Vous êtes sur la page 1sur 4

8.

7 PENGELUARAN SINIL PMR, SPM, STPM, SIJIL BERHENTI SEKOLAH DAN SURAT AKUAN a) Sijil-sijil berkenaan hendaklah dituntut dengan segera oleh pelajar yang berkenaan setelah pihak sekolah menerimanya dari jabatan pelajaran negeri b) Sijil berhenti sekolah bagi Tingkatan 5 dan 6 hendaklah diambil bersama-sama dengan sijil keputusan peperiksaan SPM dan STPM c) Pelajar yang berkenaan sahaja boleh datang menuntut sijilnya 8.8 RAMPASAN (KONFISKASI) a) Pihak sekolah berhak merampas barang larangan yang dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah oleh pelajar secara sengaja atau tidak sengaja b) Jika pelajar ingin menuntut kembali barangan yang dirampas, hanya waris sahaja yang dibenarkan berbuat demikian dengan berhubung terus dengan Penolong Kanan HEM / PK Petang sahaja c) Guru juga berhak memeriksa setiap barang larangan yang dirampas d) Pihak sekolah juga berhak menahan setiap barang rampasan untuk tempoh masa tertentu 8.9 ARAHAN AM a) Pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang persatuan atau badan sukarela / badan bukan kerajaan (NGO) / politik di luar sekolah tanpa kebenaran Pengetua b) Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semsa berada di dalam dan di luar sekolah demi menjaga nama baik diri, sekolah Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia c) Pelajar mestilah berbangga dengan sekolah ini dan pelajar bertanggungjawab untuk menaikkan nama dan imej sekolah dengan menunjukkan tingkah laku dan budi pekerti yang mulia dan sempurna setiap masa BAB 9 : PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KHAS 9.1 PUSAT SUMBER SEKOLAH / BILIK TAYANGAN a) Semua pelajar diwajibkan menjadi ahli Pusat Sumber Sekola b) Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku dari Pusat Sumber pada masa yang ditetapkan sahaja c) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber kecuali pada masa meminjam buku yang ditetapkan d) Beg, bungkusan besar dan fail-fail tidak boleh dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber e) Pengetua Pusat Sumber hendaklah sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun semasa di dalam Pusat Sumber f) Tidak dibenarkan membuat bising semasa di dalam Pusat Sumber g) Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Pusat Sumber h) Tidak dibenarkan membawa dan memindahkan bahan-bahan Pusat Sumber i) Tidak dibenarkan mengubah kedudukan perabot di dalam Pusat Sumber j) Kembalikan buku dan majalah yang telah digunakan ke rak asal mengikut nombor pengkelasanya k) Tidak dibenarkan mengoyak dan mengotorkan buku, majalah, surat khabar atau apa-apa bahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber l) Tunjukkan buku yang dipinjam kepada sebelum meninggalkan Pusat Sumber m) Denda wang akan dikenakan pada pelajar yang lewat memulangkankan buku pinjaman

n) Pengawasan Pusat Sumber berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengguna Pusat Sumber yang ingkar dan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

9.2 BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL a) Pelajar hanya dibenarkan masuk dengan guru masing-masing mengikut jadual b) Pelajar mesti membawa peralatan melukis yang lengkap c) Pelajar dikehendaki duduk di tempat yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing d) Pelajar yang bertugas pada ahri ayng ditetapkan bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik berkenaan e) Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Bilik Pendidikan Seni f) Tidak dibenarkan meroskakan sebarang alat / perkakas, menanggalkan / membuat apaapa contengan tanda pada kerusi/ meja / hasil kerja yang dipamerkan g) Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang alat, bahan atau perkakas tanpa kebenaran guru h) Basuh dan keringkan semua alat yagn digunakan sebelum disimpan i) Pelajar dikehendaki: i. datang awal ke Bilik Pendidikan Seni ii. berbaris sebelum masuk iii. tidak membuat bising iv. emnghargai hasil kerja yang dipamerkan v. menghasilkan lukisan / karya yang bermutu vi. membantu guur mencantikkan / menghias Bilik Pendidikan Seni vii. menyusun kerusi dan meja sebelum keluar viii. menutup semua suis dan meja sebelum keluar ix. menutup semua suis lampu dan kipas sebelum keluar x. menutup semua tingkap dan pintu

9.3 a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) 9.4 a) b)

SURAU Dilarang masuk ke dalam suran tanpa kebenaran daripada guru Dilarang sama sekali makan dan minum di surau Dilarang membawa keluar peralatan surau tanpa kebenaran guru Alantan yagn telah digunakan mesti disimpan semula ke tempat asal Kasut hendaklah disusun di tempat yang disediakan Pelajar dikehendaki membawa pakaian solat masing-masing ketika kelas amali diadakan Dilarang membuang sampah di dalam atau di sekitar surau Pelajar bukan islam dilarang masuk ke dalam surau Pelajar tidak dibenarkan tidur dan membuat bising di dalam surau Pastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum keluar Pastikan pintu-pintu ditutup dengan baik selepas digunakan MAKMAL KOMPUTER Hanya ahli Kelab Komputer dibenarkan menggunakan Makmal Komputer Tanggalkan kasut sebelum masukke Makmal Komputer

c) Ahli-ahli hanya dibenarkan menggunakan komputer mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan d) Tidak dibenarkan membuat bising dan membuang sampah di dalam Makmal Komputer e) Tidak dibenarkan membawa keluar barangan hak milik Makmal Komputer f) Tidak dibenarkan menggunakkan pen atau benda lain untuk menekan papan kekunci (keyboard) 9.5 MAKMAL SAINS a) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa kebenaran atau arahan guru b) Pelajar dikehendaki berbaris dan berjalan berdua-dua secara teratur dengan senyap ketika hendak pergi dari makmal c) Perlajar tidak dibenarkan membawa beg ke dalam makmal d) Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman e) Tempat duduk pelajar adalah ditetapkan oleh guru sains f) Semasa menjalankan uji kaji, ikutilah arahan-arahan yang telah diberikan. Minta bantuan guru sekiranya mempunyai masalah g) Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Jangan sekali-kali membuang sampah ke dalam sinki makmal h) Sesiapapun tidak dibenarkan menggunakan atau membuka pili gas tanpa kebenaran guru i) Paip air hendaklah ditutup selepas digunakan. Jangan minum air dalam makmal kerana ia berbahaya j) Jagan gunakan kepingan-kepingan kertas untuk menghidupkan api gas k) Gunakan papan asbestos untuk melapik apabila melakukan sebarang pemanasan l) Pastikan puntung kayu uji yang bernyala dipadamkan dengan pili air sebelum di buang ke dalam bakul sampah m) Tidak melakukan pembaziran ke atas bahan kimia yang digunakan n) Bahan-bahan kimia hanya boleh digunakan dengan kawalan dan arahan guru sahaja. Jangan sekali-kali merasa atau menghidu bahan kimia tersebut o) Bacalah kenyataan pada label botol sebelum mengeluarkan isinya p) Gunakan spatula (camca) untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia dari bekasnya. Pelajar dilarang menggunakan jari q) Botol yang berisi bahan kimia mestilah ditutup dengan serta-merta selepas mengeluarkan isinya r) Asid atau alkali yang terkena pada kain, baju atau kulit mesti dibasuh serta-merta dengan air yang banyak s) Apabila sesuatu bahan termasuk ke dalam mulut, hendaklah diluahkan dengan sertamerta dan mulut perlu dibasuh (berkumur) dengan air yang banyak t) Maklumkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kebakaran 9.6 MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) a) Pelajar dikehendakui beratur semasa hendak masuk atau keluar dari makmal KHB b) Ketika berada di dalam makmal KHB, pelajar dinasihatkan menjaga keselamatan diri. Pelajar dilarang bermain, bergurau, berangan-angan sambi membuat kerja c) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal KHB, bilik stor atau tandas makmal masakan tanpa kebenaran guru

d) Gunakan pakaian yang ringkas dan sesuai apabila bekerja di dalam makmal KHB e) Pelajar dilarang membawa keluar sebarang alatan dari makmal KHB f) Pelajar mesti berhati-hati apabila menggunakan sesuatu mesin g) Jangan biarkan ketul-ketul kayu, logam dan sisa-sissa makanan berselerak di dalam makmal h) Jangan makan di dalam makmal KHB i) Semua kerosakan mesti dilaporkan kepada guru berkenaan untuk direkodkan. Jangan buang ke dalam tong sampah j) Jangan buang sampah ke dalam sinki. Kebersihan makmal KHB perlu dijaga k) Pastikan semua air di lap dan disusun kerusi di tempat yang ditetapkan sebelum keluar dari makmal KHB l) Sebarang kemalangan atau kebakaran hendaklah dimaklumkan kepada guru dengan segera BAB 10 : PERATURAN AM

10.1 PERATURAN AM a) Semua pelajar dikehendaki melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti yang dianjurkan oleh pihak sekolah b) Semua pelajar mesti memiliki Buku Rekod Penilaian Kokurikulum SMK Bandar Sungai Petani c) Semua pelajar hendaklah menjaga buku rekod tersebut, menggunakannya dan menyimpannya dengan baik d) Semua pelajar diwajibkan membawa Buku Rekod Penilaian Kokurikulum setiap kali hadir untuk kegiatan kokurikulum e) Semua pelajar diwajibkan menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam:i. SATU Pasukan Unit Beruniform ii. SATU Persatuan Akademik / Kelab iii. SATU Sukan / Perniagaan f) Semua pelajar diwajibkan hadir setiap perjumpaan rumah sukan/ persatuan / kelab/ dan Unit Beruniform g) Kehadiran yang memuaskan adalah menjadi syarat utama dalam membuat pengesahan penyertaan dalam sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil berkaitan h) Jadual kegiatan yang disediakan untuk pelajar menyertai kegiatan kokurikulum hendaklah dipatuhi i) Pelajar yang terpilih mewakili sekolah mestilah menerima pilihan itu sebagai penghormatan

Vous aimerez peut-être aussi