta mengutamakan pembelajaran daripada konkrit kepada abstrak.

Terdapat tiga peringkat dalam menguasai kemahiran dalam pendidikan muzik bagi pendekatan ini iaitu peringkat mendengar dan melihat, peringkat memberi pengalaman, serta peringkat menulis. Semua peringkat ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada guru mengenai cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Muzik yang saya ikuti, guru Pendidikan Muzik Tahun 1 telah menggunakan kaedah Eurythmics dimana kaedah ini memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran.

Guru memulakan sesi pengajaran dengan memperdengarkan lagu . Murid mendengar lagu yang telah dimainkan guru dengan teliti. Kemudian, guru bertanya kepada murid apakah lagu yang telah dimainkan serta meminta murid untuk menyatakan apakah jenis bunyi-bunyi yang terdapat dalam lagu tersebut.

Bagi aktiviti seterusnya, guru meminta murid berdiri dan menyanyikan lagu sambil menggayakan pergerakan yang bersesuaian dengan seni kata lagu. Murid bebas untuk membuat gaya yang ingin

dilakukan mengikut lagu. Guru memanggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan untuk berdiri di hadapan kelas dan untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya mereka, dan diikuti rakan-rakan lain. Kecerdasan Muzik dan Kecerdasan Kinestetik yang diaplikasikan oleh murid.

Kemudian, guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan meminta murid menyalin semula seni kata lagu yang telah ditulis di papan hitam di dalam buku tulis. Hal ini bertujuan bagi memberi kefahaman lagi kepada murid mengenai lagu yang ingin diajar. Di samping itu, penyerapan subjek Bahasa Melayu juga dapat diaplikasikan dengan menumpukan kepada kemahiran menulis dan membaca.

Sebagai penutup, guru meminta tiga orang murid untuk menyatakan apa yang telah dipelajari pada sesi P&P kali ini. Guru menyuruh murid menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari mengikut audio. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya . Sesi P&P ditangguhkan pada hari seterusnya.

Vous aimerez peut-être aussi