Vous êtes sur la page 1sur 23

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Arahan: Jawab semua soalan. Bahagian A 1.

(a) Terangkan konsep insurans sebagai pengumpulan risiko. (b) Jelaskan maksud istilah di bawah: (i) Insurer (ii) Insured (iii) Pampasan (c) Gambar 1 dan Gambar 2 berkaitan dengan risiko. [8 markah]

[2 markah] [2 markah] [3 markah]

GAMBAR 1

GAMBAR 2 [10 markah]

Huraikan perbezaan risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans. JAWAPAN: Soalan 1 (a) Konsep insurans sebagai pengumpulan risiko: Suatu rancangan kerjasama o

yang melibatkan usaha saling ____________________di kalangan ____________ yang menyertainya.

Setiap ahli yang menghadapi _______________yang sama o dikehendaki menyumbang sejumlah wang tetap yang dipanggil ______________ke dalam suatu ______________________umum.

Jika risiko yang dihadapi berlaku ke atas mana-mana ahli, ganti rugi atau _________________ akan dibayar kepada ahli yang berkenaan o dengan menggunakan wang daripada dana umum itu.

Dengan cara ini, risiko yang dialami oleh seseorang ahli dikongsi atau _____________bersama oleh _________________________ahli. Oleh itu, insurans merupakan suatu usaha perkongsian atau ___________________________

(b) (i) Insurer Pihak yang ______________________________dan menguruskan ___________________ atau syarikat insurans. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 1

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS (ii) Insured Ahli yang menginsuranskan diri daripada ____________________________akibat risiko.

(iii) Pampasan ____________________________ yang dibayar apabila berlaku _______________ yang diinsuranskan. (c) Perbezaan antara risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans:

Risiko boleh insurans o o ialah risiko yang kemungkinan berlakunya dapat _____________________ o dan ditentukan secara kaedah _______________________

Berpandu kepada rekod statistik, insurer dapat mengira ____________________ kejadian risiko serta _____________ yang dialami

dan seterusnya mengenakan ___________________ yang munasabah untuk memberi _____________________ terhadap risiko itu.

Contohnya, kebakaran, ____________________, kecurian, pecah amanah dan ______________.

Risiko tidak boleh insurans o o o ialah _______________ yang kekerapannya tidak dapat ditentukan secara _________ Insurer tidak mempunyai sebarang rekod perangkaan untuk mengira _____________bagi memberi ________________________ terhadap risiko itu. Contohnya, gempa ________________, letusan gunung berapi, kerugian ________________________dan perubahan fesyen.

2. (a) Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip insurans. Encik Cheng menginsuranskan kilangnya daripada risiko kecurian. Beliau ingin menginsuranskan nyawa islerinya. Beliau telah berjumpa dengan ejen insurans di MAA dan diminta mengisi borang cadangan dengan memberi maklumat yang betul.

(i)

Adakah kedua-dua risiko yang ingin diinsuranskan oleh Encik Cheng diterima oleh syarikat insurans MAA? Berikan alasan yang sesuai. [6 markah] (ii) Jelaskan dua prinsip yang terlibat dalam pernyataan di atas. [4 markah]

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS (b) Huraikan prinsip insurans di bawah dengan memberi contoh yang sesuai: (i) Subrogasi (ii) Doktrin sebab hampiran

[5 markali] [6 markah]

(c) Terangkan tentang prinsip penuh pcrcaya mutlak yang perlu dipatuhi oleh insured. [4 markah] JAWAPAN Soalan 2 (a)(ii) Encik Cheng boleh membeli insurans kecurian bagi melindungi kilangnya berdasarkan: prinsip kepentingan boleh insurans. o o Encik Cheng boleh menginsuranskan harta bendanya yang akan memberi kesan _________________________ kepadanya - jika berlaku risiko _____________________ Syarikat insurans MAA tidak ________________- untuk menginsuranskan nyawa isterinya o o o kerana ia melanggar prinsip ___________________________ jika isterinya meninggal dunia, Encik Cheng tidak mengalami _________________ o o kecuali jika isterinya menjadi ___________________ dalam perniagaannya.

Jika Encik Cheng boleh menginsuranskan nyawa isterinya, beliau mungkin terdorong untuk memusnahkan nyawa isterinya dan ___________________ rugi daripada ___________________________________

(b)(i) Subrogasi o o o Bermaksud selepas ganti rugi dibayar kepada _______________________ beliau tidak lagi mempunyai hak untuk ____________________ daripada pihak lain. Pihak insurer : o akan mengambil semua_______________yang ada padanya untuk menuntut___________________ daripada pihak lain, Contoh: motosikal Encik Lee musnah akibat kemalangan dan _______________________ telah dibayar sebanyak RM3500. Rangka motosikal Encik Lee menjadi hak milik__________________ dan jika dijual sebagai besi buruk dengan nilai RM300. maka wang itu milik _______________________

(b)(ii) Doktrin sebab hampiran ___________________akan dibayar ganti rugi: jika risiko yang berlaku berpunca secara_______________________ daripada risiko yang _______________________________

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Ganti rugi tidak akan dibayar : jika kerugian itu berpunca daripada _________________lain atau risiko itu dikecualikan seperti yang terkandung dalam polisi insurans. Contoh: stok diinsuranskan daripada risiko _________________________ Jika stok ___________________ disebabkan banjir, Maka ganti rugi ___________________ dibayar.

(c) Prinsip penuh percaya mutlak yang perlu dipatuhi oleh insured. Insured mesti menyatakan semua ___________________ dengan betul dan jujur : o o o semasa ____________________ cadangan.

Maklumat itu membolehkan insurer : mentaksir risiko dan mementukan __________________________

Jika insured tidak jujur, pampasan ___________________ dibayar dan polisi _______________________

Prinsip ini rnengelakkan penipuan untuk mendapatkan _________________________

3. (a) Rajah 1 berkaitan prinsip insurans Kepentingan boleh insurans Prinsip Insurans Penuh percaya mutlak Indemniti RAJAH 1 Terangkan dengan contoh berkaitan prinsip indemniti. (b) Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemniti.Huraikan. (c) Terangkan dua kelebihan insurans di bawah kepada pemilik sebuah kilang: (i) Insurans kecurian (ii) Insurans kebakaran (iii) Insurans liabiliti majikan JAWAPAN Soalan 3 3 (a) Prinsip indemniti o o Indemniti : merujuk _____________________ yang dibayar oleh insurer kepada ______________ o apabila berlaku kerugian atas risiko yang _____________________ [8 markah] [5 markah]

[4 markah] [4 markah] [4 markah]

meliputi semua ____________________insurans 4

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS o o o o o o o o o kecuali insurans hayat dan insurans ____________________________

Tujuan ganti rugi : bukan untuk mendapat ___________________________ tetapi untuk memulihkan insured kepada _________________________________

Contoh, Encik Mazlan menginsuranskan kilangnya daripada ___________________ sebanyak RM100 000. Kilangnya hangus dijilat api dan kos _________________________ semula kilang ialah RM90 000. Encik Mazlan akan dibayar ganti rugi sebanyak __________________ walaupun telah membayar _____________________ke atas RM100 000. Pembayaran melebihi RM90 000 akan memberi ________________________kepada Encik Mazlan ini _________________________prinsip indemniti.

3 (b) Insurans hayat dikecualikan daripada prinsip indemniti. insured boleh menginsuranskan ______________________sebanyak mana yang disukainya dengan insurer. Bayaran penuh bagi jumlah yang diinsuranskan akan diberi apabila berlaku _________________ atau ______________________________ 3 (c) (i) Kelebihan insurans kecurian: Melindungi pemilik kilang daripada ____________________ akibat - kecurian, __________________ dan pecah rumah. untuk melindungi ______________________ ataupun __________________ perniagaan.

3 (c) (ii) Kelebihan insurans kebakaran Memberi ______________________kepada pemilik kilang daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran. Kebakaran itu mungkin melibatkan stok ________________________, mesin, premis, _____________ ______dan harta benda lain. ___________________ akan dibayar oleh syarikat insurans untuk memulihkan pemilik kilang kepada kedudukan seperti sebelum berlaku kebakaran, tertakluk kepada ______________ yang iinsuranskannya.

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS 3(c)(iii) Kelebihan insurans liabiliti majikan Memberi perlindungan kepada pemilik kilang terhadap ___________________pekerja yang ditimpa __________________semasa bekerja di kilang. Pemilik kilang dikehendaki menyumbangkan caruman bulanan kepada __________________. Skim insurans yang diuruskan oleh PERKESO akan membayar ___________________ kepada pekerja jika berlaku __________________________

4. (a) Encik Joseph mengambil insurans kecurian terhadap stok pakaian di kilangnya sebanyak RM 30 000.Baru-baru ini, berlaku kebakaran besar sehingga memusnahkan keseluruhan kilangnya. Dialog di bawah merujuk kekeliruan Encik Joseph memaharni prinsip insurans.

Mengapakah Encik Joseph tidak mendapat pampasan?

[8 markah]

(b) Nyatakan dengan memberi alasan jenis insurans yang sesuai diambil oleh pihak di bawah: (i) Encik Firdaus yang memiliki pasar raya. (ii) Encik Muthu yang baru membeli sebuah lori. (iii) Puan Zalila yang menjadi pengurus besar sebuah bank. (iv) Puan Aminah yang menguruskan sebuah syarikat perkapalan. [12 markah] (c) Apakah kelebihan yang diterirna oleh individu yang mengambil polisi insurans hayat? [5 markah] JAWAPAN Soalan 4 4 (a) Encik Joseph tidak mendapat pampasan berdasarkan prinsip doktrin sebab hampiran. Encik Joseph tidak mendapat _______________________kerana risiko yang berlaku (kebakaran) bukan risiko yang diinsuranskan oleh beliau (kecurian). Ganti rugi ____________________________dibayar jika kerugian itu berpunca daripada risiko lain ataupun risiko yang dikecualikan dalam polisi insurans. Encik Joseph menginsuranskan stok pakaian di kilangnya daripada risiko _________________

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Oleh sebab stok pakaiannya musnah akibat kebakaran, maka ganti rugi atau pampasan __________________________ dibayar oleh pihak insurer. 4 (b) (i) Insurans liabiliti am o Melindungi Encik Firdaus daripada tuntutan _________________________________ yang ditimpa kemalangan semasa _________________________________ di dalam premisnya.

Insurans kebakaran o o Melindungi Encik Firdaus daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran. Kebakaran itu mungkin melibatkan ______________________________________ _____ dan harta benda lain,

4 (b) (ii) Insurans motor komprehensif o Melindungi ____________________________________________________________ lori Encik Muthu dan pihak ____________________

Insurans kemalangan peribadi o Memberi perlindungan kepada Encik Muthu terhadap risiko kemalangan dalam ____________

4 (b) (iii) Insurans jaminan setia o Memberi perlindungan kepada Puan Zalila terhadap kerugian akibat _________________ atau ___________________________ pekerja.

Insurans kecurian o Melindungi Puan Zalila daripada kerugian yang disebabkan oleh __________________atau _________________________yang berlaku di bank.

4 (b) (iv) Insurans marin o Member! perlindungan terhadap risiko seperti _____________________________________ dan anak kapal.

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Insurans kebakaran o o Memberi ____________________________________________________________ yang berpunca daripada kebakaran. Kebakaran itu mungkin melibatkan ____________________________________________ lain.

4 (c) Kelebihan yang diterima oleh individu yang mengambil polisi insurans hayat: o o o Menjadi __________________________________________________ apabila dia bersara. Menyediakan satu ___________________________________ untuk insured dan keluarganya. Menyediakan sumber _____________________________________ kepada keluarga insured jika dia ____________________________________________________

5. (a) Pernyataan berikut berkaitan insurans. Encik Zahari bekerja sebagai jurutera di tapak binaan dan isterinya bekerja sebagai guru. Mengapakah premium insurans Encik Zahari lebih rnahal berbanding isterinya? [10 markah] (b) Terangkan perbezaan antara insurans motor komprehensif dengan insurans motor pihak ketiga. [10 markah] (c) Terangkan maksud skim berikut: (i) Skirn Pencen Ilat [3 markah] (ii) Skim Bencana Pekerjaan [2 markah] JAWAPAN Soalan 5

(a) Sebab premium Encik Zahari lebih mahal daripada islerinya:

______________________ o o o Encik Zahari mungkin mengambil insurans_____________________ dan isterinya mengambil insurans hayat _______________________ Hal ini kerana premium insurans endowmen adalah lebih ______________ daripada insurans hayat sementara.

Umur. o Encik Zahari lebih tua daripada isterinya kerana lebih lanjut umur, lebih _________________ premiumnya.

P___________________. o Premium lebih tinggi dikenakan kepada Encik Zahari yang bekerja sebagai jurutera

o kerana pekerjaannya berisiko tinggi berbanding pekerjaan isterinya sebagai guru. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 8

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Kesihatan. o o o o Encik Zahari mungkin mempunyai latar belakang _________________yang kurang baik berbanding isterinya kerana premium dicaj bergantung kepada tahap kesihatan ______________________

Jantina. Premium ke atas ___________________ lebih rendah kerana jangka hayatnya lebih __________________________berbanding lelaki.

5 (b) Perbezaan antara insurans motor komprehensif dengan insurans motor pihak ketiga.

Insurans motor komprehensif o o o o Melindungi __________________________________________ insured dan pihak _________ Semua _____________________ baru yang dibeli secara _________________________ diwajibkan membeli polisi ini. Polisi ini tertakluk kepada ________________________ (excess clause) yang menghalang insured daripada membuat tuntutan bagi _______________________________ Contohnya jika fasal lebihan polisi ialah RM800, maka kerosakan kurang daripada RM800 akan __________________________________________ dan tidak boleh ___________ daripada insurer.

Insurans motor pihak ketiga o o o o Semua kenderaan bermotor mesti memiliki sekurang-kurangnya polisi ________________ Melindungi _______________________________________ kenderaan pihak ketiga sahaja. Bertujuan memberi perlindungan kepada _____________________________________ Polisi ini lebih _______________________________berbanding insurans motor komprehensif.

(c) (i) Skim Pencen Ilat Melindungi ______________________ terhadap risiko keilatan. _______________________ untuk bekerja atas sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

(ii) Skim Bencana Pekerjaan Melindungi pekerja terhadap __________________________ akibat kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke ______________________________

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS 6. (a) Terangkan faktor-faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar premium polisi insurans kebakaran. [10 markah] (b) Rajah 2 berkaitan jenis-jenis insurans. Jenis Insurans

Insurans Am RAJAH 2 Huraikan perkara di bawah secara ringkas: (i) Insurans endowmen (ii) Insurans jaminan setia

Insurans Hayat

[6 markah] [4 markah]

(c) Apakah kelebihan insurans gadaian kepada Encik Hafiz yang membeli sebuah rumah baru? [5 markah] JAWAPAN Soalan 6 (a) Faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar premium polisi insurans kebakaran: _____________________________________ o o o o o o o Rumah papan lebih mahal daripada rumah batu.

_____________________________________ Jika terletak di kawasan kilang atau berhampiran stesen minyak, premiumnya lebih mahal.

_____________________________________ Jika menyimpan barang mudah terbakar Premium lebih mahal. Jika lengkap premium lebih murah.

_____________________________________

_____________________________________ Lebih lama tempoh lebih mahal.

(b) (i) Insurans endowmen o o o o o Polisi ini matang mengikut __________________________________ contohnya 15 tahun. Dalam tempoh ini, insured dikehendaki _________________________________________ Apabila tempoh matang, insured boleh mengeluarkan wang _________________________ Jika dalam tempoh itu insured _________________ - pampasan akan dibayar kepada waris. Merupakan polisi ___________________________________ 10

o Premiumnya lebih______________________berbanding polisi hayat lain, Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS (ii) Insurans jaminan setia o o o Memberi perlindungan kepada ____________________________ terhadap kerugian akibat penipuan atau ________________________________ pekerja. Insurans ini biasanya diambil oleh: o bank, institusi _____________________________ dan pertubuhan lain

yang mengamanahkan pengurusan ______________________________kepada pekerjanya.

(c) Kelebihan insurans gadaian kepada Encik Hafiz Merupakan sejenis insurans _________________________________ Tempoh penggal hayat boleh disamakan dengan tempoh ____________________________ pinjaman gadaian. Jika Encik Hafiz meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutang pinjaman rumahnya o maka insurer akan menjelaskan _____________________________ bagi pihaknya.

Insurans gadaian akan melindungi rumahnya daripada _________________oleh pihak bank.

7. (a) Terangkan perbezaan antara insurans hayat seumur hidup dengan insurans hayat sementara. [10 markah] (b) Dialog berikut adalah antara Encik Shaiful dengan isterinya, Puan Anisah. Encik Shaiful: Saya fikir saya hendak mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kita. Puan Anisah : Cadangan yang bagus. Jika berlaku apa-apa kepada kita, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran tidak akan terjejas. [4 markah] [7 markah] [4 markah]

(i) Apakah maksud insurans pendidikan? (ii) Terangkan prosedur membeli polisi insurans kepada Encik Shaiful. (c) Cadangkan dua insurans yang sesuai diambil oleh seorang warga emas.

JAWAPAN Soalan 7 (a) Perbezaan antara insurans hayat seumur hidup dengan insurans hayat sementara:

Insurans hayat seumur hidup o o ________________________ dibayar sepanjang hayat insured atau tempoh tertentu, misalnya 15 tahun (dipanggil Insurans Seumur Hidup Bayaran Terhad). _____________________ hanya akan dibayar kepada waris jika insured meninggal dunia. 11

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS o Namun, polisi ini turut melindungi kes ______________________________ dan penyakit kritikal.

Insurans hayat sementara o o o o Insured hanya membayar premium mengikut _____________________, contohnya 10 tahun. Jika insured ________________________________ dalam tempoh tersebut, pampasan akan dibayar kepada waris. Jika _______________________________meninggal dunia selepas tempoh tersebut maka tiada bayaran akan dibuat. Premiumnya lebih _____________________berbanding insurans hayat seumur hidup

(b) (i) Maksud insurans pendidikan: Merupakan sejenis insurans ______________________________ membolehkan Encik Shaiful dan Puan Anisah membayar jumlah diinsuranskan pada tarikh ______________________________untuk membiayai pendidikan anak-anak. Jika berlaku kematian kepada Encik Shaiful dan Puan Anisah, bayaran akan dibuat untuk membiayai ______________________________ anak mereka tanpa perlu membayar ________________________________premium polisi tersebut.

(b) (ii) Prosedur membeli polisi insurans menghubungi ___________________________atau ejennya untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang hendak diinsuranskan dan syarat perlindungan. mengisi ____________________________ dengan mematuhi prinsip penuh percaya mutlak. Borang cadangan itu perlu dikembalikan kepada _________________________ Insurer akan mengeluarkan ______________________________ yang memberi perlindungan serta-merta terhadap risiko itu. Nota lindung merupakan dokumen __________________________ dan akan digantikan dengan dokumen rasmi, iaitu polisi. memastikan bayaran ___________________________ dibuat mengikut tempoh yang disyaratkan. Kegagalannya membayar premium akan ______________________________ polisi tersebut.

(c) Insurans yang sesuai diambil oleh seorang warga emas: Insurans kesihatan memberi perlindungan - kos perbelanjaan untuk _____________________ atau sesuatu penyakit Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 12

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS seperti menjelaskan bil ____________________________ dan bil ______________________ Insurans hayat sementara. o o o o ____________________ perlu membayar premium mengikut tempoh - contohnya 10 tahun. Jika warga emas meninggal dunia dalam tempoh tersebut, ________________________akan dibayar kepada waris

tetapi jika warga emas meninggal dunia selepas tempoh tersebut maka ______________________bayaran akan dibuat.

Premiumnya lebih _______________________________ berbanding polisi hayat lain.

Bahagian B 8. Baca kes di bawah dengan teliti. Encik Afiq mengusahakan sebuah bongkel membaiki kenderaan di Taman Cahaya Masai, Johor Bahru dengan Encik Chong. Mereka telah lima tahun menjadi rakan kongsi. Bimbang sesuatu terjadi kepada Encik Chong yang boleh menjejaskan perniagaan mereka, Encik Afiq telah mernbelikan insurans hayat untuk Encik Chong. Encik Afiq memiliki dua buah kereta dan sebuah motosikal. Kereta tersebut diinsuranskan dengan insurans motor komprehensif dan motosikalnya diinsuranskan dengan insurans motor pihak ketiga. Baru-baru ini, kereta Encik Afiq mengalami kemalangan kecil. Berdasarkan fasal lebihan (excess clause) yang bernilai RM500 di dalam polisi insurans komprehensif, Encik Afiq terpaksa menanggung sendiri kerosakan tersebut. Encik Afiq sudah 13 tahun berkahwin dengan Puan Alia, seorang kerani di sebuah bank di bandar Johor Bahru. Mereka mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah di sekolah rendah. Sebagai ketua keluarga, Encik Afiq birnbang sesuatu yang berlaku kepada diri dan isterinya pada masa depan akan menjejaskan peluang anak-anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Baru-baru ini, Encik Afiq terbaca tentang produk yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas di dalam surat khabar. Beliau berminat mengetahui dengan lebih mendalam tentang skim tersebut kerana pelaksanaannya berlandaskan hukum syariah. Beliau ingin melindungi perniagaannya daripada risiko kerugian dan memastikan kehidupannya terjamin pada masa depan.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Apakah prinsip yang terlibat apabila Encik Afiq menginsuranskan nyawa Encik Chong? [4 markah] (b) (i) Apakah perlindungan yang diberi dalam insurans motor komprehensif? (ii) Terangkan maksud fasal lebihan. (c) (i) Apakah prinsip asas dalam takaful? (ii) Terangkan produk takaful yang boleh ditawarkan kepada Encik Afiq. [4 markah] [4 markah] [6 markah] [7 markah]

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

13

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS JAWAPAN Soalan 8 (a) Prinsip yang terlibat apabila Encik Afiq menginsuranskan nyawa Encik Chong ialah: Prinsip ____________________________________ bermaksud insured hanya boleh menginsuranskan _______________________ yang akan memberi kesan kerugian kepadanya jika berlaku risiko. Encik Afiq boleh menginsuranskan nyawa rakan kongsinya, Encik Chong o kerana kematian Encik Chong boleh membawa ____________________________ dalarn perniagaan Encik Afiq.

(b)(i) Perlindungan yang diberi dalam insurans motor komprehensif ialah: Melindungi ____________________________________________________ kenderaan Encik Afiq. Melindungi ____________________________________________________ kenderaan pihak _________________ iaitu pengguna jalan raya yang lain. (b)(ii) Maksud fasal lebihan (excess clause) ialah: Menyatakan bahawa ____________________________harus menanggung amaun minimum terhadap sesuatu ______________________________ Ini bermakna Encik Afiq tidak dibenarkan membuat_____________________ bagi kerosakan kecil. Contohnya, o o o jika fasal lebihan polisi ialah RM500, maka sebarang kerosakan yang ___________________________daripada RM500 akan __________________________________ oleh Encik Afiq dan tidak boleh dituntut daripada _____________________________________

(c)(i) Prinsip asas dalam takaful: ____________________________________ o o o o o iaitu perkongsian keuntungan antara ______________________ dengan syarikat takaful dalam skim pelaburan. _____________________________menyumbangkan wang takaful (premium) dan syarikat takaful akan menguruskannya. _________________________________ akan dibahagikan antara kedua-dua pihak.

____________________________________ iaitu menderma dengan ________________________atau mewujudkan dana bagi menyediakan bantuan bersama. Melalui tabarruk, risiko ditanggung ___________________________oleh semua peserta. 14

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS (c) (ii) Produk takaful yang boleh ditawarkan kepada Encik Afiq: Takaful keluarga: o o memberi _____________________________akibat risiko kematian, hilang upaya dan kemalangan. Contoh: Encik Afiq boleh mendapatkan Pelan Takaful Keluarga untuk Pendidikan, Pelan Takaful Kesihatan dan Pelan Takaful Keluarga __________________________. Takaful am: o memberi perlindungan daripada risiko kehilangan atau kerosakan __________________ disebabkan ____________________________________________________________, dan sebagainya. o Contoh: Encik Afiq boleh mendapatkan __________________________Takaful Kebakaran, Skim Takaful Kenderaan, Takaful Liabiliti Majikan, Takaful Liabiliti Am dan Skim Takaful Kemalangan Diri. Produk Takaful Keluarga dan Takaful Am o akan melindungi Encik Afiq, keluarganya dan perniagaannya daripada ______________________________akibat berlakunya kernatian, hilang upaya. kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

15

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS SKEMA JAWAPAN Soalan Esei Bahagian A Soalan 1 (a) Konsep insurans sebagai pengumpulan risiko: Suatu rancangan kerjasama o yang melibatkan usaha saling membantu di kalangan ahli yang menyertainya. Setiap ahli yang menghadapi risiko yang sama o dikehendaki menyumbang sejumlah wang tetap yang dipanggil premium ke dalam suatu dana umum. Jika risiko yang dihadapi berlaku ke atas mana-mana ahli, ganti rugi atau pampasan akan dibayar kepada ahli yang berkenaan o dengan menggunakan wang daripada dana umum itu. Dengan cara ini, risiko yang dialami oleh seseorang ahli dikongsi atau ditanggung bersama oleh semua ahli. Oleh itu, insurans merupakan suatu usaha perkongsian atau pengumpulan risiko. (b) (i) Insurer Pihak yang mengendalikan dan menguruskan dana insurans atau syarikat insurans. (ii) Insured Ahli yang menginsuranskan diri daripada kerugian akibat risiko. (iii) Pampasan Ganti rugi yang dibayar apabila berlaku risiko yang diinsuranskan. (c) Perbezaan antara risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans: Risiko boleh insurans o ialah risiko yang kemungkinan berlakunya dapat dijangka dan ditentukan secara kaedah statistik. o Berpandu kepada rekod statistik, insurer dapat mengira kekerapan kejadian risiko serta kerugian yang dialami dan seterusnya mengenakan premium yang munasabah untuk memberi perlindungan terhadap risiko itu. o Contohnya, kebakaran, kemalangan, kecurian, pecah amanah dan kematian.

Risiko tidak boleh insurans o ialah risiko yang kekerapannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan. o Insurer tidak mempunyai sebarang rekod perangkaan untuk mengira premium bagi memberi perlindungan terhadap risiko itu. o Contohnya, gempa bumi, letusan gunung berapi, kerugian pemiagaan dan perubahan fesyen. Soalan 2 (a)(i) Risiko yang ingin diinsuranskan oleh Encik Cheng yang diterirna oleh syarikat insurans MAA ialah: risiko kecurian. o Kecurian merupakan risiko boleh insurans o kerana kemungkinan berlakunya dapat dijangka dan ditentukan secara kaedah statistik. o Insurans kecurian akan melindungi Encik Cheng daripada kerugian yang disebabkan oleh kecurian, rompakan dan pecah rumah. o Insurans ini boleh dibeli untuk melindungi rumah kediaman ataupun premis perniagaan. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 16

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Hasrat Encik Cheng untuk melindungi nyawa isterinya tidak diterima oleh syarikat insurans MAA: o kerana kematian isterinya tidak akan memberi kesan kerugian kepada Encik Cheng, o Namun, jika isterinya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan: Encik Cheng boleh menginsuranskan nyawa isterinya kerana kehilangan nyawa isterinya akan merugikan beliau dalam perniagaan,

Soalan 2 (a)(ii) Encik Cheng boleh membeli insurans kecurian bagi melindungi kilangnya berdasarkan: prinsip kepentingan boleh insurans. o Encik Cheng boleh menginsuranskan harta bendanya yang akan memberi kesan kerugian kepadanya - jika berlaku risiko kecurian. o Syarikat insurans MAA tidak menerima - untuk menginsuranskan nyawa isterinya o kerana ia melanggar prinsip kepentingan boleh insurans. o jika isterinya meninggal dunia, Encik Cheng tidak mengalami kerugian o kecuali jika isterinya menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya. o Jika Encik Cheng boleh menginsuranskan nyawa isterinya, o beliau mungkin terdorong untuk memusnahkan nyawa isterinya dan menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans MAA. (b)(i) Subrogasi o Bermaksud selepas ganti rugi dibayar kepada insured, o beliau tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi daripada pihak lain. o Pihak insurer : akan mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut kerugian daripada pihak lain, o Contoh: motosikal Encik Lee musnah akibat kemalangan dan ganti rugi telah dibayar sebanyak RM3500. Rangka motosikal Encik Lee menjadi hak milik insurer dan jika dijual sebagai besi buruk dengan nilai RM300. maka wang itu milik insurer, (b)(ii) Doktrin sebab hampiran Insured akan dibayar ganti rugi: jika risiko yang berlaku berpunca secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan. Ganti rugi tidak akan dibayar : jika kerugian itu berpunca daripada risiko lain atau risiko itu dikecualikan seperti yang terkandung dalam polisi insurans. Contoh: stok diinsuranskan daripada risiko kebakaran. Jika stok musnah disebabkan banjir, Maka ganti rugi tidak akan dibayar. (c) Prinsip penuh percaya mutlak yang perlu dipatuhi oleh insured. Insured mesti menyatakan semua maklumat dengan betul dan jujur : o semasa mengisi borang cadangan. Maklumat itu membolehkan insurer : o mentaksir risiko dan mementukan premium. Jika insured tidak jujur, o pampasan tidak akan dibayar dan polisi terbatal. Prinsip ini rnengelakkan penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Soalan 3 Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 17

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS 3 (a) Prinsip indemniti o Indemniti : merujuk ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured o apabila berlaku kerugian atas risiko yang diinsurans. o meliputi semua kontrak insurans o kecuali insurans hayat dan insurans kemalangan. o Tujuan ganti rugi : o bukan untuk mendapat keuntungan o tetapi untuk memulihkan insured kepada kedudukan asal. o Contoh, o Encik Mazlan menginsuranskan kilangnya daripada kebakaran sebanyak RM100 000. o Kilangnya hangus dijilat api dan kos membina semula kilang ialah RM90 000. o Encik Mazlan akan dibayar ganti rugi sebanyak RM90 000 walaupun telah membayar premium ke atas RM100 000. o Pembayaran melebihi RM90 000 akan memberi keuntungan kepada Encik Mazlan ini melanggar prinsip indemniti. 3 (b) Insurans hayat dikecualikan daripada prinsip indemniti. insured boleh menginsuranskan nyawanya sebanyak mana yang disukainya dengan insurer. Bayaran penuh bagi jumlah yang diinsuranskan akan diberi apabila berlaku kematian atau kemalangan. 3 (c) (i) Kelebihan insurans kecurian: Melindungi pemilik kilang daripada kerugian akibat - kecurian, rompakan dan pecah rumah. untuk melindungi rumah kediaman ataupun premis perniagaan. 3 (c) (ii) Kelebihan insurans kebakaran Memberi perlindungan kepada pemilik kilang daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran. Kebakaran itu mungkin melibatkan stok perniagaan, mesin, premis, wang ringgit dan harta benda lain. Ganti rugi akan dibayar oleh syarikat insurans untuk memulihkan pemilik kilang kepada kedudukan seperti sebelum berlaku kebakaran, tertakluk kepada jumlah yang iinsuranskannya. 3(c)(iii) Kelebihan insurans liabiliti majikan Memberi perlindungan kepada pemilik kilang terhadap tuntutan pekerja yang ditimpa kemalangan semasa bekerja di kilang. Pemilik kilang dikehendaki menyumbangkan caruman bulanan kepada PERKESO. Skim insurans yang diuruskan oleh PERKESO akan membayar ganti rugi kepada pekerja jika berlaku kemalangan. Soalan 4 4 (a) Encik Joseph tidak mendapat pampasan berdasarkan prinsip doktrin sebab hampiran. Encik Joseph tidak mendapat pampasan kerana risiko yang berlaku (kebakaran) bukan risiko yang diinsuranskan oleh beliau (kecurian). Ganti rugi tidak akan dibayar jika kerugian itu berpunca daripada risiko lain ataupun risiko yang dikecualikan dalam polisi insurans. Encik Joseph menginsuranskan stok pakaian di kilangnya daripada risiko kecurian. Oleh sebab stok pakaiannya musnah akibat kebakaran, maka ganti rugi atau pampasan tidak akan dibayar oleh pihak insurer.

4 (b) (i) Insurans liabiliti am Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 18

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS o Melindungi Encik Firdaus daripada tuntutan orang awam yang ditimpa kemalangan semasa membeli-belah di dalam premisnya.

Insurans kebakaran o Melindungi Encik Firdaus daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran. o Kebakaran itu mungkin melibatkan stok perniagaan, mesin, premis, wang ringgit dan harta benda lain,

4 (b) (ii) Insurans motor komprehensif o Melindungi kecederaan, kematian dan kerosakan lori Encik Muthu dan pihak ketiga. Insurans kemalangan peribadi o Memberi perlindungan kepada Encik Muthu terhadap risiko kemalangan dalam perjalanan.

4 (b) (iii) Insurans jaminan setia o Memberi perlindungan kepada Puan Zalila terhadap kerugian akibat penipuan atau ketidakjujuran pekerja. Insurans kecurian o Melindungi Puan Zalila daripada kerugian yang disebabkan oleh kecurian atau rompakan yang berlaku di bank.

4 (b) (iv) Insurans marin o Member! perlindungan terhadap risiko seperti kehilangan, kerosakan dan kecurian kargo, kapal dan anak kapal. Insurans kebakaran o Memberi perlindungan daripada kerugian yang berpunca daripada kebakaran. o Kebakaran itu mungkin melibatkan wang ringgit, kargo dan hartabenda lain.

4 (c) Kelebihan yang diterima oleh individu yang mengambil polisi insurans hayat: o Menjadi sumber pendapatan tetap apabila dia bersara. o Menyediakan satu pelan simpanan masa depan untuk insured dan keluarganya. o Menyediakan sumber pendapatan yang kekal kepada keluarga insured jika dia meninggal dunia. Soalan 5 (a) Sebab premium Encik Zahari lebih mahal daripada islerinya: Jenis insurans. o Encik Zahari mungkin mengambil insurans endowmen dan o isterinya mengambil insurans hayat sementara. o Hal ini kerana premium insurans endowmen adalah lebih tinggi daripada insurans hayat sementara. Umur. o Encik Zahari lebih tua daripada isterinya kerana lebih lanjut umur, lebih tinggi premiumnya. Pekerjaan. o Premium lebih tinggi dikenakan kepada Encik Zahari yang bekerja sebagai jurutera o kerana pekerjaannya berisiko tinggi berbanding pekerjaan isterinya sebagai guru. 19

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Kesihatan. o Encik Zahari mungkin mempunyai latar belakang kesihatan yang kurang baik berbanding isterinya o kerana premium dicaj bergantung kepada tahap kesihatan insured. Jantina. o Premium ke atas perempuan lebih rendah o kerana jangka hayatnya lebih panjang berbanding lelaki.

5 (b) Perbezaan antara insurans motor komprehensif dengan insurans motor pihak ketiga. Insurans motor komprehensif o Melindungi kecederaan, kematian dan kerosakan kenderaan insured dan pihak ketiga. o Semua kenderaan baru yang dibeli secara sewa beli diwajibkan membeli polisi ini. o Polisi ini tertakluk kepada fasal lebihan (excess clause) yang menghalang insured daripada membuat tuntutan bagi kerosakan kecil. o Contohnya jika fasal lebihan polisi ialah RM800, maka kerosakan kurang daripada RM800 akan ditanggung oleh insured dan tidak boleh dituntut daripada insurer. Insurans motor pihak ketiga o Semua kenderaan bermotor mesti memiliki sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga. o Melindungi kecederaan, kematian dan kerosakan kenderaan pihak ketiga sahaja. o Bertujuan memberi perlindungan kepada orang awam. o Polisi ini lebih murah berbanding insurans motor komprehensif.

(c) (i) Skim Pencen Ilat Melindungi pekerja terhadap risiko keilatan. Hilang upaya untuk bekerja atas sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. (ii) Skim Bencana Pekerjaan Melindungi pekerja terhadap kecederaan, penyakit atau kecacatan akibat kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Soalan 6 (a) Faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar premium polisi insurans kebakaran: Jenis bangunan, o Rumah papan lebih mahal daripada rumah batu. Kedudukan Bangunan. o Jika terletak di kawasan kilang atau berhampiran stesen minyak, o premiumnya lebih mahal. Kegunaan bangunan. o Jika menyimpan barang mudah terbakar o Premium lebih mahal. Kemudahan alat pencegah kebakaran. o Jika lengkap premium lebih murah. Tempoh lindungan polisi. o Lebih lama tempoh lebih mahal.

(b) (i) Insurans endowmen o Polisi ini matang mengikut tempoh, contohnya 15 tahun. o Dalam tempoh ini, insured dikehendaki membayar premium. o Apabila tempoh matang, insured boleh mengeluarkan wang pampasan dan bonus. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 20

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS o o o Jika dalam tempoh itu insured meninggal dunia - pampasan akan dibayar kepada waris. Merupakan polisi tabungan. Premiumnya lebih tinggi berbanding polisi hayat lain,

(ii) Insurans jaminan setia o Memberi perlindungan kepada majikan atau syarikat terhadap kerugian akibat penipuan atau ketidakjujuran pekerja. o Insurans ini biasanya diambil oleh: o bank, institusi kewangan dan pertubuhan lain o yang mengamanahkan pengurusan kewangan kepada pekerjanya. (c) Kelebihan insurans gadaian kepada Encik Hafiz Merupakan sejenis insurans hayat sementara. Tempoh penggal hayat boleh disamakan dengan tempoh bayar balik pinjaman gadaian. Jika Encik Hafiz meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutang pinjaman rumahnya o maka insurer akan menjelaskan baki hutang bagi pihaknya. Insurans gadaian akan melindungi rumahnya daripada dirampas oleh pihak bank. Soalan 7 (b) Perbezaan antara insurans hayat seumur hidup dengan insurans hayat sementara: Insurans hayat seumur hidup o Premium dibayar sepanjang hayat insured atau tempoh tertentu, misalnya 15 tahun (dipanggil Insurans Seumur Hidup Bayaran Terhad). o Pampasan hanya akan dibayar kepada waris jika insured meninggal dunia. o Namun, polisi ini turut melindungi kes hilang upaya kekal dan penyakit kritikal. Insurans hayat sementara o Insured hanya membayar premium mengikut tempoh, contohnya 10 tahun. o Jika insured meninggal dunia dalam tempoh tersebut, pampasan akan dibayar kepada waris. o Jika insured meninggal dunia selepas tempoh tersebut maka tiada bayaran akan dibuat. o Premiumnya lebih murah berbanding insurans hayat seumur hidup

(b) (i) Maksud insurans pendidikan: Merupakan sejenis insurans endowmen membolehkan Encik Shaiful dan Puan Anisah membayar jumlah diinsuranskan pada tarikh matang untuk membiayai pendidikan anak-anak. Jika berlaku kematian kepada Encik Shaiful dan Puan Anisah, bayaran akan dibuat untuk membiayai kos pendidikan anak mereka tanpa perlu membayar baki premium polisi tersebut. (b) (ii) Prosedur membeli polisi insurans menghubungi insurer atau ejennya untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang hendak diinsuranskan dan syarat perlindungan. mengisi borang cadangan dengan mematuhi prinsip penuh percaya mutlak. Borang cadangan itu perlu dikembalikan kepada insured. Insurer akan mengeluarkan nota lindung yang memberi perlindungan serta-merta terhadap risiko itu. Nota lindung merupakan dokumen sementara dan akan digantikan dengan dokumen rasmi, iaitu polisi. memastikan bayaran premium dibuat mengikut tempoh yang disyaratkan. Kegagalannya membayar premium akan menamatkan polisi tersebut. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 21

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS (c) Insurans yang sesuai diambil oleh seorang warga emas: Insurans kesihatan memberi perlindungan - kos perbelanjaan untuk merawat kecederaan atau sesuatu penyakit seperti menjelaskan bil hospital dan bil pembedahan. Insurans hayat sementara. o Warga emas perlu membayar premium mengikut tempoh - contohnya 10 tahun. o Jika warga emas meninggal dunia dalam tempoh tersebut, - pampasan akan dibayar kepada waris o tetapi jika warga emas meninggal dunia selepas tempoh tersebut - maka tiada bayaran akan dibuat. o Premiumnya lebih murah berbanding polisi hayat lain. Bahagian B Soalan 8 (a) Prinsip yang terlibat apabila Encik Afiq menginsuranskan nyawa Encik Chong ialah: Prinsip kepentingan boleh insurans. bermaksud insured hanya boleh menginsuranskan nyawa dan harta yang akan memberi kesan kerugian kepadanya jika berlaku risiko. Encik Afiq boleh menginsuranskan nyawa rakan kongsinya, Encik Chong o kerana kematian Encik Chong boleh membawa kerugian dalarn perniagaan Encik Afiq. (b)(i) Perlindungan yang diberi dalam insurans motor komprehensif ialah: Melindungi kecederaan, kematian dan kerosakan kenderaan Encik Afiq. Melindungi kecederaan, kematian dan kerosakan kenderaan pihak ketiga, iaitu pengguna jalan raya yang lain. (b)(ii) Maksud fasal lebihan (excess clause) ialah: Menyatakan bahawa insured harus menanggung amaun minimum terhadap sesuatu kemalangan. Ini bermakna Encik Afiq tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi kerosakan kecil. Contohnya, o jika fasal lebihan polisi ialah RM500, o maka sebarang kerosakan yang kurang daripada RM500 akan ditanggung oleh Encik Afiq dan o tidak boleh dituntut daripada insurer. (c)(i) Prinsip asas dalam takaful: Mudharabah: o iaitu perkongsian keuntungan antara peserta dengan syarikat takaful dalam skim pelaburan. o Peserta menyumbangkan wang takaful (premium) dan syarikat takaful akan menguruskannya. o Keuntungan akan dibahagikan antara kedua-dua pihak. Tabarruk: o iaitu menderma dengan ikhlas atau mewujudkan dana bagi menyediakan bantuan bersama. o Melalui tabarruk, risiko ditanggung bersama oleh semua peserta. (c) (ii) Produk takaful yang boleh ditawarkan kepada Encik Afiq: Takaful keluarga: o memberi perlindungan akibat risiko kematian, hilang upaya dan kemalangan. o Contoh: Encik Afiq boleh mendapatkan Pelan Takaful Keluarga untuk Pendidikan, Pelan Takaful Kesihatan dan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________ 22

SOALAN ESEI / BAB 9: INSURANS Takaful am: o memberi perlindungan daripada risiko kehilangan atau kerosakan harta benda disebabkan kebakaran, kecurian, kemalangan, dan sebagainya. o Contoh: Encik Afiq boleh mendapatkan Skim Takaful Kebakaran, Skim Takaful Kenderaan, Takaful Liabiliti Majikan, Takaful Liabiliti Am dan Skim Takaful Kemalangan Diri. Produk Takaful Keluarga dan Takaful Am o akan melindungi Encik Afiq, keluarganya dan perniagaannya daripada kerugian akibat berlakunya kernatian, hilang upaya. kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Disediakan oleh : en. roswadi dagang _________________________________________________________

23

Vous aimerez peut-être aussi