Vous êtes sur la page 1sur 4

Pendidikan Islam adalah satu usaha

berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan

Al Quran dan As Sunnah,

bagi membentuk sikap kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup

sebagai Hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk

membangun diri, masyarakat,

alam sekitar dan Negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan di akhirat

16
Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam

menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan

Islam berdasarkan Al Quran dan As Sunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat

melahirkan insane yang berilmu, berkepribadian mulia, berkemahiran dan

bersikap positif untuk mencapai kebaiakn di dunia dan kesejahteraan abadi di

akhirat.

Matlamat utama Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menghasilkan

muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak

mulia berdasarkan Al Quran dan As Sunnah ke arah menjadi hamba dan

khalifah Allah yang bertakwa.

Matlamat ini sesuai dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru yang

ingin melahirkan guru yang berakhlak mulia, berpandangan progresif,

saintifik, menguasai penggunaan alat teknologi , bersedia menjunjung

aspirasi Negara serta warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan

individu yang sihat dan seterusnya menjadi masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin.

Bidang pendiidikan adalah satu lapangan yang amat luas kajian

falsafah. Falsafah pendidikan membawa maksud satu kajian dan amalan

yang menjadi dasar ilmu kependidikan. Ia juga membahaskan masalah-

masalah seperti berikut :

• Insan dan keilmuannya

• Insan ilmu dan alamiah

• Insan, ilmu, alamiah dan ketuhanan

17
Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai Al Din maka secara tidak

langsung ia mencakupi di akhirat keseluruhan ruang lingkup kehidupan

manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan

maksud falsafah pendidikan islam. Manakala Dasar Pendidikan Islam

ialah untuk melahirkan insane soleh yang kamil, beriman, berilmu,

beramal dan berakhlak.

Pendidkan Isalm dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk

memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu system hidup yang

syumul ( sempurna dan lengkap ) tetapi juga untuk menzahirkan amalan

hidup sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan

sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Pendidikan Islam

yang telah ditentukan falsafahnya bukan sekadar satu “ism“ dan “teoritikal“

semata-mata tetapi ia telah dizahirkan secara waqie melalui system

pendidikan yang unggul pada Zaman Rasulullah SAW dan tabiin yang lalu.

Kurikulum Pendidikan Islam yang telah dirancang dan diubahsuai

dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi kesan dalaman dan

luaran kepada para pelajar yang menjadi sasaran utama. Isi kandungan

Pendidikan Islam digubal adalah berorientasikan kepada amalan dan

penghayatan Islam. Begitu juga strategi penyampaian dan pembelajaran ,

bukan sekadar menyampaiakan maklumat atau pengetahuan , metodologi

serta pedagoginya menujunke arah amalan dan penghayatan Islam yang

sebenar.

Guru Pendidikan Islam tidak sahaja berperanan sebagai mualim

(pengajar dan penyampai) tetapi harus juga menjadi seorang naqib,

murajjik, contoh teladan diri dan mursyid dalam usaha ke arah

18
pembentukan “insane kamil” maka segala perubahan sama ada terhadap

kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta guru itu sendiri hendaklah

berlandaskan kepada asas-asas falsafah dan cita-cita Pendidikan Islam.

Tujuan reformasi dalam Pendidikan Islam mestilah untuk mencapai

falsafah Pendididkan Islam. Dasar utma yang menjadi asas Pendidikan

Islam ialah landasan Al Quran dan As Sunnah untuk mempotensikan

seorang insane menjadi muslim yang berilmu pengetahuan, berilmu,

beramal soleh dan berakhlak mulia ke arah melengkapkan diri serta

tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah.

Kesimpulannya Falsafah Pendidikan Islam haruslah dilaksanakan

secara berterusan, dalam erti kata lain pengajaran serta pendidikan islam

harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Ia tidak terhentii

sekadar menyampaikan maklumat yang berbentuk ilmu semata-mata

tetapi ia harus diseiringkan dengan arahan yang betul dan pernyataan

yang berterusan. Kesinambungan tradisi ilmu dalam bentuk spirall

(kitaran) ini tiada hentinya dan tiada infitinya.

19

Vous aimerez peut-être aussi