Vous êtes sur la page 1sur 5

Si Tanggang AJK PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK LKTP MAOKIL 2, LABIS.

TAHUN 2013 : 16 MEI 2013 : KHAMIS : GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA

TARIKH HARI TEMA

Pengerusi Tn Hj Ismail b. Hj Kaimi ( Guru Besar ) Naib Pengerusi En. Ismail b Abu Bakar ( GPK 1 ) En. Nasruddin b. Abd Aziz ( GPK HEM ) En. Ahmad Shamsul b. Hj. Tumijan ( GPK KOKO ) Penyelaras Pn Azlina bt. Dolah Setiausaha Pn.Suzilah bt. Parman Bendahari Cik Hasliza bt. Basiran

Ahli Jawatankuasa
BIDANG TUGAS Pengacara Majlis -Perasmian -Penyampaian Hadiah Buku Program -Pn. Suzilah bt. Parman Menyediakan dan mengedarkan buku program kepada semua guru. AHLI -Tn. Masor b. Tn. Cob -Pn. Azlina bt. Dolah TUGASAN Mengacarakan majlis /perhimpunan pagi Mengacarakan penyampaian hadiah.

Backdrob dan Persiapan Tempat

-Cik Siti Hatirah bt. Ibrahim ( K ) -Semua pekerja lelaki dan perempuan

Menyiapkan backdrob. Persiapan pentas dan persiapan tempat di dalam dewan. Mengemas dewan sebelum dan selepas majlis.

P/A Sistem dan Jurugambar -Tayangan Video

-En. Abd. Rahim bin Hj. Said ( K ) -Cik Nor Syuhada binti Nasruddin

Menyediakan,mengendalikan dan memastikan P/A sistem dalam keadaan baik. Mengambil gambar setiap aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Guru/Murid

-Pn. Hjh. Maznie bt. Abdul Rahim ( K )

Menempah makanan untuk jamuan semua guru kakitangan dan murid.

Hadiah/Cenderahati

-Pn. Hjh. Normah bt. Bachok @ Mapek ( K ) -Cik Hasliza bt. Basiran

Membeli hadiah untuk semua guru dan hadiah daripada bilik guru. Membungkus hadiah. Mengelolakan semua hadiah di pentas.

Pertukaran Hadiah

-Cik Hasliza bt. Basiran -Pn. Siti Nurain bt. Mohd. Noh

Menyediakan senarai nama guru dan kakitangan. Memastikan semua guru dan kakitangan menghantar hadiah pada masa yang ditetapkan.

Si Tanggang
Pertandingan Kategori Guru -Pn. Norlaila bt. Sakdan Menyediakan borang untuk kategori guru. Guru Lelaki Paling Popular Guru Perempuan Paling popular Membuat bancian dan kiraan undian yang dipilih oleh murid sebelum Hari Guru. Menyenaraikan pemenang bagi setiap kategori guru. Mengelola penyampaian hadiah di pentas.

Sukaneka

-En Haslizan b. Hasan ( K ) -En. Mohd. Yuafendi b. Md. Yusof

Membahagikan guru dan kakitangan mengikut kumpulan. Menyediakan peralatan untuk aktiviti yang akan dijalankan seperti borang dan sebagainya.

Persembahan Murid

-Pn. Azlina bt Dolah ( K )

Memilih para peserta. Melatih murid sebelum persembahan. Mengelola persembahan murid di pentas.

TENTATIF PROGRAM MASA 7.30 8.30 pagi PROGRAM/AKTIVITI Perasmian Bacaan Doa ( Ust. Tn. Masor b. Tn. Cob ) Ucapan Ketua Murid Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Tuan Guru Besar Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( En. Ismail b. Abu Bakar ) Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia ( En. Ahmad Shamsul b. Hj. Tumijan )

Ikrar Hari Guru ( diketuai oleh Guru Besar )

Nyanyian Lagu ( Pn. Azlina bt. Dolah ) Lagu Guru Malaysia Lagu Tema Sukaneka

Tayangan video- aktiviti sekolah 9.45 10.00 pagi Rehat Persembahan Murid Pemberian hadiah daripada murid kepada guru.

11.00 pagi

Penyampaian Hadiah dan Cenderahati *Pertandingan Sukaneka *Kategori Guru *Cenderahati daripada Bilik Guru *Pertukaran Hadiah

12.00 tengah hari

Jamuan Majlis Tamat

Si Tanggang

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya. Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada. Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya." Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Si Tanggang

Vous aimerez peut-être aussi