Vous êtes sur la page 1sur 1

Tajuk Pengarang Tahun Terbitan Penerbit

:Ajaibnya Muzik :Yusri Yassir :Jun 2012 :Dewan Bahasa & Pustaka

Muzik berupaya mempengaruhi emosi seseorang bergantung kepada jenis muzik yang dimainkan. Muzik boleh dijadikan terapi untuk memulihkan seseorang dari segi kesihatan dan tingkah laku. Muzik juga mempengaruhi dan merangsang perkembangan otak. Ia mampu member rangsangan positif terhadap ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Muzik klasik contohnya dapat menghasilkan gelombang alfa yang memberikan rasa ketenangan dan santai kepada seseorang. Muzik yang menenangkan mampu mambantu pesakit mengurangkan kesakitan yang dialaminyadi samping mengurangkan tekanan dengan cara memperlahankan kadar denyutan nadi. Kajian menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menampilkan keupayaan berfikir 34% lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil matapelajaran muzik. Pelajar berupaya mentafsir maklumat baru dengan lebih baik dan cepat. Kesimpulannya, muzik adalah makanan jiwa. Muzik mampu menjadikan seseorang itu kepada individu yang lebih baik atau sebaliknya bergantung kepada jenis muzik yang didengar. Pilihlah dengan bijak.

Disediakan oleh, Muhammad Farid Bin Aziz (13 September 2013)

Vous aimerez peut-être aussi