Vous êtes sur la page 1sur 1

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Apa itu Tunjang Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah. Bahasa Malaysia merupakan salah satu tunjang komunikasi dalam pendidikan di prasekolah dan ianya merupakan salah satu tunjang yang wajid dipelajari oleh semua pendidikan prasekolah di Malaysia. Ini kerana semua sukatan pelajaran untuk prasekolah diseluruh kerajaan dan bukan kerajaan menggunakan kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Standart Prasekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010. Bahasa Malaysia komunikasi merupakan sebahagian daripada modul asas. Secara umumnya modul asas Bahasa Malaysia Komunikasi bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca menulis mengira dan menaakul. Mengikut jadual cadangan peruntukkan waktu modul asas bagi Bahasa Malaysia komunikasi ialah 90 minit seminggu untuk semua sekolah. Sementara untuk modul bertema Bahasa Malaysia komunikasi diajar lebih kurang 30% daripada masa pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi elemen-eleman dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidiksn morall dsn mstematik. Sejak Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Teras dan bertema diajar secara terpisah tetapi tetapi boleh disepadukan dlam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini dilakukan bagi memudahkan guru merancang denagn teliti untuk pembelajaran dan pengajaran literasi dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik. Pembelajaran dan pengajaran di kelas prasekolah adalah berdasarkan kepada prinsip Amalan bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanakkanak. Terdapat beberapa pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diprasekolah antaranya ialah pendekatan pembelajaran berpusatkan murid,inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu. Pemilihan aktiviti member keutamaan kepada pengalaman yang menyubuka(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun) Fokus utama dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia ialah menekankan tentang kemahiran berbahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Seni bahasa pula merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama, sajak, pantun dan bercerita.

Vous aimerez peut-être aussi