Vous êtes sur la page 1sur 9

PC TROUBLESHOOTING

MOTHERBOARD
Pengujian
1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-
board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang
digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam
bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan
kabel data monitor perlu disambungkan
kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard,
lapikkan motherboard dengan benda-benda
berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.
Troubleshooting
1. NO DISPLAY
Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada
bateri leakage ini menyebabkan litar
menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.
SOLUTION
Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan
oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu
mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus
supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan
litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter
menunjukkan bacaan menunjukkan litar
tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali
dengan menggunakan wayar ataupun
apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa
litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak
dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.

2. DISPLAY
RAM Error
Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh
RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada
bahagian Bank ) telah rosak
SOLUTION
Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak.
Tukarkan RAM ini dengan yang baru.

3. DISPLAY
Memory Size Error
Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam
‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai
RAM yang digunakan.
SOLUTION
Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’.
Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang
betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.

4. DISPLAY
Decreasing Available Memory
Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak
dimasukkan dengan sempurna.
SOLUTION
Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti
jika perlu.

5. DISPLAY
Disket Drive 0 Track 0 Failed
Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia
mungkin juga kerana kabel drive tidak
dipasangkan dengan betul.
SOLUTION
Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi.
Kemudian periksa kabel drive samada ia
dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang dittetapkan.

6. DISPLAY
Gate A 20 Failure
Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia
akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang
nyaring.
SOLUTION
Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika
menggunkan komputer jenis AT. Jika display
error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.

7. DISPLAY
No Timmer Tick
Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga
kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi
lama.
SOLUTION
Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.

8. DISPLAY
[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx]
Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak
SOLUTION
Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan
yang baru.

9. DISPLAY
Non System Disk OR Disk Failure
Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati
tiada sistem boot didalamnya.
SOLUTION
Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot
daripada Hard Disk.

10. DISPLAY
Error Code [xxx]
[xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan
rosak.
Jadual dibawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut
Kod Kesalahan Komponen yang perlu diperiksa
101-199 System Board
201-299 RAM
301-399 Keyboard
601-699 Floppy Drive
901-999 Printer
1101-1199 Serial Port
1701-1799 Hard Disk
SOLUTION
Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada
skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen
ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada
motherboard, wayar bekalan kuasa
disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.

11. SOUND
Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang
tertentu bagi menentukan
komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.
Jadual dibawah menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu
diperiksa:-
Bilangan bunyi ‘Beep’ Komponen yang perlu diperiksa
1-4 Memory
5 CPU
6 Keyboard
7 CPU
8 Video Card
9 BIOS
10 CMOS
11 Cache Memory
SOLUTION
* Sama seperti langkah 10.
Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu
boot kembali komputer ini kembali dan tekan
Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Pastikan kesemua komponen ini telah
disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut
specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.

BEKALAN KUASA
Troubleshooting
SYMPTOM 1 : Talian kuasa ‘BLACKOUT’
Faktor : Guruh atau dipanah petir
SOLUTION
1. Tutup unit bekalan kuasa.
2. Cabut plug daripada soketnya.
3. Tunggu beberapa minit setelah kuasa kembali pulih sebelum menghidupkan semula
unit bekalan kuasa.

SYMPTOM 2 : Sistem komputer ‘BLACKOUT’. Tiada bekalan kuasa pada mana-mana

bahagian.
Faktor : Fius terbuka
Perintang penghad rosak
Transistor rosak
Rektifier Diod rosak
Litar utama terbuka pada transformer utama
Faktor Utama adalah berlaku litar pintas atau komponen-komponen terlalu
panas.
Pastikan : Adakah semua kabel dimasukkan dengan betul?
Apakah suis telah di ‘ON’ kan?
SOLUTION
1. Cari punca yang menyebabkan berlakunya pintasan dan buang.
2. Gantikan komponen-komponen yang rosak dengan yang baru.

SYMPTOM 3 : Voltan keluaran yang rendah.


Faktor : Litar Rektifier Diod terputus
Diod berintangan tinggi
Kapasitor penapis litar terbuka
Rektifier Diod rosak
Transformer terlalu panas
SOLUTION
1. Cari komponen-komponen yang rosak dengan mengguna Multimeter/Huntron Traker.

2. Gantikan dengan komponen-komponen yang baru.

SYMPTOM 4 : Keluaran Voltan DC lebih tinggi dari kebiasaan.


Faktor : Kerosakan pada litar Regulator.
SOLUTION
1. Periksa IC TL494, transistor-transitor dan diod-diod pada lita Regulator.

MONITOR
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah menegak.
Cara membaiki:
Kerosakan begini selalunya disebabkan oleh perintang bolehubah yang digunakan
sebagai pelaras Vertical Hold rosak. Jika perintang ini elok berkemungkinan komponen-
komponen yang terdapat pada bahagian Vertical Hold telah lekang daaripada papan
litar utama.
Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah melintang.
Cara membaiki:
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh komponen-komponen yang terdapat pada
bahagian Horizontal Hold telah lekang daripada litarnya. Periksa semua komponen
yang terdapat pada bahagian ini dan paterikan kembali jika didapati ia lekang.
Jenis kerosakan: Gambar menjadi terlalu cerah atau kuning.
Cara membaiki:
Keadaan ini dapat diatasi dengan melaraskan kawalan ‘screen’ pada ‘transformer
flyback’. Kerosakan mungkin berlaku pada sekitar transformer ini terutama sekali
perintang. Jikalau tidak, kerosakan mungkin disebabkan oleh perintang kawalan pada
bahagian ‘brightness’ ataupun ‘contrast’ telah rosak.
Jenis kerosakan: Bila suis monitor di’on’kan dalam masa beberapa minit, maklumat
atau data mengecut menyebabkan layar terus gelap.
Cara membaiki:
Jika berlaku begini, biasanya terdapat komponen sekitar bekalan kuasa sangat tinggi
(transformer flyback) rosak. Kerosakan mungkin berlaku pada kapasitor. Ia juga
mungkin disebabkan oleh transistor yang tidak tahan dengan kepanasan rosak. Periksa
dengan menggunakan multimeter/Huntron Tracker. Biasanya kerosakan ini sering
berlaku pada monitor jenis INTRA yang usianya telah tua.
Jenis kerosakan: Bila monitor di’ON’kan terdapat garis putih mendatar (mengufuk)
pada skrin tetapi data tidak keluar.
Cara membaiki:
Kerosakan ini berlaku pada Litar Bersepadu (IC) TDA 1170N atau TEA 2017 iaitu
bahagian Sync. Separator (Pemisah Penyegerak). Gunakan Huntrton Tracker untuk
menguji IC ini. Bahagian ‘Sync Separator’ biasanya menggunakan IC TDA 1170N atau
TEA 2017. berkemungkinan juga berlaku kerosakan pada komponen-komponen lain di
sekitar IC ini seperti transistor dan perintang.
Jenis kerosakan: Bila ‘ON’ suis, monitor mengeluarkan asap ataupun meletup.
Cara membaiki:
Kerosakan jenis ini adalah paling bahaya kerana ia akan mengakibaatkan berlakunya
litar pintas pada mana-mana bahagian board monitor. Ia adalah disebabkan oleh track
yang short di antara satu sama lain ataupun track telah putus dan short dengan
komponen lain. Kerosakan ini sememangnya mudah dikesan kerana bahagian yang
short akan kelihatan hitam seperti telah terbakar. Periksa track manakah yang telah
putus dan short, kemudian sambungkannya kembali. Perlu juga memeriksa komponen-
komponen di sekitar kawasan terbakar samada rosak/tidak. Sekiranya didapati rosak
gantikannya dengan yang baru.
Jenis kerosakan: Tompokon-tompokan warna yang tidak sekata pada layar monitor.
Cara membaiki:
Keadaan ini adalah disebabkan oleh ‘magnetic field’nya yang tidak sekata. Dapat
dibailki dengan menggunakan sejenis alat electromagnet. Apabila hendak
menggunakan alat ini sambungkannya terlebih dahulu kepada bekalan kuasa 240 a.u.
(ulang-alik). Jika tidak disambungkan kepada bekalan kuasa, alat ini tidak akan
berfungsi. Alat ini hendaklah dipusingkan di hadapan layar monitor semasa monitor
dalam keadaan suis ‘ON’. Pusingan ini hendaklah dilakukan sehingga warna tompokan
pada monitor menjadi sekata kembali. Selain itu besi magnet juga boleh digunakan.

KEYBOARD
Cara-cara Servis Keyboard
- Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru
pada bahagian belakang keyboard.
- Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner.
- Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk
membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar
tersebut.
- Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan
menggunakan spray cleaner.
- Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan
pemutar skru ataupun test pen.
- Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray
Video 90.
- Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali
skru yang dibuka.
Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)
- Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak
dapat berfungsi.
- Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia
mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau
berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
- Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami
kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak
mempunyai alat ganti.
Megesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter
Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter
ialah:-
a) Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm.
Kemudian letakkan wayar probe multimeter pada
kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
b) Jika kekunci dalam keadaan baik,
Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan
bila kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal
dalam keadaan infiniti.
c) Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak,
Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan inifiniti dan
bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter
juga dalam kedaan yang sama.
d) Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan
yang baru.
Cara-cara untuk Menjaga Keyboard
Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada
sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-
- Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan
komputer.
- Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk
mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan
baiki jika kekunci didapati rosak.
- Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
- Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
- Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah
diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam
atau di celah-celah kekunci jatuh.
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah.
Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh
kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.
Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’.
Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana komputer gagal
mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan
di atas juga akan kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan
keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik. Namun
sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.
Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer
apabila sistem dihidupkan. Mungkin disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan
pada keyboard.
Cara membaiki:
- Buka casing keyboard.
- Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya
sehingga bersih.
- Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
- Akhir sekali uji keyboard tersebut.
Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock.
Cara membaiki:
- Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
- Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana
berkemungkinan connector itu longgar.
- Jika connector longgar, cuba ketatkan.
- Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
- Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-
i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
ii) Bahagian dalaman komputer rosak.
Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan.
Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan dengan keyboard yang baru.
Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami
kerosakan pada bahagian dalamannya.

HARD DISK
Troubleshooting
Cara-cara Format Hard Disk
Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di
dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan
kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ‘format’ lain sekiranya ia diserang
virus. Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-
1. Menggunakan program DEBUG.
2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )
Format Menggunakan program DEBUG
- Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set
komputer yang lengkap.
- Kemudian ‘Boot’kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem
booting di dalamnya.
- Taipkan arahan DEBUG pada A:\> prompt dan tekan ENTER
A:\> DEBUG
- Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-
A:\> DEBUG
- g=c800:5 Tekan ENTER
- Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
- Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ‘N’
- Hard Disk tersebut akan mula diformat.

Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)


- Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
- Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai
sistem ‘booting’ di dalamnya sehingga keluar A:/>.
- Pada A:\> taipkan seperti berikut:-
A:\> FDISK Tekan ENTER
- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-
Choose one of the following:-
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
2. Set active partition.
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information.
ENTER Choice : [x]
- Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard
disk.
- Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan
ENTER untuk memadamkan partition tersebut.
- Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
- Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang
dipadam tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini
‘boot’ dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
- Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
- Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam
drive A dan mulakan format dengan menaip arahan
seperti berikut:-
A:\> format c:/s/v
- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk
meneruskan arahan format ataupun ‘N’ sekiranya tidak
mahu format hard disk tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi