Vous êtes sur la page 1sur 7

PENDAHULUAN Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, prosesproses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, . O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

4 i) HURAIKAN PROSES PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL DAN KATA TERBITAN

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis

i. ii.

Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.

Contoh Kata Tunggal Satu Suku Kata:

1. KV 2. VK 3. KVK

Contohnya : yu, ru, ya Contohnya : am Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf, 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw Contoh Kata Tunggal Dua Suku Kata: 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat 4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria

Contoh Kata Tunggal Tiga Suku Kata:

Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.
1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar

Contoh Kata Tunggal Empat Suku Kata: 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur

Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil, 2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, 3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, 4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung.

Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak

ii ) HURAIKAN PROSES PEMBENTUKAN KATA MAJMUK DAN KATA GANDA Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus. Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu : i. Kata Majmuk Rangkaian bebas Contohnya: bandar hijau hijau daun terima kasih guru besar bom tangan kuning langsat campuk aduk segi empat panjang

ii.

Kata Majmuk Pengimbuhan campur aduk ambil alih daya serap menjadi menjadi menjadi bercampur aduk mengambil alih daya serapan

iii.

Kata Majmuk Penggandaan

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1.kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. Contohnya : rumah-rumah , buku-buku , masjid-masji Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contohnya: laki-laki menjadi lelaki , jari-jari menjadi jejari , langit-langit menjadi lelangit. Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu. Contohnya : sayur mayur , calar-balar, mundar-mandir , tanah tanih, kusut masai , rempah ratus.

iii ) JELASKAN KONSEP PERGOLONGAN KATA Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing .

Rajah di atas adalah golongan kata mengikut kamus dewan