Vous êtes sur la page 1sur 7

Istana Sultan Melaka. 1.

Senibina Istana Sultan Melaka yang dibina semula ini berdasarkan catatan sejarah melayu di zaman Kesultanan apa? 2. Berikan DUA (2) Objektif Pembinaan Istana Sultan Melaka . 3. Bilakah replika Istana ini dibina dan yang merasmikannya? 4. Siapakah pengarang karya melayu terulung yang menggambarkan kesultanan Melayu Melaka? 5. Apakah Nama Asal Bukit St. Paul yang menempakan replica istana sultan Melaka sekarang? 6. Siapakah yang mencadangkan replika Istana Sultan Melaka ini? Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477. Antara objektifnya adalah:

Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu di samping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.

Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Kini dinamakan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja. Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu

Melaka sememangnya sebuah negeri yang kaya dengan kesan-kesan sejarah tanah air. Kini tinggalan sejarah itu menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong berkunjung ke Melaka. Salah satu kawasan penting di bandar Melaka ialah di sekitar Bukit St. Paul, yang pada satu ketika dahulu pernah menjadi pusat Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Di sekitar bukit inilah terdapatnya Bangunan Kota Famosa, Bangunan Stadthuys dan lain-lain kesan tinggalan Portugis dan Belanda. Malah di atas Bukit St. Paul masih terdapat kesan-kesan tapak Istana Kesultanan Melayu Melaka. Istana yang dibina di atas Bukit St. Paul atau dulunya dikenali sebagai Bukit Melaka ini, dipercayai Istana Sultan Mansor Syah merupakan sebuah Istana yang indah seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu karangan Tun Seri lanang.

Kesan-kesan sejarah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga terdapat di sekitar bandar Melaka seperti Perigi Raja, Makam Hang Tuah di Tanjung Keling, Makam Hang Jebat dan Hang Kasturi. Perigi Raja misalnya digali atas perintah Sultan Mansur Syah untuk isterinya Puteri Hang Li Po dari negeri China. Perigi ini terletak di kaki Bukit Cina. Di atas kesedaran tentang pentingnya kesan-kesan sejarah ini dipelihara maka Kerajaan negeri Melaka telah mengambil daya usaha mencadangkan agar Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka didirikan dengan tujuan utamanya untuk membangun semangat dan kegemilangan zaman Empayar Melaka. Hasrat ini telah dicetuskan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Sehubungan dengan itu Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di bawah Pengurus Besarnya Encik Mohd. Zam Abd. Wahab telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat ini. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, Muzium dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka telah dibentuk bagi mengkaji dan mengumpul maklumat untuk merekabentuk istana ini. Persatuan Pelukis Melaka kemudiannya telah diberi tugas menyediakan model replika istana ini dan beberapa pengubahusian dibuat berdasarkan kepada pandangan Jawatankuasa Petugas Pelancongan. Model replika istana ini kemudiannya dipamer di pejabat Muzium bagi mendapat pandangan orang ramai tentang rekabentuk model itu. Akhirnya model ini telah diserahkan kepada Bahagian Kejuruteraan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka untuk tugas menyediakan pelan bangunan. Pembinaan bangunan istana ini bermula pada bulan Oktober 1984 dan siap menjelang pertengahan tahun 1986. Pembukaan rasmi istana ini telah dilangsungkan pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka di atas tanah seluas 0.7 hektar ini menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. Rekabentuknya mengenengahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpamanya di Malaysia. Menurut Sejarah Melayu, Istana Besar ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini rekabentuknya diperkecilkan sedikit untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar istana replika ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar. Istana ini mempunyai bumbung bertingkat dengan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang sekali berukuran 75 meter panjangnya dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekabentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingan tersendiri. Peralatan khususnya kayu-kayu yang digunakan untuk membina istana ini adalah dari kayukayu tempatan seperti Cengal, Resak dan Nyatoh manakala atapnya diperbuat daripada kayu berlian dari Sarawak. Seperti pembinaan istana pada masa dahulu, istana ini didirikan tanpa menggunakan paku besi. Selain rekabentuknya menarik dan mempunyai pengaruh Minangkabau serta ukiran-ukiran halus yang indah bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan, replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini juga memuatkan bahan-bahan pameran.

Pada tingkat pertama diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat yang ketiga pula tempat simpanan segala khazanah. Pembinaan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini bukan sahaja menambahkan lagi binaan sejarah tanahair tetapi juga memperlihatkan kepada masyarakat umum tentang sejarah negeri Melaka yang telah dibuka oleh orang-orang Melayu sehingga pernah muncul sebagai sebuah Pusat Empayar yang terbesar di Asia Tenggara pada abad Ke-15. Muzium Pemerintahan Demokrasi. 1.Siapakah yang menyempurnakan perletakan batu asas Muzium Pemerintahan Demokrasi? 2. Apakah Fungsi utama asal Muzium Pemerintahan Demokrasi? 3. Bilakah fungsi asal Muzium ini berubah menjadi hanya sebuah muzium?

Muzium Pemerintahan Demokrasi yang terletak di bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka ini,telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek bin Yusof S.M.N, D.M.K., Gabenor Negeri Melaka pada 31 Ogos 1961. Ia merupakan tempat persidangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pembentangan Belanjawan Negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh seorang Speaker yang dipilih daripada kalangan Ahli-ahli Dewan sendiri. Bagi Ahli-ahli Dewan, mereka dipilih melalui pilihanraya dan akan menganggotai Dewan selama lima tahun (kecuali Dewan Undangan Negeri dibubarkan). Ahli-ahli Dewan juga dibataskan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Melaka. Pada bulan Februari 2000, Dewan Undangan Negeri ini tidak lagi digunakan setelah kerajaan membina sebuah bangunan yang memusatkan urusan dan pengurusan pentadbiran di Ayer Keroh termasuk Dewan Undangan Negeri. Kini, bangunan ini telah dijadikan Muzium Pemerintahan Demokrasi yang mempamerkan maklumat pemerintahan termasuk amalan demokrasi di Malaysia. Ia turut memaparkan susur galur mengenai sejarah awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga kepada kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya. Dengan wujudnya muzium ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia dan sistem kenegaraannya

Muzium Maritim 1. Bilakah Muzium ini dibina? 2. Siapakah yang merasmikan muzium ini? 3. Kenapakah muzium ini dibina? Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis,Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. Untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris

Sungai Melaka. 1. Apakah kepentingan sungai Melaka suatu ketika dahulu (zaman kesultanan melayu Melaka) ? 2. Tebing sungai Melaka berdekatan dengan Perkampungan apa? 3. Kini Sungai Melaka berwajah baru, nyatakan perkhidmatan pelancongan yang boleh anda dapati disini. 4. Dimanakah terletaknya Sungai Melaka? Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah:

Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka. "Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.[1] Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka. Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat. Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana. Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh jurutera syarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu terjumpa runtuhan tembok bersejarah. Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.

6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka. Tebing Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu. Kebanyakan pencari khazanah ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada diantara pencari yang berjaya menemui tujuh hingga 19 keping duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China ketika era Dinasti Chin dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. selain itu, duit syiling lama yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America" juga turut ditemui. Muara Sungai Melaka memang diperakui menjadi laluan utama pedagang silam dan adalah tidak mustahil jika masih terdapat pelbagai barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka.

Stadthuys 1. Stadthuys berasal dari bahada belanda, apakah maksud bagi perkataan tersebut? 2. Nyatakan nama sekolah yang pernah dibina di perkarangan banggunan Stadthuys. 3. Stadthuys pernah menjadi kediaman siapa semasa pemerintahan belanda yang lalu? 4. Muzium apakah yang terdapat di banggunan Stadthuys? Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cinayang kaya. Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris diMelaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis danBahasa Cina juga diajar. Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

Stadthuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan satu contoh seni bina Belanda yang terbaik ketika itu. Bangunan tersebut dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur. Bangunan yang tersergam indah ini merupakan contoh seni bina hebat penjajahan Belanda yang kini dijadikan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Di sini dipaparkan pakaian perkahwinan tradisional dan peninggalan sejarah Melaka selama 400 tahun. Kedua-dua muzium dihias dengan indah dan menawarkan penerangan terperinci mengenai sumbangan pakaian dan peninggalan ini ketika zaman kegemilangan Melaka.

Muzium islam Melaka. 1. Banggunan Muzium islam Melaka pernah sebuah pejabat. Apakah nama pejabat tersbut? 2. Nyatakan TIGA (3) koleksi yang terdapat di dalam muzium ini. 3. Berikan DUA (2) objektif penubuhan muzium ini. Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar

dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini. Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka. Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al-Quran terawal, sejarah masjid, replica pedang Rasulillah S.A.W.

Penubuhan Muzium Islam Melaka adalah bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini. Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka. Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan. Antara objektifnya adalah:

Menggambarkan keagungan Islam sebagal Ad-Din dan kecemerlangan ketamadunannya. Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan berteraskan Islam bagi pelawat dan pengkaji serta mereka yang berminat untuk mendalami sejarah dan warisan peninggalan Melaka. Memberi gambaran sebenar peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan perkembangan Islam sejak Zaman Kesultanan Melaka serta hubungannya dengan pusat tamadun Islam di Asia Tenggara juga dengan negara India, Parsi, China dan Arab

Vous aimerez peut-être aussi