Vous êtes sur la page 1sur 20

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


MSR 3023 ASAS PENDIDIKAN SENI

MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA KLSR, KBSR DAN KSSR DAN MEMBINCANGKAN TENTANG PERSAMAAN, PERBEZAAN, KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM KETIGA-TIGA KURIKULUM TERSEBUT.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA SAHIMAH BT. MAT ISA

NO. MATRIK D20112054186

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01 (A121PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR. MD. NASIR BIN IBRAHIM

TARIKH SERAH : 28 APRIL 2013 1

SOALAN

BUAT SATU PERBANDINGAN ANTARA KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR), KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR).

A. BINCANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA KETIGATIGA KURIKULUM TERSEBUT.

B. BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN KETIGA-TIGA KURIKULUM TERSEBUT.

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0

Pengenalan Falsafah Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia.

3.0 4.0

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia Jadual Perbandingan Kurikulum Pendidikan Seni

4.1 4.2

Persamaan Dalam Kurikulum : KBSR dan KSSR Perbezaan Dalam Kurikulum : KBSR dan KSSR

4.3 4.4

Kekuatan Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR Kelemahan Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR

5.0

Kesimpulan

1.0

PENGENALAN

Seni dalam pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Matlamat mata pelajaran seni adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian , berjiwa kreatif , inovatif , inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan seni dalam pendidikan mempunyai banyak manfaat melalui teori dan pandangan-pandangan tokoh seperti Teori Konstruktivisme, Teori Kecerdasan Manusia, Howard Gardner (1998), Herman (1991), Einstein dan Leonardo da Vinci. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Oleh itu, seni dalam pendidikan boleh dijadikan wadah untuk membolehkan murid mengekspresi idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia oleh Howard Gardner (1993), mengesyorkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam kalangan murid melalui pengenalan mata pelajaran di sekolah. Teori ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti seni dalam pendidikan. Penggabungan ini dapat menanggani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain itu, dapat menjana kecerdasan minda murid. Jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan kerana setiap murid mempunyai kebolehan menaakul yang berbeza. Pendekatan berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada lebih kreatif.

Menurut Al-Ghazali, seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah. Seni menuju kepada Al-Falah iaitu untuk keredaan Allah dan menghindarkan perkara -perkara yang dilarang oleh Allah dan seni dijadikan sebagai pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni. Sifat tawaduk akan lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah. Menurut Sidi Ghazalba pula, seni tidak ekses iaitu tidak melampaui batas-batas kesusilaan. Seni sebenarnya untuk Islam dan bertunjangkan dari Allah untuk Allah. Keindahan yang dihasilkan daripada ilham seni seniman bertunjangkan kepada mardatillah dan seni juga berfungsi bagi membentuk peribadi muslim ke arah yang lebih mantap dan beriman. Frank Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan satu suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. 2.0 Falsafah Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembngkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah ke peringkat yang paling tinggi. Berdasarkan kepada falsafah inilah kurikulum pendidikan di negara kita semakin berkembang dan berubah . Setiap perubahan yang berlaku mempunyai rasionalnya yang tersendiri. Begitulah juga perubahan yang berlaku kepada kurikulum Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana mata pelajaran ini dapat merentas kurikulum. Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran- mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain.

Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia mempunyai kaitan dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan rentetan sejarahnya meliputi peringkat sebelum merdeka, awal merdeka, selepas merdeka sehinggalah sekarang.Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual ini juga sangat berkait rapat dengan kelahiran institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis serta perkembangan seni halus di Malaysia. 3.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dalam KLSR termasuklah Lukisan dan Pertukangan Tangan. Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 sehingga 1979 oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak releven lagi dan perlu diganti dengan kurikulum baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Perubahan dalam kurikulum berlaku lagi pada tahun 2011 yang bertujuan untuk menambahbaikkan kurikulum yang sedia ada. KBSR yang sedia ada digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif , kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

4.0

Jadual Perbandingan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Jadual 1 : Persamaan Antara Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR KLSR Matlamat KBSR Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni KSSR Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:

Objektif

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, Menglibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera, Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat, Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab, Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, Menggunakan kemudahan

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah,

Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. c. Apresiasi seni visual secara mudah. d.menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama : a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. c. apresiasi sini visual secara mudah. d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Bidang

Skop yang terkandung dalam Pendidikan Seni ialah: a. lukisan biasa b. lukisan warna c. pemandangan d. rekaan dan ingatan e. membuat gambar f. membuat

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang kegiatan iaitu : a. Menggambar b. Membuat Corak dan Rekaan c. Membentuk dan Membuat Binaan d. Mengenal Kraf Tradisional

Kurikulum Standard sekolah rendah Dunia Seni Visual merangkumi empat bidang kegiatan : a. Menggambar b. Membuat Corak dan Rekaan c. Membentuk dan Membuat Binaan d. Mengenal Kraf Tradisional

corak g. pekerjaan tangan

4.1

Persamaan Dalam Kurikulum : KBSR dan KSSR

Terdapat beberapa persamaan antara komponan yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan komponan yang terdapat dalam Dunia Seni Visual, Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Persamaan yang jelas boleh dilihat dari sudut matlamat, objektif dan bidang yang terdapat dalam kedua-dua kurikulum tersebut. Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah sama dengan objektif yang terdapat dalam kurikulum Dunia Seni Visual. Murid-murid diberi peluang untuk memupuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran dan seterusnya mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti yang dirancang. Terdapat sepuluh objektif yang disasarkan kepada murid-murid dalam Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual. Dari sini murid berpeluang melakukan pelbagai aktiviti untuk memenuhi objektif yang telah disasarkan.

Terdapat empat bidang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Dunia Seni Visual iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak,membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta apresiasi aspek seni. Mata pelajaran ini menyumbang ke arah perkembangan murid-murid

melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti.Manakala dalam KLSR juga memasukkan bidang yang hampir sama iaitu lukisan, rekaan dan membuat corak.Kurikulum Lukisan dalam KLSR memberi penekanan kepada perkara-perkara asas dalam tiga bidang tersebut. Aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa (Mazlan Mohamad, 1996).

Jadual 2 : Perbezaan Dalam Kurikulum : KLSR , KBSR dan KSSR. KLSR KBSR KSSR

Matlamat

Bermatlamat untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-kanak, menyuburkan kuasa rasa dan kuasa gerak.

Tiada Perbezaan

Tiada Perbezaan

Objektif

Menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargai dan menciptakan keindahan, penyuburan kuasa rasa dan kuasa gerak, penyuburan kecerdasan dan asuhan budi pekerti.

Tiada Perbezaan

Tiada Perbezaan

Organisasi Kurikulum

Isi kandungan pelajaran tidak mempunyai perkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Kadangkala isi kandungan tersebut berulang dan tiada urutan kemahiran antara darjah. Amalan dan penghayatan kurang diberikan tumpuan. Pendidikan seni lebih bersifat umum. Isi kandungan pelajarannya banyak, kurang fleksibel dan mengabaikan kemahiran asas dan

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan

Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard

perbezaan individu.

secara bersepadu.

pembelajaran.

Bidang

Lukisan biasa dan lukisan warna. Terdiri daripada beberapa komponen kecil iaitu pemandangan, ingatan dan rekaan. Aktiviti yang terlibat termasuklah membuat gambar, membuat corak dan pekerjaan tangan.

Tiada Perbezaan

Tiada Perbezaan

Nama

Lukisan dan Pertukangan Tangan

Pendidikan Seni Visual

Dunia Seni Visual

4.2

Perbezaan Dalam Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR

Terdapat beberapa perbezaan antara kurikulum KLSR,KBSR dan KSSR. Antara perbezaan yang sangat ketara adalah dari segi nama mata pelajaran itu sendiri. Semasa KLSR, nama mata pelajaran ini ialah Lukisan dan Pertukangan Tangan, semasa KBSR menggunakan nama Pendidikan Seni Visual dan semasa KSSR menggunakan nama Dunia Seni Visual. Penggunaan nama ini sebenarnya merujuk kepada jenis aktiviti yang akan dijalankan. Lukisan dan Pertukangan tangan lebih menjurus kepada melukis dan melakukan aktiviti pekerjaan tangan. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual manakala Dunia Seni visual lebih kepada persepsi estetik, aplikasi seni,ekspresi kreatif dan apresiasi. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari aspek bidang. Dalam KLSR, hanya terdapat tiga bidang utama iaitu membuat gambar, membuat corak dan pekerjaan tangan. Sementara dalam KBSR dan KSSR terdapat empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Matlamat mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan dalam KLSR adalah untuk membangunkan rasa keindahan kanak-kanak, menyuburkan kuasa rasa, kuasa gerak dan kecerdasan kanak-kanak. Matlamat yang terdapat dalam KLSR agak umum berbanding dengan matlamat KBSR dan KSSR yang lebih jelas. Ini berlaku kerana Pendidikan Seni dalam KBSR dan KSSR mempunyai kesepaduan dengan mata pelajaran lain. Contohnya Pendidikan Seni dengan Bahasa Melayu atau Pendidikan Seni dengan Muzik.

Organisasi kurikulum bagi mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan menunjukkan tiada perkaitan antara isi kandungan mata pelajaran ini dengan mata pelajaran mata pelajaran yang lain. Ada kalanya isi kandungan itu berulang dan tiada urutan antara tahun.. Amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian. Walaupun pelajaran Pendidikan Seni itu dijadikan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib tetapi cara perlaksanaannya tidaklah terlalu dititik beratkan. Hal ini demikian kerana matlamat dan objektif Pendidikan Seni pada waktu itu sekadar memberi hiburan kepada murid-murid sahaja.Isi kandungan pelajaran juga terlalu banyak sehingga menyusahkan pihak guru dan pelajar, kurang fleksibel dan mengabaikan kemahiran asas dan perbezaan individu. Walau bagaimanapun, komponen yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan ini mempunyai kesinambungan antara peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran dalam mata pelajaran ini sendiri. Kesinambungan kemahiran-kemahiran asas tersebut penting untuk melakukan aktiviti seni yang seterusnya. Organisasi kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menekankan kepada empat aspek penting iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan manakala kurikulum Dunia Seni Visual merujuk kepada empat standard kandungan. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.

Jadual 3 :

Kekuatan Kurikulum :KLSR, KBSR dan KSSR


Kekuatan

KLSR

Mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan diolah daripada unsur-unsur yang mudah sehinggalah kepada yang lebih sukar. Asuhan budi pekerti yang terdapat dalam objektif Lukisan dan Pertukangan Tangan ini bolehlah dianggap sebagai satu usaha memperoleh nilai secara tidak langsung. Komponen yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan ini mempunyai kesinambungan antara peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran dalam mata pelajaran seni itu sendiri. Contohnya, komponen isi kandungannya lebih mudah dan berkaitan dengan asas lukisan serta turut diajar asas pertukangan tangan. Kesinambungan kemahiran-kemahiran asas tersebut penting untuk melakukan aktiviti seni yang seterusnya. Bercorak pendidikan asas. Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.

KBSR

Bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan dan minat. Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu. Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid. Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran. Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu. Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan. Membantu guru menyampaikan disiplin ilmu dalam Seni Visual dengan lebih teratur Mempastikan maklumat dan kemahiran dapat disampaikan dengan betul dan tepat Membantu murid mengenal dengan betul penggunaan alat dan bahan Membolehkan murid membuat apresiasi secara lisan karya mereka dan rakan berlandaskan ilmu seni visual. Memperkemaskan cara penyampaian guru melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual dengan terancang Membantu guru menyampaikan disiplin ilmu dalam Seni Visual dengan lebih teratur Memastikan maklumat dan kemahiran dapat disampaikan dengan betul dan tepat. Membantu murid mengenal dengan betul penggunaan alat dan bahan. Membolehkan murid membuat apresiasi secara lisan karya mereka dan rakan berlandaskan ilmu seni visual Memperkemaskan cara penyampaian guru melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual dengan terancang.

KSSR

4.3

Kekuatan Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR

Kekuatan KLSR Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR tidak releven lagi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekuatan yang ada pada KLSR iaitu mata pelajaran ini diolah daripada unsur-unsur mudah kepada yang lebih susah , mempunyai kesinambungan antara peringkat pembelajaran dalam mata pelajaran serta menekankan aspek nilai secara tidak langsung. Kekuatan yang ada pada KLSR ini membolehkan semua pelajar menguasai pelajaran atau sekurang-kurangnya memperoleh pengetahuan asas tentang pelajaran

10

tersebut kerana guru memulakan dari yang senang kepada yang lebih sukar. Murid juga lebih memahami kemahiran sesuatu mata pelajaran itu sekiranya mempunyai kesinambungan antara satu peringkat dengan peringkat yang seterusnya.Melalui kurikulum ini dapat dilihat, Kementerian Pelajaran telah menyediakan suatu asas pembelajaran yang baik dalam mata pelajaran ini. Kekuatan KBSR Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata Pelajaran ini digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis , kritis ,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat FPK. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran inimenyumbang ke arah perkembangan muridmurid melalui peningkatan daya persepsi , estetika dan kreativiti. Matlamat KBSR untuk memberi pendidikan yang menyeluruh kepada semua murid. Kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi pencapaian 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Taraf penguasaan murid-murid dalam 3M adalah lebih tinggi berbanding dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR juga berjaya menguasai kemahiran belajar yang mudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat.Manakala matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual pula adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif melalui pemupukan asas seni visual ini. Sebilangan murid juga dapat menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea utama dan membuat urusan.Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin serta menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka . Budaya membaca juga dilihat amat baik. Selain itu, murid-murid dapat berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama dan bertolak ansur. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan murid,kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan murid-murid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan kardah pengajaran seperti kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan mestilah dijalankan secara berterusan . Program pemulihan dan pengayaan dijalankan sebagai mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman , tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehan.

11

Kekuatan KBSR juga dapat dilihat dari aspek kesepaduan yang menjadi tumpuan dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Pembangunan insan dapat dilihat secara seimbang., menyeluruh dan bersepadu. Oleh yang demikian, unsur-unsur pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani , emosi dan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran secara dua hala dan kumpulan serta strategi berpusatkan murid membolehkan murid terlibat secara aktif. KBSR mempunyai penilaian yang fleksibel dan menitikbertakan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta cirri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Terdapat tiga kaedah penilaian iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan. Kekuatan KSSR KSSR pula merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum sekolah. KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Terdapat beberapa prinsip dalam KSSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendididkan saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan, murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran Berfikir KSSR adalah merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan ICT. Terdapat tiga kaedah penilaian iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi serta penulisan. Tiga kaedah ini dapat digunakan oleh guru untuk menilai hasil kerja murid dengan lebih baik lagi. Ini bermakna guru mempunyai pilihan untuk menilai hasil kerja murid-murid dan tidak hanya bergantung kepada satu kaedah sahaja.

Jadual 4 : Kelemahan Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR Kelemahan

Keterlaluan dalam isi kandungan. Isi kandungan yang banyak dan

12

KLSR

mengabaikan kemahiran asas serta tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pelajaran berpusat kepada guru. Proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara formal dan kurang fleksibel. Mengabaikan perbezaan individu. Semua murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini mengakibatkan murid yang sederhana atau lemah tidak dapat mengikuti pelajaran sehingga hilang minat terhadap pelajaran dan seterusnya hampir- hampir menjadi buta huruf. Sukatan pelajaran amat rigid dan kadang kala menegaskan sesuatu aspek kemahiran sahaja. Terlalu banyak mata pelajaran di peringkat awal membebankan pembelajaran. Pengajaran berasaskan cara kelas. Mengutamakan kegunaan buku teks dan kapur, tetapi sedikit alat bantuan mengajar yang lain. Kandungan kurikulum terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan menyebabkan wujud kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme manakala aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan strategi yang diatur berfokus untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Kurang keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri iaitu ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

KBSR

KSSR

Kurangnya kefahaman guru terhadap disiplin ilmu dalam seni Visual Ketiadaan bilik seni menyukarkan guru untuk menyimpan, mempamer serta mendokumentasi karya murid Kurang kemudahan dalam penggunaan alat dan bahan Guru tidak mengetahui peruntukan wang PCG dalam pembelian alat dan bahan bagi mata pelajaran ini Bilangan guru yang terlalu ramai dalam satu tahun pengajaran menyukarkan

13

proses penyelarasan. Status mata pelajaran yang dianggap kurang penting oleh pihak pentadbiran menjadikan mata pelajaran ini dipandang sepi

4.4

Kelemahan Kurikulum : KLSR, KBSR dan KSSR

Kelemahan KLSR KLSR merupakan kurikulum lama yang bercorak pendidikan umum yang menitik beratkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang lebih menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira. Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh yang demikian, perubahan dilakukan dengan mata pelajaran yang baru yang hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya. Sukatan pelajaran yang lama adalah kurang fleksibel dan berlaku perubahan di mana lebih menekankan perkaitan dan penyerapan. KLSR juga menekankan kaedah kelas dan masih menggunakan bahan bantu mengajar lama terutamanya buku teks dan papan hitam. Kandungan KLSR terlalu memberi penekanan kepada persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan menyebabkan wujud kepincangan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kerohanian. Setiap murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini menyebabkan murid sederhana dan lemah ketinggalan dalam pelajaran.Ada juga antara murid yang hilang minat untuk belajar disebabkan faktor ini. Kelemahan KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses PdP. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak dapat dicapai sepenuhnya melalui proses PdP di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini adalah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Kebanyakan proses PdP yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri iaitu ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan. Kelemahan KSSR KSSR hanya menekankan kepada kebolehan untuk menguasai atau tidak. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan murid tidak berusaha dengan gigih kerana kurangnya motivasi. KSSR juga terlalu menekankan kepada penyampaian guru yang kreatif dan pelbagai. Jika guru tidak membekalkan pengajaran dan pembelajaran yang dapat membangkitkan daya pemikiran kreatif murid, maka matlamatnya tidak akan tercapai.

14

Selain itu, sistem PBS dalam KSSR yang baru diperkenalkan masih memerlukan penambahbaikan kerana ia memerlukan masa untuk memahaminya dan cara perlaksanaannya juga masih mengelirukan. Infrastruktur sekolah yang kurang lengkap juga menjadi masalah kepada guru untuk menyimpan hasil karya dan alat bantu mengajar.

5.0

Kesimpulan

Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan di atas, maka terbuktilah bahawa matlamat pendidikan di sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk memenuhi keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru, contohnya menjadi seorang seniman. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai seniman yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion.

Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni dapat dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni ini boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta akan nilai-nilai keindahan.Pada hari ini, melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.Antaranya Program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan. Selain itu, terdapat pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh, terutamanya kesan penghayatan terhadap aktiviti yang dijalankan itu. Keghairahan kerajaan menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan kesenian diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Akhir sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata bidalan ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Setelah meneliti sejarah perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual dari zaman sebelum merdeka,selepas merdeka sehingga kini maka jelaslah kepada kita bahawa mata

15

pelajaran Pendidikan Seni Visual telah diletakkan di tempat yang sewajarnya berdasarkan keperluannya pada masa kini. Kalau dahulu tujuan kerajaan adalah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik atau sekadar untuk menjadi mandur sahaja tetapi kini segalanya telah berubah. Kurikulum persekolahan kebangsaan kini mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan yang bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan masa hadapan. Adalah diharapkan dengan adanya penyemakan semula kurikulum Pendidikan Seni Visual, maka tiada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan keupayaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kefahaman cetek yang mengatakan bidang seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik juga seharusnya dapat dihapuskan. Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal lagi.Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga profesional seperti jurutera,arkitek,doktor,saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta efektif,proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen guru dalam membuat perancangan, mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

Selain itu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual juga dapat memupuk kreativiti kanakkanak , memupuk dan mengembangkan sifat kretiviti dan inovasi pelajar, pengalaman optima pembelajaran PSV meningkatkan keyakinan diri, menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh dan mengaplikasikan informasi secara berkesan iaitu belajar cara belajar. Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, peranan guru amat penting terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai, pemulihan dan pengayaan. Perubahan kurikulum yang berlaku dalam sistem pendidikan terutamanya yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bermula dari KLSR , kemudiannya kepada KBSR dan seterusnya KLSR sebenarnya menampakkan bahawa Pendidikan Seni Visual itu sangat penting dan mempunyai kedudukan yang tersendiri. Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama membangunakan mata pelajaran ini.

16

BIBLIOGRAFI Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun . Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mazlam Othman, Ruzitah Tapah. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual

http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/hsp/p_sv/hsp_pseni_kbsr.pdf http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/sp/sp_pseni_kbsr.pdf http://www.slideshare.net/yanihasan/rancangan-tahunanduniasenivisualtahun1 http://www.slideshare.net/LatifahRazali/kssr-2011

17

Vous aimerez peut-être aussi