Vous êtes sur la page 1sur 3

Secara amnya,bila kita menyebut soal kelas ramai antara kita yang menyempitkan skop kelas hanyalah sesuatu

ruang yang berdinding danberatap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalamkonteks yang sebenar kelas mempunyai konsep yang sangat luas. Dengankata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka kelas boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep kelas sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Sebagai seorang guru kita sentiasa menghadapi masalah dengan murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara pembelajaran yang sering timbul di dalam kelas adalah masalah kaki tidur. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka tidur boleh didefinasikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Tidak ada satu kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri seorang yang dilabelkan sebagai kaki tidur. Seseorang guru hanya dapat menggagak ataupun mengetahui ciri-ciri pelajar yang dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan pengalamannya. Pelajar yang dilabel ini mungkin hanya dapat dikenal pasti selepas simptom mengantuk ataupun mudah untuk tidur semasa seisi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain masalah kaki tidur masalah buli juga

merupakan masalah yang sering timbul di dalam kelas. Menurut Kamus Dewan, perkataan buli bermaksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Membuli pula bermaksud mempermain-main orang, biasanya orang yang lemah, bertujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan. Oleh itu, buli dapat diinterpretasikan sebagai satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Selain masalah di atas kelas juga biasanya akan bising disebabkan gaya kepimpinan yang berbeza yang mana keadaan ini boleh menjejaskan suasana pembelajaran murid. Murid juga biasanya akan merasa bosan kerana dalam sistem persekolahan biasa, aktiviti pembelajaran adalah terhad. Oleh itu, murid akan berasa bosan meskipun guru telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan teknik.

Masalah Kaki Tidur Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka tidur boleh didefinasikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Manakala istilah kaki tidur pula digunakan oleh orang melayu sebagai orang yang suka tidur atau mudah tidur. Sperti mana yang kita ketahui tumpuan penuh daripada pelajar, memberikan kesan yang mendalam dalam proses penyampaian P & P (pembelajaran dan Pengajaran). Apabila pelajar selalu tidur di dalam kelas ini akan mengganggu proses P & P yang telah dirancang. Pelajar yang dianggap kaki tidur biasanya mempunya ciri-ciri seperti selalu mengantuk. Tidak dinafikan inilah ciri yang paling jelas dapat dilihat oleh seorang guru bagi mengenali pelajar yang kaki tidur. Kebiasaanya berlaku pada awal pagi dan di waktu tengah hari seisi pembelajaran, manakala bagi tahap kaki tidur yang serius ialah hampir keseluruhan waktu di siang hari. Selain itu murid yang dikatakan kaki tidur juga mempunyai Fizikal yang lesu Kebanyakan pelajar yang kaki tidur biasanya berada dalam keadaan tidak aktif ataupun lesu didalam kelas. Bahagian dibawah mata pelajar berkenaan mungkin nampak kehitaman, kelopak mata yang tidak dibuka sepenuhnya semasa mengerdip ataupun warna kemerahan di bahagian tepi anak mata, disamping selalu menguap didalam kelas. Taktik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur ialah dengan menempatkan diri mereka dibahagian yang terhalang oleh penglihatan, sukar untuk dicapai, ataupun diruang sudut yang tidak diberi perhatian oleh guru yang mengajar. Pelajar berkenaan juga berada berjauhan dengan pelajar yang sering membuat bising didalam kelas demi mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh guru. Keadaan murid ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura di mana tingkah laku seseorang itu banyak dipengaruhi oleh peniruan atau modeling. Dalam kes di atas murid akan meniru dan mengikut sikap pelajar yang kaki tidur seperti menguap dan duduk di tempat yang strategik untuk tidur di mana ini dapat mengelakkan mereka dari memberi tumpuan kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang bersikap suka tidur mempengaruhi proses P & P yang dijalankan. Tingkahlaku ini walaupun dianggap biasa dan remeh bagi seseorang tetapi ianya tetap memberi kesan terhadap guru , rakan sekelas serta persekitaran pembelajaran. Bagi guru, ianya mungkin mempengaruhi mood mengajar. Seorang guru mungkin akan berasa tidak yakin terhadap apa yang diajar seperti timbulnya persoalan adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu boring, ataupun mungkin menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana tidak dihormati. Rakan sekelas pula akan beranggapan bahawa tingkahlaku tersebut

dibenarkan, disamping merasakan bahawa guru tersebut kurang mengambil berat terhadap pelajar. Suasana persekitaran pembelajaran pula umumnya akan kelihatan kurang ceria, tidak aktif serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam kelas sebelum atau semasa proses P & P berlangsung. Kelakuan tidur di dalam kelas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tabiat kebanyakkan pelajar di dalam kelas berkenaan. Pelajar yang meniru kelakuan tersebut akhirnya menjadikannya sebagai satu tabiat yang biasa bagi dirinya. Keadaan fizikal pelajar pula akan menjadi lemah dan kurang bersedia untuk menerima P & P.

Vous aimerez peut-être aussi