Vous êtes sur la page 1sur 7

Pendekatan Cerakinan

Pengenalan
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan analisis. Pendekatan ini berlawanan dengan prinsip pendekatan binaan yang bersifat sintesis. Pendekatan pengajaran ini mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur yang lebih kecil yang membentukkan struktur tersebut.

Cara pelaksanaan
Pengajaran ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kemudiannya dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada unsur paling asas iaitu huruf-huruf.

Ayat Perkataan
Suku kata

Huruf

ayat

Nina ada kasut merah

perkataan

Nina

ada

kasut

merah

Suku kata Ni + na a + da ka + sut me + rah

Huruf

e r

h s

i t

k u

Melalui pendekatan cerakinan ini, muridmurid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita atau ayat yang bermakna. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaeah pandang sebut yang didalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

Vous aimerez peut-être aussi