Vous êtes sur la page 1sur 17

1

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

Anecdotes
1. Roslan Mat Piah, 2013 telah mengkaji keberkesanan kaunseling kelompok eklektik dari kalangan guru pelatih lelaki feminin

dan konflik peranan jantina di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sampel kajian lelaki yang dikenalpasti mempunyai ciri-ciri 50% feminine mengikut alat ukuran Bem Sex Role Iventory (BSRI) berumur di antara 18-26 tahun sekitar zon tengah dan zon selatan IPG. Intrumen yang digunakan ialah ujian Bem Sex Role Iventory (BSRI) untuk mengkaji tahap femenin-maskuinandrogini manakala tahap konflik peranan gender pula diukur dengan menggunakan Skala Konflik Peranan Jantina (Gender Role Conflict Scale) yang dibangunkan oleh Oneil et. al. (1986). Ia dibina khusus untuk mengukur konflik peranan jantina individu lelaki. Kajian ini diharapkan dapat membantu penyelia khususnya mengenali individu yang dikenalpasti sebagai lelaki feminin dan mencegah dan membantu golongan ini dengan lebih berkesan.
2. Paula Mayock, Audrey Bryan, 2010 telah membuat kajian tentang kesejahteraan dan kesihatan mental golongan lesbian, gay,

biseksual dan trangender (LGBT). Kajiannya tertumpu kepada isu kesihatan mental, kecenderungan untuk membunuh diri dan daya tahan psikologikal golongan LGBT di Ireland. Kajian menggabungkan kaedah kuantitatif iaitu tinjauan secara on-line dan kualitatif yang menggunakan temuduga individu. Saramai 1110 peserta telah terlibat dalam lingkungan umur 14-73 tahun untuk tinjauan secara on-line manakala 40 orang lingkungan umur 16-62 tahun yang dikenalpasti sebagai LGBT melalui sesi temuduga individu. Kajian mendapati majoriti golongan yang dikenalpasti sebagai LGBT tiada kecenderungan cubaan membunuh diri dan tekanan psikologikal. Kebanyakannnya berpunca dari faktor luaran iaitu diskriminasi dan pandangan serong masyarakat. Tekanan dalaman banyak berpunca dari kebimbangan peserta untuk melalui hari-hari yang mendatang.

3. Dr. Lai Mee Huong, 2012 telah membuat penyelidikan tentang kajian kes peserta yang terlibat dengan Terapi- Gantian

Methadon yang dijalankan di Bahagian Psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur. Pengkaji memfokuskan kepada klien yang dikenali sebagai Ms RK berumur lingkungan 40 tahun yang mengalami kecelaruan identiti jantina dan penagihan. Walaupun subjek kajian seorang perempuan tetapi mengamalkan cara hidup dan berpenampilan sebagai seorang lelaki. Mempunyai teman hidup sama jantina sepuluh tahun lepas dan terlibat dengan penyalahgunaan bahan hampir 20 tahun. klien mengalami ketagihan heroin, pil kuda dan alkohol. Pesakit juga mengalami psikosis iaitu gangguan halusinasi dan delusi. Rumusan yang dapat dibuat melalui penyelidikan mendapati bahawa terapi gantian methadone hanya mengurangkan rasa ketagihan klien, tetapi klien masih mengalami konflik dalaman. Pengkaji mencadangkan perlu rawatan dan pendekatan yang pelbagai bagi mengurangkan konflik dalaman klien. pengkaji merasakan perlu ada kekuatan spiritual (moral dan agama) sebagai benteng dan

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

kekutan untuk klien menghadapi tekanan terutama diskriminasi dari masyarakat sekitar terhadap golongan yang mengalami kecelaruan identiti jantina dan orientasi seksual.
4. Ishak Mad Shah, 2011 menjalankan kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti sahsiah pelajar lelaki lembut dari aspek personaliti, gaya hidup dan self-esteem. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar bukan lembut dan staf UTM terhadap kewujudan pelajar lelaki lembut di kampus. Untuk tujuan itu satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 125 orang pelajar lelaki lembut, 500 orang pelajar bukan lembut dan 460 orang staf di UTM. Set soal-selidik untuk pelajar lelaki lembut mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi, personaliti, gaya hidup dan self-esteem. Kaedah analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 10.0 digunakan bagi menghurai data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lembut memiliki personaliti jenis ESFJ (Pemberi pelindungan) dan ESFP(Pelaksana). Dapatan juga menunjukkan tahap gaya hidup pelajar lelaki lembut adalah tinggi. Ini bermakna golongan pelajar ini mengamalkan gaya hidup seperti wanita dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, keseluruhan pelajar lelaki lembut didapati mempunyai tahap selfesteem yang tinggi.Kehadiran pelajar lelaki lembut di UTM dipandang negative oleh pelajar bukan lembut dan staf UTM kerana golongan pelajar ini boleh mempengaruhi pelajar lain dan imej universiti. Namun begitu, pelajar-pelajar dan staf berpandangan positif bahawa masalah ini masih boleh dibendung daripada terus berleluasa di kampus UTM, Skudai.
5. Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi, 2005 telah membuat kajian yang bertajuk Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan

Masyarakat Masa kini: Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT. Kajian ini bertujuan melihat faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan seks songsang pelajar lelaki yang bersekolah di asrama penuh dan di IPT. Pengukuran yang dibuat dalam kajian tersebut dibuat melalui analisis secara pemerhatian dan rekod perbualan kes-kes tertentu bagi pelajar atau bekas pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Seramai 15 daripada 18 pelajar asrama yang dipilih secara rambang. Kajian mendapati terdapat tiga dimensi yang mempengaruhi kecelaruan seks pelajar lelaki di asrama dan di IPT iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Kebiasaan menonton video lucah yang menampilkan pelbagai adegan termasuk seks songsang membuatkan seseorang itu akan memperoleh ilmu atau pemahaman baru kemudian diterjemah dengan kemahiran yang akhirnya menimbulkan keinginan. Gaya hidup songsang itu juga didorong oleh faktor-faktor seperti kebebasan melayari laman web atau video lucah sejak kecil termasuk dalam makmal komputer sekolah. Memenuhi keinginan mencari kumpulan atau `pasangan' sejiwa bagi memenuhi rasa sunyi atau mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah. Prasarana hiburan tidak terbatas yang memberi ruang kepada percambahan tingkah laku songsang. Masalah ikatan kekeluargaan yang lemah, terbiar dan didikan agama yang longgar. Dalam isu kekeluargaan misalnya, keluarga sekarang terlalu menekankan penjagaan anak perempuan sehingga mengabaikan anak lelaki, kononnya mereka boleh jaga diri.

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

6. Yik Koon Teh, 2001. Telah membuat kajian tentang sejauhmana pengaruh budaya dan agama terhadap identiti Mak Nyah

(gelaran bagi lelaki transeksual di Malaysia). Kajian telah dijalankan kepada 507 Mak Nyah di seluruh negeri Malaysia yang melibatkan bangsa melayu, cina, india dan beragama islam, Kristian, budha, hindu dan lain-lain. Kesimpulannya Mak Nyah (lelaki Transeksual) di Malaysia mempunyai persamaan ciri-ciri dan watak dengan sebahagian besar Mak Nyah yang berada di dunia ini. Budaya dan kepercayaan di Malaysia memberi pengaruh kepada Mak Nyah di Malaysia kerana mereka boleh menerima takdir bahawa mereka bernaluri wanita tetapi terperangkap pada tubuh yang salah tetapi kebanyakkannya dari mereka tidak membuat pembedahan membuang zakar kerana tahu dilarang dan bimbang akan wujud masalah untuk pengurusan jenazah apabila meninggal kelak.
7. Kajian lelaki lembut di UTM, Skudai, Johor oleh Farahwahida Mohd Yusof Sharifah Munirah Timmiati, 2011 bertujuan untuk

melihat faktor dan kesannya kepada pembentukan sahsiah mahasiswa UTM. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual berfokus yang mana respoden terdiri daripada 10 lelaki lembut Mahasiswa UTM, Skudai Johor dari pelbagai Fakulti. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi lelaki lembut di UTM adalah daripada pengaruh teman-teman, keluarga dan media. Kemunculan lelaki lembut tidak dinafikan telah memberi kesan terhadap pembentukan sahsiah. Kedudukan lelaki lembut dalam perspektif Islam adalah haram kerana menyerupai perempuan. Sekiranya mereka menukar jantina hak dan tanggungjawab dari segi perkahwinan, perwalian, pakaian dan aurat adalah sama dengan hak dan tanggungjawab seperti lelaki normal yang lain.
8. Sharifah Muzlia Binti Syed Mustafa, 1997 telah menjalankan kajian Per bandingan Identiti Seksual Dan Gangguan Emosi di

antara Pelajar Lelaki Feminin dan Pelajar Lelaki Maskulin. Kajian ini cuba menggambarkan dan membandingkan minat jenisjantina semasa kecil, identiti jantina, orientasi seksual, dan tahap gangguan emosi di kalangan pelajar lelaki bersifat feminin dan pelajar lelaki bersifat maskulin. Seramai 35 pelajar sekolah menengah yang bersifat feminin dan 35 pelajar bersifat maskulin dipadankan dari segi umur, ras, agama dan sekolah . Lelaki feminin telah dipilih secara rawak terpilih dan dikenalpasti secara objektif menggunakan Skala Gaya Feminin.70 responden ini telah diberi lima soal selidik: Skala Minat Jenis-Jantina Masa Kecil (CGIS), Skala Identiti Jantina Feminin (FGIS), Skala Imej Tubuh Badan (BIS), Skala Orientasi Seksual (SOS) dan Skala Gangguan Emosi (EDS). Melalui kaedah analisis deskriptif, dapatan menunjukkan bahawa lelaki feminin mengingati minat jenis-perempuan yang tinggi dan minat jenis-lelaki yang rendah sewaktu mereka kecil. Lelaki maskulin sebaliknya mengingati minat jenis - lelaki yang tinggi dan minat jenis-perempuan yang rendah. Lelaki feminin juga melaporkan kecenderungan ke arah identiti jantina feminin manakala lelaki maskulin tidak melaporkan demikian. Lelaki feminin lebih tidak berpuas hati dari lelaki maskulin dengan bahagian-bahagian tubuh badan mereka. Berbanding dengan lelaki

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

maskulin, lelaki feminin juga mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada pasangan seksual lelaki dan kecenderungan yang rendah kepada pasangan seksual perempuan. Akhirnya, lelaki feminin melaporkan tahap gangguan emosi yang lebih tinggi dari lelaki maskulin . Ujian t menunjukkan bahawa lelaki feminin dan lelaki maskulin berbeza secara signifikan di dalam kelima-lima pemboleh-ubah yang diukur. Adalah dirumuskan bahawa lelaki feminin cenderung untuk melibatkan diri dengan minat jenis perempuan semenjak mereka kecil lagi. Mereka berisiko untuk membentuk identiti feminin, dengan itu membesar kelak menjadi pondan. Mereka juga cenderung kepada orientasi homoseksual, serta mengalami tekanan emosi dalam perhubungan sosial dengan orang-orang yang signifikan. Dapatan kajian ini menyokong tentang peri pentingnya campur tangan awal dengan membantu pelajar lelaki feminin mengubah arah identiti jantina mereka.
9. Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar.Deborah Azrael, 2009, membuat kajian bertajuk

Emotional Distress Among LGBT Youth: The Influence of Perceived Discrimination Based on Sexual Orientation . Tujuan kajian adalah untuk melihat adakah terdapat kesan tekanan emosi kepada golongan belia LGBT terhadap pengaruh diskrimasi berasaskan Orintasi Seksual di Boston. Seramai 1032 responden, melibatkan 18 buah sekolah bantuan kerajaan di Boston yang mana setiap sekolah diambil sampel di antara 100-125 pelajar-pelajar gred 9 hingga 12 dengan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Intrumen yang dipakai ialah Boston Youth Survey (BYS) yang mengandungi item tingkah laku sihat dan tingkah laku berisiko. Kajian menunjukkan bahawa diskriminasi dilihat menyumbang kepada peningkatan simptom-simptom kemurungan di kalangan belia LGBT. Diskriminasi juga turut menyumbang risiko membahayakan diri dan cubaan membunuh diri di kalangan belia LGBT lelaki. Kesimpulannya diskriminasi dilihat penyumbang kepada peningkatan tekanan emosi di kalangan belia LGBT di Boston.

10. Caitlin Ryan,Stephen T. Russell, David Huebner, Rafael Diaz, and Jorge Sanchez, 2010 dalam kajiannya bertajuk Family

Acceptance in Adolescence and the Health of LGBT Young Adults telah menunjukkan bahawa penerimaan keluarga menunjukkan ada kaitan dengan kesihatan fizikal dan mental yang positif kepada golongan belia LGBT. Kajian memfokuskan peranan dan penerimaan keluarga terhadap tingkah laku berisiko (penyalahgunaan dadah dan tingkah laku seksual) di kalangan belia LGBT. Sampel seramai 245 keluarga telah di temuduga melalui kaedah kualitatif yang mana sampel dikenalpasti mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan gejala LGBT dan tingkah laku berisiko. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa penerimaan dan penglibatan yang menggalakkan ibu bapa dan penjaga amat diperlukan untuk mengurangkan jurang kesihatan mental di kalangan belia LGBT dengan golongan belia yang normal.

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

JADUAL MATRIK JURNAL ARTIKEL LGBT


Bil Nama / Tahun / Tajuk / Jurnal / Volume / Halaman Kaedah Kajian/ Sampel/ Rumusan/ Dapatan Instrument kajian eksperimen, kajian pra dan pasca ujian terhadap kumpulan kawalan secara rawak. Keberkesanan intervensi kaunseling kelompok pendekatan eklektik juga akan dibandingkan selepas sebulan susulan. Kajian eksperimental terhadap Kajian ini bertujuan golongan guru pelatih lelaki feminin mengkaji keberkesanan Kaedah purposive sampling ini diharapkan dapat membantu semua kaunseling kelompok kepada sejumlah guru pelatih warga IPGM (Kaunselor, Pensyarah, Eklektik terhadap guru lelaki sebagai sampel kajian Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG pelatih lelaki feminin dan yang terdapat di Kampus Zon Kampus dan Kementerian Pelajaran konflik peranan jantina di Tengah dan Zon Selatan, Institut Malaysia) agar dapat lebih memahami Institut Pendidikan Guru. Pendidikan Guru Malaysia pergolakan dan kehidupan sebenar Tumpuan kajian adalah (IPGM). golongan ini. Kaedah rawatan dalam aspek ketekalan pencegahan dan pemulihan terbaik femininiti-maskulinitiTahap kekuatan aras femininterhadap golongan guru pelatih lelaki androgany dan konflik maskulin-androgany guru pelatih lembut perlu dikenal pasti agar peranan jantina yang lelaki diukur dengan kaunselor terlibat mampu memberikan dipunyai. menggunakan alat ukuran Bem khidmat bantuan terbaik terhadap Sex Role Inventory (BSRI) oleh mereka. Sarah, Bem (1974). Tahap konflik peranan gender pula diukur dengan menggunakan Skala Konflik Peranan Jantina (Gender Role Conflict Scale) yang Objektif / Soalan/ Hipotesis

1.

Roslan bin Mat Piah. 2013. Keberkesanan Kaunseling Kelompok Eklektik Dalam Kalangan Guru Pelatih Lalaki Feminin dan Konflik Peranan Jantina Di Intitut Pendidikan Guru. Jurnal Kaunseling dan Pendidikan. 133-139.

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

dibangunkan oleh Oneil et. al. (1986). Ia dbina khusus untuk mengukur konflik peranan jantina individu lelaki. Semua subjek kajian terpilih berumur di antara 1826 tahun dari pelbagai jurusan pengajian dari Program Pengajian PPISMP dan PISMP. Semua subjek kajian adalah guru pelatih lelaki yang mempunyai aras penentuan feminiti melebihi 50% mengikut alat ukuran BSRI Kaedah kajian melibatkan kombinasi kajian Kualitatif dan kuantitatif dengan melibatkan :i. Tinjauan secara Online : Seramai 1 110 peserta dalam lingkungan umur 1473 tahun. ii. Proses penilaian komuniti iii. Temuduga Individu : seramai 40 orang peserta yang dikenalpasti sebagai LGBT dalam lingkungan umur 1662 tahun. Focus pada cerita dan

2.

Paula Mayock, Audrey Bryan. 2010. Sokongan Kehidupan LGBT: Satu Kajian Tentang Kesejahteraan dan Kesihatan Mental Golongan Lesbian, Gay, Bisekseual dan Trangender. Jurnal Pusat Kajian Kanak-kanak Trinity College Dublin.

Mengkaji individu di Ireland untuk memahami kehidupan harian yang dialami sama ada memberi kesan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan psikologikal individu yang dikenalpasti dalam kelompok LGBT. Kajian memberi perhatian kepada isu .

Kajian mendapati majoriti peserta tidak pernah ada cubaan membunuh diri tetapi kecenderungan mereka untuk membunuh diri dari golongan yang minoriti. Dapatan juga mendapati tekanan psikologikal datang dari faktor luaran iaitu diskriminasi dan prejudis masyarakat setempat. Tekanan dari dalaman banyak dipengaruhi oleh kebimbangan peserta untuk melalui hari-hari yang mendatang.

i. Kecenderungan untuk membunuh diri terutama golongan LGBT

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

golongan muda.

pengalaman peserta.

ii. Mengenalpasti pengalaman yang dapat mengukuhkan daya tahan golongan LGBT.

Objektif utama kajian adalah membina polisi, perkhidmatan dan pencegahan yang berkaitan dengan promosi kesihatan mental dan pencegahan membunuh diri dalam kalangan LGBT.

3.

Dr. Lai Mee Huong. 2012. Methamphetamine Abuse in Sexual Minorities: A Case Report. Journal of Mental Health Counseling.31-48.

Objektif kajian tertumpu kepada kajian kes yang dilaporkan yang telah terlibat dengan penyalahgunaan bahan dan mengalami psikosis.

Kajian Kes yang dilaporkan oleh Ms RK berumur lingkungan 40 tahun mengalami kecelaruan identiti jantina. Walaupun subjek kajian seorang perempuan tetapi mengamalkan cara hidup dan berpenampilan sebagai seorang lelaki. Mempunyai teman hidup sama jantina sepuluh tahun lepas dan terlibat dengan

Kajian mendapati terapi gentian methadone hanya mengurangkan rasa ketagihan klien. Pengkaji mencadangkan perlu rawatan dan pendekatan yang pelbagai bagi mengurangkan konflik klien. pengkaji merasakan perlu ada kekuatan spiritual (moral dan agama) sebagai benteng dan kekutan untuk klien menghadapi tekanan terutama diskriminasi dari

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

penyalahgunaan bahan hampir 20 tahun. Klien kini dirawat di Bahagian Psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur melalui terapi gentian methadone. Berdasarkan kepada matlamat di atas,beberapa objektif kajian telah dikenalpasti bagi memenuhi matlamat kajian ini. Secara terperinci objektif kajian ini adalah seperti berikut : Mengenalpasti ciri-ciri demografi pelajar lelaki lembut i. Mengenalpasti personaliti, gaya hidup dan selfesteem pelajar lelaki lembut. ii. Mengenalpasti persepsi pelajarpelajar bukan lembut UTM terhadap pelajar lelaki lembut. iii. Mengenalpasti persepsi staf UTM terhadap pelajar lelaki

masyarakat sekitar.

4.

Ishak Mad Shah. 2011. Pelajar Lelaki Lembut: Suatu Persepsi Masyarakat Kampus UTM. Jurnal Psikologi Malaysia. 101-107

Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia daripada semua fakulti di kampus UTM Skudai. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar lelaki lembut, pelajar bukan lembut dan staf UTM. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 125 orang pelajar lelaki lembut, 500 orang pelajar bukan lembut dan 460 orang staf UTM. Set soal selidik untuk pelajar lelaki lembut mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi, personaliti, gaya hidup dan self-esteem. Kaedah analisis statistic deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 10.0 digunakan bagimenghurai data yang diperolehi.

Dapatan kajian terhadap faktor-faktor yang mendorong pelajar lelaki lembut menjadi lelaki lembut dirumuskan seperti berikut: Diri sendiri - Naluri semulajadi - Takdir - Suka kepada lelaki macho - Dorongan oleh pasangan (lelaki) Rakan-rakan - Pengaruh rakan-rakan lembut yang lebih senior - Aktiviti yang lebih kerap bersama lelaki - Rakan-rakan sekolah - Teman asrama - Disisihkan oleh rakan-rakan lelaki yang normal - Lebih rapat dengan rakan-rakan lembut - Pernah diganggu oleh kaum sejenis Keluarga - Didikan, jagaan dan asuhan ibu seperti dipakaikan pakaian kanakkanak perempuan dan bermain dengan anak

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

lembut.

patung semasa kecil. - Tiada bantahan daripada keluarga - Anak manja - Pengaruh keluarga seperti bilangan adik-beradik perempuan yang ramai dalam keluarga - Hubungan yang rapat dengan ibu - Hubungan yang rapat dengan kakak dan terikut-ikut - Tidak mempunyai anak perempuan dalam keluarga - Dibuli oleh abang-abang - Pakcik yang bersifat lembut - Diliwat semasa kecil seperti oleh bapa saudara Persekitaran - Pandangan serong masyarakat sekeliling - Pengalaman sekolah lelaki Bahan bacaan - Suka membaca majalah-majalah yang berkaitan dengan isu wanita seperti CLEO - Mudah mendapat maklumat melalui bahan interaktif Kajian mendapati terdapat tiga dimensi yang mempengaruhi kecelaruan seks pelajar lelaki di asrama dan di IPT iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Kebiasaan menonton video lucah yang

5.

Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi. 2005. Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan Masyarakat Masa kini: Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT.

Kajian ini bertujuan melihat factor-faktor kecelaruan seks pelajar lelaki yang bersekolah di asrama penuh dan di IPT.

Pengukuran yang dibuat dalam kajian tersebut dibuat melalui analisis secara pemerhatian dan rekod perbualan kes-kes tertentu bagi pelajar atau bekas pelajar yang terlibat secara langsung

10

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

dan tidak langsung. Seramai 15 daripada 18 pelajar asrama yang dipilih secara rambang.

menampilkan pelbagai adegan termasuk seks songsang, seseorang itu akan memperoleh ilmu atau pemahaman baru kemudian diterjemah dengan kemahiran yang akhirnya menimbulkan keinginan. Gaya hidup songsang itu juga didorong oleh faktor: Kebebasan melayari laman web atau video lucah sejak kecil termasuk dalam makmal komputer sekolah. Memenuhi keinginan mencari kumpulan atau `pasangan' sejiwa bagi memenuhi rasa sunyi atau mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah. Pembiakan kecelaruan seksual oleh mangsa kepada rakan-rakan sebaya sama ada di sekolah atau di universiti. Prasarana hiburan tidak terbatas yang memberi ruang kepada percambahan tingkah laku songsang. Masalah ikatan kekeluargaan yang lemah, terbiar dan didikan agama yang longgar. Dalam isu kekeluargaan misalnya, keluarga sekarang terlalu menekankan

11

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

penjagaan anak perempuan sehingga mengabaikan anak lelaki, kononnya mereka boleh jaga diri. Sampel terdiri daripada 507 Mak Nyah (transeksual lelaki) yang mewakili 13 buah negeri di Malaysia mengikut pecahan berikut :Bangsa Melayu : 86 % Cina : 5 % India : 4 % Lain-lain: 3 % Agama Islam : 88 % Kristian : 5 % Budha : 3 % Hindu : 3 % Tiada Agama : 1 % Kaedah kajian ini menggunakan i. ii. Kaedah analisis dokumen Temubual Berfokus Kesimpulannya Mak Nyah (lelaki Transeksual) di Malaysia mempunyai persamaan ciri-ciri dan watak dengan sebahagian besar Mak Nyah yang berada di dunia ini. Budaya dan kepercayaan di Malaysia memberi pengaruh kepada Mak Nyah di Malaysia kerana mereka boleh menerima takdir bahawa mereka bernaluri wanita tetapi terperangkap pada tubuh yang salah tetapi kebanyakkannya dari mereka tidak membuat pembedahan membuang zakar kerana tahu dilarang dan bimbang akan wujud masalah untuk pengurusan jenazah apabila meninggal kelak. Dapatan kajian menunjukkan factor yang mempengaruhi lelaki lembut di UTM adalah daripada pengaruh teman-teman, keluarga dan media. Kemunculan lelaki lembut tidak dinafikan telah memberi kesan terhadap pembentukan sahsiah. Kedudukan lelaki lembut dalam perspektif Islam adalah haram kerana menyerupai perempuan. Sekiranya

6.

Yik Koon The. 2001. Mak Nyah (Male Transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion On their Identity. http://www.Symposion.com

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan adakah terdapat persamaan ciri-ciri dan watak Transeksual luar Negara dengan transeksual di Malaysia yang mana dipengaruhi oleh budaya ketimuran dan Islam sebagai agama rasmi.

7.

Kajian ini bertujuan:untuk mengetahui faktorFarahwahida Mohd Yusof. faktor yang Sharifah Munirah Timmiati. mempengaruhi lelaki 2011. Lelaki lembut: Faktor lembut di Universiti dan kesannya kepada Teknologi Malaysia. pembentukan sahsiah untuk mengetahui kesan Mahasiswa. Jurnal Teknologi. pembentukan sahsiah 113-150 lelaki lembut menghuraikan kedudukan lelaki lembut dari

Respoden terdiri daripada 10 lelaki lembut Mahasiswa UTM. Skudai Johor dari pelbagai Fakulti.

12

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

perspektif Islam.

8.

Sharifah Muzlia Binti Syed Mustafa. 1997. Perbandingan Identiti Seksual Dan Gangguan Emosi di antara Pelajar Lelaki Feminin dan Pelajar Lelaki Maskulin, Tesis Pengajian Pendidikan. UPM

Kajian ini cuba menggambarkan dan membandingkan minat jenis-jantina semasa kecil , identiti jantina , orientasi seksual , dan tahap gangguan emosi di kalangan pelajar lelaki bersifat feminin dan pelajar lelaki bersifat maskulin .

35 pelajar sekolah menengah yang bersifat feminin dan 35 pelajar bersifat maskulin dipadankan dari segi umur, ras, agama dan sekolah . Lelaki feminin telah dipilih secara rawak terpilih dan dikenalpasti secara objektif menggunakan Skala Gaya Feminin. 70 responden ini telah diberi lima soal selidik: Skala Minat Jenis Jantina Masa Kecil (CGIS), Skala Identiti Jantina Feminin (FGIS), Skala Imej Tubuh Badan (BIS), Skala Orientasi Seksual (SOS) dan Skala Gangguan Emosi (EDS). Menggunakan kaedah analisis Deskriptif.

mereka menukar jantina hak dan tanggungjawab dari segi perkahwinan, perwalian, pakaian dan aurat adalah sama dengan hak dan tanggungjawab seperti lelaki normal yang lain. Dapatan menunjukkan bahawa lelaki feminin mengingati minat jenisperempuan yang tinggi dan minat jenis-lelaki yang rendah sewaktu mereka kecil . Lelaki maskulin sebaliknya mengingati minat jenis - lelaki yang tinggi dan minat jenis-perempuan yang rendah. Lelaki feminin juga melapurkan kecenderungan ke arah identiti jantina feminin manakala lelaki maskulin tidak melapurkan demikian. Lelaki feminin lebih tidak berpuashati dari lelaki maskulin dengan bahagianbahagian tubuh badan mereka. Berbanding dengan lelaki maskulin, lelaki feminin juga mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada pasangan seksual lelaki dan kecenderungan yang rendah kepada pasangan seksual perempuan. Akhirnya, lelaki feminin melapurkan tahap gangguan emosi yang lebih tinggi dari lelaki maskulin . Ujian t menunj ukkan bahawa lelaki feminin dan lelaki maskulin berbeza secara signifikan di dalam kelima - lima

13

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

pemboleh-ubah yang diukur. Adalah dirumuskan bahawa lelaki feminin cenderung untuk melibatkan diri dengan minat jenis perempuan semenjak mereka kecil lagi. Mereka berisiko untuk membentuk identiti feminin, dengan itu membesar kelak menjadi pondan. Mereka juga cenderung kepada orientasi homoseksual , serta mengalami tekanan emosi dalam perhubungan sosial dengan orang-orang yang signifikan . Dapatan kajian ini menyokong tentang peri pentingnya campur tangan awal dengan membantu pelajar lelaki feminin mengubah arah identiti jantina mereka . Seramai 1032 responden, melibatkan 18 buah sekolah bantuan kerajaan di Boston yang mana setiap sekolah diambil sampel di antara 100-125 pelajar-pelajar gred 9 hingga 12. Menggunkan kaedah persampelan berstrata. Intrumen yang dipakai ialah Boston Youth Survey (mengandungi item tingkah laku Kajian menunjukkan bahawa diskriminasi dilihat menyumbang kepada peningkatan symptomsimptom kemurungan di kalangan belia LGBT. Diskriminasi juga turut menyumbang risiko membahayakan diri dan cubaan membunuh diri di kalangan belia LGBT lelaki. Kesimpulannya diskriminasi dilihat penyumbang kepada peningkatan tekanan emosi di kalangan belia LGBT di Boston

9.

Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar .Deborah Azrael. 2009. Emotional Distress Among LGBT Youth: The Influence of Perceived Discrimination Based on Sexual Orientation

Mengkaji adakah sama ada Pengaruh driskrimasi berasaskan Orintasi Seksual terdapat tekanan emosi terhadap golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender).

14

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

sihat dan tingkah laku berisiko)

10.

Caitlin Ryan,Stephen T. Russell, David Huebner, Rafael Diaz, and Jorge Sanchez.2010. Family Acceptance in Adolescence and the Health of LGBT Young Adults. Journal of Child and Adolescent Psychiatric Nursing.Volume 23.Number 4.205213

Kajian menmfokuskan peranan dan penerimaan keluarga terhadap tingkah laku berisiko (penyalahgunaan dadah dan tingkah laku seksual) di kalangan belia LGBT

Kaedah Kualitatf. Seramai 245 keluarga ditemuduga setelah dinilai mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan gejala LGBT dan tingkah laku berisiko

Penerimaan keluarga menunjukkan ada kaitan dengan kesihatan fizikal dan mental yang positif kepada golongan belia LGBT. Ini menunjukkan bahawa penerimaan dan penglibatan yang menggalakkan ibu bapa dan penjaga amat diperlukan untuk mengurangkan jurang kesihatan mental dikalangan belian LGBT dengan golongan beia yang normal.

ULASAN LITERATUR
1. Roslan Mat Piah (2013) mendapati kaunseling kelompok eklektik dapat membantu dan mencegah golongan lelaki feminin. 2. Diskriminasi atau homophobia dapat memberi kesan tekanan, gangguan emosi kepada kesihatan dan mental dan fizikal terhadap golongan homoseksual atau LGBT (Paula Mayock, Audrey Bryan, 2010; Dr. Lai Mee Huong, 2012; Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar.Deborah Azrael, 2009).

3. Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi (2005) mendapati gejala seks songsang yang berlaku kepada pelajar lelaki di asrama dan IPT banyak dipengaruhi oleh media soial seperti internet dan kurangnya kawalan dari ibu bapa. 4. Transeksual lelaki didapati mempunyai ciri-ciri dan watak yang hampir sama di kebanyakan transeksual lelaki di Negaranegara lain. (Yik Koon Teh, 2001).

15

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

5. Kedudukan lelaki lembut dalam perspektif Islam adalah haram kerana menyerupai perempuan. Sekiranya mereka menukar jantina hak dan tanggungjawab dari segi perkahwinan, perwalian, pakaian dan aurat adalah sama dengan hak dan tanggungjawab seperti lelaki normal yang lain (Farahwahida Mohd Yusof Sharifah Munirah Timmiati, 2011) 6. Sharifah Muzlia Binti Syed Mustafa (1997) mendapati individu yang membentuk identiti feminin berisiko membesar kelak menjadi pondan. Individu ini juga cenderung kepada orientasi homoseksual, serta mengalami tekanan emosi dalam perhubungan sosial dengan orang-orang yang signifikan.

7. Penerimaan dan penglibatan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga menunjukkan ada kaitan dengan kesihatan fizikal dan mental yang positif kepada golongan belia LGBT. (Caitlin Ryan,Stephen T. Russell, David Huebner, Rafael Diaz, and Jorge Sanchez, 2010). 8. Terapi Gantian Methadone untuk pesakit LGBT yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan merupakan satu kaedah rawatan yang bersifat sementara dan hanya mengurangkan penagihan. Pesakit memerlukan rawatan menyeluruh untuk memberi kekuatan dalaman pesakit (Dr. Lai Mee Huong, 2012).

PENYATAAN MASALAH
Kajian lepas mendapati Mak Nyah atau lelaki transeksual mempunyai ciri-ciri personaliti dan watak yang hamper sama dikebanyakan transeksual lelaki di Negara-negara lain kecuali pengaruh budaya dan agama dilihat banyak memberi kesan kepada Mak nyah di Malaysia untuk membuat pembedahan membuang zakar(Yik Koon Teh, 2001). Ini kerana kebanyakkan Mak Nyah di Malaysia adalah di kalangan lelaki Melayu dan Beragama Islam. Agama Islam juga melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Oleh itu Islam juga menolak golongan LGBT yang telah menolok fitrah kejadian manusia Farahwahida Mohd Yusof Sharifah Munirah Timmiati, 2011). Kebanyakkan golongan LGBT ini hidup dalam tekanan dan mengalami gangguan emosi akibat diskriminasi masyarakat setempat yang memandang serong pada golongan ini yang dikatakan mengalami kecelaruan identity jantina dan orientasi seksual songsang (Paula Mayock, Audrey Bryan, 2010; Dr. Lai Mee Huong, 2012; Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar.Deborah Azrael, 2009). Golongan LGBT ini juga ada yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan dan tingkah laku berisiko seperti cubaan membunuh diri dan membahayakan diri akibat tekanan luaran seperti homophobia dan konflik dalaman seperti kebimbangan terhadap masa depan

16

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

diri Dr. Lai Mee Huong, 2012. Kajian lepas juga mendapati kebanyakan gejala LGBT seperti seks songsang ini bermula dari kalangan individu yang berasrama penuh dan IPT Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi (2005). Maka tujuan kajian ini adalah melihat gejala LGBT di kalangan pelajar sekolah di Malaysia: Membentuk insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. SOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perbezaan gejala LGBT di kalangan pelajar sekolah menegah harian dengan pelajar sekolah berasrama penuh? 2. Sejauh manakah keberkesanan program rawatan dan pemulihan golongan LGBT di Malaysia kepada pembentukan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual ?

RUJUKAN
Caitlin Ryan,Stephen T. Russell, David Huebner, Rafael Diaz, and Jorge Sanchez.2010. Family Acceptance in Adolescence and the Health of LGBT Young Adults. Journal of Child and Adolescent Psychiatric Nursing.Volume 23.Number 4.205213. Farahwahida Mohd Yusof. Sharifah Munirah Timmiati. 2011. Lelaki lembut: Faktor dan kesannya kepada pembentukan sahsiah Mahasiswa. Jurnal Teknologi. 113-150 Ishak Mad Shah. 2011. Pelajar Lelaki Lembut: Suatu Persepsi Masyarakat Kampus UTM. Jurnal Psikologi Malaysia. 101-107. Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar .Deborah Azrael. 2009. Emotional Distress Among LGBT Youth: The Influence of Perceived Discrimination Based on Sexual Orientation. J Youth Adolescence 38:10011014. Lai Mee Huong. 2012. Methamphetamine Abuse in Sexual Minorities: A Case Report. Journal of Mental Health Counseling.(2). 3148. Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi. 2005. Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan Masyarakat Masa kini: Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT.

17

Save as ME Mohd Radhi Bin Abu Shahim M20131001102

Paula Mayock, Audrey Bryan. 2010. Supporting LGBT Lives: A Study of the Mental Health and Well-being of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender People. Journal Childrens research center. 65-68. Roslan bin Mat Piah. 2013. Keberkesanan Kaunseling Kelompok Eklektik Dalam Kalangan Guru Pelatih Lalaki Feminin dan Konflik Peranan Jantina Di Intitut Pendidikan Guru. Jurnal Kaunseling dan Pendidikan. 133-139. Sharifah Muzlia Binti Syed Mustafa. 1997. Perbandingan Identiti Seksual Dan Gangguan Emosi di antara Pelajar Lelaki Feminin dan Pelajar Lelaki Maskulin. Tesis Pengajian Pendidikan. UPM Teh, Y. K. (2001) Mak Nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on their Identity, 33 (2), 101-114. Dimuat turun (diperoleh) Oktober 28,2013, daripada http://www.symposion.com/ijt/ijtvo05no03_04.htm.

Vous aimerez peut-être aussi