Vous êtes sur la page 1sur 21

i

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR.

TAJUK : SISTEM ENDOKRINA


STRUKTUR DAN FUNGSI HORMON KELENJAR SISTEM ENDOKRINA CARA INTERAKSI HORMON

PROGRAM

: PPG PENGAJIAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

AMBILAN UNIT SUBJEK

: FEBRUARI 2012 (SEMESTAR 4) : BAHASA MELAYU 1 : ANATOMI DAN FISIOLOGI

KOD KURSUS : PJM3106 NAMA PENSYARAH : PUAN SHAIREENA BINTI JAAFAR TARIKH HANTAR : 6 SEPTEMBER 2013

BORANG PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan setiap perkara adalah menerangkan tentang sumber

Tandatangan :

..

NAMA : SITI ARBAIAH BINTI HJ KABEB (660703016476)

Tandatangan :

..

NAMA : HERLINA BINTI ADAM (660703055280) Tandatangan : ..

NAMA : RAMLAH BINTI ALI (660703016476)

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

BORANG PENGAKUAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN TAJUK REFLEKSI KENDIRI BORANG KOLABORASI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

i ii iii 1-3

17-18 19-20 21

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulilah dengan limpah dan kurnia-Nya yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah ruah sehingga rancangan dan penulisan serta penyusunan kerja khusus ini terhasil jua akhirnya. Pada kali ini, saya dikehendaki menyiapkan tugasan yang bertajuk:

SISTEM ENDOKRINA struktur dan fungsi hormon kelenjar sistem endokrina cara interaksi hormon

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Mata Pelajaran Anantomi dan Fisiologi (PJM3106) iaitu Puan Sharina Binti yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini, Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar puan, tentu saya gagal menyiapkan tugasan ini dengan baik dan jayanya. Apa yang saya harapkan agar segala ilmu yang saya peroleh ini dapat saya manfaatkan dalam mendidik anak bangsa ke arah pencapaian yang lebih cemerlang terutamanya dalam pelajaran mereka khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semoga jasa baik puan, Allah jua yang membalasnya. Insyallah

Layang-layang terbang melayang, Terbang melayang tinggi di awan, Jasamu puan akan kukenang, Sepanjang masa, sepanjang zaman

Sekian, terima kasih. DARI SAYA:SITI ARBAIAH BINTI HJ KABEB (660703016476)

1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan subjek Anatomi dan Fisiologi ini, kumpulan kami dikehendaki menulis esei berkaitan Sistem Endokrina, yang meliputi tajuk-tajuk kecil seperti struktur dan fungsi hormon, kelenjar sistem endokrina dan cara interaksi hormon. Walaupun kami rasakan subjek ini amat sukar tetapi sebagai seorang pelajar kami akur dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan. Melalui tugasan dan subjek ini kami dapat memahami konsep asas pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi daripada peringkat kimia, selular, tisu dan organ. Selain itu, kami juga dapat memahami pelbagai sistem fisiologi dan anatomi manusia yang meliputi pelbagai fungsi dan sistem seperti sistem integumentari , sistem endokrina, sistem reproduksi, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem pengaliran dan peredaran darah serta pelbagai lagi yang berkaitan dengan sistem tubuh manusia. Tugasan ini juga memberi banyak manfaat kepada kami kerana kami telah didedahkan dengan terminologi dan bahasa saintifik sains yang berkaitan tubuh badan manusia. Ini merupakan ilmu yang kami rasakan amat bernilai kerana melaluinya kami dapat menghargai setiap inci tubuh badan yang telah dicipta oleh Allah s.w.t.

2.0 PENDAHULUAN Hormon merupakan sejenis bahan kimia atau zat kimia yang dihasilkan oleh kelenjar atau organ tertentu melalui ransangan yang mempengaruhi aktiviti di dalam sel. Hormon akan dirembeskan sama ada melalui saluran atau dirembes terus pada aliran darah iaitu tanpa saluran. Jika hormon dirembes melalui saluran, ia dikenali sebagai sistem eksokrina, manakala jika sebaliknya ia dikenali sebagai sistem endokrina. Dalam tugasan ini, kami akan berfokus kepada sistem endokrina berserta sistem-sistem yang berkaitan dengannya. Sistem endokrina adalah sistem kontrol kelenjar tanpa saluran (ductless) yang menghasilkan hormon yang tersirkulasi di tubuh melalui aliran darah untuk mempengaruhi organ-organ lain. Ia berfungsi untuk menyesuaikan dan menyelaras pelbagai aktiviti organ tubuh supaya perubahan yang berlaku bersesuaian dengan kehendak persekitaran dalaman dan luaran tubuh badan. Peranan biologi sistem endokrina amat berkait rapat dengan sistem saraf di mana kedua-dua sistem ini bekerja untuk mempertahankan homeostasis tubuh. Perbezaanya hanyalah, sistem endokrina bekerja melalui hormon, manakala sistem saraf bekerja melalui neurotransmiter yang dihasilkan oleh ujung-ujung saraf. Sistem endokrina berfungsi untuk mengawal proses metabolisma tubuh yang merangkumi perubahan kimia dan transformasi tenaga yang berlaku dalam tubuh. Apabila kelenjar endokrina merembes hormon ke peredaran darah dan bertindak di organ sasarannnya, biasanya kesan yang terhasil berlawanan daripada perubahan awal yang menyebabkan terbebasnya hormon tersebut. Dengan itu, sistem endokrina dapat mengembalikan aktiviti sel kepada keadaan asal dan menstabilkan homeostasis. Sistem endokrina juga membantu untuk memulakan dan memperantarai proses tumbesaran, reproduksi, dan penuaan. Sistem endokrina boleh bertindak sendirian atau berintegrasi bersama sistem saraf. Pusat integrasi utama antara saraf dan endokrina berlaku di hipotalamus. Hipotalamus mengawal sistem endokrina melalui pengaruhnya ke atas pituitari dan hipotalamus juga berperanan dalam mengawal sistem saraf autonomik. Sistem endokrina merupakan sistem yang amat penting bagi seorang manusia kerana sistem ini mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi utamanya ialah mengawal dan meransang aktiviti kelenjar tubuh dalam penghasilan hormon. Hormon-hormon ini seterusnya akan memainkan peranan yang penting dalam kelancaran sistem tubuh manusia. Ketidakstabilan sistem endokrina akan menyebabkan sistem tubuh terganggu dan menjejaskan kehidupan seseorang individu. 6

3.0 SISTEM ENDOKRINA 3.1 STRUKTUR DAN FUNGSI HORMON Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrina mempunyai kesan yang banyak dan berbezabeza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. a. Fungsi pertama adalah memelihara dan mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan dan isipadu cecair di dalam tubuh badan. b. Fungsi kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stress, penghidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. c. Fungsi ketiga ialah meransang pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan terutamanya pada kanak-kanak. d. Fungsi keempat pula membezakan sistem saraf dan sistem reproduktif pada janin yang sedang berkembang. Ia memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Klasifikasi hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrina adalah berdasarkan struktur asasnya atau struktur kimianya. Terdapat tiga klasifikasi homon dalam tubuh manusia iaitu: i. Peptida dan protein ii. Steroid iii. Amine

Rajah1 : Organ dan kelenjar sistem endokrina

Jadual 1: Pengelasan hormon berdasarkan struktur kimia atau struktur asasnya adalah seperti berikut. Peptida dan Protein Glikoprotein Polipeptida Hormon Perangsang Folikel Hormon Ganadotrofin Hormon Pluteinan Hormon Adrenokortikotrofin Angiotensin Kalsitonin Kolesisitokinin Eritropoietin Gastrin Hormon perangsang Glukagon Tiroid Homon Pertimbuhan Insulin Somatomedin Hormon Perangsang Melanosit Oktsitosin Prolaktin Hormon Paratiroid Sekretin Relaksin Vasopresin Testosteron Vitamin

Steroid Aldosteron Estradiol

Amine Adrenalin

Noradrenalin Kortisol Tirosin Progesteron Triodotironin

Jadual 2: Jadual menunjukkan kelenjar sistem endokrina yang menghasilkan hormon, hormon yang dihasilkan dan peranan atau fungsi hormon tersebut. Kelenjar Hipotalamus Hormon Hormon Pembebasan Tirotropin (Thyrotropin-relasing hormone, TRH) Peranan utama ialah: Merembeskan hormon pembebasan tiroid (thyroid-stimulating hormone, TSH) . Merembeskan hormone adrenokortikotropik (adrenocorticotropic hormone). Merencat pembebasan hormon tumbesaran (growth hormone). Merembes Hormon Peluteinan (Luteinizing hormone,LH) dan Hormon Perangsang Follikel (Follicle-stimulating hormone,FSH). Merencat rembesan prolactin.

Hormon Pembebasan Kortikotropin (Corticotropin-releasing hormone, CRH) Somatostatin atau Faktor Perencat Somatotropin (SRIF) Hormon pembebasan Gonadotropin

Dopamine (DA) Kelenjar Pituitari 1. Lobus anterior (anterior lobe) Somatotropin atau hormon tumbesaran (Growth hormone, GH) Tirotropin (thyroid stimulating hormone, TSH)

Mengawal tumbesaran tubuh, otot, organ dan tulang. Mengawal pertumbuhan dan aktiviti rembesan kelenjar tiroid. Mengawal saiz dan aktiviti kelenjar tiroid. Mengawal kelenjar suprarenal dalam menghasilkan kortisol yang berasal dari kortex suprarenal. Hormon FSH pada ovarium berguna untuk merangsang perkembangan folikel (bersama dengan LH) dan pengeluaran estrogen. Pada testis, hormon ini berguna untuk merangsang pertumbuhan tubulus seminiferus, dan spermatogenesis. Mencetuskan ovulasi, menghasilkan testosteron dan progestron dalam sel interstitial.

Hormon Adrenokortikotropin (Adrenocorticotropic Hormone , ACTH) Hormon Perangsang Follikel (Folliclestimulating hormone,FSH) dan Hormon Peluteinan (Luteinizing hormone,LH)

Prolaktin, mammotropin

Mengawal pertumbuhan kelenjar susu, laktasi dan fungsi korpus luteum. Mengawal dan mengatur kontraksi atau pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi. Mengawal tekanan darah pada arteriole dan mengatur pengeluaran dan oenyerapan jumlah air yang melalui buah pinggang, seterusnya mengawal imbangan dan isipadu air di dalam badan. Mengawal pertumbuhan dan kadar metabolisma tubuh badan secara menyeluruh, mengawal pertumbuhan dan fungsi otak. Mengawal kandungan kalsium di dalam cecair badan. Mengawal kandungan kalsium dan fosfate di dalam badan. Meningkatkan pengeluaran garam dan air oleh ginjal. Menurunkan gula darah, mengawal metabolism karbohidrat, lemak dan protein. Glikogenolisis di otot dan hepar. Glikogenolisis di otot dan hepar. Mengawal metabolisme karbohidrat dan bahan organik, mengawal stress dan sistem pertahanan badan. . Meningkatkan serapan Na+ di ginjal. Aktiviti adrogenik (terutama pada wanita). Ritma biologi berkaitan kitaran siang dan malam.

2. Lobus posterior (posterior lobe)

Oxcytocin

Vasopresin (anti-diuretic hormone, ADH)

Tiroid (thyroid)

Tirosin (thyroxine,T4)

Kalsitonin Paratiroid (parathyroid) Jantung (heart) Islet pankreas Sel B (Islet langerhans) Hormon paratiroid Peptida atrium natriuretik (ANP) Insulin

Glukagon Medula adrenal Korteks adrenal Adrenalin Kortisol

Aldosteron

Androgen adrenal Kelenjar pineal (pineal gland) Indoles, Seratonin, Melatonin

10

Ovari

Estrogen

Kitaran haid dan mengawal sifat seks wanita. Perubahan dalam kitaran haid pada uterus kelenjar susu. Merelaksasi pubis simpisis semasa kelahiran. Perkembangan bayi uterus plasenta semasa kehamilan. Penghasilan angiotensin. Rangsangan rembesan sel parietal untuk menghasilakn asid. Merangsang penghasilan jus pancreas. Kontraksi pundi hempedu.

Progestron

Testis Plasenta Ginjal Trek gastrousus (gastrointestinal tract)

Testosteron dan androgen Korionik ganodotropin Estrogen dan Progestron Renin Gastrin

Sektretin

Kolesistokinin (CCK)

Sintesis hormon kebanyakan- kelenjar endokrina mensintesis atau menghasilkan dan merembeskan hormon terus ke dalam peredaran darah; kecuali kelenjar pituitari posterior hormonnya disintesis di hipotalamus, dan di simpan di pituitari posterial sementara menunggu rangsangan untuk merembeskannya. Keupayaan kelenjar mensintesis sesuatu hormon bergantung kepada adanya bahan untuk mensintesis dan kewujudan enzim yang diperlukan di kelenjar tersebut. Misalnya, kelenjar tiroid memerlukan iodine untuk mensintesis atau menghasilkan hormon tiroksin dan kelenjar adrenal pula memerlukan kolestrol untuk menghasilkan pelbagai hormon steroid seperti aldosteron, progesterone dan testosterone. Pengangkutan dan penyimpanan hormon dalam darah adalah berbeza-beza. Hormon peptida dan katekolamin berada dalam darah dalam bentuk bebas. Manakala, hormon steroid dan hormon tiroksin pula terikat pada protein pengangkut dalam darah. Hanya sedikit sahaja daripada hormon ini berada dalam keadaan bebas, dan hormon yang bebas inilah yang aktif dan memberi kesan biologi terhadap tubuh badan. Metabolisma hormon- metabolism atau jangka hayat hormon juga berbeza-beza. Umumnya semua hormon yang telah dirembes akan dimetabolismakan oleh enzim dan ditukarkan kepada bentuk tidak aktif sebelum dikumuh dan dikeluarkan oleh badan.

11

Mekanisma tindakan-Tindakan hormon memerlukan kehadiran reseptor pada organ sasaranya. Contoh mekanisma tindakan homon ialah hormon insulin dan reseptor insulin yang terdapat pada hepar. Dengan kehadiran insulin, reseptor insulin akan teransang dan kemudiaan akan membenarkan dan memberi laluan kepada glukosa untuk masuk masuk ke dalam sel hepar dan menukarkan glukosa kepada glikogen untuk disimpan. Secara umumnya, gabungan hormon dengan reseptor spesifiknya mengubah organ sasarannya menjadi aktif melalui salah satu atau kombinasi beberapa tindakannya, iaitu sama ada : 1. Merangsang sintesis enzim baru dengan mengaktifkan kromosom yang berkaitan dalam nuklius. 2. Meningkatkan atau merencat kadar sintesis enzim yang sedia ada di dalam organ sasaran dengan mengubah kadar tranksaksi atau translasi kromosom. 3. Mengaktifkan atau menghentikan aktiviti sesuatu enzim dengan mengubah struktur molekulnya. Keabnormalan sistem hormon- oleh kerana sistem endokrina melibatkan pelbagai jenis kelenjar endokrina, maka insiden penyakit endokrina adalah berbeza-beza. Ketidakstabilan sistem endokrina ini boleh berlaku kepada sesorang individu apabila rembesan hormon berlebihan atau berkurangan, seterusnya membezakan mereka dengan individu normal. Gejala-gejala dan tanda-tanda seorang pesakit yang menhadapi masalah sistem endokrina juga disebabkan ketikstabilan hormon yang terhasil oleh tubuh pesakit. Penyakit yang kerap berlaku disebabkan oleh keabnormalan sistem endokrina ialah seperti kencing manis dimana pesakit kekurangan insulin atau tiada insulin dan sindrom cushing disebabkan kortison yang berlebihan. Manakala penyakit yang jarang berlaku adalah seperti penyakit Addison. Namun salah satu ciri khas penyakit endokrina ialah hampir semua pesakitnya boleh dirawat. Rawatan yang sempurna dapat menyembuhkan atau sekurang-kurangnya mengawal penyakit tersebut dan seterusnya menjadikan pesakit dapat hidup normal atau hampir normal. Rawatan penyakit yang disebabkan oleh sistem endokrina menjadi sukar kerana gejala dan tanda penyakit ini timbul agak lewat walaupon proses patologinya telah lama bermula. Ini mungkin disebabkan oleh keabnormalan endokrina berlaku perlahan-lahan dan memakan masa yang lama sebelum diagnosis dapat dilakukan. Oleh itu, bagi penyakit yang kerap kali berlaku seperti kencing manis, pemeriksaan awal atau ujian saringan perlu dilakukan oleh setiap individu terutamanya yang berumur melebihi 40 tahun atau sesiapa yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyakit tersebut. Penyakit endokrina boleh membawa keadaan akut

12

misalnya ketoasidosis dan hipoglisemia boleh membawa kepada kencing manis, hipokalsemia selepas pembedahan kelenjar tiroid atau pembedahan kelenjar paratiroid, dan krisis tirotoksik kepada penyakit hypertirisme. Walaubagaimanapun keadaan ini jarang berlaku, tetapi sekiranya berlaku, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan sempurna.

3.2 Kelenjar Sistem Endokrina

Sistem endokrina adalah sistem yang mengawal kelenjar tanpa saluran (ductless) dan menghasilkan hormon yang tersirkulasi di tubuh melalui aliran darah untuk mempengaruhi organ-organ lain. Hormon bertindak sebagai "pembawa pesan" dan dibawa oleh aliran darah ke berbagai sel dalam tubuh, yang selanjutnya akan menterjemahkan "pesan" tersebut menjadi suatu tindakan. Sistem endokrina tidak termasuk kelenjar eksokrina seperti kelenjar ludah, kelejar peluh dan kelenjar-kelenjar lain dalam saluran gastroinstestin. Kelenjar endokrina (endocrine gland) terdiri dari:

(1) Kelenjar hipofisis atau pituitari (hypophysis or pituitary gland) yang terletak di dalam rongga kepala dekat dasar otak; (2) Kelenjar tiroid (thyroid gland) atau kelenjar gondok yang terletak di bahagian depan leher; (3) Kelenjar paratiroid (parathyroid gland) dekat kelenjar tiroid; (4) Kelenjar suprarenal (suprarenal gland) yang terletak di kutub atas ginjal kiri-kanan; (5) Sel Langerhans (islets of langerhans) di dalam jaringan kelenjar pankreas; (6) Kelenjar kelamin (gonad) lelaki di testis dan indung telur pada wanita. *Placenta juga dikategorikan sebagai kelenjar endokrin kerana menghasilkan hormon.

1. Kelenjar hipofisis atau pituitari (hypophysis or pituitary gland) Hipofisis merupakan sebuah kelenjar sebesar kacang tanah, yang terletak di dalam struktur bertulang (sela tursika) di dasar otak. Hipofisis mengendalikan fungsi sebahagian besar kelenjar endokrina yang lain, sehingga ia disebut sebagai kelenjar pemimpin, atau master of gland. Kelenjar hipofisis terdiri dari dua lobus, iaitu lobus anterior (anterior pituitary) dan lobus posterior (posterior pituitary). Lobus posterior berasal daripada tisu otak embrio, lobus anterior berasal tisu lelangit mulut. Terdapat enam jenis hormon yang 13

dikenalpasti dihasilkan daripada lobus anterior. Mereka hormon pertumbuhan (growth hormone,GH), hormon perangsang tiroid (thyroid stimulating hormone,TSH), perangsang gonad (follicle stimulating hormone,FSH dan leutinizing hormone, LH), prolactin dan hormon adrenokortikotropik (adrenocorticotropic hormone, ACTH). Manakala lobar posterior menghasilkan hormon oksitosin dan vasopressin (Anti-diuretik hormone, ADH). Fungsi-fungsi hormon yang dihasilkan oleh pituitari adalah seperti dalam Jadual 2.

Rajah 2: lobar anterior dan posterior berserta hormon yang dihasilkan 2. Kelenjar tiroid atau kelenjar gondok Kelenjar ini berbentuk seperti kupu-kupu yang menempel di bahagian hadapan batang tenggorok (trachea). Kelenjar ini akan turun dan naik sewaktu menelan. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon-hormon seperti tri-iodo-tironin (T3) dan tiroksin (T4). Hormon ini berguna untuk merangsang metabolisma zat, katabolisme protein, dan lemak. Selain itu, ia boleh meningkatkan penghasilan haba di dalam badan, merangsang rembesan hormon pertumbuhan, dan mempengaruhi perkembangan sel-sel saraf dan mental bayi. Keduadua hormon ini biasa disebut dangan satu nama iaitu hormon tiroid. Manakala, kalsitonin (Calcitonin) yang turut dihasilkan oleh kelenjar ini turut berfungsi untuk menurunkan kadar kalsium dalam plasma dengan meningkatkan jumlah pengumpulan kalsium pada tulang. Pembesaran kelenjar tiroid disebut goiter atau struma dan fenomena ini biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Pembesaran ini disebabkan oleh kebanyakan pengeluaran hormon atau kerana kekurangan iodine hingga pengeluaran hormon berkurangan, dan 14

pada kes-kes lain kerana tumor atau ketumbuhan. Pengeluaran hormon yang berlebihan akan menghasilkan gejala seperti jantung berdebar-debar, berpeluh-peluh, berat badan menurun, serta mata menonjol. Pembesaran tiroid yang aktif disebut hot nodule dan yang tidak aktif disebut cold nodule. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang mengawal kepantasan dan kecekapan metabolisma tubuh tubuh melalui dua cara iaitu: 1. Merangsang penghasilan protein dalam badan. 2. Meningkatkan jumlah oksigen yang digunakan oleh sel. Fungsi lain kelenjar tiroid adalah seperti berikut : Bekerja sebagai perangsang proses oksidasi Mengatur penggunaan oksidasi Mengatur pengeluara karbon dioksida Mempengaruhi fisikal dan mental kanak-kanak

3. Kelenjar paratiroid Secara normal terdapat empat buah kelenjar paratiroid pada manusia, yang terletak tepat di belakang kelenjar tiroid, dua tertanam di kutub superior kelenjar tiroid dan dua di kutub inferiornya. Kelenjar ini menghasilkan paratiroid hormone (PTH) yang turut mengatur kadar kalsium dalam darah. Kelenjar ini berukuran sebesar beras. Oleh kerana terletak di sudutsudut kelenjar tiroid, kadang-kadang ia akan terpotong semasa pembedahan tiroid. Jika itu terjadi, bagi yang berkaitan tidak terlalu menjadi masalah jika masih ada satu hingga dua kelenjar yang tertinggal. Tetapi, ketiadaan kelenjar ini akan menyebabkan kekejangan otot kepada pesakit kerana gangguan kadar kalsium berlaku pada mereka. Paratiroid hormon bekerja secara langsung pada tulang untuk meningkatkan resorpsi tulang dan memobilisasi kalsium ion, Ca2 . Selain meningkatkan Ca2 dalam plasma dan menurunkan fosfate plasma, paratiroid hormon meningkatkan pengeluaran fosfate di dalam urin. Kesan fosfaturik ini adalah disebabkan oleh penurunan reabsorpsi fosfate di tubulus proksimal. PTH juga meningkatkan reabsorpsi Ca2+ di tubulus distal, walaupun ekskresi atau pengeluaran Ca2+ biasanya meningkat pada hiperparatiroidisme kerana proses filtrasi (filtration) melebehi proses reabsorpsi (reabsorbtion). PTH juga boleh meningkatkan penghasilan 1,25 dihidroksikolekalsiferol, metabolit vitamin D yang aktif di dalam badan dan berupaya meningkatkan penyerapan Ca2+ dari usus.
+ +

15

Secara keseluruhannya, kelenjar paratiroid berfungsi untuk: Memelihara kepekatan ion kalsium di dalam plasma Mengawal pengeluaran (excretion) kalsium dan fosfate melalui ginjal Mempercepatkan penyerapan kalsium di intestin atau tulang Meransang dan membawa kalsium dan fosfate melalui mambran sel.

4. Kelenjar suprarenal (adrenal)

Rajah 3: Bahagian kelenjar adrenal.

Kelenjar ini terletak pada bahagian hujung (atas) buah pinggang. Kelnjar ini terdiri daripada 3 lapisan iaitu lapisan luar(capsule), pinggir (cortex) dan tengah (medulla). Bahagian cortex pula terdiri daripada 3 bahagian iaitu glomerulus zone, fasciculate zone dan reticularis zone. Setiap zone menghasilkan hormon yang berbeza; glomerulus zone mensintesis mineralcorticoids (M-Cs) terutamanya aldosterone; fasciculate zone mensintesis glucocorticoids (G-Cs) terutamanya kortisol (cortisol atau hydrocortisone) dan coticosterone; dan reticularis zone mensintesis glucocorticoids dan androgen (seks hormone yang lemah) (DHEA, DHEA-S dan androstenedione). Hormon-hormon ini dirembes selepas tindak balas dari adrenocorticotrophic hormone, ACTH pada kelnjar adrenal. Manakala, bahagian medulla menghasilkan adrenalin (80%), noradrenaline, dan dopamine. dan juga merupakan sebahagian dari sistem simpatis (symphatetic system).

Kortisol merupakan hormon yang sangat penting untuk kehidupan kita. Hormon ini penting untuk menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Selain itu, ia juga boleh mengawal keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh. Kortisol juga digunakan untuk perkembangan paru-paru fetal, mensintesis sel darah merah, neutrophils dan platelet dari tulang sum-sum, mengalakkan kesan katekolamine seterusnya mengawal tekanakn darah arteriole, dan juga berfungsi untuk menggalakkan glikogenesis proses. 16

5. Kelenjar pancreas Kelnjar pancreas tersiri daripada sel pulau-pulau langerhans( Islet of Langerhans cell) dan terdiri daripada sel A (),sel B (), sel D () dan sel F. Sel-sel ini menghasilkan hormon yang berbeza-beza; sel A merembes glukagon, sel B merembes insulin, sel D merembes somatostatin, dan sel F merembes pankreatik peptide. Hormon insulin dan glucagon dihasilkan bagi mengatur kadar dan penggunaan glukosa dalam darah. Insulin berfungsi untuk menukarkan glukosa kepada glikogen, manakala glucagon sebaliknya. Insulin juga boleh dikenali sebagai hypoglycaemic hormones dan ia juga berfungsi untuk mempercepat sintesis glikogen, lemak dan protein. Dalam mengawal glukosa di dalam badan, insulin menggalakkan pengambilan glukosa kepada tisu-tisu badan kecuali pada tisu mukosa usus, darah merah, otak (kecuali hypothalamus) dan tisu renal tubular epithelium. Pengeluaran dan rembesan insulin dikawal oleh 4 benda iaitu; metabolite yang mengalir (glukosa dan acid amino), neurotransmitter (acetylcholine), gastousus hormon (GIP, GLP-1, glucagon, gastrin,sekretin and CCK-PZ) dan juga ubat-ubatan (ubat hipoglycaemic) Gangguan penghasilan hormon insulin mengakibatkan terjadinya penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Manakala pankreatik peptide bertindak bagi melambatkan penyerapan makanan dan melancarkan turun naik penyerapan nutrisi. Pankreatik peptida akan meningkat selepas pengambilan protein, berpuasa, bersenam dan selepas akut hipoglycaemia.

Rajah 4: Pancreas

17

Meransang Menghalang

Glucagon

Insulin

Pancreatic ploypeptide

Somatostatin

Rajah 5: Kesan antara hormon-hormon Islet of Langerhans

6. Gonad

Rajah 5:

Gonad merupkan kelenjar seks lelaki (testes) dan perempuan (ovari)

18

3.3 Cara Interaksi Hormon Terdapat 3 input kepada endokrina sel yang meransang atau menghalang penghasilan dan rembesan hormon. Mereka adalah ion-ion atau nutrient, neurotransmitter dan hormon itu sendiri. Apabila berlaku ransangan terhadap endokrina sel, ia akan mengubah kadar penghasilan dan rembesan hormon dan seterusnya mengembalikan sistem badan menjadi normal. Terdapat pelbagai cara dan interaksi hormon yang berlaku di dalam badan manusia. Di sini, kami akan menerangkan secara ringkas beberapa cara interaksi hormon. Fokus pertama kami ialah mengenai hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari (lobus anterior). Seperti sedia maklum, hormon yang dihasilkan oleh lobus ini ialah hormon pertumbuhan (growth hormone,GH), hormon perangsang tiroid (thyroid stimulating hormone,TSH), perangsang gonad (follicle stimulating hormone,FSH dan leutinizing hormone, LH), prolactin dan hormon adrenokortikotropik (adrenocorticotropic hormone, ACTH). Apabila terdapat stimuli yang meransang hypothalamus seperti cuaca sejuk, Hormon Pembebasan Tirotropin (Thyrotropin-relasing hormone, TRH) akan dikeluarkan, dan kemudian mengalakkan pengeluaran hormon perangsang tiroid (thyroid stimulating hormone,TSH). TSH kemudian bertindak ke atas tiroid dan tiroid menghasilkan tri-iodo-tironin (T3) dan tiroksin (T4) dengan kehadiran iodine di dalam badan. Apabila haba badan sudah terkawal, hormon tiroid akan melakukan tindakbalas atau umpan balik negatif (negative feedback) dimana ransangan terhadap lobus anterior diberhentikan atau dikurangkan kepada keadaan normal. Secara tidak langsung, tiroid hormon juga ada berkaitan dengan sistem lain. Contohnya, apabila glukokortikoid berlebihan, TSH akan berkurangan dan tiroidpenempelan globulin (thyroid-binding globulin, TBG) akan berkurangan. Seterusnya kandungan T3 dan T4 di dalam badan akan menjadi sedikit. Perkara sebaliknya pula akan berlaku sekiranya kandungan glukokortikoid berkurangan. Kandungan hormon tiroid di dalam badan seseorang biasanya dinilai oleh jumlah tiroid-penempelan globulin (thyroid-binding globulin, TBG). Peningkatan TBG boleh disebabkan oleh peningkatan estrogen yang disebabkan oleh kehamilan atau ubat kontraseptif. Androgen, glukokortikoid dan malnutrisi pula boleh menyebabkan TBG rendah. Bagi Hormon Pembebasan Kortikotropin (Corticotropin-releasing hormone, CRH), ia akan meransang hormon adrenokortikotropik (adrenocorticotropic hormone, ACTH), seterusnya meransang kortek adrenal untuk merembeskan kortisol. Kortisol merupakan salah satu hormon terpenting di dalam tubuh kita. Kortisol memainkan peranananya melalui interaksi bersama sistem metabolisma, sistem pernafasan, sistem hemotopoietik (darah), sistem cardiovaskular, sistem saraf dan juga sistem maskular atau otot. Fungsi utama kortisol ialah sebagai pengantara sitem metabolisma di mana ia berperanan untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah sebagai sumber utama kepada organ penting terutamnya otak. Melalui tindakan dopamine daripada hypothalamus, prolactin akan dihasilkan. Prolaktin yang bertindak pada kelenjar mammari akan membantu tumbesaran buah dada dan penghasilan susu. Manakala, hormon pembebesan tumbesaran (growth hormone releasing hormone,GHRH) boleh menggalakkan hormon tumbesaran daripada dirembeskan oleh lobus anterior. Apabila hormone tumbesaran dirembeskan, ia boleh bertindak pada hepar atau tisutisu lain. Melalui hepar, somatomedin akan dihasilkan dan bertindak ke atas tulang and tisu lembut (soft tissue) bagi mengalakkan pertumbuhannya. Melalui tindakan somatostatin, hormon tumbesaran akan di halang daripada dihasilkan. Seterusnya kita akan melihat bagaimana cara interaksi hormon-hormon yang dihasilkan oleh gonad lelaki dan wanita. Hipothalamus akan menghasilkan hormon pembebasan 19

gonadotropin (gonadotropin releasing hormone, GnRH) dan seterusnya menghasilkan Hormon Peluteinan (Luteinizing hormone,LH) dan Hormon Perangsang Follikel (Folliclestimulating hormone,FSH). Kemudian, estrogen dan progesterone dihasilkan oleh gonad wanita, manakala testosterone dihasilkan oleh gonad lelaki. TRH, CRH, GHRH, GnRH Dopamine dan Somatostatin turut dikenali sebagai hormon pembebasan hipothalamik (hypothalamic releasing hormone) yang dihantar kepada lobus anterior melalui hiphothalamic-pituitari portal sistem. Apabila sampai di lobus anterior, hormon pembebasan akan melekat pada reseptor yang terletak pada pituitari untuk menguja (evoke) rembesan hormon pituitari. .

Rajah 6:

20

21

Vous aimerez peut-être aussi