Vous êtes sur la page 1sur 28

Aqidah & Kehidupan Jiwa

Azmi Bahari http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Memerlukan Allah Adalah Fitrah Insaniyah.


Kita terlalu kerdil untuk mengharungi gelombang kehidupan dan berdepan dengan alam yang terbentang luas. Allah menjadikan kita kerdil dan lemah supaya jiwa sentiasa memerlukanNya untuk meraih kebahagiaan. Tidak ada manusia yang mulhid atau tidak bertuhan. Kita memiliki berbagai kelemahan: Lupa dan lalai Lemah Tergesa-gesa Suka menentang arus Berkeluh kesah dan bakhil

Hidup di dunia ini umpama embun dihujung rumput, sedangkan kehidupan di Akhirat kekal abadi selamalamanya

Hidup ini hanyalah laluan sementara. Kematian pasti datang menjemput untuk kita pulang kepada Allah dan menerima balasan bagi segala amalan kita

Asas Aqidah Islam


Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Hari Akhirat

Inilah yang membezakan seorang yang beriman dan yang tidak beriman. Perbezaan yang menjadikan Keyakinan & Nilai, Sikap & Pandangan Hidup serta Syakhsiyah (peribadi) & Ibadah kita berbeza dengan orang lain. Oleh itu perbezaan seorang Muslim dengan bukan Muslim bukan pada nama, bangsa dan keturunan, bukan juga pada bahasa dan warna kulit.

Menerima Islam bermula dengan aqidah atau keyakinan yang bulat terhadap Kebesaran dan Keagungan Allah SWT. Keyakinan ini menjadikan kita sentiasa bersedia untuk taat & patuh pada segala perintah dan larangan Allah SWT. Menerima Islam bukan sekadar pengakuan semata-mata tetapi merupakan transformasi aqidah; daripada tidak beriman kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah menjadi beriman kepada Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaan dan keagunganNya.

Keyakinan ini menjadikan seseorang itu sentiasa berusaha untuk mengenali Allah SWT, mengetahui segala suruhan dan laranganNya serta sentiasa membina keperibadian dirinya seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Kesempurnaan aqidah menjadikan seseorang itu

suka

kepada apa yang

Allah suka dan benci kepada apa yang Allah benci, lalu dengan itu ia melakukan segalanya kerana Allah SWT.

Pengertian Aqidah
)menurut bahasa Aqidah ( Arab berasal dari perkataan al )bererti ikatan, ataqdu ( )yang bererti tautsiiqu( kepercayaan atau keyakinan yang ) yang kuat, al-ihkaamu ( ertinya mengukuhkan (menetapkan), dan ar-rabthu biquw-wah ( ) yang bererti mengikat dengan kuat

Pengertian Aqidah
Manakala menurut istilah (terminologi): aqidah adalah

iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang meyakininya.

Pengertian Aqidah
.

Aqidah Islamiyyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Rubbubiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaanNya, patuh dan taat kepadaNya, beriman kepada Malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNya, Kitab-kitabNya, hari Akhirat, takdir baik dan buruk.

Di sinilah letaknya kehebatan para Nabi & Rasul serta para sahabat yang mendapat didikan Rasulullah SAW; Iman yang hidup dan hati yang peka

:10 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09
Time for a break

Perkara paling utama dari aqidah ialah mentauhidkan Allah SWT. Mentauhidkan atau mengEsakan Allah bermakna kita menolak segala tuhan-tuhan yang lain bahkan tidak ada ketaatan dan penyembahan kepada selain Allah SWT.

Mentauhidk an Allah

sembahan mengetahui, yang berikrar, dan berhak disembah dan mempercayai ialah Allah Dengan hati,benar lidah &mengakui perbuatan

Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna inilah seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Allah jua bersifat Mutlak

Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah. Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudharat (kesan buruk).

Fitrah Manusia Beriman Dengan Rubbubiyatullah


Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar. (Luqman: 32)

Adakah Deen (cara hidup) lain yang kamu cari?


KepadaNyalah tunduk apa yang dilangit dan dibumi, samada rela atau terpaksa dan kepadaNya mereka kembali .

Tuhan-Tuhan Palsu Yang Tidak Memiliki Apa-Apa

Hanyalah Allah yang Mencipta (Khaliq) Selainnya hanyalah yang dicipta (makhluq). Hanya Allah yang Maha Berkuasa selainnya dibawah kekuasaan Allah SWT

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah. (Al-Hajj: 73)

Bagaimana Hati kita ? Mati Sakit Hidup

Kebahagiaan Itu Di HATI


Bagi hati yang mampu merasai kebesaran & keagungan Allah maka ia akan memperolehi kebahagiaan sebenar, inilah hati yang HIDUP. Hati yang disinari cahaya IMAN

Jiwa & Kehidupan


Yang

kuat atau lemah, hidup atau mati itu adalah hati atau jiwa kita. Ketika jiwa kita kuat , masalah yang besar kita rasakan kecil tetapi jika jiwa kita lemah dan kerdil, masalah yang biasa-biasa saja sudah mampu menjadikan kita lupa diri.

Kubur Yang Bergerak


Manusia

dengan jiwanya yang kosong dan mati umpama kuburan yang bergerak. Kehidupannya ialah kekosongan, hampa, kecewa, dengki dan putus asa. Hari-hari baru ditempuhinya dengan penuh keterpaksaan sedangkan umurnya adalah beban-beban yang

Hanya IMAN yang akan menjadikan hati kita hidup dan berfungsi. Imanlah yang menentukan kita BAHAGIA atau DERITA

Vous aimerez peut-être aussi