Vous êtes sur la page 1sur 9

Doa Rasulullah SAW

07/08/2012 19:20:00

Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu lebih ku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Y Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu. (Hadis riwayat Attirmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")

Masalah Hutang

07/08/2012 19:20:00

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang. - Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa? Jawab Abu Umamah: Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah! Jawab Rasulullah: Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu. Abu Umamah menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: (Doa di atas). Kata Abu Umamah: Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku. (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa alma'surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku. Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.

Kisah disebalik doa ini: Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Syaidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Syaidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dan berdoa di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung.

8/7/2012 7:20:00 PM

Tips menyembuhkan mata yang rabun


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun), maka hendaklah dilakukan: Memandang bulan pada awal bulan. Jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua. Jika tidak dapat juga, cuba pada malam ketiga atau seterusnya hingga nampak bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapu tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat-Mu ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang." Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan. Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan"

8/7/2012 7:20:00 PM

Doa anak menjadi soleh dan solehah

3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya. (petikan dr Ustaz Zahazan)

Doa untuk menangani anak nakal


1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur 2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk 3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak 4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati 5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa. 7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar 8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya" 9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan. 10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa. 11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan


1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa 2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5. 5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

Doa untuk anak


Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. Setiap ibubapa pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berjaya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Nah, gunakan kemuliaan yang Allah kurniakan ini untuk berdoa untuk anak-anak. Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk anak-anak. Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat: Surah Ibrahim ayat 40-41

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti" Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menajdi orang yang bertakwa Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" Doa anak taat kepada Allah Surah Al-Baqarah (ayat 128)

Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang." Doa anak pandai belajar Surah Anbiya ayat 79

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-

sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."

Doa-doa lain; Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah: Surah Taha ayat 1 - 5 Doa memohon rahmat Surah Ali-Imran, ayat 8-9. Doa anak lembut hati Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200 Doa mohon zuriat yang baik surah Ali-Imran (ayat 38) Selagi kita belum menutup mata, selagi itulah kita harus berdoa untuk anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu, doa juga menjadi penyebab kejayaan anak-anak. Semua orang tahu, anak adalah amanah dari Allah, kita akan ditanya diakhirat nanti tentang tanggungjawab kita dalam membesarkan anak-anak.

Vous aimerez peut-être aussi