Vous êtes sur la page 1sur 6

PEMBERITAHUAN

Hakcipta Terpelihara daripada BelajarGitar.com dan penulis. Tiada


bahagian di dalam ebook ini yang boleh di tiru sama ada sebahagian atau
secara penuh. Ini bukan ebook percuma. Ebook ini hanya boleh di dapati di
laman web www.belajargitar.com, jika anda memperolehinya daripada
sumber lain bermaksud ianya tidak sah.

Ebook ini adalah untuk penggunaan sendirian sahaja. Anda tidak
dibenarkan menjual atau mengedarkan ebook ini sama ada secara digital
atau cetakan tanpa kebenaran daripada penulis. Sebarang cubaan untuk
menjual, mengedar, meniru atau mengubah isi kandungan di dalam ebook
ini adalah salah di sisi undang-undang dan agama.

Isi kandungan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan
kajian yang dilakukan. Tiada jaminan yang dapat kami berikan kepada
anda kerana setiap keputusan mungkin berbeza berdasarkan dedikasi,
keinginan dan kesungguhan anda untuk bermain gitar.

Isi kandungan buku ini bermula pada mukasurat seterusnya























Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat datang ke Panduan Tune Gitar Anda. Buku ini diberikan
bersama-sama dengan Pakej Lengkap Belajar Gitar Cara Pantas. Di
dalam buku ini anda akan mempelajari bagaimana anda dapat tune
gitar anda dengan baik untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan
tepat dan sekata.

Tune gitar anda sangat penting ketika bermain gitar, jika ianya out of
tune atau tidak ditune dengan baik pasti gitar anda akan berbunyi
buruk dan sumbang. Dengan mempunyai gitar yang ditune dengan
tepat juga anda dapat bermain diiringi bersama-sama dengan alat
muzik lain dengan baik dan harmoni.

Terdapat pelbagai cara untuk tune gitar anda seperti menggunakan
guitar tuner, piano, menggunakan gitar lain dan sebagainya. Tetapi di
dalam panduan ini saya akan ajarkan cara-cara bagaiamana anda
dapat tune gitar anda tanpa menggunakan alat-alat tersebut. Anda
hanya perlu menggunakan telinga anda untuk mendengan bunyi yang
dihasilkan untuk tune gitar anda.

Oklah, tanpa membuang masa mari kita mulakan dengan teknik tune
gitar anda. Pertama sekali anda perlulah tahu, terdapat beberapa jenis
tune di dalam permainan gitar seperti tuning Drop D, Double Drop D,
Drop C, Drop G dan banyak lagi. Di dalam panduan ini saya akan
ajarkan Standard Tuning atau tuning biasa yang digunakan dalam
permainan gitar.


Langkah 1: Tali E (tebal)

Langkah satu ini adalah langkah yang penting kerana jika tali ini out of
tune maka apabila anda selesai melakukan teknik tune gitar ini
kesemua tali gitar anda akan out of tune. Tune tali E anda (tali paling
tebal) dengan sebaik mungkin dengan memetiknya beberapa kali.
Cuba anda dengar bunyi tune tali tersebut dan pastikan ianya
mengeluarkan tone yang sepatutnya (jika anda berpengalaman
bermain anda dapat mengagak tone yang tepat untuk tali tersebut).
Walau apa pun yang anda lakukan pastikan ianya sehampir mugkin
dengan tone yang sebenar.




Langkah 2: Tali A

Tekan tali di fret kelima di tali E (tebal). Anda akan menghasilkan note
A. Sekarang, semasa jari anda masih menekan pada tali E, petik tali
gitar anda berulang-ulang kali diantara tali E (yang anda tekan itu)
dan A (dibawahnya) dan pastikan bunyinya sama. Sementara anda
memetik anda boleh memulas tombol gitar (tali A) anda bagi
memastika kedua-dua tali tersebut menghasilkan bunyi note yang
sama.


Langkah 3: Tali D

Langkah seterusnya lebih kurang sama dengan langkah kedua. Anda
perlu menekan fret ke 5 pada tali A. Dengan ini anda akan
menghasilkan note D. Ulang langkah diatas dengan cara memetik tali
A dan D berulang-ulang kali sambil memulas tombol tune tali D.
Pastikan anda tune tali D supaya menghasilkan bunyi note yang sama
dengan tali A yang anda tekan.

Langkah 4: Tali G

Ulang langkah diatas Cuma kali ini anda menekan tali D (menghasilkan
note G) dan pastikan anda tune gitar anda sehingga bunyi tali
dibawahnya iaitu tali G menghasilkan bunyi note yang sama.


Langkah 5: Tali B

Langkah kali ini berlainan sedikit. Anda harus menekan fret keempat
pada tali G. Dengan ini anda akan menghasilkan note B. Petik tali G
(yang anda tekan) dan tali B dan tune gitar anda sehingga ianya
menghasilkan bunyi note yang sama.







Langkah 6: Tali E (nipis)

Langkah terakhir adalah dengan menekan fret ke 5 pada tali B
(menghasilkan note E). Ulang langkah yang sama seperti diatas,
sambil menekan tali B, petik kedua-dua tali B dan E. Tune sambil
memetik gitar anda sehingga keduanya menghasilkan note yang
sama.






















TAMAT

Vous aimerez peut-être aussi