Vous êtes sur la page 1sur 5

Kenegaraan

Tugasan semester

Asal-usul bahasa melayu, perkembangan dan statusnya kini.

Asal-usul dan sejarah:

>menjejaki akar bahasa melalui penjejakan akar bangsa (penduduk kepulauan melayu)

Bermulanya keturunan Melayu atau bani Adam adalah dengan hidupnya manusia pertama
di bumi ini, nabi Adam a.s., atau dikenali hanya dengan nama adam dikalangan bangsa-
bangsa penganut kristian, yahudi, dan lain-lain. nabi Adam dikatakan diturunkan ke bumi
di tanah arab atau India mengambil kira percanggahan pendapat ulama-ulama. Dari sudut
penemuan saintifik pula, mayat-mayat tertua ditemui menunjukkan pula penempatan
awal manusia di rantau merangkumi negeri-negeri antara afrika utara (history of human
race??, where?? state country name of oldest corp - use as ref) hingga ke asia selatan
(india-sri lanka). Permulaan penempatan manusia di rantau nusantara seterusnya
kepulauan melayu bermula dengan, sudah pastinya, laluan penghijrahan manusia dari
penempatan awal (arab / india) ke nusantara. Penempatan rantau nusantara dijejak dari
kegiatan pembukaan kawasan oleh pendatan dari dua arah. Satu golongan pembuka
penempatan datang dari India selatan yang pada hari ini diduduki bangsa India manakala
golongan pendatang kedua dari tanah China. Dari satu teori, pentutur-pentutur bahasa
Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah
Yunnan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah
Asia Tenggara (ref: Nik Safiah Karim dan dll. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan
Bahasa dan Pustaka 2006). Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian,
pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua dari asia selatan (india)
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu
Deutro
Kedatangan dari dua tanah ini mendatangkan kesan asimilasi antara kaum dan budaya
India dan China. Asia tenggara kemudiannya dikenali "tanah Indocina" yang pada segi
bahasanya istilah bermaksud tanah kaum berkebudaya india dan cina. Asimilasi dan
kacukan kuat berlaku antara dua kebudayaa dan cara hidup dua kaum tersebut
menyebabkan terbentuknya kerajaan-kerajaan agung awal, seperti kerajaan Majapahit,
yang menganut agama kacuk hindu-budha.

Datangnya dua kaum awal bangsa india dan bangsa cina yang membentuk penduduk
awal nusantara juga membawa sistem-sistem bahasa awal, bahasa Sanskrit (india) dan
bahasa-bahasa agama budha lain. Memandangkan bahasa Sanskit juga bahasa pengantar
budha selain menjadi bahasa pengantar hindu (state reference footnote -
http//en.wikipedia.org/buddhist_hybrid_sanskrit) ia mendominasi bahasa lain, e.g. bahasa
Jawa lama, seterusnya berperanan menjadi bahasa utama kerajaan awal e.g. kerajaan
Majapahit (M.C. Ricklefs, A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd ed.
Stanford: Stanford University Press, 1991 and http//en.wikipedia.org/majapahit).
Walaubagaimanapun bahasa-bahasa ini kemudiannya mengalami kacukan, perubahan dan
perkembangan majmuk menjadi sistem bahasa Melayu terawal iaitu bahasa melayu lama
walaupun mengekalkan sistem-sistem tulisan sanskrit-jawa lama iaitu tulisan Pallava.
Bahasa Melayu kini dirujuk kepada sekumpulan bahasa yang berkait rapat antara satu
sama lain ke tahap boleh-diiktirafan sesama tetapi pembahasa-pembahasa itu dikira
sebagai bahasa yang berbeza/berlainan.Ia semua dikumpulkan sebagai kumpulan "bahasa
melayu tempatan" (state ref :http://www.ethnologue.com/show_family.asp?subid=91217),
sebahagian dari kumpulan besar "Malayan" dibawah keluarga bahasa Austronesia.
Bahasa Melayu ditutur dalam pelbagai bentuk di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura
dan Selatan Thailand.
Dokumen bertulis tertua dalam bahasa Melayu, bertarikh dari hujung abad ke-7, dijumpai
di Pulau Bangka, di pesisir tenggara Sumatera dan di Palembang, selatan Sumatera.
"Malayu" merupakan nama sebuah kerajaan lama, berkedudukan di daerah Jambi, timur
Sumatera. Ia dikenali dalam teks China lama sebagai "Mo-Lo-Yo" dan disebut dalam
Nagarakertagama, sebuah epik Jawa lama ditulis pada 1365, sebagai salah satu "negeri
naungan" kerajaan Majapahit, timur Jawa, yang perlu membayar ufti.
Sejarah membahagikan bahasa Melayu kepada empat edaran: melayu lama, zaman
peralihan, zaman kesultanan Melaka, dan melayu moden lewat (ref: The Encyclopedia of
Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004))
Melayu lama tidak boleh difahami oleh pentutur bahasa Melayu moden. Ia dipengaruhi
berat oleh bahasa Sanskrit (ref: http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/bahasa-
melayu-kuno.html). Inskripsi terawal deketahui dalam bahasa melayu ditemui di
Sumatera, ditulis dalam tulisan Pallava dan bertarikh balik ke abad ke-7 - dikenali
sebagai Batu Kedudukan Bukit. Ia ditemui M. Bratenburg, seorang berbangsa Belanda,
pada 29 November 1920 di Kedudukan Bukit, selatan Sumatera, di tebing sungai
Tantang. Batu tersebut berukuran 46 x 80cm.
>satu bahasa bersama sasteranya
Pada sejarahnya, bahsa melayu telah ditulis dengan pelbagai tulisan. Sebelum pengenalan
tulisan arab di kepulauan melayu, bahasa melayu ditulis menggunakan tulisan Pallava,
Kawi dan Rencong dan sehingga kini asih digunakan oleh masyarakat melayu Champa di
Vietnam dan Kemboja. Bahasa Melayu lama ditulis menggunakan tulisan Pallava dan
Kawi, sebagai bukti dari beberapa batu bersurat di kepulauan Melayu. Bermula dari era
kerajaan Pasai ke zaman keemasan kesultanan melayu melaka, tulisan jawi secara
berperingkat menggantikan tulisan-tulisan seperti Pallavi dan Kawi sebagai tulisan paling
banyak digunakan di kepulauan melayu. Bermula dari abad ke-17 dibawah pengaruh
penjajah Inggeris dan belanda, tulisan jawi secara berperingkat digantikan dengan tulisan
Rumi.

Perkembangan:
Penggunaan Bahasa Melayu dipelosok asia tenggara dikaitkan dengan pembangunan
kerajaan islam dan penyebaran Islam, ia sendiri sebagai kesan perkembangan
perdagangan serantau. Bahasa ini telahpun digunakan sebagai Lingua Franca dipelosok
nusantara sejak abad ke-15.

Lingua Franca rantau Nusantara


Salah satu sinonim Lingua Franca adalah bahasa pengantar. Dimana bahasa
vernakular digunakan sebagai bahasa ibunda dalam sebuah masyarakat
pentutur, bahasa pengantar maju melebihi sempadan kelompok masyarakat
asalnya, dan diganakan sebagai bahasa kedua bagi komunikasi antara
komuniti. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di
England tetapi digunakan sebagai bahasa pengantar (iaitu sebagai Lingua
Franca) di Filipina.
Bahasa Melayu digunakan secara meluas sebagai bahasa perdagangan di zaman
kesultanan Melaka (1402 - 1511). Pada ketiku itu, bahasa melayu berkembang pesat di
bawah pengaruh kesasteraan islam. Perkembangan tersebut menukar sifat bahasa melayu
dengan berlakunya perlakuran besar bersama tatabahasa bahasa arab, parsi dan hindu.
Dibawah kesultanan melayu Melaka, bahasa Melayu berkembang menjadi satu bentuk
bolehdikenal pentutur bahasa melayu moden.
Di Malaysia, istilah Bahasa Malaysia dan bahasa Melayu sama digunakan. Berdasarkan
artikel 152 Perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia.
Bersamaan dengan Malaysia, "Bahasa Melayu" didefinisikan sebagai bahasa rasmi
Brunei dalam Perlembagaan 1959 negaranya.
Walaupun bahasa melayu dan bahasa indonesia berasal dari akar yang sama, kedua-
duanya dipisahkan oleh beberapa abad perkembangan tatabahasa yang berbeza,
disebabkan sebahagiannya oleh pengaruh bahasa penjajahan yang berbeza; Bahasa
Belanda dalam kes Indonesia, dan bahasa Inggeris dalam kes Malaysia, Singapura dan
Brunei, dimana dahulunya dibawah penjajahan British.
Walaubagaimanapun, bahasa ditutur golongan Peranakan (bangsa cina di selat Melaka,
kacuk penetap cina dari dinasti Ming dengan Melayu tempatan) adalah satu gabungan
unik bahasa Melayu dengan loghat Hokkien cina, yang ditutur banyak di kejiranan selat
Melaka.
Sepanjang pasca-zaman kesultanan melayu melaka kepulauan melayu mengharungi tidak
kurang dari empat penjajahan asing berasingan, dari barat mahupun timur. Ia bermula
dengan penaklukan Portugis diketuai oleh wizurai alfonso alburqueque ke atas melaka
pada awal abad ke-16. Melaka berjaya didiami Portugis dan penempatan mereka
berterusan dengan sekian lamanya sehinggakan membawa pengaruh kekal ke atas
kebudayaan dan terutamanya bahasa melayu di kepulauan melayu. Sepanjang
pendudukannya di melaka, beberapa perkataan Portugis beransur serap ke bahasa melayu,
antaranya:
Bahasa Portugis Bahasa Melayu
Armario Almari
Garfo Garpu
Igreja Gereja
Limao Limau
Toalha Tuala
Janela Jendela
Escola Sekolah
Sapato Sepatu
Penjajahan Portugis atas negeri kepulauan melayu kemudiannya diganti dengan
penjajahan Belanda diikuti dengan penjajahan Inggeris.Pengaruh bahasa Inggeris dalam
bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan
lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan
tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus
merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation),
kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul
apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak
sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa
kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan
perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia
seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu
satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri
Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu
perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan
belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana
anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.

Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara
rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Book Buku
Lamp Lampu
Ball Bola
Mind Minda
Cheque Cek
Bus Bas
Taxi Teksi
Kepulauan melayu juga menyaksikan penjajahan Jepun ke atas negeri-negeri rantau
nusantara ketika perang dunia ke-2. Penguatkuasaan bahasa Jepun secara meluas
terutamanya apabila berurusan dengan kakitangan dan pentadbiran Jepun memberi
saingan pada pengamalan bahasa melayu. Keterusan kewujudan bahasa melayu lebih
terancam dengan dasar niponisasi dilancarkan pemerintahan jepun di tanah melayu.
Walaupun penjajahan kuasa-kuasa asing memberi kesan peminjaman/penyerapan kata-
kata bahasa ibunda kuasa tersebut ke bahasa negeri dijajahnya, polisi diamalkan kuasa
penjajah juga boleh membawa kesan yang lebih besar ke atas satu-satu bahasa negara
terjajah.

Vous aimerez peut-être aussi