Vous êtes sur la page 1sur 5

Angka Bererti

Angka bererti (significant figures, s.f.) merujuk kepada angka yang berkaitan integer atau perpuluhan, yang telah digenapkan kepada ketepatan darjah yang ditentukan (specified degree of accuracy). Contoh 1 Nyatakan bilangan angka bererti (a.b.) dalam setiap nombor berikut;

5 279 Jwb: 4 angka bererti 52 009 Jwb: 5 angka bererti 0.001 25 Jwb: 3 angka bererti 0.010 41 Jwb: 4 angka bererti

Contoh 2 Ungkapkan setiap nombor yang berikut tepat kepada 1 angka bererti (1 a.b.), 2 angka bererti (2 a.b.) dan 3 angka bererti (a.b.).

87 310 9 875 1 009 0.045 62 0.002 31

Jwb: Nombor 87 310 9 875 1 009 0.045 62 0.002 31 1 angka bererti 90 000 10 000 1 000 0.05 0.002 2 angka bererti 87 000 9 900 1 000 0.046 0.002 3 3 angka bererti 87 300 9 880 1 010 0.045 6 0.002 31

Bentuk Piawai
Adalah lebih mudah untuk menulis suatu nombor yang sangat/terlalu besar atau nombor yang sangat/terlalu kecil dalam bentuk piawai (standard form) atau tatatanda saintifik (scientific notation). Nombor yang diungkap dalam bentuk piawai adalah ditulis sebagai A x 10n, di mana 1 A < 10 dan n ialah integer positif atau negatif.

Mengungkapkan nombor positif dalam bentuk piawai Nombor positif yang lebih besar daripada, atau sama dengan 10, boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, di mana 1 A < 10 dan n adalah integer positif, iaitu n = 1, 2, 3, ... Contoh i:

90 = 9 x 10 9 803 000 = 9.803 x 106

* Nilai n adalah sama dengan bilangan tempat titik perpuluhan yang digerakkan ke kiri.

Nombor positif yang kurang daripada 1, boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, di mana 1 A < 10 dan n ialah integer negatif, iaitu n = ..., -3, -2, -1. Contoh ii:

0.563 = 5.63 x 10-1 0.00709 = 7.09 x 10-3

** Nilai n adalah sama dengan bilangan tempat titik perpuluhan yang digerakkan ke kanan.

Contoh 1: Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.

8383 Jwb: 8383 = 8383.0 [gerakkan titik perpuluhan 3 tempat ke kiri] = 8.383 x 103 31 584 Jwb: 31 584 = 31 584.0 [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kiri] = 3.1584 x 104

240 000 Jwb: 240 000 = 240 000.0 [gerakkan titik perpuluhan 5 tempat ke kiri] = 2.4 x 105

Contoh 2: Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.

0.9233 Jwb: 0.9233 [gerakkan titik perpuluhan 1 tempat ke kanan] = 8.383 x 10-1 0.0463 Jwb: 0.0463 [gerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan] = 4.63 x 10-2 0.0005452 Jwb: 0.0005452 [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kanan] = 5.452 x 10-4

Menukar nombor dalam bentuk piawai kepada nombor tunggal (single number) Nombor dalam bentuk piawai, iaitu A x 10n boleh ditukar kepada nombor tunggal (single number) dengan menggerakkan titik perpuluhan pada A.

n ditempatkan ke kanan jika n adalah positif. n ditempatkan ke kiri jika n adalah negatif.

Contoh 3: Ungkapkan bentuk piawai berikut kepada nombor tunggal (single number).

8.09 x 103 Jwb: = 8.090 [gerakkan titik perpuluhan 3 tempat ke kanan] = 8090 6.228 x 10-4
Jwb:

= 6.228 [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kiri] = 0.0006228

Pengiraan nombor dalam bentuk piawai


Dua nombor dalam bentuk piawai boleh ditambah atau ditolakkan jika kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama. Contoh 4:

Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.

5.8 x 104 - 2.7 x 104 Jwb: Kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama, iaitu 4 = (5.8 - 2.7) x 10 4 [104 adalah faktor sepunya (common factor)] = 3.1 x 10 4 3.5 x 10-3 + 5.6 x 10-3 Jwb: Kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama, iaitu -3 = (3.5 + 5.6) x 10-3 [10-3 adalah faktor sepunya (common factor)] = 9.1 x 10-3

Dua nombor dalam bentuk piawai yang mempunyai indeks yang berbeza hanya boleh ditambah atau ditolak jika indeks yang berbeza tersebut dijadikansama. Contoh 5: Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.

6.6 x 106 + 5 x 105 Jwb: 6.6 x 106 + 5 x 105 Tukarkan indeks 5 kepada indeks 6 iaitu, indeks yang lebih besar. = 6.6 x 106 + 5 x 10-1 x 106 ** 5 x 10-1 = 0.5 = 6.6 x 106 + 0.5 x 106 = (6.6 + 0.5) x 106 [106 adalah faktor sepunya] = 7.1 x 106

8.4 x 10-4 - 8 x 10-5 Jwb: 8.4 x 10-4 - 8 x 10-5 Tukarkan indeks -5 kepada indeks -4 iaitu, indeks yang lebih besar. = 8.4 x 10-4 - 8 x 10-1 x 10-4 ** 8 x 10-1 = 0.8

= 8.4 x 10-4 - 0.8 x 10-4 = (8.4 - 0.8) x 10-4 [10-4 adalah faktor sepunya] = 7.6 x 10-4

Apabila dua nombor dalam bentuk piawai didarab atau dibahagi, nombor-nombor biasa akan didarab atau dibahagi diantara satu sama lain, manakala indeks mereka pula akan ditambah atau ditolak. Contoh 6: Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.

9.5 x 103 x 2.2 x 102 Jwb: Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombornombor indeks dalam kumpulan lain. = 9.5 x 2.2 x 103 x 102 * 10m x 10n = 10m+n = 9.5 x 2.2 x 103+2 = 20.9 x 105 ** Menulis 20.9 dalam bentuk piawai, iaitu 2.09 x 101 = 2.09 x 101 x 105 = 2.09 x 106 (7.2 x 105) (6 x 10-2) Jwb: Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombornombor indeks dalam kumpulan lain. = (72 6) x 105-(-2) = 1.2 x 107

Contoh 7: Kira (7.2 x 60 000) (9 x 107), dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai. Jwb: Tukarkan mana-mana nombor yang diberi kepada bentuk piawai sebagai langkah pertama. = (7.2 x 6 x 104) (9 x 107) Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombor-nombor indeks dalam kumpulan lain. = ((7.2 x 6) 9) x {104 107) * 10m 10n = 10m-n = 4.8 x 104-7 = 4.8 x 10-3

Vous aimerez peut-être aussi