Vous êtes sur la page 1sur 28

PENGENALAN

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya
peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin
menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya
tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah
jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh
masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.
Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini .
Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat
diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat .

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan
memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut
menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan
program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing
terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini .
Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati
dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah
menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang
mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis


kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh
menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi
pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat
berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau
parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman.
Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang .

1
Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara
menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal

DEFINISI RASUAH

Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau


pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara
tidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya
kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan
kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayah
atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak
perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas
menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada
pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh
seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini
kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang
dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan
kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih
kasih’ dalam tindakannya.

Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan ‘curroptio’ iaitu daripada
kata kerja ‘corrumpere’ yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar
belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud “al-risywah”. Di
dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga
perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara
keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan
sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang
semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada
perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:-

2
• Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau
kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,
atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
• Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan
apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan
atas apa-apa sifat;
• Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,
obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
• Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan
atau peratusan;
• Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang
atau benda berharga;
• Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada
apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau
daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau
jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau
menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau
kewajipan rasmi;

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa
singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk
yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan
dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya
ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah


mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah
dalam soal hukum- menghukum”.

3
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang
terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan
mereka ini.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:


“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya
kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya
dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu
mengetahuinya”.
(al-Baqarah : 188)

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan


awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti
terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza:
daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk
memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu
"prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang
digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-
pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin berbentuk
sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau
menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan
penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari
rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah
(dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau
tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya,
pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/ wilayah
tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.

4
PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang
terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang
tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa
bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-
Tirmizi yang bermaksud :
“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah
serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji


ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga
yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

INDEKS PERSEPSI RASUAH

Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau
bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0
(kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency
International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di
peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat
mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

• Haiti
• Bangladesh

5
• Nigeria
• Myanmar
• Chad
• Paraguay
• Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang


sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi
iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi
ialah Singapura dengan 9.3.

Mengukur kadar rasuah secara statistik dengan tujuan untuk membandingkan


tahap penglibatan rasuah dalam beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan
hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan
terkemuka dalam kajian dan kegiatan anti-rasuah, telah menyediakan tiga penanda aras,
yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat para ahli
tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan
pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejala
rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat
antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-negara yang menjadi
tempat operasi mereka. Transparency International juga menerbitkan Laporan Rasuah
Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah dalam lapangan politik.

6
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

(a)Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.


Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori
“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka
mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”.
Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan
sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.


Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap
menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.


Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi,
hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada
perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau
diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan
kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti
cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga
mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden
memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan
berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah

7
diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,
melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan
sebagainya.

e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat
dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan
jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah

• Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat


keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering
terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.
• Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
• Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang
dibenarkan undang-undang
• Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.
• Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".
• Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk
melaksanakannya.
• Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
• Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.
• Gaji penjawat awam yang kecil.
• Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam
dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.
• Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan
dibanteras.

8
KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan


melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada
sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan
untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan
profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam
terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah
telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati
oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah
akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia
menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan
masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah
kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah
yang tidak terbendung.

Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan


perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah
dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatif
merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula
mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam
menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis
kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber
daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi.

9
Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem
yang ada.

Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah


mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan
sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan
akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan
dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan
projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos
kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak
berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan
membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan
persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang
mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan
syarikat/industri yang tidak berdaya maju.

Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila
perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak,
naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam
(mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima
peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun
sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.
Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi
pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan
infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada
belanjawan/bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara
Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk
"penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara,
bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai

10
diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia,
seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan
projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam
projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat
jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun
1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US
$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut!
(Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan
pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan
politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama,
merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka
kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya
di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar"

"Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.


Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah
istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu
sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan
tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan
yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang
telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja.

11
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

(a) Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri


Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat
biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi.
Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang
tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

(b) Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan


Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak
zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi
individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya
membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

(c) Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman


Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat
sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk
keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum
cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

(d) Memudahkan urusan menggunakan ICT


Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu
duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai
khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat
menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk
mempercepatkan proses.

12
Fakta Kajian Mengenai Rasuah

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang


mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung
memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan
bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti
kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 -
RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan


bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala
rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception
Index 2006 (CPI 2006)].

Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5
adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari
1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari
rasuah).

Piawaian Rasuah di Malaysia

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa


Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun
1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.

Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0,
jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya
mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu
180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia
bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada
lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

13
Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih
dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun,
negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat
terbaik di dunia.!

http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,


mendapati kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)


Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan Cukai 2.5
Perubatan 2.1
Pendidikan 2.2
Ketenteraan 2.0
Perkhidmatan 2.2
Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1
NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2
Badan Keagamaan 1.7

Kesimpulan

Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan


ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat

14
bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara
tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit
untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan
kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini
disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13
kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihgak BPR.
Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai
hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun.

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah


dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan
tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk
mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek
ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja.
Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang
mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri
pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang
dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran
sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan
hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan
dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era
yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor
implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja
keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri
daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak
dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para
cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak
berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa
harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

15
BIBLIOGRAFI

16
17
18
GERAK NEGERI SEMBILAN
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi Cawangan Negeri Sembilan - HOTLINE GERAK
NS 016-2155226

Kurangkan Kompaun Untuk Kurangkan Rasuah


Oleh : Rozmal bin Malakan , Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau

Tanyalah kepada pemberi dan penerima rasuah adakah mereka suka dengan perbuatan
rasuah ? Adakah mereka yakin bahawa rasuah dapat memberi kebahagian kekal abadi
buat selama-lamanya ? Adakah mereka yakin rasuah akan menyelesaikan masalah
kewangan mereka ?

Mereka yang melakukan rasuah tidak akan melakukan rasuah sekiranya pada ketika
mereka mengamalkan rasuah mereka berada dalam keadaan yang sempurna imannya.

Tanyalah kepada penjenayah sekali pun, mereka pun kalau boleh tidak ingin
mengamalkan rasuah. Tetapi kenapa rasuah masih menjadi bicara masa kini. Dan kenapa
sesetengah agensi kerajaan sahaja yang dikaitkan dengan rasuah sedangkan rakyat biasa
pun boleh terlibat dengan amalan rasuah ?

Kenapa tidak rakyat biasa boleh menjadi pemangkin kepada amalan rasuah ? Katakan
seorang rakyat biasa ditahan oleh seorang penguatkuasa kerana memandu tanpa lesen
memandu ? Berapakah kadar kompaunnya atau kadar dendanya ? Mungkin RM 100,
mungkin RM 200 atau mungkin RM 300 ? Sebagai rakyat biasa yang mungkin
berpendapatan RM 900 sebulan kalau kadar kompaunnya RM 300 ianya satu pertiga
daripada gajinya. Kalau rakyat biasa tadi berfikiran pendek RM 50 sudah pasti jauh lebih
murah daripada RM 300. RM 50 boleh dibayar secara terus, RM 300 perlu dibayar di
pejabat penguatkuasa yang mungkin di tengah bandar, sedangkan rakyat biasa tadi duduk
di pedalaman desa atau pinggir bandar.

Sebagai rakyat biasa yang berfikiran mudah, lebih baik dipujuk sahaja penguatkuasa tadi
supaya menerima RM 50 daripada dikenakan denda RM 300. Sekali pujuk mungkin tak
berjaya, tetapi kalau dah lebih 10 orang rakyat biasa penguatkuasa tadi temui mahu tak
mahu ada juga yang nak tak hendak diterimanya juga RM 50 tadi atau dilepaskan rakyat
biasa tadi begitu sahaja. Dan mungkin ada yang tidak terlepas kerana mungkin setiap
penguatkuasa ada kuotanya berapa saman perlu dikeluarkan dalam sehari, dalam
seminggu dalam sebulan ?

Apa kata kadar saman tadi dikurang , mungkin setiap kesalahan dari RM 10 paling
minima dan RM 50 ke paling maksima ? Dan rakyat diberi pilihan pula sekiranya
membayar terus pada masa tersebut tidak akan dikenakan bayaran tambahan RM 10 ?
Contohnya anda ditahan kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika
memandu kereta. Mungkin kadar samannya RM 20 , kalau anda bayar terus anda hanya

19
perlu membayar RM 20 beserta dengan resit rasmi (bukan rasuah). Tetapi jika sekiranya
anda pilih untuk membayar di ibu pejabat penguatkuasa anda akan dikenakan bayaran
tambahan RM 10 menjadikan jumlahnya RM 30. Rasionalnya bayaran tambahan tersebut
ialah untuk menggalakkan orang ramai membayar terus ketika disaman, membayar
kemudian nak tak nak anda akan tetap membayar tambahan RM 10 atau mungkin lebih,
kerana anda mungkin terpaksa mengambil cuti, duit minyak untuk ke tempat membayar
saman, duit tempat letak kereta dan sebagainya.

Kalau saman dikurangkan , macam tu lebih senanglah orang akan melakukan kesalahan,
terutamanya mereka yang banyak duit ? Tidak , bayaran kompuan minima ini mungkin
untuk kesalahan pertama, ianya boleh dinaikkan untuk kesalahan kedua, ketiga dan
seterusnya.

Haruslah diingatkan kompaun , saman atau denda tidak sepatutnya dijadikan sumber
pendapatan sesebuah agensi kerajaan. Mendenda, mengkompaun, menyaman adalah
merupakan satu cara terakhir untuk mendidik rakyat agar mematuhi peraturan serta
undang-undang andaikata pendekatan berhemah seperti kempen, nasihat, pendidikan
formal tidak dapat membimbing rakyat agar mematuhi peraturan dan undang-undang di
negara ini.

Suasana , sistem perundangan , cara kerja , prosedur jabatan dan sebagainya secara tidak
langsung di sini menyumbang kepada amalan rasuah di negara ini. Justeru itu ianya
haruslah dikaji dari masa ke semasa agar ianya lebih mudah serta lebih telus untuk
mengurangkan amalan rasuah di negara ini yang boleh dianggap penyakit sosial utama
atau mungkin barah utama di negara ini.

Disamping itu usaha untuk memperkukuhkan iman umat Islam di negara ini bukan sahaja
di kalangan pihak berkuasa bahkan rakyat jelata juga harus dipertingkatkan dari masa ke
semasa untuk mengubat penyakit ini dari menjadi epidemik yang tidak terkawal.
Dicatat oleh NS di 3.6.08 0 ulasan

20
Penyelesaian Total Penyakit Rasuah , Barah Utama Negara
Dari laman web Jabatan Mufti Brunei
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm

RASUAH : GEJALA MASYARAKAT YANG PERLU DIBANTERAS


(BILANGAN 189 BAHAGIAN AKHIR)
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Faktor-Faktor Rasuah
Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah seperti berikut:

1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor
berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.”


(Surah al-Fajr: 20)

3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya
untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku,
ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-
baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
(Surah al-Qashash: 26)

Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang


kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih
disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….”
(Hadis riwayat Muslim)

Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan
ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah


diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”
Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka
tunggulah hari kiamat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

21
4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam
secara betul dan menyeluruh.

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:


(i) Lemah pendidikan agama dan etika.
(ii) Tamak.
(iii) Banyak berhutang.
(iv) Ada keinginan dan ada peluang.
(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
(vii) Untuk mencapai cita-cita.
(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.

Ancaman Kepada Pengamal Rasuah


Ancaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut:

1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala.


2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka.
5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.
6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.
7. Doa tidak diterima.

Bahaya Rasuah Dan Kesannya

Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu
mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja
terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk
rasuah itu adalah seperti berikut:

1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:


(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:


(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan

22
bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:


(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Penyelesaian Penyakit Rasuah

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini
daripada berleluasa, antaranya:

1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti


menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang
diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman
dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu
daripada melakukan maksiat.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh
kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan


sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca,


menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab
agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri
daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11)
(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup.

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat,
seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

23
10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga
untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah
daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta
berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

Penutup

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat
dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan
yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka
nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada
dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak


halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan,


penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan
ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan,
kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia
selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara
salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam
keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan
manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah
memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa
mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara
mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina
masyarakat dan negara yang aman lagi makmur.
Dicatat oleh NS di 29.5.08 0 ulasan

24
RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA
TAHUN ANTI RASUAH NEGERI
SEMBILAN 2008
“KE ARAH GENERASI BEBAS RASUAH”
Rasuah Menghancurkan Negara
Peminta dan Penerima Rasuah adalah Pengkhianat dan Petualang Agama, Bangsa
dan Negara

Definisi Rasuah

Di dalam bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ar-risywah atau ar-rasywah

Menurut kamus bahasa Malaysia, rasuah adalah pemberian untuk menumbuk rusuk
(menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).

Dari segi istilah pula ia memberi maksud sesuatu yang diberikan untuk menyalahkan
yang benar atau membenarkan yang sudah jelas salah.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak,
menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah
perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan
pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang,
mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan
menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Rasuah atau suapan adalah termasuk:


1. Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

2. Penyalahgunaan harta negara.

3. Merugikan negara

4. Memperkaya diri sendiri dan kerabat.

5. Wang atau apa jua pemberian, pinjaman, upah, ganjaran berharga atau harta benda lain

25
atau kepentingan harta benda dalam apa jua bentuk sama ada uang boleh digerakkan atau
tidak;

6. Jawatan, kehormatan, pekerjaan, kontrak atau perkhidmatan atau perjanjian memberi


pekerjaan atau khidmat;

7. Pembayaran, pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua pinjaman,


tanggungjawab atau tanggungan sama ada sebahagian atau keseluruhannya;

Rujukan :
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic35_2004.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Korupsi_atau_Rasuah
Dicatat oleh NS di 4.12.07 0 ulasan
Langgan: Catatan (Atom)

26
ARKIB : 28/04/2008

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia perlu berani


Oleh MOHD. ARIF ATAN

ADAKAH gejala rasuah yang telah lama membelenggu negara ini akan dapat diatasi
dengan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Anti
Rasuah Malaysia kelak?

Dilaporkan sejak dua tahun lalu, rampasan harta milik pelaku rasuah dalam bentuk wang
ringgit, kenderaan, bangunan dan hartanah membabitkan sekitar RM30 juta (Utusan
Malaysia, 9 Januari 2008).

Sepanjang tahun 2006 pula, BPR sudah membuka sebanyak 1,317 kertas siasatan
berhubung kes rasuah dengan hanya 44.6 peratus daripada jumlah kes terbabit telah
diselesaikan. (Utusan Malaysia, 11 Julai 2007).

Oleh itu, sejauh mana anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang merupakan
unsur penting dalam suruhanjaya itu akan bertindak adil dan saksama tanpa mengira
kategori 'ikan bilis' mahupun 'ikan jerung'?

Kembalinya keyakinan rakyat hanya akan wujud sekiranya suruhanjaya berkenaan tidak
'disuruh dan diperdaya' oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan diri, politik
ataupun ekonomi.

Sebaliknya, jika ia belum cukup masak ciri-ciri kebebasannya, persepsi negatif


masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan membanteras gejala rasuah akan meningkat.
Itulah sebabnya, penubuhan suruhanjaya tersebut dilihat tidak ubah seperti pelaburan
politik bagi pihak kerajaan memujuk hati rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

Jika pujukan tersebut sekadar janji-janji manis tanpa usaha konsisten menuju ke arah
matlamat yang diharapkan, tidak mustahil ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati
rakyat pula.

Pihak yang diberi tanggungjawab perlu bekerja keras bagi mengekalkan keyakinan dan
merealisasikan harapan baru rakyat Malaysia untuk melihat ketelusan dan akauntabiliti
benar-benar menjadi budaya kita.

Cukuplah selama 41 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) rakyat 'penat'
mendengar pihak dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa mempertikaikan
tahap integriti negara ini.

Rakyat juga tidak mahu lagi melihat pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN),
penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), sehinggalah pertandingan pidato dan menulis
esei integriti bersifat kosmetik semata-mata. Begitu juga dengan seluruh jentera
perkhidmatan awam.

27
Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah untuk melihat lebih 200 buah agensi kerajaan di
bawah kementerian-kementerian seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bebas
daripada budaya wang suapan ini.

Oleh itu, keberanian 'mencantas' sesiapa sahaja pesalah integriti tidak mengira status
kelas atau status sosial mesti menjadi prinsip teras suruhanjaya berkenaan. Tambahan
pula, kakitangan BPR dijangka akan ditambah seramai 5,000 orang.

Apa yang paling mustahak, penguatkuasaan dan siasatan rasuah nanti usahlah berpilih-
pilih. Kita tidak mahu nanti suruhanjaya tersebut hanya menjadi bahan tawa sinikal
rakyat apabila begitu ramai perasuah yang mengambil ratusan atau ribuan ringgit sahaja
yang dihadap ke muka pengadilan sedangkan mereka yang 'kenyang perut suka hati' hasil
rasuah ratusan juta ringgit dan mencuri aset negara tidak pula didakwa.

Jadi, mahu tidak mahu kertas siasatan termasuklah dakwaan terhadap bekas pemimpin
negara sekalipun perlu dibuka demi membuktikan tahap akauntabiliti suruhanjaya
berkenaan.

Ini kerana jika perasuah yang tahap 'dewa' dapat didakwa, langkah seterusnya pasti lebih
mudah untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa golongan pemimpin di bawahnya pula.

Dalam masa yang sama, anggota masyarakat serta pihak media harus berperanan sebagai
mata dan telinga dengan bekerjasama memberi sokongan sewajarnya kepada Suruhanjaya
Anti Rasuah Malaysia.

28

Vous aimerez peut-être aussi