Vous êtes sur la page 1sur 3

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 6-14 TAHUN

Perkembangan kanak-kanak merupakan satu bidang kajian yang merangkumi semua aspek perubahan serta pertumbuhan yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga peringkat remaja. Dalam usaha memahami dan menjelaskan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, pakar-pakar

daripada pelbagai disiplin telah mengkaji dan mengutarakan teori-teori mereka.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian , berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu. Perkembangan fizikal

mempengaruhi keyakinan terhadap diri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada kumpulan mengkin mempengaruhi perkembangan

personalitinya.Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

- Kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibandingkan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. - ketinggian semasa lahir dan berat badan mungkin 4 kali ganda. -Otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. - Kadar perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. - Perubahan dalam kemahiran psikomotor adalah mengikut aturan.

Kanak-kanak (7-12 tahun)

- Kadar pertumbuhan stabil dan tidak begitu pesat. - Pertumbuhan dan perkembangan lebih bercorak penambahbaikan kemahiran psikomotor yang sedia ada. - Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. - Kanak-kanak kelihatan lebih kuat dan fokus kepada tugas yang diberikan apabila menghampiri akil baligh. - Perkembangan otot-otot halus lebih sempurna.

Awal Remaja (12-15 tahun)

- Kadar perkembangan dan pertumbuhan pesat. - Perubahan fizikal ke arah lebih dewasa.

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 6-14 TAHUN

Vous aimerez peut-être aussi