Vous êtes sur la page 1sur 9

KEMAHIRAN BELAJAR

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR


Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.

Pembelajaran turut melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap pelajar itu sendiri. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses sesuatu maklumat.

Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan mampu menguasai kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.

Kesimpulannya, Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran Belajar juga dikenali sebagai hasil pengalaman individu iyu sendiri dalam melaksanakan interaksinya dengan persekitaran.

Selain itu, kemahiran belajar merupakan satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku. Dalam kemahiran belajar ini, hanya beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan dalam memori. Hal ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu terlupa akan maklumat yang penting.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR


Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna. Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. Memupuk disiplin kendiri pelajaran. Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat. Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan. Meningkatkan daya ingatan pelajar. Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang. Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media. Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat. Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

Vous aimerez peut-être aussi