Vous êtes sur la page 1sur 12

ATURCARA MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT IPGKDRI 5-6 JAN 14

TEKS JURUACARA MAJLIS

Pantun Awal Pengacaraan Bunga manggar si sirih junjung palu-paluan pelbagai bunyi Jemputan diterima budi dijunjung hadirmu tuan menambah seri.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

KATA-KATA ALUAN
Yang Berusaha Tuan Pengarah IPGKDRI Yang dihormati Para Ketua Jabatan, para Pensyarah Kanan, Para Pensyarah, Para Auditor dan Auditee dan Ketua Unit dan AJK Majlis Taklimat Audit Dalaman IPGKDRI MS ISO 9001-2008 sekalian. Selamat datang

BACAAN DOA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN, OLEH AL FADHIL USTAZ DR. SAIDI BIN MOHD. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ AL FADHIL USTAZ Dr. Saidi bin Mohd ATAS BACAAN DOA ITU TADI

Tuan-tuan, puan-puan DAN SIDANG HADIRIN sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil Program MSISO 9001-2008 . Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan, Yang Berusaha, En. Ghulam Server b. Mubaraq Ali, Pengarah IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU, TRG MENYAMPAIKAN UCAPAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN. GHULAM SERVER B. MOBARAQ ALI DENGAN UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.

Taklimat Ketua Audit Tn. Hj. Abu Zarin bin Hj. Abu Bakar
Pak Mamat Si Awang Kenit Tibalah taklimat Ketua Audit Oleh itu, Majlis dengan ini menjemput Tn Hj. Abu Zarin Bin Haji Abu Bakar untuk menyampaikan taklimat berhubung dengan AUDIT MSISO 9001-2008. Majlis merakamkan rasa terima kasih kepada Tn. Hj. Abu Zarin Bin Haji Abu Bakar dengan taklimat beliau sebentar tadi.

SESI SOAL JAWAB


Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian, sebelum mengakihiri sesi tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan bertanya sebarang soalan berhubung dengan taklimat sebentar tadi.

Penutup
Kalau benar jalanku salah tolong ajar cara berlari Kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati. KUNING EMAS MASAKNYA PADI MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI TERIMA KASIH DAUN KELADI KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMASAMA MEMERIAHKAN MAJLIS INI DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

Vous aimerez peut-être aussi