Vous êtes sur la page 1sur 26

FAKULTI BAHASA MELAYU SEMESTER SEPTEMBER/2013 ________________________________________________________

HBML 3103
( PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU) SARJANA MUDA PENGAJARAN(KEPUJIAN)SEKOLAH RENDAH _______________________________________________________ _

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

JAMALINA BT SAMSUDIN 731103085922001 750311 08 - 5922 0174637864 lynnjbs1644.oum.edu.my OUM IPOH, JALAN LIM BOO SENG

ISI KANDUNGAN Penghargaan Soalan Tugasan 1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Pantun 1.2 Objektif Tugasan

MUKA SURAT

2.0 Pantun 2.1 Jenis Jenis pantun 2.2 Kandungan Pantun Melayu 2.3 Ciri ciri Pantun Yang Baik 2.4 Fungsi Pantun 3.0 Rancangan Pelajaran Harian Komsas Tahun 6 (Aktiviti berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah) 3.1 Persediaan 3.2 Gambar Proses Pengajaran dan Pembelajaran 4.0 Kekuatan Pemilihan Aktiviti 5.0 Kelemahan Pemilihan Aktiviti 6.0 Kesuimpulan 7.0 Rujukan 8.0 Lampiran a) Lampiran 1 - Video Pengajaran Pantun b) Lampiran 2 - Slaid Power Point RPH Pantun c) Lampiran 3 - Skrip Pantun d) Lampiran 4 Video Nyanyian Tan Sri SM. Salim Pantun Budi e) Lampiran 5 - Lembaran kKerja

Penghargaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wassallam. Syukur alhamdulilah, keraa dengan limpah kurnia dan hidayahNya saya mempunyai kekuatan dan kefahaman ilmu hingga berjaya menyiapkan tugasan PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU . Tugasan ini dilakukan untuk mempertingkatkan darjah keilmuan masyarakat guru dan pihak-pihak lain khususnya dalam bidang pendidikan BAHASA MELAYU. Di samping itu, ia diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti dalam kepimpinan pendidikan dan kecemerlangan sekolah-sekolah di Malaysia. Kejayaan menghasilkan tugasan ini, melibatkan banyak pihak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah ENCIK RAMAN BIN NUSI yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan OUM yang sama-sama membantu dan memberikan maklum balas semasa menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada murid-murid dan rakan-rakan guru SK Seri Samudera, Manjung Raya yang turut membantu. Segala kerjasama semua pihak amatlah saya hargai. Sekian. HBML3103 ini yang berjudul

1.0 Pengenalan

Bahasa dan sastera mempunyai perlaitan kuat dalam perspektif yang bersifat holistik dan integral. Penggunaan teks sastera dalam pembelajaran komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Malaysia yang dikenali sebagai KOMSAS, mempunyai kewajaran dan falsafahnya tersendiri yang mampu mengangkat martabat bahasa serta membina tamadun bangsa. Komsas ialah kata akronim bagi Komponen Sastera. Komsas merupakan komponen subjek Bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar. Perlaksanaan Komsas telah

diperkenalkan pada tahun 2000. Pada bulan Mac 2001, Komsas telah diselitkan dalam pdp Bahasa Melayu secara formal. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahanbahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Pengajaran Komsas dalam pdp Bahasa Melayu telah menjadikan pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan member kesan emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.

Pengajaran KOMSAS ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti teksteks sastera yang terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi dan prosa. Kedua-dua puisi dan prosa ini pula dapat dikelaskan kepada tradisional dan moden. (Rujuk Rajah 1).

TEKS SASTERA

Puisi

Prosa

Tradisional

Moden

Tradisional

Moden

Pantun Syair Gurindam Seloka

Sajak

Sastera Sejarah Sastera Epik Sastera Hikayat Sastera Rakyat

Cerpen Drama Novel

Rajah 1 : Bahan KOMSAS dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu

Rajah 1 menunjukkan, teks sastera yang digunakan dalam KOMSAS berupa puisi dan prosa. Puisi terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam puisi

tradisional terdapat pantun, syair, gurindam dan seloka manakala dalam puisi moden pula hanya terdapat sajak. Teks sastera dalam bentuk prosa juga terbahagi kepada dua jenis iaitu prosa tradisional dan prosa moden. Dalam prosa tradisional terdapat sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat dan sastera rakyat manakala dalam prosa moden pula terdapat cerpen, drama dan novel.

1.1 Definisi Pantun

Pantun adalah jenis puisi lama yang cukup luas dan dikenali dalam bahasa Nusantara. Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun, pertamanya merupakan sastra lisan, namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Pantun

adalah pengucapan

lisan

oleh

masyarakat Melayu sejak

zaman

berzaman lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanakkanak, remaja, dan orang dewasa sendiri. Pantun dapat didefinisikan sebagai sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya .Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu .Ia bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan . Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:977),pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris lagi adalah maksudnya). Siti Hajar Abdul Aziz (2011:325) mentakrifkan pantun sebagai karangan berangkap yang terbentuk secara berpasangan dalam jumlah baris yang genap, iaitu daripada dua baris serangkap hingga pantun 16 baris serangkap.

Menurut Harun Mat Piah (1989:108), pantun ialah istilah teknik kepada suatu bentuk sastera, prosa atau puisi yang memang telah wujud begitu lama. Justeru, pengertian pantun bagi beliau ialah sesuatu yang teratur, tersusun, yakni suatu karangan yang bahasanya terikat atau tidak.

Gazali Dunia(1992:90) pula menyatakan, pantun ialah umpama. Sepantun maksudnya seumpama, seperti dalam : Sepantun ayam kehilangan induk.

1.2 Objektif Tugasan Objektif utama tugasan ini dilaksanakan untuk meninjau peranan bahan sastera terutama puisi klasik (Pantun) dalam membantu para pelajar memahami bahan sastera. Di samping itu, penggunaan pantun ini juga adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar belajar terhadap pengajaran bahasa Melayu. Dengan ini, tanggapan yang mengatakan mata pelajaran bahasa Melayu hanya menumpukan kepada aspek tatabahasa, kefahaman, karangan dan aspek aspek lain dapat disangkal. Penggunaan pantun di sekolah juga bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Penggunaan pantun juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesebuah pantun itu kerana setiap pantun itu mempunyai mesejnya yang tersendiri. Aspek utama kajian ini merujuk dua sudut iaitu a) pelajar b) guru Dari sudut pelajar, kajian ini dibuat bagi melihat sejauh manakah bahan sastera berupa puisi klasik berperanan dalam membantu pelajar dari segi: 1. menambahkan pengetahuan pelajar dalam mencipta sesuatu puisi klasik. 2. mencungkil bakat pelajar terhadap puisi klasik. 3. menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. 4. menguji tahap pemikiran pelajar dengan mengemukakan idea secara spontan.

Selain itu, kajian ini juga dibuat bagi memastikan bahawa pelajar mampu membuat tafsiran, penilaian dan pertimbangan terhadap puisi klasik. Kemampuan pelajar dalam membuat tafsiran, penilaian dan pertimbangan dapat membantu mereka mengenal pasti jenis puisi klasik. Dari sudut guru pula, kajian ini dibuat bagi meninjau penggunaan bahan sastera berupa puisi klasik di kalangan guru bagi menambahkan lagi penguasaan bahasa

Melayu. Kajian ini meliputi cara, pendekatan serta kaedah yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung kajian ini juga bertujuan melihat penguasaan guru bahasa Melayu dalam menggunakan bahan sastera khususnya pembelajaran bahasa Melayu. puisi klasik dalam pengajaran dan

2.0 Pantun 2.1 Jenis Jenis dan Bentuk Pantun Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. .Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa". Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama"

tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undangundang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya. Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun Jenis Pantun Fungsi

: Dua Kerat : Empat Kerat - Teka-teki : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir : Empat Kerat - Jenaka : Semata-mata untuk hiburan

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya, Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Air melurut ke tepian mandi,

Jenis Pantun Fungsi

Jenis Pantun Jenis Pantun

: Empat Kerat - Kasih Sayang : Empat Kerat - Nasihat

Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang. Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasib

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Perantau

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Adat

Jenis Pantun Kepahlawanan

: Empat Kerat -

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Peribahasa

Jenis Pantun Ibarat

: Empat Kerat - Kias dan

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Agama

Jenis Pantun Fungsi

: Empat Kerat - Kanak-kanak : Lagu sedih dan bersuka-ria

http://nicksyam.tripod.com/jenis.htm

2.2Kandungan Pantun Melayu

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai

sebutan yang sama dihujungnya.Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarangterdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripadaempat barisan.Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empatkerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantunlapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan

demikianlahseterusnya.

i. Pembayang atau Sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap

rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persama an bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

ii. Maksud atau Isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut (tema).

iii. Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiaptiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiaptiap baris yang sama bilangannya.

iv. Suku Kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak

v. Rima atau Bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiaptiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam seti ap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama de ngan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

vi. Contoh Pantun yang baik : Pu/lau/Pan/dan/ ja/uh/ke/te/ngah/, Gu/nung/Da/ik/ ber/ca/bang/ti/ga/, Han/cur/ ba/dan/di/kan/dung/ta/nah/, Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/. Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ti/dak/, Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/di/ke/nang/.
2.3 Ciri ciri Pantun yang Baik

Pantun di atas mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris. Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciriciri berikut: mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yangmelahir dan menggunakannya.

2.4 Fungsi Pantun

Pantun melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat ,agama ,nasihat, jenaka, budi,dan teka teki .Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri.Dalam masyarakat melayu ,pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu ,dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran .Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak terasa .Seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun .Keadaan pantun dilafazkan menjadi pertimbangan dalam menyampai isi pantun .Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun ,dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada

pendengarterutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat .Begitu juga, jika melafazkan pantub berkaitan dengan budi dan jenaka .Cara penyampaian pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar .Bagaimanapun ,pantun yang dicipta oleh masyarakat melayu dahulu mempunyai fungsi

3.0 Rancangan Pelajaran Harian Komsas Tahun 6 (Aktiviti berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah) 3.1 Rancangan Pelajaran Harian Mata pelajaran Kelas Masa Tema Tajuk Standard pembelajaran Pengetahuan sedia ada Fokus Utama :Bahasa Melayu :6 Anggerik :8.10 9.10 Pagi :Budi :Pantun Budi :4.4.2 :Semua murid pernah mendengar pantun nasihat 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan budi baik dalam kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,intonasi dan nada yang sesuai. Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi. Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat: 1. Membaca teks pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Menceritakan tentang maksud tersurat dan tersirat yang terdapat dalam pantun dengan

Fokus Sampingan:

menggunakan ayat sendiri dengan bantuan guru. Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur Menjelaskan isi yang terdapat di dalam pantun sekurang-kurangnya daripada 1 isi dari setiap pantun. Membuat budi dengan menjaga hubungan dengan orang di sekeliling sebagai satu amalan yang harus dilaksanakan.

A. Menguasai isi kandungan

B. Membina Kemahiran Saintifik berfikir dan Strategi Berfikir.

C.. Mengamalkan Sikap Saintif Menyemaikan sikap saling hormatik dan Nilai Murni menghormati dan memupuk sikap kerjasama dalam masyarakat. Bahan Bantu Mengajar : Slaid power point, petikan pantun, komputer riba dan lembaran kerja. Kata kerja: Pantun nasihat a. Ilmu : Pen. Sivik Kewarganegaraan, Pen. Moral, Pen. Agama Islam a. Nilai Murni : Bekerjasama, kesyukuran, kasih sayang Kecerdasan Pelbagai: Verbal Lingusitik, Visual Spatial Kemahiran Berfikir : Meneliti, menjana idea, kreatif dan kritis, menilai

Sistem Bahasa: Pengisian kurikulum:

Kemahiran Bernilai Tambah

3.2 Gambar Proses Pengajaran dan Pembelajaran

4.0 Kekuatan Pemilihan Aktiviti

1Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah Kekuatan hasil daripada pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini ialahkekuatan dari sudut prinsip yang dipegang oleh setiap bahan kesusasteraan sepertipantun (termasuk dalam puisi tradisional) . Prinsip tersebut adalah sesuai dengan objektif pengajaran & pembelajaran; berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan; sesuaidengan tahap

pemikiran, umur, persekitaran; mengandung aspek bahasa yang ingindiajarkan; dan boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca.

Seterusnya, dari sudut rasional pemilihan yang mana terdapat banyak sebab mengapa bahan kesusasteraan sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa.

Menurut

Abd.Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan mempunyai

keistimewaan tersendiri iaitu karyasastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terusmembaca, kerana bahan sastera

mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Misalnya, bentuk perbualan yangterdapat dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah dalam pengajaran bahasa. Pelajar juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dangaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera.

Kamarudin Hj. Husin (1998) melihat kesesuaian ini dari aspek intelek dan emosi kerana bahan-bahan kesusasteraan memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam pelbagai perkara. Pada masa yang sama, ia penuh dengan nilai-

nilai kemanusiaan yang bolehmemantapkan aspek emosi pelajar.Selain itu, pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama menggunakanmedium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yangsama, sama ada secara lisan atau bertulis.Kemudian dari sudut pendekatan.

Menurut Kamarudin Husin (1998), pendekatanialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandanganatau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah daripada teori-teori kritikan sastera yang melihatkesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam hal ini, terdapat tiga pendekatanyang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan di negara ini;iaitu pendekatan sejarah, pendekatan sosiopsikologi dan emosi, dan pendekatan diduktik dananalitik. Keterangan mengenainya diberikan seperti berikut.

Pendekatan yang digunakanoleh pengajaran pantun iaitu pendekatan sosiopsikologi dan emosi

Pendekatan sosiopsikologi dan emosi ini merupakan realiti kepada peranan sastera ituiaitu sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-

ahli masyarakat itu sendiri. Sebagai cerminan sosial, karya sasteraterhasil daripada peristiwa sosial dalam sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, karyasastera juga menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. Secaraumumnya, pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-peristiwa yang bolehdikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karyasastera itu. Tegasnya, pendekatan ini akan mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watakyang terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar budaya masyarakat yangdigambarkan dalam karya tersebut.Seterusnya kekuatan dari sudut kaedah. Kaedah ialah suatu perancangan bagimelaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam konteks pengajaran,

kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalans ecara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. Secaraumumnya terdapat tiga kaedah pengajaran Kesusasteraan yang selalu digunakan; iaitu kaedahanalisis struktural, kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus global dan eklektik.Kaedah-kaedah ini dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut.

Kaedah yang digunakandalam pengajaran pantun ini ialah kaedah menghayati-mengalami. K aedah mengalami-menghayati pula berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalamantersendiri dalam hidup mereka. Pada masa yang sama bahan sastera juga merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan seba gainya. Sehubungandengan itu, kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentukcereka seperti novel, cerpen dan drama. Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karyadengan cara menyelami

pengalaman penulis. Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah pelajarakan membaca karya sebelum pengajaran; pelajar cuba menghayati atau menikmati bahansastera dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada; Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis; dan menjalankan pengajaran berorientasikan aktiviti. Seterusnya kekuatan dari sudut teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teknik dan aktiviti pengajaran ialah dua perkara yang saling kait antara satu dengan lain.Teknik ini perlulah berdasarkan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih dan pada masayang sama; unsur-unsur psikologi, sosiologi, objektif pegajaran dan teknologi pengajaran perlulah diambil kira. Teknik dan aktiviti pengajaran yang digunakan dalam pengajaran pantun tersebut ialah deklamasi. Deklamasi bermaksud gaya yang sesuai. membaca puisi dengan nada, intonasisuara, dan

Untuk menjadikan dan seterusnya

deklamasi menghayati

lebih puisi

menarik, pelajar yang akan

perlumemahami

dideklamasikannya.Kekuatan seterusnya ialah dari sudut aspek sistem bahasa yang terdiri daripadatatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa.

Dalam pengajaran pantun ini aspek bahasa yang terlibat adalah sebutan dan into nasi. Secaraumumnya sebutan dalam Bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku1985. Sistem sebutan baku dibentuk bagi menyeragamkan sebutan berdasarkan loghat dandialek negeri yang berbeza antara satu dengan lain. Manakala intonasi ialah nada suara tinggidan rendah sewaktu menuturkan perkataan atau ayat. Dalam konteks ilmu bahasa, intonasimemainkan peranan dalam pembentukan makna perkataan atau ayat. Perkataan atau ayatyang sama akan berubah maknanya jika intonasinya dibezakan.Kekuatan pemilihan aktiviti

berbalas pantun dalam bilik darjah ini juga mempunyaikekuatan dari sudut pendekatan pengajaran sistem bahasa. Pendekatan yang digunakan di siniialah Pendekatan Induktif iaitu suatu pendekatan pengajaran yang dimulai dengan contoh-contoh dan diikuti dengan peraturan atau huraian tentang perkara yang diajarkan itu.Pendekatan ini berandaian bahawa sesuatu hukum atau peraturan perlu dicerna daripadasituasi penggunaannya. Pendekatan induktif menekankan pembentukan kebiasaan sebagaisuatu kaedah memahami sesuatu perkara.

Dalam

pengajaran

sistem

bahasa,

khususnya

dalam pengajaran

tentang ayat misalnya, contoh-

contoh penggunaan pelbagai jenis ayat,

akanditunjukkan terlebih dahulu sebelum penerangan tentang bentuk dan jenis ayat tersebutdijelaskan. Pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti contoh-contoh yangrealistik dan pelbagai menjadikan pengajaran lebih konkrit; bahan pengajaran bolehdigunakan secara praktik dalam kehidupan harian; dan tidak perlukan hafalan kerana pengajaran berfokus kepada contohcontoh.Kekuatan seterusnya adalah dari sudut prinsip pengajaran

berdasarkan konteksiaitu prinsip umum yang dipraktikkan dalam pengajaran sistem bahasa.

Prinsip

pengajaran ini menekankan pengajaran

secara terancang bersama

kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Jelasnya, pengajaran sistem bahasa tidak dibuat secara bersendirian sebagaisatu mata pelajaran berasingan. Selain itu, unsur-unsur dalam sistem bahasa itu

kan bermakna dan lengkap jika dipaparkan bersama konteks atau situasinya. Te gasnya, pengajaran tentang maksud perkataan manis misalnya akan jadi lebih m udah jika dikaitkandengan konteks senyuman, atau gula. Dalam amalan yang dilakukan di bilik darjah, terdapatdua kaedah pengajaran aspek sistem bahasa ini; iaitu secara

terancang dan serapan. Prinsip Terancang bermaksud

pengajaran secara terancang yang mana berlakunya penguasaan kamahiran berb ahasa yang lain secara serentak dalam pengajaran sistem bahasatersebut. Hal ini bermakna, pengajaran sistem bahasa tersebut dibuat dalam bentuk

bacaan(kemahiran membaca), tulisan (kemahiran menulis) atau dalam bentuk pertuturan (kemahiranlisan). Pengajaran aspek peribahasa misalnya boleh dibuat dalam bentuk penulisan

(karangan berdasarkan simpulan bahasa) dan mungkin juga boleh dibincangkan simpulan bahasatersebut dalam bentuk forum. Pengajaran secara terancang ini membolehkan pelajarmempelajari sistem bahasa secara lebih berfokus, di samping tidak mengabaikan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain.Prinsip Penyerapan/Tersisip pula bermaksud pengajaran secara

penyerapan bermaksud unsurunsur sistem bahasa yang akan diajarkan diselitkan dalam kemahiran bahasa ya ng lain. Cara ini bertentangan dengan pengajaran terancang. Pengajaran terancang menekankan aspek sistem bahasa sebagai fokus yang akan dibincangkan dalam bentukkemahiran bahasa yang lain, manakala pengajaran secara penyerapan memfokuskankemahiran bahasa lain sebagai medium, dan sistem bahasa diselitkan sebagai salah satu perkara yang dibincangkan dalam kemahiran tersebut. Pengajaran tatabahasa, imbuhan me... misalnya boleh diserapkan dalam pengajaran kemahiran membaca dan memaham; iaitudengan cara meminta pelajar menyenaraikan perkataan berimbuhan

me... dalam petikan yangdibaca.

Kelemahan Pemilihan Aktiviti Kelemahan tersebut antaranya ialah dari sudut rima dan jumlah

perkataan pantuntersebut. Pelajar mengabaikan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dariaspek rima dan jumlah perkataan. Rimanya janggal dan ada yang tidak mempunyai rimasama sekali Selain itu, pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah asp ek yang perluditekankan.Selain itu tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga tidak menepati jalan cerita tajuk pelajaran.Selain itu, ada kumpulan pelajar yang mengambil masa melebihi daripada masa yangditetapkan. Aktiviti berbalas pantun boleh juga dijalankan diluar bilik darjah denganmenjalankan program khas seperti pertandingan berbalas pantun bagi membolehkan pesertamendapat peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi.Penglibatan pelajar dalam kumpulan masing-masing juga terbatas yang mana penglibatan pelajar hanya tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja.Masalah-masalah di atas masih boleh diperbaiki oleh guru iaitu dengan

melakukan pengagihan masa yang sesuai serta perlu perancangan dan persediaa n yang rapi dari sudut bahan dan pengisian aktiviti berbalas pantun.

Kesimpulan

Pantun Dua Kerat:

Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

Secupak padi setahil berangan, Tersepak kaki terkehel tangan. (Sehijau Warna Daun, 2000: 3)

Pantun Empat Kerat:

Ada kolam ada masjid, Tempat orang sembahyang raya; Tengah malam bulan terbit, Bintang sebiji membawa cahaya. (Sekalung Budi Sekalung Bahasa, 2002: 3)

Ayam sabung jangan dipaut, Jika dipaut kalah laganya; Asam di gunung ikan di laut, Dalam belanga bertemu juga. (Sekalung Budi Sekalung Bahasa, 2002: 38)

Pantun Enam Kerat:

Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung,

Alam terbentang dijadikan guru. (Kerusi, 2002 : 3)

Pantun Budi:

Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Kanak-kanak:

Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Apa yang dapat jangan dilupa.

Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui FPK ialah pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Penerapan elemen-elemen ini dalam karya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu

menjadikan murid insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan berbahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, keistimewaan unsur atau komponen kesusasteraan Melayu dan manfaat daripada penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM tidak dapat diragukan lagi.

Penutup Sebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi. Pelajaran kesusasteraan Melayu atau komsas ini penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya komsas yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.

Bibliografi Abd. Rahman Hanafiah, 1990. Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Malaysia pada 6 dan 7 Oktober, anjuran Peserta Kursus 14 Minggu, IBKL.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003. Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005b. Stilistik Komsas. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005c. Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Pendekatan Pembelajaran Kontekstual dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong Malim : Jabatan Bahasa Melayu, UPSI. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dan Nik Rubiah Nik Mustapha, 2007. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong Malim : Jabatan Bahasa Melayu, UPSI. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dan Abdul Hamid Mahmood, 2007. Kemahiran Belajar Cara Belajar. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong Malim : Jabatan Bahasa Melayu, UPSI.

Vous aimerez peut-être aussi