Vous êtes sur la page 1sur 3

Tajuk : Membakar Semut - 1967 oleh Dzulkifli Buyong

Aspresiasi : Teknik yang digunakan oleh Dzulkifli Buyong bagi menghasilkan karya seni bertajuk Membakar Semut ialah menggunakan teknik campuran, catan dan cetakan saring. Hasil karya seni ini mempunyai empat gaya penampilan. Gaya penampilan pertama ialah gaya naturalisme bagi menghasilkan elemen imitasi figura yang bertujuan untuk menghasilakn karya yang tidak realism atau tiada kadar banding yang betul tetapi masih dapat dikenalpasti. Selain itu, gaya yang kedua yang ingin dipersembahkan ialah gaya idealism iaitu penyampaian secara exaggeration atau melampau. Persembahan ini berteraskan kepada komposisi susunan tiga segi yang berpusatkan kepada api. Gaya penampilan ketiga ialah gaya stailisasi, gaya ini menggambarkan figura iaitu gaya penampilan yang tidak mengikut kadar banding yang betul. Seterusnya gaya penampilan keempat ialah gaya penampilan abstraksi, iaitu melambangkan kaum yang terdapat di dalam seni karya tersebut. Surat khabar yang digunakan untuk membakar tersebut ialah suratkhabar melayu sebagai melambangkan kanak-kanak melayu. Sebagai kesimpulan, mesej yang hendak disampaikan dalam karya seni tersebut ialah mengambarkan keadaan realiti masyarakat kanak-kanak melayu iaitu membakar semut sebagai satu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang yang tidak mempunyai permainan lain. Karya ini juga menggambarkan sebuah permainan yang agak simple dan daif yakni satu gambaran tentang sosio-ekonomi masyarakat melayu yang masih mundur berbanding kaum lain. Akhirnya, melalui karya yang ringkas tersebut yang berbentuk naratif dan ekspresi watak diolah dengan baik bagi menerangkan sesuatu gambaran aktiviti yang sangat ringkas.

Tajuk : Ayahku dan Angkasawan -1969 oleh Ibrahim Hussien

Apresiasi : Teknik yang dibuat oleh Ibrahim Hussien bagi menghasilakn karya seni Ayahku dan Angkasawan ialah teknik campuran, catan dan cetakan saring. Hasil karya seni ini mempunyai dua gambaran yang dipaparkan. Gambaran pertama ialah menampilkan seorang lelaki yang tidak berbaju tetapi hanya berkain pelikat sahaja dan gambaran kedua yang dipaparkan ialah seorang angkasawan yang lengkap berpakaian tetapi berlatarbelakangkan pemandangan kampung. Daripada karya seni tersebut terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan iaitu terdapat duit dipeha, Pada tahun 1969, bapanya masih tidak percaya pada kejayaan manusia di bulan, ini berkaitan dengan kisah kebuluran di Baling yang berlaku dalam tahun 1969. Selain itu, mesej yang ditonjolkan juga mengenai kisah kontroversi seorang anak lelaki dengan bapanya. Gaya penampilan yang realistik dengan gabungan teknik catan dan cetakan karya ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas tentang paradigm masyarakat yang tidak mahu maju. Seterusnya gaya penampilan keempat ialah gaya penampilan abstraksi, iaitu melambangkan kaum yang terdapat di dalam seni karya tersebut. Surat khabar yang digunakan untuk membakar tersebut ialah suratkhabar melayu sebagai melambangkan kanak-kanak melayu. Sebagai kesimpulan, Aspek nilai sosial perhubungan kekeluargaan seorang anak dengan bapanya, cinta kepada Negara, berusaha dan sentiasa berfikiran positif.

Vous aimerez peut-être aussi