Vous êtes sur la page 1sur 16

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 1.

Pengenalan

Tareqat merupakan cara bagi orang orang yang menjalankan perlakuan mistik atau tasawwuf untuk mencapai tujuan utamanya, yakni memperolehi cita cita marifat pada alam ghaib dan mendapatkan penghayatan langsung pada zat Allah SWT atau al Haq. Pada dasarnya tareqat dunia tasawwuf tidak terbatas jumlahnya kerana setiap manusia mencari dan merintis jalan sesuai dengan kemampuan ataupun taraf kesucian hati masing masing. Maka tidak hairanlah jika terdapat berbagai bagai jenis tareqat dalam dunia tasawwuf. Dalam agama Islam terdapat banyak sekali aliran keagamaan yang berkembang, baik dalam ilmu kalam ( theologi ) atau akidah, fiqh, tasawwuf dan lain lain lagi. Jika dibandingkan bidang theologi ( kalam ) dan fiqh, aliran yang paling banyak berkembang adalah tasawwuf. Setidak tidaknya banyak cara umat Islam mendekatkan diri kepada Allah melalui pendekatan spiritual ( hati ), khususnya tasawwuf. Tareqat mempengaruhi dunia Islam mulai dari abad ke-13. Kedudukan tareqat saat ini sama dengan parpol (partai politik). Tareqat-tareqat keagamanaan meluaskan pengaruh dan organisasinya keseluruh pelusuk negeri. Akan tetapi ada saat ini telah terjadi

penyelewengan di dalam tareqat- tareqat. Oleh karena itu, pada abad ke-19 mulailah timbul pemikiran yang sinis terhadap tareqat dan juga terhadap tasawwuf. Kebanyakan pemerhati menyatakan bahawa pada era moden, tareqat secara efektif telah berakhir.Pada abad ke-19 dan ke-20, tradisi tradisi yang berlainan terlibat dengan berbagai - bagai cara dalam membantu membentuk respon-respon muslim terhadap barat dan mendefinisikan pula bentuk bentuk moden Islam.

2.

Pengertian Tareqat

Dari Abu Hurairah r.a dan Sayyidina Ali r.a, Sabda Nabi SAW : Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tareqat itu beberapa perbuatanku ( amalanku ) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku ( pendirianku ) dan makrifat itu kepala hartaku ( hasil perolehanku ). Sabda Nabi SAW lagi : Syariat ialah kata kataku ( aqwali ), tareqat ialah perbuatanku ( amali ) dan hakikat ( haqiqah ) ialah keadaan batinku ( ahwali ). Ketiganya saling terikat dan tergantung.

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Perkataan Tareqat berasal dari Bahasa Arab at thoriqa, menurut makna bahasa Arab maksudnya : jalan atau method atau cara . Menurut istilah tasawwuf dalam Islam maksudnya : kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid. Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tareqat, manusia yang menghayati tareqat akan berusaha untuk mencapai hakikat. Tareqat ialah jalan yang ditempuh para sufi dan dapat digambarkan sebagai jalan yang berpangkal dari syariat, sebab jalan utama disebut syar, sedangkan anak jalan disebut thoriq. Tareqat berasal dari Bahasa Arab thariqah , jamaknya taraiq , yang bererti : 1. 2. 3. 4. 5. Jalan / petunjuk jalan / cara ( kaifiyyah ); Metode, system ( al uslub ); Mazhab, aliran, haluan ( al mazhab ); Keadaan ( al halah ); Tiang tempat berteduh, tongkat, paying ( amud al mizalah ).

Tareqat bererti jalan. Jalan yang dimaksudkan di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah SWT. Secara praktikalnya, tareqat adalah himpunan amalan amalan taqwa ( lahir dan batin ) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa. Daripada dua hadis di atas, jelas dan terang sekali disampaikan pada kita bahawa tareqat itu adalah perbuatan Nabi junjungan SAW. Ini bermakna tareqat itu adalah sunnah Nabi SAW. Pengertian sunnah itu sendiri adalah percakapan, perbuatan dan diam Rasulullah SAW. Segala amalan amalan yang dilakukan oleh baginda, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjadi hamba yang sebenar benarnya. Hamba yang punya rasa kehambaan. Hamba yang sedar dan tahu bahawa dirinya adalah seorang hamba Allah, bukan hamba syaitan atau pun mahluk Allah yang lain. Sejarah juga mengajarkan kepada kita, tareqat itu sendiri menjadi amalan dan kehidupan para sahabat ketika kebangkitan Islam yang pertama. Para sahabat yang fanatik dan terlalu cintakan Nabi SAW meniru dan menyalin peribadi Nabi Muhammad SAW demi menambahkan kecintaan pada Allah. Amalan amalan tareqat yang diambil langsung dari Nabi Muhammad SAW menjadi amalan kehidupan dan berjalan dengan baik selama 300 tahun, iaitu sepanjang zaman Nabi SAW, zaman

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 khulafa ur rasyidin dan zaman salafussoleh. Pada tiga kurun ini, amalan amalan tareqat tidak asing bagi segenap lapisan masyarakat mengamalkannya. Namun selepas itu, Islam semakin berkembang pesat ke 3 / 4 dunia dan umumnya amalan amalan Nabi SAW yang asas sahaja ( rukun Islam ) yang menjadi amalan masyarakat umum Islam pada ketika itu hinggalah sekarang. Amalan amalan baginda yang tidak melibatkan ibadah asas hanya diamalkan dan dikekalkan oleh kelompok kelompok tertentu yang akhirnya lahirlah kumpulan kumpulan tareqat yang masih kekal hingga kini. Tareqat adalah perjanjian seorang salik ( orang berjalan menuju Tuhan atau pengikut tareqat ) menuju Tuhan dengan cara menyucikan diri atau perjalanan yang harus ditempuh oleh seseorang untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sehampir mungkin. Sesuai dengan tuntutan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabiit tabiin sampai kepada para penerus dan pewaris Nabi. Dalam pengertian lain, tareqat ( tareqat hassah ) adalah tata wirid dan doa yang dipraktikkan secara istiqamah oleh seorang pengikut tareqat, yang diterima dari guru tertentu, yang mempunyai silsilah bersambung ( muttasil ) secara berturutan sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Pendapat lain menyebut bahawa tareqat tempat berkumpulnya para sufi dalam satu lembaga yang dipimpin oleh seseorang yang diyakini sebagai guru atau syeikh. H.A.R. Gibb mengatakan bahawa tareqat adalah jalan yang harus ditempuh seorang sufi di bawah pimpinan seorang Syeikh, yang dengan usaha keras akhirnya dapat mencapai tingkat spiritual yang tertinggi. H. Ahmad Darwis Djambak seorang pemuka tareqat Syaththariyyah menulis, tareqat adalah jalan lurus yang dibentangkan Islam ( kitab Allah dan Hadis Nabi ) untuk mencari Allah melalui Iman dan amal saleh yang bersendikan sebersih bersih tauhid dan taqwa. Dari pengertian di atas maka tareqat mempunyai dua pengertian. Pertama : bererti mathode pemberian bimbingan spiritual kepada individu dalam mengarahkan kehidupannya menuju kedekatan diri dengan Tuhan. Tareqat dalam pengertian ini adalah jalan yang harus ditempuh seorang salik, di mana jumlah muqamat dan ahwal harus ditempuhnya agar sampai kepada tujuan akhir, iaitu mencapai hakikat. Tareqat dalam pengertian kedua, yakni sebagai persaudaraan kaum sufi ( sufi brotherhood ) tumbuh sejalan dan semangkin mantapnya berbagai bagai teori dan amalan amalan sufistik. Hal ini ditandai dengan terjadinya perhubungan Syeikh dan muridnya sejak abad ke 10. Dengan adanya hubungan yang lebih formal melalui

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 lembaga zawiyah, ribath atau khanaqah sebagai pusat kegiatannya. Selanjutnya lahir pula konsep ijazah, silsilah yang semua ditujukan untuk menopang kukuhnya system persaudaraan sufi yang telah melembaga itu. Bahkan, pada masa masa tertentu seorang murid tidaklah sekadar pengikut syeikh, akan tetapi mereka juga harus menerima baiah ( sumpah setia ) kepada syeikh. Maka dengan itu seorang murid memperoleh legitimasi dalam pengetahuan tareqat dan jalinan silsilah persaudaraan, yang bererti sudah berada dalam satu keluarga besar tareqat yang dimasukinya.

3.

Sejarah Timbulnya Tareqat

Perkembangan tareqat dari masa ke semasa semakin luas, semakin ramai pula yang berhasrat ingin mempelajarinya, demi mendapatkan hati yang selamat. Maka ramailah di anatar mereka menemui orang yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam tareqat yang dapat mendidik roh mereka. Belajar dari seorang guru mursyid dengan method mengajar yang disusun berdasarkan pengalaman dalam suatu ilmu yang bersifat praktik adalah satu kewajipan bagi mereka. Hasilnya, melahirkan graduan roh atau mereka yang mempunyai hati yang selamat dibawa pulang ke akhirat. Dari sudut sejarah, bilakah tareqat yang mula mula timbul sebagai satu kelompok ? Menurut Imam al Ghazali yang menghalalkan tasawwuf yang sebelumnya ia dikatakan sesat. Tasawwuf terus berkembang dalam dunia Islam, tetapi perkembangannya melalui tareqat. Tareqat adalah organisasi dari pengikut sufi sufi besar yang bertujuan untuk merealisasikan ajaran ajaran gurunya. Ia merupakan gabungan antara Iman dan Islam dalam Ihsan. Tujuan bertareqat adalah untuk melahirkan seorang muslim yang mukmin, yang bukan sahaja punya prinsip dalam beragama bahkan punya akhlak yang terpuji dan tinggi, bersesuaian dengan akhlak nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW Orang yang bertareqat adalah orang yang ingin menyalin peribadi Nabinya. Dengan cara ini akan mendapat pandangan Tuhannya. Secara amaliyah ( praktikal ), tareqat timbul dan berkembang semenjak abad abad pertama hijriah dikenali sebagai kelompok sufah yang berdasarkan pada al Quran dan as Sunnah. Sejak abad 6 dan 7 hijriyah ( 12 dan 13 M ) tareqat tareqat telah memulai jaringannya di seluruh dunia Islam, taraf organisasinya bermacam macam. Perbezaan yang pertama dari semua itu terletak pada disiplin dan zikirnya

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 yang sangat khusus, tersusun dan teratur. Ia berkembang bersesuaian dengan keadaan di sesebuah tempat atau mengikut masyarakat di ketika itu. Antara aliran aliran tareqat yang wujud pada ketika itu ialah Tareqat Rifaiyah.

4.

Tareqat Rifaiyah Sejarah Tareqat

Tareqat Rifaiyah muncul untuk pertama kalinya dan berkembang di Wilayah Iraq bahagian selatan. Pengasasnya ialah Abul Abbas Ahmad bin Ali ar Rifai. Beliau lahir di Qaryah Hasan, dekat Basrah ( Iraq bahagian selatan ), pada tahun 500 H / 1106 M. Ada sumber lain yang mengatakan beliau lahir pada tahun 512 H / 1118 M. John L Esposito dalam Ensiklopedia Oxford : Dunia Islam Modern menyebutkan, garis keturunan sufi ar Rifai sampai kepada Junaid al Baghdadi ( wafat 910 M ) dan Sahl al Tutsari ( wafat 896 M ). Abu Bakar Acheh dalam buku Pengantar Ilmu Tareqat, Kajian Historis ( Sejarah ) tentang mistik memaparkan ar Rifai menghabiskan hampir seluruh hidupnya di wilayah Iraq bahagian selatan. Sewaktu berusia tujuh tahun ayahnya meninggal dunia, lalu beliau diasuh oleh pakciknya, Mansur al Bathaihi yang juga merupakan seorang syeikh tareqat. Selain dari menuntut ilmu dengan pakciknya, beliau juga berguru dengan seorang lagi pakciknya, Abu al Fadhl Ali al Wasiti terutama tentang mazhab fiqh Imam Syafiie. Pada usianya 21 tahun, beliau telah memperolehi ijazah dari pakciknya dan khirqah Sembilan sebagai petanda sudah mampu untuk mengajar. Pada tahun 1145 M, ar Rifai menjadi syeikh tareqat menggantikan pakciknya. Beliau

kemudiannya mendirikan pusat tareqatnya sendiri di Umm Abidah sebuah desa di wilayah Wasit tempat beliau wafat.

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Beliau mendapat gelaran Muhyiddin ( penghidup agama ) dan Sayyid al Ariffin ( penghulu para orang arif ). Beliau terkenal dengan spiritualnya yang sangat tinggi. Menurut sebilangan literatur, Syeikh Ahmad RifaI terkenal sebagai orang yang sangat tawadhu dan sangat menekankan pentingnya menjaga hubungan dengan Allah SWT. Bahkan sebahagian pengikutnya menyakini Syeikh ar nRifai mendapat

anugerah daripada Allah SWT, sebagai salah seorang yang mampu menyembuhkan penyakit kusta, kebutaan dan lain lain lagi. Sejak kecil lagi beliau sudah pun memiliki berbagai keistimewaan. Syeikh ar Rifai wafat pada tahun 587 Hijriyah.

Wajah pengasas kepada Tareqat Rifaiyah Abul Abbas Ahmad Bin Ali Ar Rifai

4.1

Perkembangan Tareqat Rifaiyah

Tareqat Rifaiyah yang juga merupakan tareqat sufi sunni, memainkan peranan penting dalam perlembagaan sufisme. Di bawah bimbingan ar Rifai, tareqat ini tumbuh subur. Dalam kurun waktu yang tidak begitu lama, tareqat ini berkembang keluar Iraq, di antaranya Mesir dan Syria. Hal tersebut terjadi disebabkan murid murid tareqat menyebar ke seluruh Timur Tengah.

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Dalam perkembangan selanjutnya, Tareqat Rifaiyah berkembang di kawasan Anatolia, Turki, Eropah Timur, wilayah Kaukasus dan kawasan Amerika Utara. Murid murid Rifaiyah membentuk cabang cabang baru di tempat tempat tersebut. Setelah beberapa lama, jumlah cabang Tareqat Rifaiyah meningkat dan posisi Syeikh pada umumnya turun temurun. Tareqat ini juga tersebar luas di Indonesia. Misalnya di daerah Acheh terutama di bahagian barat dan utara Jawa, Sumatera Barat dan Sulawesi. Meskipun tareqat ini terdapat di tempat tempat lain, menurut Esposito : Tareqat Rifaiyah paling signifikan berada di Turki, Eropah Tenggara, Mesir, Palestine, Syria, Iraq dan Amerika Syarikat. Pada akhir masa kekuasaan Turki Uthmaniyah ( Ottoman ), Rifaiyah merupakan tareqat yang penting. Keanggotaannya meliputi sekitar tujuh persen dari jumlah mereka yang masuk tareqat sufi di Istanbul.

4.1.1

Tareqat Rifaiyah Di Turki

Perkembangan Tareqat Rifaiyah semasa pemerintahan Turki Uthmaniyah ( Ottoman ) sangat pesat. Sejarah mencatatkan beberapa mursyid ( pemimpin ) Tareqat Rifaiyah di Turki salah seorang daripadanya ialah Syeikh Abu al Huda Muhammad al Shayyadi ( 1850 - 1909 M ). Syeikh Shayyadi mendirikan salah satu cabang penting Tareqat Rifaiyah, kerana pengaruh yang dimiliki Syeikh Shayyadi terhadap Sultan Abdul Hamid II. Tareqat Rifaiyah menjadi tareqat rasmi yang dianut Kesultanan Ottoman. Menurut John L Esposito dalam Ensiklopedia Oxford : Dunia Islam Modern, Turki terkenal dengan indivudu bernama Kenan Rifa ( wafat 1950 M ). Syeikh Kenan tinggal dalam lingkungan orang orang Turki yang berbudaya dan berpendidikan tinggi, termasuk perempuan dan orang orang kristian. Syeikh Kenan mengajar Sufisme sebagai universal. Kecenderungan ini dimodifikasi oleh Samiha Ayverdi membimbing orang orang yang setia kepada ajaran Syariati setelah Syeikh Kenan wafat dengan terbit karya politiknya di Istanbul pada tahun 1979, yang berjudul Let Us Be Not Slaves But Masters.

4.2

Para Mursyid Tareqat Rifaiyah

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Kaum Rifaiyah Mesir, seperti kebanyakan kaum sufi Mesir merasakan bahawa salah satu faktor yang membezakan kaum sufi dari kaum muslim yang lainnya adalah kesetiaan mereka kepada Nabi SAW dan keluarganya. Palestine pada 1981, syeikh Rifaiyah yang aktif dan utama adalah Kamal al Jabari dari Hebron dan Nazhmi Aukal dari Nablus. Kaum Rifaiyah di Tripoli, Lebnon mulai aktif sejal 1984. Pada saat itu terdapat lima zawiyah terkenal yang mempraktikkan ritual zikir. Di Syria pula, setelah Naqsabandiyah, Rifaiyah merupakan tareqat yang paling tersebar luas dan dinamis. Sejak awal 1980 an, cabang Syria yang paling signifikan adalah Abdul al Hakim Abdul al Basith al Saqbani. Beliau bersama dengan orang yang berkaitan dengannya telah menerbitkan banyak tulisan para syeikh Rifaiyah. Mana kala cabang utama Tareqat Rifaiyah di Iraq dipimpin oleh keluarga al Rawi, beberapa tahun terakhir di bawah arahan Syeikh Khasyi al Rawi dari Baghdad.Sebagaimana halnya kaum Rifaiyah Syria, kaum Rifaiyah di Iraq juga turut menerbitkan sejumlah naskah Rifaiyah. Syeikh Taner Vargonen yang bertapak di California Utara memiliki garis keturunan Qadiriyah Rifaiyah yang berasal dari Muhammad Anshari ( wafat 1978 ) dari Istanbul. Sejak 1992, seorang Rifaiyah Turki, Mehmet Catalkaya ( Serif Baba ) telah mengawasi di Chapel Hill, North Carolina dan di Manhattan. Syeikh dari Serif Baba adalah Burhan Efendi dari Izmir. Cabang Rifaiyah ketiga terletak di bahagian New York, Dr Muhyiddin Shakoor seorang psikologi kaunseling menulis tentang penglibatannya dengan mereka dalam bukunya yang bertajuk The Writing on the Water. Ia menghubungkan para syeikh Tareqat Rifaiyah cabang New York ini secara garis keturunan dengan kaum Rifaiyah di Kosovo. Nuruddin ar Raniri (1658)ialah ulama, penulis, mujaddid, dan Syeikh Tareqat Rifaiyah di India.Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas pengetahuannya.Ilmu agama yang dikuasainya ialah feqah, hadith, akidah dan tasawwuf. Dia juga pakar dalam bidang falsafah, sejarah dan perbandingan agama.

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021

Nuruddin ar Raniri ( 1658 ) antara Syeikh Tareqat Rifaiyah

4.3

Ajaran Tareqat Rifaiyah

Dalam beberapa cabang, pengikut Rifaiyah harus mengasingkan diri dan melakukan penyendirian spiritual ( khalwat ). Praktik ini biasanya dilakukan paling sedikit selama seminggu pada awal Muharam. Menurut Sayyid Mahmud Abul al Faidl al-Manufi, Tareqat Rifa'iyah mempunyai tiga ajaran dasar, iaitu : 1. Tidak meminta sesuatu. 2. Tidak menolak. 3. Tidak menunggu. Sementara itu menurut asy-Syarani, tareqat ini menekankan pada ajaran asketisme (zuhud) dan ma'rifat (puncak tertinggi dalam ajaran tasawwuf). Menurut pandangan

Syeikhar-Rifa'i, sebagaimana diriwayatkan asy-Syarani, asketisme merupakan landasan keadaan- keadaan yang diredhai dan tingkatan-tingkatan yang disunnahkan. Asketisme adalah langkah pertama seseorang menuju kepada Allah, mendapat redha dari Allah dan bertawakkal kepada Allah SWT. Menurut Syeikh ar-Rifa'i "Barang siapa belum menguasai landasan kezuhudan, langkah selanjutnya belum lagi benar".

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Mengenai ma'rifat Syeikh ar-Rifa'i berpendapat bahwa penyaksian adalah kehadiran dalam makna kedekatan kepada Allah SWTdisertai ilmu yakin dan terbukanya hakikat realiti realiti secara benar-benar yakin. Menurutnya, cinta menghantar rindu dendam, sedangkan ma'rifat menuju kefanaan ataupun ketiadaan diri. Irhamni MA dalam tulisannya mengenai Syekh ar-Rifa'i mengungkapkan bahwa pengasas Tareqat Rifa'iyah ini semasa hidupnya pernah mengubah sebuah puisi bertema "Cinta Ilahi" yang bunyinya : "Andaikan malammenjelang, begitu gairah kalbuku mengingat-Mu. Bagai merpati terbelengguatau meratap tanpa jemu.Di ataskuawan menghujani derita dan putus asa. Di bawahku lautan menggelora/kecewa. Tanyalah atau biarkanlah mereka bernyawa. Bagaimana tawanan-Nya bebaskan tawanan lainnya, sementara dia dipercaya tanpa-Nya dan dia tidak terbunuh, kematian itu istirah baginya. Bahkan dia tidak dapat mati sampai bebas kerananya". Syair di atas merupakan salah satu bentuk asketisme yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Rifa'i dalam mencapai hakikat tertinggi mengenal Allah SWT, iaitu tingkat ma'rifat.

4.4

Ciri ciri Khas Tareqat Rifaiyah

Ciri khas Tareqat Rifaiyah terletak pada zikirnya. Zikir kaum Rifaiyah ini disebut darwis melolong kerana dilakukan bersama sama dengan iringan suara gendang yang bertalu talu. Zikir tersebut dilakukan sampai kepada satu keadaan. Pada saat itu, mereka melakukan perbuatan perbuatan yang menakjubkan, misalnya berguling guling dalam bara api, tetapi tidak terbakar sedikit pun. Menurut John L Esposito dalam Ensiklopedia Oxford : Dunia Islam Modern, sebahagian kaum Rifaiyah terkenal kerana mengikut praktik upacara seperti menusuk kulit dengan pedang dan makan kaca. Praktik seperti ini tersebar bersama Tareqat Rifaiyah hingga ke kepulauan Melayu. Namun begitu pada masa kini, praktik praktik tersebut tidak lagi diamalkan oleh para pengikut kerana menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Di wilayah Sumatera, para pengikut Rifaiyah memainkan dabus, iaitu menikam diri dengan sepotong senjata tajam yang diiringi dengan zikir zikir tertentu. Dabus

10

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 dalam bahasa Arab ertinya besi yang tajam. Christiaan Snouck Hurgronje dalam De Acehers mengatakan, dabus dan rabana kerap dimainkan di wilayah Sumatera ini mempunyai hubungan yang erat denga Tareqat Rifaiyah. Dabus ini juga berkembang di Tanah Sunda, sebagaimana diungkapkan oleh C Poensen dalam bukunya, Het Daboes van Santri Soenda. Di Sumatera Barat, kesenian dabus ini dikenal dengan badabuih. Dalam Encyclopedia van NederlandschOost India, menyebut tentang perkembangan Tareqat Rifaiyah ini seiring dengan permainan dabus.

Para pengikut Tareqat Rifaiyah memainkan dabus dengan iringan zikir zikir tertentu.

4.5

Zikir Dan Wirid Tareqat Rifaiyah

11

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Setiap tareqat memiliki amalan zikir atau wirid. zikir dan wirid ini merupakan amalan pokok yang harus dilaksanakn oleh para pengikutnya. Setiap hari, mereka harus melaksanakan praktik zikir atau wirid ini. Kebiasaannya, zikir ini dilaksanakan setelah solat fardhu. Perkataan wirid memberi maksud haus, dahaga, mendatangi air untuk

meminumnya dan menghilangkan dahaga. Dari segi istilah, wirid adalah kumpulan doa yang dibaca rutin setiap hari. Wirid adalah seruan atau doa yang mengandungi permohonan tertentu kepada Allah SWT. Wirid juga memberi pengertian sebagai doa doa yang diucapkan berulang ulang setiap hari dengan bilangan tertentu dan waktu tertentu. Bacaan wirid yang disusun para ulama sangat beragam, dengan unsur bacaan matsurat ( bersumber dari al Quran dan Hadis ) dan ghair matsurat ( bacaan doa yang disusun oleh ulama ulama salaf dan para auliya ) dan lain lain lagi. Al Imam al Quthb Habib Abdullah bin ALwi al Haddad adalah individu yang paling terkenal dalam hal ini. Beliau memiliki sejumlah wirid susunannya yang menjadi amalan kaum muslimin. karya karya wiridnya iaitu Miftah as - Saadah wa al Falahfi Adzkar al Masa wa ash Shabah, an Nubdzah ash Shugra fi Adzkar ash Shabah wa al Masa dan Ratib al Haddad. Wirid biasanya berhubungan dengan istilah warid. Warid adalah hidayah yang diturunkan dalam hati seseorang tanpa diminta. Orang yang melalaikan wirid tidak akan mendapat warid. Pengarang kitab al Qirthas Syarh Ratib al Aththas, al Habib Ali bin Hasan al Aththas, mendefinisikan warid sebagai sesuatu yang datang kepada batin seorang hamba yang terdiri dari perasaan yang amat halus, cahaya, sirr ( rahsia ) dan kasyaf ( penguakan akan tabir tabir ) hingga hatinya merasa lapang, tenang, bermandikan cahaya Ilahiyah dan rahsia Nya. Zikir dan wirid antara satu tareqat dengan tareqat yang lain adalah berbeza beza, termasuk dalam perlakuan atau gerakan zikir ini. Namun terdapat persamaan hampir dalam seluruh tareqat adalah zikir kalimah tahlil, yakni La ilaha illallah Tiada Tuhan kecuali Allah ). Kalimah ini senantiasa dibaca secara berulang ulang. (

12

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 Bentuk lainnya berupa zikir vokal yang diucapkan secara teratur oleh pengikut Rifaiyah Rifaiyah dalam zawiyah mereka. Dalam beberapa cabang Rifaiyah, pengikut mengucapkan berbagai doa dan selalu melafazkan nama nama Allah

( Asmaul Husna ), misalnya Allah Hu, Hayy ( Yang Hidup ), Haqq ( Yang Nyata ), Qayyum, Rahman, Rahim dan lain lain lagi. Istilah hizib memiliki makna yang lebih khusus, iaitu kumpulan doa yang ditalqinkan ( diajarkan ) seorang syeikh atau mursyid kepada murid muridnya untuk dibaca secara mudawamah ( rutin ) dan istiqamah ( terus menerus ). Hizib memberi makna yang serupa dengan zikir. Syeikh Sulaiman Alamuddin, seorang pemerhati tasawwuf menyatakan, hizib sebagai sebuah istilah di dunia tasawwuf. Kumpulan doa doa yang diwajibkan oleh seorang syeikh kepada para pengikutnya sebagai sarana zikir dan istighfar pada tingkat permulaan, iaitu maqam taubah. Disebabkan ini, hizib dalamtradisi sufi sangat sinonim dengan ijazah, izin yang diberikan oleh seorang syeikh kepada muridnya untuk membaca hizib tersebut secara rutin sebagai salah satu tahap dalam suluknya. Oleh kerana itu, Syeikh Abdurrahman al Fasi, penulis syarah terhadap Hizb al Barr Imam asy Syadzili menyatakan fungsi hizib dan wirid dapat dikelompokkan menjadi tiga iaitu pengajaran, pendidikan dn peningkatan maqam ( tadrij al maqam ).

4.6

Lafaz Izin Dalam Tareqat Rifaiyah

Pewarisan hizib ini mirip dengan ijazah kitab, yang biasa diberikan oleh seorang syeikh kepada muridnya sebagai pengakuan terhadap kualifikasi keilmuannya. Bahkan dalam beberapa hal, ianya mirip dengan periwayatan hadis terutama dari segi perhatian besar terhadap ijazah dan sanad. Dalam transmisi keilmuan melalui kitab, perhatian ijazah dan sanad tidak terlalu menjadi perhatian. Setiap pelajar mempelajari sebuah kitab tanpa mendapat ijazah dan sanad dari sesiapa pun. Berbeza dengan hizib, seorang murid tidak akan berani mengamalkan hizib itu tanpa ada ijazah dari gurunya. Hizib merupakan

13

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 bahagian dari amaliyah suluk, kerana hizib pada kebiasaannya dibuat oleh seorang mursyid lalu diijazahkan kepada murid muridnya. Menurut beberapa rujukan tasawwuf, terdapat beberapa ungkapan ijazah hizib. Misalnya qaratuhu ala ( aku membacakan hizib ini di hadapan ) atau ajazani bihi ( aku mendapat ijazah hizib ini dari. ). Ada juga yang menggunakan sighah ( lafaz ) sanad, misalnya aku meriwayatkan hizib ini dari Syeikh Fulan.. ( dan seterusnya hingga sampai pada penyusun pertama hizib tersebut ) atau akumendapat hizib ini melalui jalur sanad Syeikh Fulan ( dan seterusnya ). 5.Perkembagan Taeraqat Rifaiyah Tareqat Rifa'iyah yang juga merupakan tareqat sufi sunni ini, memainkan peranan penting dalam pelembagaan sufisme.Di bawah bimbingan ar-Rifa'i, tareqat ini tumbuh subur. Dalam kurun waktu yang tidak begitu lama, tareqat ini berkembang keluar Iraq, di antaranya Mesir dan Syria [Suriyah]. Hal tersebut disebabkan murid murid tarekat ini menyebar ke seluruh Timur Tengah.

, misalnya di daerah Aceh terutama di bahagian barat dan utara, Jawa, Sumatera Barat dan Sulawesi. Namun di daerah Aceh, tareqat ini dikenal dengan sebutan Rafai, yang memiliki makna tabuhan rabana yang berasal dari perkataan dan penyebar tareqat ini. Meskipun berada di tempat-tempat lain. Dalam perkembangan selanjutnya, Tareqat Rifa'iyah berkembang di kawasan Anatolia, Turki, Eropah Timur, wilayah Kaukasus dan kawasan Amerika Utara. Para murid Rifa'iyah membentuk cabang-cabang baru di tempat-tempat tersebut. Setelah beberapa lama, jumlah cabang Tareqat Rifa'iyah meningkat dan posisi Syeikh pada umumnya turun temurun. Tareqat ini juga tersebar luas di Indonesia empat lain, menurut Esposito, "Tarekat Rifa'iyah paling signifikan berada di Turki, Eropah Tenggara, Mesir, Palestin, Syria, Iraq dan Amerika Syarikat. Pada akhir masa kekuasaan Turki Uthmaniyah [Ottoman], Rifa'iyah merupakan tereqat penting. Keanggotaannya meliputi sekitar tujuh persen dari jumlah orang yang masuk tareqat sufi di Istanbul. Kedatangan Tareqat Rifaiyah ke Indonesia, memberi maksud yang pengaruh Tareqat Rifaiyah telah sampai ke kepulauan Melayu. Malaysia tidak dapat lari dari pengaruh Tareqat Rifaiyah ini. Walaupun Tareqat Rifaiyah bukanlah tareqat yang terbesar pengikutnya di Malaysia, namun ia tetap memberi kesan dan pengaruh kepada pengikut pengikut tasawwuf. Di Malaysia sendiri mempunyai pengikut pengikut yang setia bagi Tareqat Rifaiyah ini.

14

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 6. Penutup

Ilmu tasawwuf merupakan salah satu usaha untuk taqarrub ilallah ( mendekatkan diri kepada Allah ) dengan mngikuti tareqat. Perkataan tareqat berasal dari bahasa Arab iaitu thoriqah yang membawa maksud jalan.Terdapat 42 tareqat mutabarah ( terkenal ) di dunia. Mulai dari Tareqat Qadiriyah, Naqsabandiyah, Syadziliyah, Sammaniyah, Tijaniyah, Khalwatiyah, Syattariyah, Khalidiyah, Mufaridiyah hingga Rifaiyah. Dari keterangan di atas dapat disimpulkan bahwa tareqat ialah suatu sistem dan caracara beramal dari irsyad seorang guru terhadap muridnya yang mengikat dalam suatu mazhab tertentu yang pada dasarnya untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w secara optima dan bersungguh-sungguh.Syarat utama yang perlu diperhatikan oleh pengikut tareqat ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan kata lain, tareqat ialah perjalanan yang harus ditempuh oleh seseorang untuk mendekatkan diri pada Tuhan. Syarat utama yang perlu diambil perhatian oleh pengikut tareqat ialah untuk mendekatkan diri pada Tuhan ialah tidak dibenarkan meninggalkan syariah. Setiap pengikut tareqat harus dibimbing oleh Syeikh atau Mursyid yang bertanggungjawab. Sebaliknya para murid tareqat harus senantiasa berlaku zuhud, tawadhu, banyak berzikir, berwirid dan berdoa, disamping mengamalkan syariat yang benar agar segalanya dapat dikendali pengikut tareqat. Metode semula dipergunakan oleh seorang sufi besar dan kemudian diikuti oleh murid-muridnya sebagaimana halnya mazhab-mazhab dalam bidang fiqh dan firqah dalam bidang kalam.Tareqat merupakangerakan kesufian popular berbanding dengan gerakan tasawwuf.

15

AKHLAK & TASAWWUF ADT 2021 BIBLIOGRAFI

Laman Sesawang : http://www.pejalanruhani.com/2012/08/wirid-amalan-tarekat-rifaiyah-2.html http://asno-dharmasraya.blogspot.com/2011/10/materi-ajar-akidah-akhlak-kelas-xii-ma.html http://www.majalah-alkisah.com/index.php/dunia-islam/2452-hizib-dan-wirid http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/13/jenis-tarekat-2/ http://ihsanefendiry.blogspot.com/2011/07/jenis-jenis-tarekat-dan-ajarannya.html http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/tasawuf/12/07/18/m7ci06-sejarah-tarekatrifaiyah-4habis http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/tasawuf/12/07/17/m7b7tl-sejarah-tarekatrifaiyah-1 http://boegis.heck.in/tarekat-rifaiyah.xhtml http://id.wikipedia.org/wiki/Rifa'iyah

16

Vous aimerez peut-être aussi