Vous êtes sur la page 1sur 47

AKTA PENDIDIKAN 1996

Nordin Tahir

Sejarah Perkembangan Pendidikan Malaysia Sepintas lalu.

Nordin Tahir

1956 Laporan Razak


1957 Ordinan Pelajaran

Nordin Tahir

1960 Laporan Rahman Talib

1961 Akta Pelajaran

Nordin Tahir

Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 Laporan Kabinet

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


AKTA PENDIDIKAN 1996

Nordin Tahir

Akta Pendidikan 1996

16 Bahagian 17 Peraturan

Nordin Tahir

Akta Pendidikan 1996


BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Nordin Tahir

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Nordin Tahir

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
Nordin Tahir 9

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia.

Nordin Tahir

10

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Nordin Tahir

11

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Nordin Tahir 12

Akta Pendidikan 1996


DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.
Nordin Tahir 13

Akta Pendidikan 1996


MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Yang diPertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Nordin Tahir

14

Bahagian l

Tajuk Ringkas nama akta AKTA PENDIDIKAN 1996 Tarikh Mula Kuatkuasa- akan ditentukan oleh Menteri Tafsiran - definisi

Nordin Tahir

15

Bahagian ll
Pentadbiran Lantikan Pegawai-pegawai i. Ketua Pengarah Pendidikan oleh YDP Agong ii. Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah, Pengarah Peperiksaan dilantik oleh Menteri
Nordin Tahir 16

Bahagian ll.sambung
Menteri berkuasa mengeluarkan arahan am dan arahan khas yang konsisten dengan peruntukan Akta.

Nordin Tahir

17

Bahagian lll
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Keahlian ditetapkan oleh Menteri Menasihati Menteri dalam hal pendidikan Boleh mengawalselia prosedur sendiri

Nordin Tahir

18

Bahagian lV
Sistem Pendidikan Kebangsaan Terdiri dari: 1. Pendidikan Pra Sekolah 2. Pendidikan Rendah 3. Pendidikan Menengah 4. Pendidikan Tinggi 5. Tidak termasuk sekolah expatriat
Nordin Tahir 19

Bahagian lVsambung
Kategori Institusi Pendidikan:
1. 2. 3.

Institusi pendidikan kerajaan Institusi pendidikan bantuan kerajaan Institusi pendidikan swasta

Nordin Tahir

20

Bahagian lV sambung

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan manamana institusi yang dikecualikan oleh Menteri Sekolah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan Kurikulum Kebangsaan digunakan di semua sekolah
Nordin Tahir 21


Bahagian V Penilaian dan Peperiksaan * Menteri menentukan cara, tahap dan peraturan peperiksaan

Bahagian Vl Pendidikan Tinggi

Nordin Tahir

22

Bahagian Vll Institut Pendidikan Swasta Bahagian Vlll Pendaftaran Institut Pendidikan Bahagian lX Pendaftaran Guru

Nordin Tahir

23

Bahagian X Jemaah Nazir Sekolah Bahagian Xl Kewangan


Bahagian Xll Rayuan Bahagian Xlll Peraturan-peraturan
Nordin Tahir 24

Bahagian XIV Kesalahan dan Penalti Bahagian XV Pelbagaian Bahagian XVI Peralihan dan Pemansuhan

Nordin Tahir

25

1.Peraturan - peraturan Pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997

Bahan Kurikulum, Masa dan Penilaian ditentukan oleh Ketua pendaftar Penilaian dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor

Nordin Tahir

26

2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997

Penubuhan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan sijil/diploma politeknik Menentukan dasar Mengesahkan dan mengumumkan keputusan peperiksaan Tindakan tatatertib Menimbang rayuan Menentukan penganugerahan sijil dan diploma
Nordin Tahir 27

3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan / Maktab Pendidikan Guru) 1997

Penubuhan Lembaga Peperiksaan Guru Dasar, strategi dan garis panduan peperiksaan Mengesahkan atau membatalkan keputusan Memberhentikan kursus

Nordin Tahir

28

Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan/ Maktab Pendidikan Guru) 1977 ..Sambungan

Menganugerahkan sijil, diploma dan kelayakan lain Mengawal pengeluaran sijil, diploma dan kelayakan lain dan dapatkan pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara jika perlu Menetapkan tarikh mengumumkan keputusan secara rasmi

Nordin Tahir

29

4.Peraturan-peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan Maktab Pendidikan Guru) 1997

Tenaga pengajar yang berkelayakan untuk mengendalikan kursus Murid pendidikan guru mesti telah lulus pendidikan menengah Kursus pra dalam perkhidmatan Kurikulum diluluskan oleh menteri J/K kurikulum ditubuh untuk menggubal kurikulum
Nordin Tahir 30

5. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik

Lembaga Kurikulum dan Program Latihan Politeknik ditubuhkan Menentukan dasar Menghasilkan dan mengawasi pelaksanaan kurikulum Pelaksanaan kurikulum Bertanggungjawab kepada Menteri
Nordin Tahir 31

6. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

Menggariskan matapelajaran teras, wajib dan elektif, untuk kelas peralihan dan Tingkatan Enam Menggariskan GERKO Ketua Pendaftar berkuasa meminda jadual waktu dan sukatan pelajaran

Nordin Tahir

32

7. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997

Program pendidikan untuk pelajar kecacatan pendengaran atau kecacatan penglihatan atau masalah pembelajaran Guru boleh mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dan jadual bagi mencapai matlamat pendidikan khas

Nordin Tahir

33

8. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 Fungsi Lembaga Peperiksaan Memantau, menasihati dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah. Mengendalikan semua peperiksaan - bayaran peperiksaan - kuasa Pegarah Peperiksaan

Nordin Tahir

34

9. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997


Garispanduan pendaftaran institusi pendidikan Yuran pendaftaran Audit institusi pendidikan Pemberhentian operasi institusi pendidikan Kesalahan dan penalti

Nordin Tahir

35

10. Peraturan-peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998


Kuasa pegawai disiplin Rayuan Penggantungan murid Pembuangan murid Melarang murid bersalah memasuki institusi

Nordin Tahir

36

11. Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998

Penubuhan J/K Penerbitan sekolah dan pengedaran Majalah Sekolah dan Bahan Multi Media Kuasa dan fungsi J/K Kelulusan Guru Besar atau Pengetua untuk penerbitan dan pengedaran

Nordin Tahir

37

sambungan

Sidang pengarang yang di bawah guru penasihat yang dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua Guru Besar atau Pengetua mesti memaklumkan Ketua Pendaftar tentang penerbitan

Nordin Tahir

38

12. Peraturan-peraturan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998


Keahlian PIBG Peranan PIBG Kuasa Pendaftar dalam PIBG

Nordin Tahir

39

13. Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998

Kelulusan Pengetua/Guru Besar untuk menubuhkan persatuan Kategori persatuan Penasihat persatuan dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

Nordin Tahir

40

sambungan

Laporan Persatuan Pengetua/Guru Besar dan Pendaftar boleh membatalkan persatuan

Nordin Tahir

41

14. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998


Cuti dan Hari Sekolah Cuti Peristiwa Pendaftaran kehadiran murid Kuasa Pengetua/Guru Besar menutup sekolah dalam keadaan darurat

Nordin Tahir

42

15. Peraturan-peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Piawaian) 1998 Pengetua/Pengelola mestilah 1. Mengemukakan perihal premis kepada ketua pendaftar 2. Sediakan papan notis nama institusi dihadapan institusi 3. Penyenggaraan premis 4. Premis digunakan untuk tujuan seperti dalam permohonan
Nordin Tahir 43

16. Peraturan-peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Iklan) 1998

Bahasa Iklan- Bahasa Kebangsaan secara sendiri atau bersama-sama bahasa lain Ketua Pendaftar mengawalselia kandungan iklan Rayuan

Nordin Tahir

44

17. Peraturan-peraturan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah) 1998

Digunapakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Anak warganegara dan bukan bukan warganegara Penyimpanan daftar penerimaan masuk murid Pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan
Nordin Tahir 45

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan


FPK jadi landasan akta Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolah Kedudukan Bahasa Kebangsaan diperkukuhkan Kurikulum diselaraskan Peperiksaan yang sama Pendidikan Islam diperluaskan
Nordin Tahir 46

sambungan

Pendidikan Prasekolah diperluaskan Mutu pendidikan PraSekolah dipertingkatan Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah Pendidikan guru diperkukuhkan Pendidikan swasta berkembang & sistematik Pendidikan khas diberi tumpuan Mengambilkira kepentingan pendidikan semua kaum
Nordin Tahir 47

Vous aimerez peut-être aussi