Vous êtes sur la page 1sur 2

Asas Pembudayaan Keusahawanan 2013

Kajian Kes Skandal Susu SANLU

1. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group? Jawapan : Pada pendapat saya, kesilapan utama Sanlu Group ialah terlalu mempercayai orang tengah sehinggakan mereka tidak lagi menguji tenusu yang dijual kepada mereka. Sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman, mereka seharusnya terlebih dahulu menguji semua bahan-bahan yang diterima untuk mentukan tahap keadaan sesuatu bahan. Kemungkinan besar, orang tengah ini menjual susu kepada Sanlu Group dengan harga yang murah kerana itu, Sanlu Group tidak lagi memikirkan megenai kualiti susu tersebut asalkan beroleh keuntungan yang banyak. Kerana terlalu mementingkan keuntungan, menyebabkan Sanlu Group tidak lagi memikirkan tentang kualiti dan seterusnya kesan kepada pengguna.

2. Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh makamah sedangkan melamin dimasukkan oleh orang tengah? Jawapan : Sebagai pemilik syarikat, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa juga yang dilakukan atau dihasilkan oleh syarikat tersebut. Dalam kes ini, pemilik syarikat sepatutnya, mengarahkan orang bawahanya untuk menguji kualiti setiap bahan yang diterima untuk menetukan sama ada ianya selamat ataupun tidak, namun beliau memilih untuk tidak menguji kualiti susu tersebut dan syarikat ini juga dikira menipu pengguna dengan menyatakan produk susu keluaran syarikat ini berkualiti dan sudah diuji. Sekiranya benar produk ini diuji, amat mustahil bahan merbahaya melamin ini tidak diketahui kewujudannya di dalam susu tersebut, dan sekiranya benar ianya telah diuji, maka kesilapan semakin besar dilakukan kerana menyembunyikan terdapatnya melamin di dalam produk susu mereka. Jadi, dalam kes ini, sememangnya, pemilik syarikat adalah orang yang patut dihukum oleh makamah.

Asas Pembudayaan Keusahawanan 2013


3. Apakah kesan ketiadaan etika perniagaan pada sesebuah syarikat seperti Sanlu Group? Jawapan : Kejujuran merupakan etika perniagaan yang perlu ada dalam semua syarikat tidak kira syarikat tersebut mengeluarkan prduk makanan ataupun tidak. Sekiranya etika ini tidak diendahkan, amatlah merbahaya kepada pengguna/pelanggan kerana mereka akan tertipu dan lebih malang sekiranya melibatkan kehilangan nyawa seperti dalam kes Skandal Susu Sanlu group ini. Ini akan merugikan kedua- dua pihak, bukan saja kepada pengguna, tetapi juga kepada syarikat tersebut.