Vous êtes sur la page 1sur 22

The mind is not a vessel to be filled, but a fire to be ignited

(Plutarch)

Sekilas Pandang
Taksonomi Bloom dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Taksonomi Bloom Disemak Semula Terma Baru Penekanan Baru Meneroka Setiap Tahap (6)

Kemahiran Aras Tinggi


Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994). Ianya berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Taksonomi Bloom Disemak semula ( Revised)


Taksonomi Objektif Kognitif 1950an - dibangunkan oleh Benjamin Bloom Mekanisme menyatakan pelbagai bentuk pemikiran kualitatif Diadaptasi dalam bilik darjah sebagai alat untuk membuat perancangan Model yang diterima pakai secara universal Mengemukakan cara untuk mengurus kemahiran berfikir kepada 6 tahap : Aras Rendah ------- Aras Tinggi
(Pohl, 2000, Learning to Think, Thinking to Learn, pp. 7-8)

Terma Asal
Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan

Terma Baru
Mencipta (Creating)
Menilai (Evaluating) Menganalisis(Analysing) Mengaplikasi (Applying) Memahami (Understanding) Mengingat (Remembering)

(Based on Pohl, 2000, Learning to Think, Thinking to Learn, p. 8)

Penukaran Terma
Terma ditukar daripada kata sifat kepada kata kerja kerana berfikir adalah proses aktif maka kata kerja lebih tepat. Terma sintesis ditukar kepada mencipta (creating) untuk menggambarkan aktiviti berfikir dengan lebih jelas.
(http://rite.ed.qut.edu.au/ozteachernet/training/bloom.html (accessed July 2003) ; Pohl, 2000, p. 8)

Taksonomi Bloom Semak Semula (Revised)


Mencipta(Creating)
Menjana idea baru, produk atau persepsi terhadap sesuatu, merekacipta, membina, merancang, menghasilkan, mencipta

Menilai (Evaluating)
Justifikasi keputusan atau tindakan, menyemak, membuat hiptesis, mengkritik, membuat eksperimen dan menilai

Menganalisa (Analysing)
Mencerakin maklumat bagi meneroka kefahaman dan hubungan, membanding, mengurus, menyoal siasat, mencari maklumat.

Mengaplikasi (Applying)
Menggunakan maklumat dalam situasi serupa, melaksana, mengira, menggunakan formula

Memahami (Understanding)
Menerangkan idea dan konsep, interpretasi, meringkaskan, parafrasa, mengkelaskan, menerangkan

Mengingati (Remembering)
Mengingat semula maklumat, mengenal, menyenaraikan, mencirikan, menamakan, melabelkan.

Pemikiran Aras Tinggi (HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. HOT merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memberi, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy).

Pemikiran Aras Rendah (LOT) pula ialah penggunaan

pemikiran secara terhad, di mana pelajar hanya


disogokkan dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. (Som &

Mohd Dahlan) Pelajar akan hanya mengingat bahanbahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan mengingat semula teori yang lengkap.

Mengingati (Remembering)
Pelajar boleh mengingat semula, menyatakan dan ingat maklumat yang telah dipelajari (recall, restate and remember learned information) Mengenal (Recognising) Menyenarai (Listing) Menerangkan (Describing) Mengenal pasti (Identifying) Mendapatkan semula (Retrieving) Menamakan (Naming) Meletakkan (Locating) Mencari (Finding)

Ingatkah anda?

Memahami (Understanding)
Pelajar menangkap maksud informasi dengan membuat interpretasi dan translasi kepada apa yang telah dipelajari.
Menginterpretasi (Interpreting) Memberi contoh (Exemplifying) Meringkaskan (Summarising) Membuat Inferens (Inferring) Parafrasa (Paraphrasing) Mengkalsifikasi (Classifying) Membanding (Comparing) Menerangkan (Explaining)

Bolehkah anda terangkan idea atau konsep?

Mengaplikasi (Applying)
Pelajar menggunakan informasi dalam pelbagai konteks Implementasi (Implementing) Menjalankan (Carrying out) Menggunakan (Using) Melaksanakan (Executing)

Bolehkah anda menggunakan maklumat dalam situasi yang serupa?

Menganalisa (Analysing)
Pelajar mencerakinkan maklumat yang dipelajari dalam bahagian-bahagian untuk memahami maklumat tersebut.
Membanding (Comparing) Mengurus (Organising) Menceraikan maklumat (Deconstructing) Mengaitkan (Attributing) Menggariskan (Outlining) Mencari (Finding) Menstruktur (Structuring) Mengintegrasi (Integrating) Bolehkah anada mencerakin maklumat untuk meneroka kefahaman dan hubungkait?

Menilai (Evaluating)
Pelajar membuat keputusan berdasarkan refleksi mendalam, kritikan dan penilaian.
Memeriksa (Checking) Membuat Hipotesis (Hypothesising) Mengkritik (Critiquing) Membuat Eksperimen (Experimenting) Membuat penilaian (Judging) Membuat pengujian (Testing) Mengenal pasti (Detecting) Memantau (Monitoring)

Bolehkah anda menjustifikasi keputusan dan tindakan anda?

Mencipta (Creating)
Pelajar mencipta idea dan maklumat baru menggunakan apa yang telah mereka pelajari
Mereka (Designing) Membina (Constructing) Merancang (Planning) Menghasilkan (Producing) Mencipta (Inventing) Merangka (Devising) Membuat (Making)

Bolehkah anda menjana produk baru , idea baru atau persepsi baru terhadap sesuatu?

Kemahiran berfikir kritis


Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai:a. kewajaran sesuatu idea. b. meniliti kebernasan sesuatu hujah. c. membuat pertimbangan yg. wajar dgn. gunakan alasan yg munasabah.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Kecekapan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai. Hasilan itu boleh bersifat maujud atau abstrak.

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif


mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis


membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif


Membanding & membeza Membuat kategori Menerangkan sebab Meneliti bhg kecil dan keseluruhan. Mengusul periksa andaian Membuat ramalan Membuat Inferens Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai. Mencipta analogi. Mencipta metafora.

Vous aimerez peut-être aussi