Vous êtes sur la page 1sur 44

UTERUS

BY NSM RAFEDAH BINTI RAUF

OBJEKTIF AM
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang uterus dan perubahan yang berlaku semasa fasa kehamilan,labour dan puerperium.Segala pengetahuan yang di perolehi dapat di aplikasikan semasa penjagaan ibu dan memberi pendidikan kesihatan semasa bertugas nanti.

OBJEKTIF KHUSUS
Menyatakan lokasi uterus. Menghuraikan anatomi uterus. Menyatakan struktur makroskopik dan mikroskopik uterus. Hubungan uterus dengan organ lain. Menyatakan fungsi uterus. Bekalan darah,limfatik dan saraf. Menghuraikan perubahan uterus semasa kehamilan,labour dan puerperium.

BENTUK,SAIZ DAN POSISI UTERUS


Organ berongga dan berotot(hollow and muscular) serta bentuk buah pear Terletak di dalam rongga pelvic benar(true pelvis) di belakang pundi kencing dan di hadapan rektum. Bersaiz panjang 7.5cm,lebar 5cm dan kedalaman 2.5cm. Berat 60gm sebelum hamil dan boleh meningkat ke 900gm semasa hamil.

Kedudukan posisi uterus yang normal adalah anteversi dan antefleksi Anteversi:Condong kehadapan kearah simfisis pubis. Antefleksi:Bengkok kehadapan pada kedudukan hampir sudut tepat dengan vaginal dan permukaan anterior uterus terletak atas bladder . .

GROSS STRUCTURE
Uterus terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1.Fundus Merupakan bahagian dinding atas uterus.Terletak antara kemasukan 2 tiub fallopio.Berbentuk separuh bulat seperti kubah. Cornua terletak di sisi sudut uterus dimana tiub fallopio terlekat (upper outer angles of the uterus).

2.Badan atau corpus. Bahagian terbesar dalam uterus di mana terbentuk 2/3 atas uterus. Berbentuk triangular (dimana tapak segitiga di atas apex joins the isthmus). Terletak di antara fundus diatas dan servik di bawah

3.Servik. Bahagian uterus yang menjulur kedalam vagina pada sudut 90 darjah membentuk supravaginal dibahagian separuh atas dan infravaginal dibahagian separuh bawah vagina. Ianya membentuk 1/3 bahagian terbawah uterus.Panjang cervical canal adalah 2.5cm dan bentuknya seakan barrel.

Struktur servik terdiri daripada 3 lapisan: 1)Peritoneum Meliputi depan,belakang servik dan fundus.

2) 2 lapisan otot iaitu lapisan dalam dan lapisan luar.. - Lapisan dalam mengandungi fibres circular yang membenarkan os dilat. -Lapisan luar adalah otot longitudinal di mana menyebabkan servik menjadi efface(servik menjadi pendek,lembut dan nipis)

3)Endometrium. Terdiri daripada racemose glands dan disusun dalam lipatan yang di kenali sebagai arboe vitae. Sebahagian sel mempunyai cilia. Lapisan endometrium servik nipis berbanding dengan uterus

Isthmus Kawasan tersempit di tempat pertemuan di antara kaviti uterus dengan servik.Panjangnya 7mm. Ianya membesar semasa hamil dan membentuk segmen bawah uterus

Internal os Adalah orifis yang membuka ke dalam uterus iaitu pembukaan sempit ke dalam uterus di antara isthmus dan servik.

Eksternal os Orifis yang membuka ke dalam vagina iaitu pembukaan kecil bulat ke dalam vagina pada bahagian hujung servik . Servik terdiri daripada 6 ligamen iaitu: 2 cardinal(tranverse cervical) iaitu daripada servik ke sisi pelvis. 2 pubocervical iaitu daripada servik ke simfisis pubis 2 uterosacral iaitu daripada servik ke sacrum

FUNGSI SERVIK
Mengelakkan infeksi daripada memasuki uterus. Membantu pergerakan spermatozoa dari vagina ke dalam uterus.

Dilatasi semasa labour supaya fetus dan placenta dapat di lahirkan melalui vagina.

STRUKTUR MIKROSKOPIK

Terdiri daripada 3 lapisan iaitu: 1)Endometrium 2)Miometrium 3)Perimetrium.

1)Endometrium Adalah lapisan dalam tisu uterus yang melapik permukaan dalam uterus.Ianya terdiri daripada 3 lapisan iaitu: Tisu columnar epithelium. Tisu perantaraan(connnective tissue) Lapisan basal.

2)Miometrium. Adalah lapisan tengah uterus dan merupakan lapisan otot paling tebal dalam dinding uterus. Ianya tebal di fundus dan nipis di servik dan isthmus. Terdiri dari fiber otot licin di selangi oleh tisu areolar,salur darah dan fiber saraf.

2.1 Lapisan dalam Mengandungi fibres circular dimana ianya membenarkan os untuk membuka semasa kelahiran. Hanya terdapat pada bahagian bawah uterus berdekatan dengan servik dan sekeliling cornua.
2.2 Lapisan Tengah Mengandungi oblique fibres yang bertindak mengawal pendarahan semasa peringkat ke 3 labour. Terdapat banyak di badan uterus dan tiada di servik.

2.3 Lapisan Luar Mengandungi longitudinal fibres yang bersambungan dengan tiub uterine,ligament dan vagina di mana menyebabkan cervical canal menjadi efface(pendek,lembut dan nipis.)Bantu dalam pengeluaran fetus.
Terdapat banyak di fundus,depan dan belakang uterus dan berakhir pada os

3)Perimetrium. Adalah lapisan uterus paling luar. Ia terdiri daripada peritoneum yang melapisi pelbagai lapisan uterus Lipatan peritoneum ini juga di kenali sebagai vesicouterine pouch. Anterior perimetrium,peritoneum meliputi fundus,badan uterus dan permukaan atas

Di posterior perimetrium,peritoneum meliputi fundus,badan,servik hingga ke rektum untuk membentuk rectouterine pouch@pouch of douglas Kedua lapisan peritoneum ini dikenali sebagai broad ligamen dimana hujung ligamen lebar melekatkan uterus kepada sisi pelvis.

BEKALAN DARAH,LIMFA DAN SARAF KE UTERUS


1)Bekalan darah-Dari arteri uterin,arteri ovari dan arteri vagina. 2)Bekalan vena.-Dari vena uterin mengalir ke dalam internal iliac veins. 3)Saliran limfatik.-Mengalir ke internal iliac dan kalenjar sacral. 4)Bekalan saraf.-Melalui saraf simpatetik dan parasimpatetik daripada LeeFrankenhauser.(sacral)plexus.

STRUKTUR YANG MENGAMPU UTERUS


Uterus disokong oleh otot lantai pelvik dan dikekalkan dalam kedudukan oleh beberapa ligamen yang mengikat uterus pada dinding serviks iaitu: 2 ligamen lebar(broad ligament) 2 ligamen ovarian.(ovarian ligaments) 2 ligamen bulat(round ligaments). 2 ligamen uterosacral.(uterosacral ligaments)

2 ligamen tranverse servical.(tranverse cervical ligments) 2 ligamen pubo servical(pubocervical ligaments)

HUBUNGAN UTERUS DENGAN ORGAN LAIN.


Anterior-Utero-vesical pouch dan bladder. Posterior-Rectouterine pouch dan rectum Lateral-Broad ligaments,tiub fallopian dan ovary. Superior-Usus kecil. Inferior-Vagina

FUNGSI UTERUS
1)Memainkan peranan dalam peredaran haid. 2)Menerima ovum yang telah di senyawakan. 3)Melindungi ovum yang telah di senyawakan. 4)Menyediakan suasana yang sesuai untuk pembesaran fetus.

5)Memelihara fetus semasa dalam kandungan. 6)Mengeluarkan bayi apabila telah term dengan kontraksi otot dinding

PERUBAHAN UTERUS SEMASA KEHAMILAN


1.Pembesaran uterus. 1.1 Saiz uterus. Meningkat menjadi hypertrophy(pembesaran sel sel) dan hyperplasia(pertumbuhan sel sel baru) dan progesterone. Miometrium merengang untuk memuat fetus yang membesar.

1.2 Ukuran uterus. Sebelum hamil:7.5cm(panjang)x5cm(lebar) x2.5cm(tebal). Semasa term:30cm(panjang)x23cm(lebar) x20cm(tebal


1.3 Berat uterus. Sebelum hamil:60gm Hamil:meningkat ke 900gm.

1.4 Bentuk uterus. Tidak hamil:bentuk pear. Awal kehamilan(20/52):Bentuk bulat. Semasa term:Bentuk ovoid(bujur) Berbentuk globular semasa gestation sac memenuhi segment atas dan bawah kaviti uterus.

2.Pembentukan segmen bawah uterus. Berlaku pada 28/52 kehamilan ke atas. Daripada 37/52 ke atas segmen bawah menjadi lembut dan boleh di rengangkan.Membolehkan bahagian presentasi turun ke bawah.

3.Pembentukan decidua. Semasa hamil endometrium di kenali sebagai decidua. Decidua menjadi lebih lembut,tebal dan vascular di bawah pengaruh hormon estrogen,progestron dan human chorionic gonadotrophin(HCG).

4.Otot uterus. Peningkatan dalam saiz melalui hypertrophi dan hyperplasia

5.Posisi uterus. Selepas 12/52 kehamilan,posisi uterus tidak lagi dalam kedudukan antiversi dan antifleksi. Uterus akan keluar dari kaviti pelvis dan naik ke kaviti abdomen.

6.Perubahan servik. Menjadi lembut dan kebiruan(banyak bekalan darah). Dibawah pengaruh hormon progestron,endoservikal sel menghasilkan mukus yang tebal dan kental. Mukus tebal akan membentuk cervical plug yang di panggil operculum yang member perlindungan daripada ascending infection.

PERUBAHAN UTERUS SEMASA LABOUR


1)Reaksi hormon -Hormon oxytocin adalah perangsang kuat kontraksi uterus,peranan semulajadi di permulaan labour. Rembesan enzim oxytocinase dari iskemia plasenta membawa kepada penguasaan tindakan oxytocin.

Hormon prostaglandin merangsang rembesan enzim yang menghadam kolagen,Servik kemudiannya menjadi lembut dan kontraksi uterus berlaku 2)Fundal dominance. Kontraksi bermula di cornua dan ke fundus uterus dan menjalar ke bahagian tepi dan bawah. Kontraksi yang lebih kuat dan lama di fundus akan memendekkan serta menebalkan segmen atas uterus.

3)Polariti Iaitu keharmonian antara segmen atas dan segmen bawah pada setiap kontraksi. Fundus (segmen atas) kontrak kuat dan retrak untuk menolak fetus ke bawah,manakala segmen bawah(servik )kontrak secara lemah dan dilat untuk member laluan kepada fetus untuk keluar

PERUBAHAN UTERUS SEMASA PUERPERIUM


1.Involusi uterus. Uterus mengecut/atrofi melalui 2 faktor iaitu a)Iskemia miometrium Disebabkan oleh kontraksi dan retraksi uterus yang berterusan akibat tindakan oksitosin selepas pengeluaran plasenta dan membran.

Otot otot interlacing fibre mencengkam salur darah untuk kawal pendarahan dan bekalan darah ke uterus turut berkurangan.
Jumlah darah yang banyak di dalam uterus di tolak ke dalam sistem pengaliran darah. b)Autolisis. Sintesis protein tidak lagi di rangsang setelah estrogen di keluarkan dari plasenta.

Involusi .mengambil masa selama 6/52 dan berbeza mengikut individu. Uterus tidak kembali sepenuhnya ke saiz dan berat asal. Kontraksi uterus akan berterusan untuk beberapa hari selepas kelahiran. Tujuannya untuk mengeluarkan darah beku terutama bila bayi menghisap susu ibu,oksitosin dikeluarkan kedalam sirkulasi darah dan menambahkan kontraksi miometrium.

2.Perubahan ketinggian fundus. Kembali kesaiz asalnya dalam masa 14 hari.Berada di bawah paras umbilikus lepas lahir dan menurun setiap hari 1.5cm2.5cm sehingga tidak dapat dirasai. Berat uterus menurun dari 900gm ke 60gm.

Saiz uterus mengecil dari 15cmx12cmx7.5cm ke 7.5cmx5cm x2.5cm. Bentuk uterus akan berubah dari globular dan bulat ke bentuk pear.

Vous aimerez peut-être aussi