Vous êtes sur la page 1sur 22

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 1.0 Peta Konsep Carta Alir Perkembangan Konsep Bidang Ukuran..... 2.0 Pengenalan....................................................................................... 3.0 Miskonsepsi Dalam Bidang Ukuran Panjang.................................... 4.0 Rancangan Pengajaran Harian......................................................... 5.0 Jadual Justifikasi............................................................................... 6.0 Persembahan Powerpoint................................................................. 7.0 Rumusan........................................................................................... 8.0 Jadual Refleksi individu (TOWS)....................................................... 9.0 Rujukan............................................................................................. 10.0 Lampiran......................................................................................... 10.1 Lembaran Kerja.................................................................... 10.2 Kad Imbasan........................................................................ 10.3 Alat Manipulatif.....................................................................

1.0 Peta Konsep Carta Alir Perkembangan Konsep Bidang Ukuran

2.0 Pengenalan Subjek Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang diajar di sekolahsekolah rendah terutamanya. Ini kerana subjek Matematik merupakan salah satu subjek penting yang mana kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalamnya amat berguna di dalam kehidupan seharian kita. Dalam sukatan pelajarannya, banyak tajuk-tajuk dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Disebabkan banyak tajuk-tajuk yang mesti dipelajari, menyebabkan terdapat segelintir murid-murid banyak melakukan kesalahan miskonsepsi terutamanya. Punca kepada masalah ini bukan sahaja terletak kepada murid-murid iaitu lebih kepada kelemahan murid-murid itu memahami konsep, malahan punca masalah ini juga berpunca daripada kegagalan guru Matematik itu sendiri dari aspek pengajarannya dalam menerangkan konsep yang tidak boleh difahami oleh murid-murid.

Sikap malas murid-murid itu sendiri juga menyumbang kepada kesilapan memahami konsep-konsep Matematik. Apabila kurang membuat latihan dan ulangkaji, murid-murid lebih mudah untuk lupa berbanding mengingat tentang apa yang dipelajari. Sikap murid-murid juga yang menganggap bahawa subjek Matematik adalah satu subjek yang sukar difahami dan sukar dipelajari menambahkan lagi mengapa murid-murid kita sukar untuk menguasai subjek ini. Ini merupakan faktor penyebab mengapa juga murid-murid lemah dan tidak dapat menguasai subjek ini dengan mudah. Sedangkan, jika kita perhatikan sebenarnya Matematik ini merupakan subjek yang seronok dan mudah dipelajari. Sebagai seorang guru Matematik, kita juga seharusnya merancang, merangka aktiviti-aktiviti yang boleh memudahkan mereka memahami konsep-konsep Matematik selain memilih strategi-strategi dan pendekatan yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya setiap konsep-konsep Matematik yang diajar kepada murid-murid kita akan lebih mudah difahami oleh mereka. Selain itu juga, guru-guru perlu menggunakan alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai dan impaknya juga sudah pasti murid tidak akan melakukan miskonsepsi terhadap konsep-konsep Matematik.

3.0 Miskonsepsi Dalam Bidang Ukuran Panjang

Panjang merupakan salah satu bidang ukuran yang penting dan telah wujud dari zaman sebelum Masihi lagi. Pada masa tersebut juga, konsep-konsep tentang ukuran panjang telah berkembang dengan wujudnya berbagai bentuk ukuran untuk mengukur panjang seperti hasta, cubit, jengkal, depa dan kaki. Konsep ukuran panjang diperkembangkan lagi sehingga pada masa sekarang dengan ukuran panjang merupakan salah satu tajuk yang harus dipelajari murid-murid dalam subjek Matematik bermula di sekolah-sekolah rendah. Dalam tajuk ini juga murid-murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan ukuran panjang yang mana murid akan diajar dengan konsep yang berkaitan dengan jarak atau panjang dan juga penggunaan unit-unit yang terlibat dalam pengukuran jarak dan juga panjang serta perkaitan di antara unit-unit tersebut.

Dalam tugasan kali ini, kumpulan kami telah memilih tajuk ukuran panjang bagi mengenalpasti kesilapan atau miskonsepsi dalam tajuk ukuran panjang. Fokus tugasan kami juga akan melibatkan salah satu kemahiran yang penting dalam tajuk ukuran panjang iaitu mengukur panjang dengan menggunakan alat untuk mengukur panjang iaitu pembaris dalam unit sentimeter. Kami juga telah merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bertujuan untuk mengesan murid-murid yang mempunyai masalah miskonsepsi tentang cara mendapatkan ukuran panjang menggunakan pembaris. Selain itu juga, bagi mengatasi masalah ini kami telah menyediakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai di mana alat atau bahan ini nanti akan dapat membetulkan miskonsepsi murid-murid dalam menggunakan pembaris bagi mendapatkan ukuran atau mengukur panjang garisan lurus.

4.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Kelas Bidang Tajuk Standard Kandungan

: Matematik : Tahun 2A : SukatandanGeometri : Panjang : 10.2

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk melukis garis lurus mengikut ukuran yang diberi dalam unit: a) Masa sentimeter

: 1 jam (60 minit)

Langkah 1 Tempoh Masa 10 minit Aktiviti Cadangan Komunikasi a. Berapakah garisan yang terdapat dalam kad ini? b. Antara garisangarisan ini, yang manakah garisan lurus? c. Antara garisan berikut, yang manakah garisan b. Murid membezakan antara garis lurus dan bengkok. c. Murid diberi penekanan mengenai garisan lurus dan bengkok. bengkok?

a. Murid membuat pemerhatian terhadap kad imbasan yang mempunyai beberapa garis lurus dan bengkok.

Langkah 2 Tempoh Masa 15 minit Aktiviti Cadangan Komunikasi a. Apakah ukuran yang terdapat pada kad ini? b. Apakah maksud cm?

a. Murid ditunjukkan kad imbasan yang mempunyai beberapa ukuran panjang dalam sentimeter. Contoh:

b. Murid menyebut panjang ukuran dan melukis garisan lurus mengikut ukuran tersebut di atas kertas. c. Murid dibimbing untuk melukis garisan lurus dengan tepat. d. Murid dan guru berbincang mengenai hasil aktiviti di atas. Langkah 3 Tempoh Masa 15 minit Aktiviti Cadangan Komunikasi a. Lukiskan garisan lurus dari; A ke B =5 cm B ke C = 4 cm C ke D = 3 cm D ke E = 6 cm E ke F = 2 cm

a. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan melukis garisan lurus berdasarkan arahan yang diberi. Contoh:

b. Kemungkinan murid akan mendapat bentuk yang berbeza tetapi ukuran yang sama dengan arahan yang diberikan.

Contoh:

Langkah 4 Tempoh Masa 20 minit Aktiviti Cadangan Komunikasi

a. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk diselesaikan dalam masa 20 minit. Guru memberi bimbingan kepada murid yang lemah/lambat. b. Murid membincangkan jawapan bersama guru.

Pentaksiran : Lembaran kerja Nilai : Bekerjasama, ketepatan

5.0 Jadual Justifikasi

Langkah 1

Murid diberi ransangan mudah bagi membina persediaan minda murid. Di peringkat ini, murid dilibatkan secara aktif dalam pemerhatian dan membuat analisis. Murid perlu tahu bahawa jarak antara dua objek atau tempat dikira berdasarkan jarak lurus di antaranya. Oleh itu, murid perlu mengenalpasti garisan lurus dan garisan bengkok. Selain itu juga, murid juga diberi penekanan bahawa hanya garisan lurus sahaja dapat diukur dengan menggunakan pembaris secara langsung.

Langkah 2

Di peringkat ini murid akan menggunakan daya imaginasi untuk menjana dan mensintesis idea. Pada pelajaran yang lepas, murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan alat pengukur seperti pembaris.Murid juga diperkenalkan dengan unit cm dan jarak 1 cm. Dalam langkah ini, murid diminta untuk menyebut nilai ukuran pada kad imbasan bagi memastikan murid tahu nilainya sebelum murid melukis garis seperti yang ditunjukkan. Guru perlu membimbing murid kerana di peringkat inilah selalunya murid akan membuat kesilapan dalam menggunakan pembaris bagi mendapat ukuran yang dikehendaki. Murid akan membuat garis dan memulakan pengiraan ukuran daripada hujung pembaris dan bukannya daripada nilai 0. Perkara ini perlu diberi penekanan kerana kesilapan ini akan memberikan perbezaan nilai yang ketara. Pada langkah ini juga, latihan dengan contoh yang banyak akan memberikan tahap penguasaan yang lebih baik kepada murid agar mereka tidak melakukan kesilapan semasa mengukur.

Langkah 3

Ini merupakan langkah perkembangan kefahaman murid. Murid diberi peluang dan masa untuk mengaplikasikan pengetahuan membuat garisan lurus mengikut ukuran yang ditetapkan. Aktiviti ini di jalankan secara berpasangan. Proses

penambahbaikan turut berlangsung di dalam langkah ini, kelemahan dan kesilapan kecil yang dikesan akan dibetulkan sama ada oleh guru mahupun rakan murid itu sendiri. Dalam langkah ini juga, perkembangan idea murid dapat ditunjukkan mengikut kreativiti masing-masing di mana tiada peraturan atau ketetapan cara bagaimana bentuk dihasilkan daripada garisangarisan lurus tersebut. Dalam langkah ini juga, penilaian dijalankan secara tidak langsung bagi mengenalpasti murid yang masih perlu diberi bimbingan dan pemulihan. Langkah 4 Langkah 4 merupakan peringkat tindakan dan amalan berterusan. Dalam langkah ini, murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam tiga langkah awal untuk menjalankan aktiviti secara individu. Diharapkan pada peringkat ini, murid akan dapat mengaplikasikan pengalaman pembelajarannya sebagai amalan berterusan.

6.0 Persembahan Powerpoint

7.0 Rumusan Kesilapan murid-murid dalam mengukur menggunakan pembaris memberi kesan kepada kefahaman mereka tentang konsep ukuran iaitu mengukur panjang. Walaupun kita sebagai guru telah menerangkan kepada murid-murid bahawa sepatutnya ukuran mestilah bermula dengan nilai 0, tetapi terdapat juga murid-murid walaupun mereka faham iaitu ukuran seharusnya bermula dengan nilai 0, apabila menggunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran, mereka mengabaikan konsep tersebut. Dalam langkah 2 di dalam RPH sudah semestinya kita akan dapat mengesan beberapa orang murid yang melakukan kesilapan yang mana menghasilkan garisan yang tidak menunjukkan ukuran sebenar. Mereka beranggapan bahawa nilai 0 bermula dari hujung pembaris bukannya pada nilai 0 yang ada pada pembaris. Seperti contoh di bawah, A B

Untuk menentukan panjang dari A ke B, murid tersebut mengukur menggunakan pembaris dengan meletakkan hujung pembaris di A. Ini menunjukkan murid tersebut melakukan kesilapan dalam melakukan pengukuran. Berbanding dengan gambarajah di bawah, menunjukkan cara yang betul menggunakan pembaris bagi mendapatkan ukuran iaitu bermula dengan nilai 0. A B

Oleh sebab itu, bagi membetulkan miskonsepsi murid-murid agar mereka tidak melakukan kesilapan dalam mengukur panjang sepatutnya pembaris yang digunakan oleh murid itu perlu diubahsuai supaya penggunaannya betul. Kelemahan ini juga berpunca daripada pembaris yang dibeli oleh murid itu sendiri. Ini kerana kebanyakkan pembaris yang dijual adalah seperti gambar di atas. Bagi mengatasi masalah ini, kumpulan kami telah menyediakan pembaris yang dilekatkan bersama kadbod dan kadbod itu diletakkan selari dengan nilai 0 agar murid-murid memulakan ukuran mereka berpandukan kepada kadbod bukannya hujung pembaris.

Selain itu, kumpulan kami telah membina pembaris seperti gambar di bawah agar setiap kali mengukur dengan pembaris, murid-murid akan sentiasa bermula dengan nilai 0 pada skala pembaris tersebut. Diharap dengan pembaris ini akan membetulkan kesilapan yang selalu murid-murid lakukan melibatkan pengukuran ukuran panjang dan dapat mengingatkan mereka mengukur dengan pembaris harus bermula dengan nilai 0 pada skala pembaris bukannya di hujung pembaris.

8.0 Jadual Refleksi Individu (TOWS) Nama : Broster Ak Patrick Kukut

Threats (Ancaman) 1. Isi kandungan tugasan dikhuatiri tidak menepati kehendak tugasan.

Opportunities (Peluang) 1. Saya dan ahli kumpulan berpeluang bersemuka dan bertanyakan masalah serta kekeliruan kepada pensyarah. 2. Tempoh masa yang agak panjang boleh dianggap mencukupi untuk kami menyiapkan tugasan. 3. Hujung minggu dapat digunakan sebaik mungkin untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan.

Weakness (Kelemahan) 1. Tajuk dan isi kandungan tugasan agak mengelirukan. 2. Pertama kali membuat tugasan dalam bentuk seperti itu. 3. Mengambil masa yang lama untuk memahami kehendak tugasan. 4. Kesibukan dengan tugas seharian menjadi kekangan utama untuk menyiapkan tugasan.

Strengths (Kekuatan) 1. Semua ahli telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang penyediaan tugasan ini. 2. Setiap ahli kumpulan mempunyai bidang kepakaran masing-masing. 3. Dengan adanya kemudahan ICT, saya boleh berhubung dengan ahli kumpulan melalui telefon dan emel dengan segera jika perlu walaupun kami berada di lokasi yang berjauhan. 4. Semua ahli sanggup berjaga sehingga lewat malam pada hujung minggu bagi memastikan kesempurnaan tugasan.

Nama No. Matrik

: Mohammed Trisghaq Bin Omar : PPG/M/08/00908/2012/2/KIC

Threats (Ancaman) Masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan iaitu tempoh hanya sebulan. Beban tugas dan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan di sekolah. Program dan aktiviti sekolah yang padat (kelas tambahan, aktiviti gerko dan aktiviti di dalam takwim sekolah). Ketidakstabilan perkhidmatan internet tanpa wayar sekolah yang selalu tergendala menyebabkan capaian internet yang lemah. Weakness (Kelemahan) Kurang perbincangan kumpulan disebabkan berlainan daerah/bahagian tempat tinggal. Kekurangan bahan rujukan berbentuk buku. Pemahaman mengenai istilah-istilah matematik dalam bahasa Inggeris adalah kurang. Penterjemahan istilah Matematik mengambil masa yang lama. Kurang memahami dan pengetahuan tentang tajuk tugasan.

Opportunities (Peluang) BB1M telah mengurangkan kos bahan bagi menyiapkan tugasan kumpulan. Bantuan daripada guru cemerlang di sekolah. Bantuan daripada rakan-rakan guru di sekolah yang mengajar Matematik. Rakan dari kumpulan lain dalam daerah/bahagian yang sama tempat tinggal.

Strengths (Kekuatan) Kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama memudahkan tugasan dapat disiapkan. Kemudahan perkhidmatan jalur lebar bertujuan mencari maklumat menggunakan internet. Kesemua ahli kumpulan mempunyai kemahiran ICT. Ahli kumpulan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang Matematik. Bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan mencukupi. Kemudahan untuk menyiapkan tugasan seperti komputer dan pencetak berfungsi dengan baik.

9.0 Rujukan

Nurul Huda Ahmad Zaki, Sejarah Jam dan Waktu, Artikel, diakses daripada http://www.mufti.penang.gov.my/pusat_falak/artikel.htm Keith Devlin (1999), About Time. Artikel, diakses daripada http://www.maa.org/devlin/devlin_12_99.html AJ Turner, Gale Encyclopedia of The Early Modern World: Measurement of Time , Artikel, diakses daripada http://www.answers.com/topic/time-measurement JJ OConnor, EF Robertson (2003), The History of Measurement, Artikel, diakses daripada http://www-history.mcs.st-andrews.ac.uk/HistTopics/Measurement.html JB Calvert (1999), Old Units of Length, Artikel, diakses daripada http://mysite.du.edu/~jcalvert/tech/oldleng.htm Russ Rowlett (2001), English Customary Weights and Measures, Artikel, diakses daripada http://www.unc.edu/~rowlett/units/custom.html Morgan Adams, About Liquid and Dry Measurement Equivalents, Artikel, diakses daripada http://www.ehow.com/about_4598194_liquid-dry-measurement-equivalents.html

10.0 Lampiran 10.1 Lembaran Kerja Murid Lembaran Kerja MatematikTahun 2

Nama : ____________________

Tarikh : ___________

Arahan :Lukiskan garisan lurus mengikut ukuran yang diberi.

5 cm

1 cm

3 cm

7 cm

4 cm

8 cm

10.2 Kad Imbasan

10.3 Alat Manipulatif

Vous aimerez peut-être aussi