Vous êtes sur la page 1sur 4

ASPEK PENINGKATAN TAMADUN TAMADUN INDIA 1. Pemerintahan Tamadun Indus mempunyai 2 bentuk kerajaan pd prgkt awal (600-320s.

m) iaitu: a) kerajaan kecil (bersifat kepuakan dan tidak beraja) b) kerajaan besar (diketuai oleh raja) Ciri-ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun Indus: a) Mengamalkan pemerintahan mutlak b) Raja dianggap suci dan perlu dihormati c) Gol. Brahmin menjadi penasihat kepada raja d) Gol. Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi dan merupakan golongan dominan Chandragupta Maurya (321-185 s.m) telah mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya bermula dari Teluk Belanga hgga pergunungan Hindu Kush. Mencapai zaman kegemilangan pada zaman Maharaja Asoka. Perang Kalinga tercetus pada 261 s.m semasa pemerintahan Asoka. Perundangan Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua (dipercayai muncul pada abad ke-6 hingga ke-2 s.m) Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. denda atau hukuman dijatuhkan berdasarkan tahap kesalahan yang dilakukan. gol. Brahmin adlh gol.dominan dan mahir dlm perundangan Zaman Dinasti Maurya, muncul undang-undang yang dipanggil Tiang Asoka Tiang Asoka mengandungi ukiran titah perintah raja dan ditempatkan di tepi jalan untuk tatapan rakyat. Perluasan Kuasa Brlku pd zmn pemerintahan Chandragupta Maurya (321-292 s.m) Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha. kemenangan Asoka dalam Perang Kalinga menyebabkan seluruh India menjadi kawasan taklukan empayar Maurya. Kegiatan Ekonomi Aktiviti perdagangan berkembang pesat sejak abad ke-3 s.m Kerajaan Maurya menjalinkan hubungan perdagangan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Asia Tengah. Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan atau Sresthin di setiap bandar seperti tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit. Matlamat penubuhan Sresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja. Mata wang turut diperkenalkan. Kerajaan Maurya mengenakan cukai ke atas hasil pertanian dan buah-buahan.

2.

3.

4.

5.

Pendidikan Perkembangan pendidikan dalam tamadun Indus bermula pada Zaman Vedik (tertumpu kepada agama Hindu dan hanya gol. lelaki sahaja yang berpeluang mendapat pendidikan) Pembelajaran berkaitan dengan kitab-kitab Veda dan bhsa Sanskrit dengan menggunakan kaedah hafalan. Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha dan sbg persiapan selepas mati. Pendidikan bermula di istana dan dirumah.

Pendidikan berfungsi untuk membasmi buta huruf, menambahkan ilmu dan mendapatkan jawatan dlm kerajaan.

6.

Falsafah Falsafah India merupakan falsafah terawal berkembang dan direkodkan di dunia. Berasaskan 2 sumber iaitu Kitab Veda dan Menolak Kitab Veda. Berdasarkan Kitab Veda: a) 4 kitab utama (Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda & Atharva Veda) b) Upanishad, Mahabharata dan Bhagavad Gita Bukan aliran Veda berdasarkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme Sains dan Teknologi Merupakan cabang pengetahuan Vedik Pengetahuan astronomi dipetik daripada kitab Veda iaitu Rig Veda Ilmu matematik telah berkembang pada zaman Gupta. ( perkenalkan konsep geometrid an system nombor mengikut angka Brahmin dan angka Kharosti) perkembangan ilmu perubatan dikaitkan dengan amalan yoga disebabkan minat masyarakat dalam fisiologi. Seni bina Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri terdapat kompleks kuil dan menara pelbagai bentuk spt kon, kubah dan pagoda. Kesusasteraan Bhsa utama pd Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. bidang kesusasteraan terbahagi kpd bentuk: a) Vedik b) Epik c) Sajak Sastera agama Hindu dan Buddha yang terkenal ialah: a) Epik Mahabharata menceritakan peperangan antara tentera baik dengan tentera jahat b) Epik Ramayana mengisahkan jelmaan Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan Raja Sri Lanka yang melarikan isterinya Sita.

7.

8.

9.

10. Sistem Sosial Sistem Kasta membahagikan masyarakat India kepada 4 kelas sosial utama. iaitu: a) Brahmin pendeta b) Ksyatria pahlawan c) Vaisya pedagang d) Sudra petani Ciri-ciri system kasta dalam tamadun India: a) Terdapat tanggunajawab yang berbeza mengikut kasta b) diikuti ketat oleh masyarakat c) lelaki dilarang berkahwin dengan wanita daripada kasta lain d) percampuran dikalangan ahli yang berbeza kasta turut dilarang.

TAMADUN CHINA 1. Pemerintahan dan pentadbiran Perluasan kuasa mengubah pemerintahan feudal kepada pentadbiran berpusat dan melahirkan zamn empayar pada zaman dinasti Chin (221-206 s.m)

2.

Konsep raja bertukar menjadi maharaja dan membentuk birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Pelantikan berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam.

Perundangan berteraskan 2 prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme. undang-undang telah digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pd zaman Dinasti Chin. Perluasan kuasa Bermula pd zaman Dinasti Chin di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Shih Huang Ti Berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China dan memerintah secara autokratik. Tembok Besar China telah dibina dengan tujuan mempertahankan empayar China daripada serangan orang Gasar (orang Hun). Ekonomi a) Perusahaan tembikar dan logam bermula sejak zaman Dinasti Han Pedagang China pada zaman Dinasti Tang menggunakan 2 laluan utama iaitu: a) Jalan Sutera Darat guna laluan darat dari Rom merentasi Asia Tengah ke india b) Jalan Laut Hubungkan China dengan India dan Rom melalui laut. b) Zaman Dinasti Han - Pengenalan tenggala untuk membuat batas. - Kolar kuda untuk menarik tenggala - Kereta kuda dan kereta sorong beroda - Penyisir tanah c) Zaman Dinasti seterusnya - penciptaan pelbagai alat pertanian - system tanaman bergilir - system tanaman berteres - pembinaan terusan - system kawalan banjir

3.

4.

5.

Pendidikan Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. terdapat 3 peringkat pendidikan iaitu: a) Rendah mengenal dan menghafal tulisan ideogram & 9 buah buku suci tanpa memahami makna b) Menengah karangan dan sastera c) Tinggi menterjemah buku suci Falsafah Tekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain. Sumber falsafah China ialah: a) Mo Tzu Dikenali sbg Motze atau Mencius - Mencari jalan utk melahirkan masyarakat dan politik yang baik - Berpendapat manusia berakhlak baik dan akan berubah menjadi sebaliknya akibat pengaruh alam sekitar. - Menolak ajaranConfucianisme b) Legalisme Undang-undang boleh mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat. - Percaya undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia - Penguatkuasaan undang-undang perlu dipelihara tidak kira dalam apa jua

6.

keadaan c) Kung-fu Tze / Confucius Ajarannya ialah confucianisme - tekankan keperimanusiaan dan maruah diri - Utamakan kesopanan dan kesusilaan - Galakkan hubungan baik sesama manusia d) Taoisme Utamakan keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat. 7. Sains & Teknologi Penciptaan kertas pd 105 Masihi oleh Chai Lun Konsep keseimbangan antara 2 kuasa iaitu Yang (kuasa aktif) dan Yin (Kuasa pasif) telah dijadikan asas dalam perubatan tradisional Bahasa & kesusasteraan Dinasti Han Ssu-Ma Chien menghasilkan prosa bertajuk Shih Chi - sastera meliputi sajak dan cerpen. Sistem sosial a) system sosial di China 1. Gol. atasan (maharaja, keluarganya, bangsawan dan sida-sida) 2. rakyat bawahan (petani dan artisan) 3. Gol. bawahan b) system sosial mengikut Confucius 1. gol. sarjana (pegawai kerajaan) 2. gol. petani 3. gol. tukang 4. gol. pedagang

8.

9.

10. Seni Bina Tembok Besar China sepanjang 1,500 batu Tembok batu

Vous aimerez peut-être aussi