Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang
yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,
ِحكّامُ َْولَ تَ ْأكُلُواْ أَ ْموَاَلكُم بَ ْينَكُم بِالْبَاطِلِ َوتُدْلُواْ بِهَا إِلَى ال
َلِتَأْ ُكلُو ْا َفرِيقًا مّنْ َأمْوَالِ النّاسِ بِالِثْمِ وَأَنتُمْ تَعَْلمُون
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)
harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta
benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-
Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
ِشيَ في الْحُكْم
ِ شيَ وَالْ ُمرْ َت
ِ لَعَنَ رسول الِّ الرّا
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-
apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa
sifat;
4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau
peratusan;
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau
benda berharga;
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-
apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-
apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau
tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada
menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk
memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang
terdahulu;
Jenis Kesalahan Rasuah
Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-
Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau
berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau
berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada
prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi
butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan
tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk
mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau
sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
(Rujukan)
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya, saya kira tidak
sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk
melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi,
3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat
kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia
menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang
kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-
Bukhari & Muslim )
3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk
kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua;
separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum
Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang
kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari
separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang
makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan
diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan
kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi)
berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al
Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya
adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah
adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini
wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.
Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi
pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak
diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat
dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi
perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-
wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/)
Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui
Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan
kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil
menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di
sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan
Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama
seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-
1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam
katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam
usaha membanteras rasuah.
2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan
kenalan rapat.
Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana
bersubahat.
3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak
libat aku, sudah'.
Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.
4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di
sini.
Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan.
Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.
5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin
selamat.
Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam
diri.
6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan
dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.
Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka.
Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap
kesungguhan mereka.
7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat
dan besar.
Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai
keadaan ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang
terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang
bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di
tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku
potong tangannya!"
Kesan Buruk Dari Rasuah
Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam
sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam
bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia
seperti berikut :-
1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang
seseorang untuk ke Neraka.
2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta,
maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.
3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang
cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill' dan ilmu
kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.
4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri
mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka
pendek dan Negara bagi jangka panjang.
5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan
keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan
kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn
kerjanya tidak berkualiti.
6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya
semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah
diperlukan.
7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja
melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga
boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah
terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.
8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah
dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal
menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah
jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-
Rujukan : http://www.bpr.gov.my/cda/m_info/sta_main.php
Satu sahaja soalan mudah dari saya secara ikhlas, Bolehkah jumlah tangkapan
sedemikian banyak menyelamatkan Malaysia dari gejala rasuah? Ini menunjukkan
kerjasama orang ramai, ahli politik, kerajaan dan BPR mesti disemak semula bagi
menggubal formula lebih berkesan.
Antara Cadangan
Berikut adalah cadangan pihak pengkaji. Transparency International urges the
following actions:
By lower-income countries
• Increase resources and political will for anti-corruption efforts.
• Enable greater public access to information about budgets, revenue and
expenditure.
By higher-income countries
• Combine increased aid with support for recipient-led reforms.
• Reduce tied aid, which limits local opportunities and ownership of aid
programmes.
By all countries
• Promote strong coordination among governments, the private sector and civil
society to increase efficiency and sustainability in anti-corruption and good
governance efforts.
• Ratify, implement and monitor existing anti-corruption conventions in all
countries to establish international norms. These include, the UN Convention
against Corruption, the OECD Anti-bribery Convention, and the regional
conventions of the African Union and the Organization of American States.
Akhirnya, semoga tulisan ringkas ini dapat memerikan sedikit suntikan buat kita untuk
mengelak diri dari rasuah dan membanterasnya dari berlaku di sekeliling kita. Jika kita
ingin menjadi sebuah Negara maju, rasuah perlu dihapuskan. Lihatlah sekali lagi statistic
yang disebutkan di atas. Ia jelas menunjukkan kadar rasuah di negara-negara maju adalah
rendah. Fikirkan...terutamanya dari sudut Islam.
Ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditawarkan dengan pelbagai kesenangan
hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish dengan menetapkan beberapa syarat iaitu
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mestilah meninggalkan perjuangan untuk
mendaulatkan idealisme Islam, meniggalkan jihad, meninggalkan dakwah dan
meninggalkan wawasan Baginda Rasulullah untuk membina masyarakat rabbani.
Bagaimanapun Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak tunduk dengan tawaran
rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan komitmen Baginda meskipun mereka
meminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk namun Rasulullah tetap
masih dengan pendiriannya dan bersabda:
"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya
aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."
Ingi bersama Nabi di Mashyar?..ingin syafaat baginda??. Ikutilah tindakan baginda
nescaya akan dikasihi Allah jua.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 November 2007
Last update: 04-11-2007 23:16
Published in : Soal Jawab, Kewangan
Add your comment
Users' Comments (28)
Posted by syafiin, on 15-01-2009 09:24, IP 60.50.161.158, Guest
1. hukuman
assalamualaikum ustaz...sye nk tnye skt ni dlm islam,apa hkman yg dknkn kpd org yg
trlbt dlm rasuah?
macam mana caranya ya nak elak diri dari terlibat dengan rasuah atau yang seangkatan
dengannya?
kadang-kadang kita terima arahan orang atas suruh buat sesuatu yang meragukan.tak buat
nanti,takut kena tindakan.kalau buat dikira bersubahat...sedangkan ini jelah kerja kita
untuk tanggung anak isteri...nak berhenti nanti,maklum jelah sekarang ni ramai yang dok
mengganggur.
UZAR : memang sukar untuk mengamal Islam di akhir zaman ini, Nabi sehingga
memberikan perumpanaan "seperti memegang bara api", namun sesuatu perlu
dilakukan... bagi mereka yang berjaya elak dan mengajak orang elak, nabi sebut pahala
mereka 50 kali ganda dari sahabatnya
Tp perlu diingat, yg MEMBERI pun sama. Kalau akal n iman kuat, nescaya dia akan
tegur perbuatan meminta rasuah tersebut even dia tau teguran dia tu akan sebabkan dia
xdpt tender or sebutharga. Allah itu Maha Kaya. Allah Pemberi Rezeki.
Setahu saya cuma orang2 atasan je yg meluluskan tender atau x. Org bwhn xtau ape2 pun
cuma mesti bleh berfikir punya kenapa kontraktor ni je dpt tender. Ada rules tender pun x
guna. Suma ikut nafsu.
Suatu masa dulu saya sangat mengkagumi Prof Dr ... dalam bidang solar fizik di UKM
sebagai rakan seprofesional yang boleh menguasai ilmu sains barat dalam perspektif
Islam .
Tapi bilanya dilantik sebagai ketua unit pemikiran Haddari di UKM , musnah semua
harapan saya dan rakan-rakan lain yang merindukan apa yang dibawanya sebelum ini.
Kerana Jawatan...sanggup lari dari perjuangan.
Beliau sendiri mengakui tiada sumber yang boleh diguna pakai secara intelektual dan
ilmiah untuk meletakkan haddari sebagai asas tindakan dalam mempraktikan agama
dalam kehidupan kemajuan seharian. kalau ada sekadar pekara yang direka-reka .....
Ini satu bentuk rasuah juga saya kira dan lebih parah kesanya kepada masayarakat
keseluruhan dan agama. seperti juga dikalangan ustaz-ustaz yang menggunakan
penguasaan agamanya (kalau betul) membina downline !!!!!!!! .Ampun YA ALLAH
kalauy saya tersilap
Lebih-lebih lagi pengisian dari segi agama amat kurang. Kalau ada pun seperti
Ya ALLAH, memang menakutkan. Boleh di katakan hampir semua k/tangan yang terlibat
dengan kontrak ambil rasuah, tak kira yang tua, muda, jantan, betina malah bapok pun
minta juga.
Ada sorang tu dak nak beranak sangat pun tapi tetap minta.
Yang sorang lagi ni masa dalam wad hospital pun minta. Tak berapa bulan lepas tu terus
meninggal.
Tak lama lepas tu saya pergi umrah. Lepas balik umrah terus lepas jawatan. Takut nanti
mati masa kerja apa nak jawab kat ALLAH.
Saya rasa keadaannya sekarang dah teruk sangat. Sebab itulah orang-orang besar seperti
Raja Nazrin pun dah bersuara.
Dengarlah nasihat TGNA, orang yang ambil rasuah ialah orang yang rendah akal. Dalam
satu ceramah tu TGNA kata, orang yang rasuah ini ialah orang bodoh.
Sebab apa bodoh?, sebab kalau dia nak masuk syurga, dia mesti bertaubat. Kalau nak
taubat, merti pulangkan balik harta rakyat yang dia balun. Kalau dah tahu kena
pulangkan balik, buat apa pandai-pandai nak ambil sekarang?
Tang mana cerdiknya seseorang itu kalau hidup senang di dunia tapi bila mati masuk
neraka?Begitulah pemikiran pemimpin yang berwawasan, fikir sampai akhirat.
Satu lagi yang saya takut ialah kadang-kadang sahabat, saudara mara, adik beradik kita
pun terlibat sama sebab bila sudah masuk dalam sistem yang begini amat susah nak
mengelak diri.
Ianya dah jadi budaya. Ada kkawan saya sebelah sana kata hanya 3 golongan yang tak
rasuah. 1. Malaikat 2. Orang gila 3.Orang Bodoh. Fikirkanlah.null
Kita tak usah bermimpi nak tandingi Singapore, sebuah negara yg mementingkan
keilmuan dari yang lain.
Negara kita, sekarang nampak lebih mementingkan hiburan dari keilmuan. Artis2
diagung2kan.
Bagaimana kita mahu mendidik generasi akan datang supaya berpekerti tinggi?
Tepuk dada, tanya Iman. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk saya dan semua
bangsa seagama mengubah taraf budaya hidup kita. Insyallah.
Saya rasa masalahnya adalah kerana tiada penguatkuasaan hukum secara ketat dan
kerana gejala ini bukan sahaja di kalangan orang bawahan, malah ia termasuk mereka
yang berpangkat dan jawatan tinggi.
Mereka ni maju sbb terapkan nilai2 Islam spt bebas rasuah, buat kerja dgn itqan, dsb.
Negare Islam pulak tinggalkan amalan2 ini...camne nak maju? Tapi kan..mengikut
sunnatullah, setiap negare yg mencapai tahap yg tertinggi, akan menjunam
akhirnye..slowly but surely.
Negare yg di bawah pule akan naik..TAPI mestilah dgn kesungguhan dlm menerapkan
nilai2 murni Islam. Wawasan 2020 tak lame lagi. Agak2 bole capai ke dgn keadaan
kemelut skrg ni? Ape sumbangan kite dlm merealisasikannya?
» Reply to this comment...
Apabila Islam tidak lagi menjadi panduan manusia, bermacam2 perkara yg negatif akan
timbul..
kerana itulah kita diseru supaya masuk ke dalam Islam secara syumul dan bukan hanya
ketika hendak solat sahaja tetapi dalam urusan kehidupan sehari2 pun mestilah mengikut
panduan Islam..
hidup tanpa berpegang dgn Islam umpama berjalan di malam yg gelap tanpa
cahaya...wallahulam
InsyaAllah, rasuah boleh dibenteras dgn top-down approach, kerana penyakit jenis ini
ubatnya perlu banyak unsur paksaan.
Mari kita buat apa yg termampu, semoga ia menjadi asbab utk datangnya "strong leader"
tersebut. Semoga Allah memudahkan segala yg halal utk kita.
Tapi kita kat sini kalu supplier gi ke customer mesti supplier kena belanja customer.
Dah jadi macam adat pulak. Kalu customer gi visit supplier pun supplier belanja
customer.
1) Kerana negara mereka maju (bermakna kaya), maka kadar rasuah adalah rendah; atau,
kerana kadar rasuah mereka rendah, maka negara mereka maju?
Perkiraan saya : Definasi negara maju antaranya adalah rakyatnya memnpunyai purata
pendapatan yang tinggi...oleh kerana itu mereka tidak mudah mencari wang lebih...Tetapi
cuba lihat Malaysia pula , dengan harga barangan semakin meningkat , tol ,
minyak....nafsu dalam hati pula nak kereta model terbaru , rumah besar ...tapi gaji masih
kecil ( kenaikan terlalu kecil )...Itu merupakan antara motivasi rasuah......
Mengapa Singapura kurang rasuah ? Ini adalah kerana pada tahun 1980`an ,
pemerintahan Singapura telah mengadakan kenaikan gaji yang amat besar kepada pekerja
sektor kerajaan ( malah lebih besar dari swasta ).....itu adalah antara sebab penjawat
awamnya tidak mengambil rasuah dan hasilnya kini lihatlah kemajuan yang Singapura
telah di capai melalui pembangunan "MODAL INSAN".
Jika anda rajin tanyakan kepada rakan-rakan yang pernah belajar di London...jikalau 50
pound buat pergi ke pasar berapakah barang yang boleh di dapati....(Pebandingan apple
to apple .- -Tutup
2) Dan juga, disebabkan negara miskin (desakan hidup meningkat), maka kadar rasuah
tinggi; atau sebaliknya?
In a simplest way of a layman's term - kalau negara miskin dibantu oleh negara kaya;
atau tidak ditekan dari segi ekonomi oleh negara kaya, maka kadar rasuah dapat
dikurangkan?
Perkiraan saya : Tak perlu bantu , kita sendiri sebagai rakyat patut perkuatkan Islam
dalam diri kita , lepas tu tegurlah kerajaan untuk berbuat sesuatu dalam menangani gejala
rasuah melalui parti politik pilihan....kalau tak boleh , zahirkan ketidak puasan hati anda
dalam pilihanraya nanti. - Tutup
Sebab, kalau faktor keimanan (or the lack of it) yang menjadi isu, ia tidak ada kena -
mengena dengan negara kaya yang sememangnya bukan negara Islam; tapi menunjukkan
kadar rasuah yang rendah.
Perkiraan saya : Sila rujuk forum perbincangan kedua dalam artikel Angkasawan
( mengenai Istidraj ) - rasanya boleh relate pada negara maju bukan beragama islam.
Lagipun kebanyakan negara maju ini telah lama ada sejak ribuan tahun lagi jadi mereka
telah banyak belajar dari pengalaman lalu dan juga cedok dari Kerajaan Islam ketika
dahulu. - Tutup
Saya amat berharap agar diperbetulkan jika kenyataan saya ini tidak tepat / salah.
Wallahua'lam dan wasalam.
Sepatutnya semua orang lebih-lebih lagi pihak berkuasa atau politik mesti sedar tentang
geala yang meruntuhkan maruah Agama Islam dan negara Islam.
"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya
aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."..
Ini adalah quote Nabi yg paling mahal dan amat payah diterima pakai dan difahami oleh
golongan manusia yg dah terbiasa dgn gejala rasuah ni al maklum la hati dah gelap..sedih
tul..
Sebab gejala rasuah ni juga la keluar statement Nabi yg lebih kurang begini "Umatku
akhir zaman ramai sekali tetapi ibarat buih2 di lautan"..ramai je lebih tapi bila di
perlukan utk menegakkan urusan agama tetiba je jadi bebuih di lautan..sbb ape jd mcm
tu?Nabi tambah lg "kerana mereka di timpa penyakit wahn/wahnu (cinta dunia benci
akhirat)..
Nak berlagak dan nak tunjuk mcm mewah punya lifestyle sanggup ambil rasuah sanggup
beri rasuah semata mata nak memuaskan nafsu jahatnya sendiri..
Bg saya is almost complete keterangan Uzar mengenai 'kesan' rasuah pd diri,keluarga
dan masyarakat seperti yg ada dlm artikel Uzar di atas..Yg miskin makin miskin yg kaya
makin kaya..Itu tahan lg,yg miskin ni takut terkesan dgn perbuatan org kaya ni(kononnya
la pdhal rasuah punya kaki)sanggup buat sesuatu yg lebih buruk lg drpd perbuatan
merasuah..
Tak semua org kaya yg terlibat dgn rasuah..(kita boleh lihat dari tawajuhnya,agama dan
akhlaqnya..
"Org kaya soleh lebih dari org miskin yg kufur,org miskin yg soleh lebih baik dari org
kaya yg soleh"..Ingat quote nya di sini adalah soleh..
Miskin yg dikatakan kufur adalah mereka yg dah la miskin lalai pula mentaati perintah
Allah..maka makin hampir la pd kufur..
Miskin yg soleh pula tidak bermakna mereka tidak ingin pd kekayaan dunia tetapi kerana
berilmu,beriman dan taqwa pd Allah serta takut kalau2 kekayaan meyebabkan mereka
lalai dari mengingati Allah menyebabkan hati mereka terlalu jauh dari mencintai
keduniaan..Bg org miskin yg soleh sering berkata dlm hati mereka "Cukup lah Allah bg
diriku"..Baru la tulen lg asli keimanannya..Tmpt turun rahmat dan keberkatan kata Nabi
adalah pd kehidupan org miskin yg soleh..
Kalau nafsu terasa nak bermewah mewah aje lekas2 la ingat dan cari tmpt org miskin dan
lihat pd kehidupan mereka..Ingat org miskin yg soleh bkn org miskin yg kufur..
Setiap harta yg ada pd diri kita kelak akan di tanya dari mana sumbernya,guna ker
tidak,ade tak belanja pd jln Allah dan mcm2 lg..Ya Allah takutnya..
Dahulu zmn Nabi,Kaabah di kelilingi oleh 360 berhala..Tuhan org org zmn
jahiliyah..Kini zmn kita bkn kata Kaabah aje yg di kelilingi pembangunan yg memuncak
tapi diri kita kelilingi oleh $$$..jgn jadikan $$$ sebagai tuhan..$$$ tak boleh bg
manafaat/ mudharat tanpa izin dari Allah s.w.t..Kalau duit boleh beli sembuh,boleh
kebahgiaan,boleh beli cinta takde hal la..
$$$ boleh buat $$$..$$$ invest dgn jln yg bathil..$$$ jd tuhan zmn moden..Bkn
bermakna suruh tinggalkan usaha utk cari duit,tapi usaha utk nafikan bahawa
duit,ubat,makanan dan sebagainya tak dpt beri manafaat/mudharat tanpa izin dari Allah
s.w..t..Sebagaimana kita bershahadah sebagai seorg muslim "Aku bersaksi tidak ada
tuhan yg si sembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu pseruh Allah"..
"Barangsiapa yg menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan
mencerai beraikan segala urusannya dan mengurniakan rezeki sekadar yg ditetapkan,dan
barangsiapa yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan
menghimpunkan segala urusannya dan mengurniakan rezeki yg tak di sangka-
sangka..(Hukamak)
Wallahualam..
Inikan pula masyarakt umum yang melakukan rasuah sedangkan golongan ustaz dan
ustazah sendiri ada yang terlibat kerana kejahilan mereka.
Sebagai contoh mudah ada seorang ustaz mencadangkan saya meminta pertolongan
mana-mana pihak untuk mudah mendapat peluang mengikuti kursus KPLI yang
sememangnya amat payah utk ditembusi kerana ada yg berpendapat hampir semua yg
dapat mengikuti program ini mempunyai orang dalam.
Kalu tak ada orang dalam maka jangan harap Nak dapat. Alhamdulillah saya tidak
mengikuti kata-kata ustaz tersebut tetapi saya berusaha sendiri utk menjadi seorang guru
dan kini saya menjadi guru di sebuah kolej tanpa bantuan orng dalam semuanya atas
Bagus utk umat ISlam tengok. Ustaz dulu tempat keja ana dulu, ex boss ana slalu dpt
hamper pastu dia tak amik sorang, dia bagi kat setiap staff yg ada..tu pun rasuah ke
Ustaz?
Sbnrnya ia bergantung dgn niat pemberikan Ustaz, jadi nak selamat baik jgn terima atau
infaqkan...tul kan Ustaz?
Susah juga zaman skrg nie sb mana-mana je ada je rasuah yg tak disedari, sb skrg ramai
org buat baik sb ada makna...
2) Dan juga, disebabkan negara miskin (desakan hidup meningkat), maka kadar rasuah
tinggi; atau sebaliknya?
In a simplest way of a layman's term - kalau negara miskin dibantu oleh negara kaya;
atau tidak ditekan dari segi ekonomi oleh negara kaya, maka kadar rasuah dapat
dikurangkan?
Sebab, kalau faktor keimanan (or the lack of it) yang menjadi isu, ia tidak ada kena -
mengena dengan negara kaya yang sememangnya bukan negara Islam; tapi menunjukkan
kadar rasuah yang rendah.
Saya amat berharap agar diperbetulkan jika kenyataan saya ini tidak tepat / salah.
Wallahua'lam dan wasalam.