Vous êtes sur la page 1sur 4

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

DOKUMEN PERNIAGAAN
DOKUMEN PERNIAGAAN
1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan
2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah
dijalankan
3. Kepentingan Dokumen Perniagaan
i. Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti
dan harga
ii. Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan
iii. Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan
iv. Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan
4. Kepentingan Menyimpan Dokumen
i. Memudahkan mencari dan membuat rujukan
ii. Lebih terjamin keselamatan dokumen
5. Cara Menyimpan Dokumen
i. Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik
ii. Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod
iii. Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras
6. Jenis-Jenis Dokumen
i. Jenis-jenis dokumen yang digunakan terbahagi dalam 3 proses
ii. Surat Tanya
Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli
Sebelum Semasa Selepas
Jual beli Jual beli Jual beli
6. N
ot
a
se
ra
1. Surat ha
tanya n
7. In 10. P
2. Katal
v eny
og
oi ata
3. Sebut s aka
harga un
8. N
4. Senar ot 11. R
ai a esit
harga de 12. Bil
5. Bora bi Tun
ng t ai
Pesa 9. N
nan ot
a
K
re
di
t
iii. Surat Tanya
Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli
 Perkara-perkara dalam surat tanya
a. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
b. Harga barangan dan syarat pembayaran
c. Syarat serahan dan pembayaran
d. Tarikh serahan
ii. Katalog
Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser
 Perkara-perkara dalam katalog
a. Gambar barangan dalam warna
b. Nombor rujukan atau kod barangan
iii. Sebut Harga
Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan
 Perkara-perkara penting dalam sebut harga
a. Jenis barangan
b. Jenama barangan
c. Harga barang
d. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
e. Syarat serahan dan syarat pembayaran
iv. Senarai harga
Surat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga dan harga yang ditawarkan
v. Borang pesanan
Dokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang akan dibeli
vi. Nota serahan
Dokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang diserahkan
vii. Invois
Dokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang
telah diserahkan
viii.Nota Debit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan yang terdapat
dalam invois
ix. Nota kredit
Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan
bayaran lebih daripada yang sepatutnya
x. Penyata akaun
Dokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh tertentu yang mennyatakan senarai
urusniaga dan pembayaran yang telah dibuat.
xi. Resit
Dokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran
telah dibuat
xii. Bil Tunai
Senarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat secara tunai

2. Maklumat Penting Dalam Dokumen


i. Mengenal pasti maklumat penting
ii. Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun

Vous aimerez peut-être aussi