Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

TAJUK : Memerhatikan sel haiwan dan sel tumbuhan

2.

PENGENALAN: Ahli sains yang pertama melihat sel adalah Robert Hooke pada tahun 1665.

Robert Hooke telah menggunakan mikroskop yang diciptanya untuk melihat dinding sel gabus mati. Dinding sel gabus itu didapati terdiri daripada kotak-kotak kecil yang seni. Struktur kotak kecil itu dinamakan sel. Penemuan Robert Hooke membuktikan bahawa semua organism terdiri daripada satu atau lebih sel. Sel merupakan unit asas struktur dan fungsi bagi semua organisma. Sel organisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Semua sel mempunyai membran sel yang menyelaputi protoplasma. Protoplasma terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Nukleus mengandungi kromosom dan nukleous serta diliputi oleh membran sel. Sitoplasma mengandungi pelbagai organel dan granul. Organel yang terdapat dalam sitoplasma sel adalah nukleus, jalinan endoplasma, mitokondrion, jasad Golgi, vakuol dan kloroplas. Sel haiwan terdiri daripada membran plasma yang meliputi sitoplasma. Membran plasma bersifat separa tetap. Dalam sel haiwan terdapat organel seperti nukleus , mitokondrion, jalinan endoplasma, jasad Golgi, sentriol dan vakuol dalam sitoplasma. Sel tumbuhan terdiri daripada dinding sel yang terletak di luar membran plasma dan terbina daripapa gentian berselulosa. Dinding sel memberikan sokongan, ketegaran dan bentuk kepada sel tumbuhan. Dinding sel adalah telap sepenuhnya kepada air dan kebanyakan bahan terlarut. Sel tumbuhan tiada sentriol. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang besar. Membran yang meliputi vakuol disebut sebagai tonoplas san bersifat separa telap. Cecair yang terdapat dalam vakuol dinamakan sap sel.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 1

3.

BAHAN DAN RADAS

a.( memerhati struktur sel pipi manusia (sel haiwan)) Larutan metilena biru Pencungkil gigi Slaid kaca Penutup slaid kaca Jarum tenggek Penitis Air suling Mikroskop

3.

BAHAN DAN RADAS

b.( memerhati struktur sel epidermis bawang dan daun Elodia (sel tumbuhan)) bawang besar daun elodea larutan iodin air suling pisau kecil forsep jarum tenggek slaid kaca penutup slaid kaca kertas turas mikroskop

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 2

4.a

PROSEDUR

(memerhati struktur sel pipi manusia (sel haiwan) ) 4.a.1 Mulut dikumur dengan sedikit air supaya mulut bersih daripada makanan. 4.a.2 Dengan perlahan-lahan, sebelah dalam pipi dikikis dengan menggunakan sebatang pencungkil gigi. 4.a.3 Hasil kikisan diletakkan di atas slaid kaca dan setitik air dititiskan ke atasnya.

Pencungkil gigi Air suling

Slaid kaca

Rajah 1 : Hasil kikisan diletak di atas slaid kaca dan setitis air dititiskan di atasnya

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 3

4.a.4. Dengan bantuan jarum tenggek, slaid kaca ditutup dengan penutup slaid seperti dalam rajah di bawah kuasa rendah dan kemudia melalui kuasa tinggi.

Jarum tenggek Penutup slaid kaca

Rajah 2 : Slaid kaca ditutup dengan penutup slaid

4.a.5 Slaid kaca dialih daripada mikroskop. Sehelai kertas turas diletak di salah satu hujung penutup slaid kaca.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 4

4.a.6 Setitik metalina biru dititis di hujung penutup slaid kaca yang bertentangan. Tindakan ini adalah untuk menyerap larutan itu melalui sel pipi secara serapan kertas turas dan sekaligus menwarnakan bahagian tertentu pada sel itu.

Kertas turas Metalina biru

Rajah 3: Setitik metilena biru dititiskan di hujung penutup slaid

4.a.7 Slaid kaca diperhatikan sekali lagi menerusi mikroskop cahaya. 4.a.8 Struktur sel pipi dilukis dan bahagiannya dilabel.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 5

4.

PROSEDUR

b.( memerhati struktur sel epidermis bawang daun elodia ( sel tumbuhan )) 4.b.1 Dengan menggunakan pisau kecil, sehelai daun sisik sukulen bawang merah di keluarkan daripada sebiji bawang besar.

Rajah 4 : Sehelai daun sisik sukulen bawang merah dikeluarkan

4.b.2 Kemudian dengan menggunakn forsep, epidermis bawang ditanggalkan dari sebelah dalam daun sisik itu. 4.b.3 Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid kaca yang bersih. 4.b.4 Epidermis bawang diletak di atas titisan air itu dengan cermat supaya epidermis tidak terlipat. 4.b.5 Epidermis bawang itu ditutup dengan penutup slaid kaca. 4.b.6 Slaid kaca itu diperiksa menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi dan setitik larutan iodin dititis pada hujung penutup slaid kaca yang bertentangan. Teknik ini membenarkan larutan iodin meresap ke dalam sel epidermis bawang itu lalu mewarnakan bahagian tertentu sel itu.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 6

4.b.7 Slaid kaca itu diperiksa sekali lagi menerusi mikroskop dengan kuasa rendah untuk memfokuskannya dan kemudia dengan kuasa tinggi. 4.b.8 Struktur sel bawang yang diperhatikan menerusi mikroskop dilukis dan dilabel. 4.b.8 Eksperimen ini diulang dengan menggunakan daun elodea.

5.a

PEMERHATIAN

( Memerhati struktur sel pipi (sel haiwan ))

Sitoplasma

Membran plasma

nukleus

Sel pipi ( sel haiwan) yang diperhatikan dengan menggunakan mikroskop

Sel pipi ( sel haiwan ) yang dilukis

Rajah 5: Sel pipi ( sel haiwan ) yang diperhatikan

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 7

5.b

PEMERHATIAN

( Memerhati struktur sel epidermis bawang dan daun ekodia (sel tumbuhan ))

Vakuol

sitoplasma

dinding sel

nukleus

membran plasma

Pemerhatian sel bawang dibuat dengan menggunakan mikroskop

Pemerhatian sel bawang dilukis

Vakuol

kloroplas

Membran plasma

Nukleus

dinding sel

Sitoplasma

Sel daun elodea

Rajah 6 : Pemerhatian sel tumbuhan

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 8

6.

PERBINCANGAN Setelah menjalankan ekperimen ini kita ketahu bahawa sel tumbuhan dan sel

haiwan mempunyai persamaan dan perbezaan. Yang mana persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan ialah mempunyai nukleus, sitoplasma , membran plasma, jasad Golgi, mitokondrion dan jalinan endoplasma. Di antara perbezaannya dinyatakan dalam jadual di bawah.

PERBEZAAN DI ANTARA SEL TUMBUHAN DENGAN SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN 1. mempunyai dinding sel 2. mempunyai bentuk yang teratur 3. mempunyai vakuol-vakuol yang besar 4. mempunyai kloroplas dengan pigmen klorofil di dalamnya. 5. mempunyai granul kanji (simpanan makanan) di dalam sitoplasma.

SEL HAIWAN 1. tidak mempunyai dinding sel 2. mempunyai bentuk yang tidak teratur 3. mempunyai vakuol-vakuol yang kecil 4.tidak mempunyai kloroplas

5. mempunyai granul glikogen (simpanan makanan) di dalam sitoplasma.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 9

7.a

KESIMPULAN

Memerhati struktur sel pipi manusia (sel haiwan)) Sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap dan setiap sel mengandungi nukleos, sitoplasma dan membran plasma. Di samping itu, sel haiwan tidak mempunyai dinding sel dan mempunyai bentuk yang tidak teratur. Ianya mempunyai vakuol-vakuol yang kecil dan tidak mengandungi kloroplas. Ianya juga mempunyai granul glikogen ( simpanan makanan) di dalam sitoplasma. 7.b KESIMPULAN

Memerhati struktur sel epidermis bawang dan daun Elodea (sel tumbuhan)) Sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol yang besar. Setengah sel seperti sel daun Elodea mempunyai kloroplas. Struktur membran plasma berselaput nipis, kenyal dan separa telap dan ianya terdiri daripada protein dan lipid. Fungsinya ialah untuk mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Di samping itu, struktur dinding sel terletak di luar membran sel dan terbina daripada selulosa dan bersifat telap sepenuhnya. Ianya keras dan tegar. Ia berfungsi member sokongan, ketegaran dan bentuk kepada sel tumbuhan. Manakala struktur sitoplasma ialah bahan cecair likat seperti jeli dan terdapat antara membran sel dan membran nukleus serta mengandungi organel, dan makanan seperti protein dan karbohidrat. Ianya berfungsi bertindak sebagai medium tindak balas kimia dan berfungsi untuk membekalkan organel dengan bahan keperluannya. Struktur nukleus berbentuk sfera atau bujur dan terdiri daripada membran nukleus, kromosom, nukleolus dan nukleoplasma. Fungsinya mengawal atur semua aktiviti sel dan membawa bahan baka keturunan dan mengawal pembahagian sel. Setiap sel mempunyai fungsinya yang tertentu dan sebagai contoh, sel darah merah mengangkut oksigen, sel otot menyebabkan pergerakan dan sel saraf pada manusia membawa impuls saraf. Setiap sel mempunyai organel yang berbeza. Setiap organel dalam sitoplasma mempunyai fungsi yang tertentu.

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 10

RUJUKAN:
1. Choong Li Li, 2011, Sains PMR kuasai Melalui Diagram, SAP Publications(M) Sdn.Bhd. Shah Alam Selangor,ms 6 2. Ng Chee Kin, 2009, Hybrid Science, Marshall Cavendish .Shah Alam Selangor, ms171-175 3. Mah Chee Wai, 1996, Bantuan Studi Lengkap SPM KBSM Biologi, Sasbadi. Petaling Jaya Selangor, ms 57 4. Best The Lay Hong, 2004, Siri Referens SPM Biologi, Pearson Longman . Petaling Jaya Selangor, ms 220 5. Hassan Abdullah, 2002, Biologi Matrikulasi Jilid 1, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam Selangor, ms187-188 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotosintesis 7. http://www.anneahira.com/fotosintesis-tumbuhan.htm-artikel-AnnaAhira 8. http://www.slideshare.net/MuizzAbdul/lab-report-biologi-pismp-sains-1 9. http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02/keperluan-asas-bagi-tumbuhanbasic.html

Hidupan dan Proses Hidupan (SCE 3101)

Page 11

Vous aimerez peut-être aussi