Vous êtes sur la page 1sur 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

JABATAN KAJIAN SOSIAL SENI DALAM PENDIDIKAN

(WAJ3107)
(TUGASAN PROJEK)

NAMA NO.K/P NAMA KUMPULAN NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: UMA RAMADAS : 920115-04-5498 : PISMP PSV/PJ/BM : WAJ 3107 : EN. SHAH JOHAN BIN OTHMAN : 28 OGOS 2013

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA SURAT BIODATA HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JADUAL PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN PENGENALAN TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KEPERLUAN SENI KANAK-KANAK DALAM PROSES PEMBELAJARAN KONSEP PEMBELAJARAN DALAM ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN ISI KANDUNGAN DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH CADANGAN BAHARU DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA RUJUKAN ( ikut fomat APA ) LAMPIRAN Lampiran A Jadual Penentu Tugasan Lampiran B Borang Kolaborasi i ii iii iv

MUKA

BIODATA SAYA

NAMA NO K/P ALAMAT RUMAH

: UMA RAMADAS : 920115-04-5498 : J6776 BUKIT TINGGI(B), SEMPANG KERAYONG, 77000 JASIN,MELAKA

TELEFON BIMBIT ANGKA GILIRAN KUMPULAN/KURSUS MOTTO

:010-5633231 :2012181340281 : PISMP PSV 2- SEM 3 : DO YOUR BEST;BEAT THE REST

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: . : UMA RAMADAS : 28 Ogos 2013

HALAMAN JUDUL

TAJUK TUGASAN :
1.Menjelaskan teori perkembangan kanak-kanak 2.Membincangkan keperluan seni kanak-kanak dalam peringkat permulaan proses pembelajaran. 3.Menilai sejauh manakah keberkesanan konsep peembelajaran yang melibatkan elemen Seni Dalam Pendidikan. 4.Menjelaskan isi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 5.Membincangkan dan mengemukakan beberapa cadangan baharu yang mungkin boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

NAMA JABATAN : JABATAN KAJIAN SOSIAL NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Dalam kesempatan ini,

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan projek ini. Terlebih dahulu, saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, Encik Shah Johan Bin Othman kerana telah memberi bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan kemas dan sempurna.Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakanrakan saya yang menolong saya dari segi memberi idea untuk menyiapkan tugasan projek ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang turut memberi sokongan moral serta dorongan semasa menyiapkan kerja kursus ini.Pada masa yang sama, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada staf pusat sumber kerana mereka juga menolong saya untuk mencari buku yang berkaitan dengan sistem pendidikan.Ini dapat membantu saya untuk

menyiapkanTugasan Projek dengan sempurna. Sekian,terima kasih

1.0 PENGENALAN
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana(Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segikualiti mahupun kuantitit. Keseluruhan perubahan ini disebut sebagai penyuburan.Konsep

pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif iaitu dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masake satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badanseseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot saraf dan kalenjar. Manakala konsep perkembangan membawa maksud suatuperubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses yang melibatkan individumencapai tahap kematangan contohnya kemampuan seseorang menyebutperkataan mengikut peringkat umur dan juga seseorang yang cenderung kearahyang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial. Bagi teori perkembangan kanak-kanak,kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu,ini adalah disebabkan oleh pengaruh

persekitaran dan baka. Berdasarkan faktor baka, corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak kecil dan dikawal oleh kod genetik daripada kedua ibubapa. Manakala faktor-faktor persekitaran yangmempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga, kesihatandan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi sertapersekitaran sekolah. Menurut Arnold Gessell,faktor baka merupakan penggerak utama terhadap perkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalaman dan mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Oleh kerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkahlaku kanakkanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakan bahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-kaka mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di mana setiap kanak-kanak itu

mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.Menurut teori perkembangan Arnold

Gesell seseorang individu mampu berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikutkadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini kerana menurut Gesell proses

perkembangan individu adalah dikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapaiapa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorangguru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapaipertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiapmurid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadar perkembangan mereka sendiri.Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembanganynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid danmenghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga tidak bolehterlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak

bersesuaiandengan tahap perkembangan dan kematangannya. Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiapmurid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti danprogram yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinankanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akandapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. Sebagai kesimpulanya,manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagai kain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya. Oleh itu masing- masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya ke arah yang optima dan terus maju. Tahap perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal,kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama.Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan dan sebahagian yang dinyatakan oleh Howard Gardner, manusia mempunyai lapan jenis kecerdasan yang boleh dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal,logical, spatial, muzikal kinestatik, intrapersonal, interpersonal, dan naturalis.Bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhandan perkembangan murid .Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum, guru haruslah

menyesuaikan kaedah pengajarandengan keupayaan dan kebolehan murid. Apabila guru mengetahui dan mengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai kecerdasandalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dapatmeningkatkan keyakinan pelajar seterusnya mengembangkan potensi diri kearah perkembangan dan pertumbuhan yang optima. Umpamanya, guru bolehmelibatkan murid yang tergolong dalam kecerdasan logikal dengan aktiviti yangbercorak eksperimen untuk menguji idea-idea mereka di samping menyediakanruang dan peralatan yang berkaitan untuk membangunkan kekuatan dankeupayaan

murid.Penglibatan mengikut tahap kecerdasan ini dapat melahirkan pelajar yang berjaya mengikut kebolehannya tersendiri. Apabila keperluan setiapkepelbagaian kecerdasan ini dipenuhi dan dipraktikkan, murid akan bergerak ketahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.Rasionalnya, manusia adalah makhluk yang amat unik dan amatberpotensi untuk dikembangkan tahap pertumbuhan dan

perkembangannya.Sehubungan itu, apabila semua keperluan dan kepentingan dipenuhi ia akan berkembang dengan baik. Seterusnya menunjukkan keupayaan dan potensinya sebagai warga yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama.

3.0 KEPERLUAN

SENI

KANAK-KANAK

DALAM

PERINGKAT

PERMULAAN PROSES PEMBELAJARAN

Kanak-kanak

dilahirkan

dengan

mempunyai

sifat

yang

dinamik

serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.Contohnya,penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanakkanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitiktolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. Seterusnya,Keperluan dan keinginan asas Kanak-kanak berdasarkan teori Pembelajaran Maslow ialah keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.Selain itu,jadikan suasana bilik darjah yang kondusif serta memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai.Selain itu,merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar dengan memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara

aktif.Seterusnnya keperluan jasmani dan fizikal yang sihat membantu kanak-kanak

menguasai pembelajaran yang berkesan.Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya.Oleh itu,penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang

sihat.Seterusnya,Emosi yang stabil.Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik.Tambahan pula,kerohanian yang membanggakan.Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi bagi kanak-kanak serta kefahaman intelek yang tinggi.Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.Selain itu,perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan bagi permulaan untuk kanak-kanakSetiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat dalam pendidikan seni visual.Latihanlatihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan serta diterapkan ke dalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.Proses tersebut dapat membantu keperluan seni kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

4.0 KEBERKESANAN

KONSEP

PEMBELAJARAN

YANG

MELIBATKAN ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

Konsep pembelajaran yang melibatkan elemen Seni Dalam Pendidikan agar berkesan dalam sistem pendidikan.Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Pembelajaran ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan

konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi cita rasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk

mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Matapelajaran ini juga mempunyai pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.Seni dalam pendidikan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Selain itu,seni dalam pendidikan dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan oleh tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan

mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.Pada masa ini ,pendidikan seni visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam matapelajaran ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Elemen dalam seni dalam pendidikan mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran

artistik.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.Selain itu,matapelajaran ini membantu memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat

membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktivitiaktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.Seni dalam pendidikan agar berkesan dalam sistem pendidikan.

5.0 ISI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama telah modal dapat penggal persekolahan pelbagai melalui 2011, Kementerian baru Pelajaran bertujuan semua ialah

Malaysia(KPM) membangunkan perancangan

memperkenalkan insan. Hanya

perancangan pendidikan yang di

sekolah

ini

direalisasikan.

Perancangan

dimaksudkan

tranformasi pendidikan.Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan danpengurusan kurikulum di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan satu kurikulum terbaharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).KSSR mula dilaksanakan secara

berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan

KBSR.Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja. Bagi organisasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal dalam 2 bentuk iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.Standard kandungan serta standard pembelajaran perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan.Standard Kandungan didefinikan sebagai pernyataan yang lebh

terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan manakala Standard Pembelajaran ialah suatu kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur. Tujuan standard

diwujudkan ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.Melalui adanya standard kandungan dan standard pembelajaran,guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan.Hal ini demikian, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepada murid.Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah.Seterusnya ialah strategi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.Seterusnya,bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran.Dokumen Standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka.Bagi standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan bagi topik ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.Tambahan pula,modul pengajaran yang digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks.Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks

akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Ia membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3.Pendidikan seks akan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahan pengajaran turut disediakan. Selain itu,mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on. 2.Murid tahun satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.Tambahan pula,murid juga akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting.Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid tahun satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.Bagi matapelajaran sains hayat pula mendedahkan murid tahun satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Bagi matapelajaran sains fizikal pula,berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik. Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif.Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR.Modul pengajaran dalam KSSR mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.Selain itu,pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu membetulkan sesuatu yang tidak betul bagi Kurikulum kekurangan atau Standard Sekolah

Rendah.Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah mencapai objektif

pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Bagi modul dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ialah KSSR

membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.Bagi Modul Asas Tema ialah Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik dan Modul Asas Elektif ialah pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual persekolahan.Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.Sekiranya sekolah tidak dapat menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi.Sebagai Contohnya, kombinasi mata pelajaran ialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggeris selama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dan keupayaan sekolah.Bagi Tahap Dua pula akan dilaksanakan pada tahun 2014.Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah reka bentuk dan teknologi maklumat dan sejarah.Manakala subjek sedia ada termasuklah bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil (SJKC dan SJKT), pendidikan kesihatan, pendidikan jasmani, matematik, sains, pendidikan islam dan pendidikan moral. Pentaksiran dalam Kurikulum Standard Sekkolah Rendah KSSR meliputi pentaksiran sekolah iaitu proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.Bagi pentaksiran secara formatif adalah

bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning).Pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yangdipelajari (assessment of learning).Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR),pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik.Proses Pentaksiran Sekolah pula melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks.Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.Pentaksiran formatif untuk pembelajaranmerujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.Dalam aktiviti pemulihan guru boleh menjalankan program bacaan tambahan dengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripada buku dan internet.Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam kelas.Guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankan secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah.Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah.Pengayaan pula proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktivitiaktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang.Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual

waktu tetap sekolah.Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Sebagai kesimpulannya,Kurikulum Standard Sekolah Rendah mendukung citacita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

6.0 CADANGAN BAHARU YANG MUNGKIN BOLEH DILAKSANAKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan.Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi serta perpaduan di kalangan masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang mana kebanyakannya semua kaum berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum dapat mempelajari segala ilmu,nilai-nilai murni dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.Kerajaan telah mengemukakan beberapa cadangan serta melaksanakan dalam sistem pendidikan.Walaubagaimanapun ada yang tidak Berjaya. Cadangan baharu yang mungkin dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan.Sistem persekolahan

sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.Sistem pendidikan Berjaya atau tidak ditentukan oleh pelajar,Maka,pihak kerajaan tidak membenarkan pengasingan atau pemisahan melalui pendidikan.Sebagai contohnya,bagi matapelajaran Pendidikan moral.Pihak sekolah mengajar matapelajaran tersebut dengan menggunakan bahasa penghantar iaitu bahasa melayu bagi semua sekolah SK.SJK(T),dan SJK(C).Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia.Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain. Cadangan yang seterusnnya ialah melaksanakan sekolah satu aliran bagi mencapai satu sistem pendidikan yang berkesan.Sistem Sekolah satu aliran

merupakan satu lagi alternatif bagi melaksanakan sistem pendidikan yang baharubagi semua pelajar. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini.Disebabkan itu,sistem pendidikan kini kurang tercapai. Ini menyebabkan sistem pendidikan di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka serta boleh mencapai tahap pendidikan yang agar baik.Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.Sitem pendidikan juga berkesan. Cadangan yang ketiga boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan .Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk

semangat bekerjasama dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan

berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurangkurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelajar kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai.Cadangan ini agar sesuai bagai mencapai mutu cemerlang dalam system pendidikan serta pelajar dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.Sebagai contohnya,matapelajaran seni dalam pendidikan yang mana kaitkan tiga pelajaran dalam satu matapelajaran bagi pelajar ipta dan ipts.Iannya juga satu perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Cadangan yang keempat pendemokrasian boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan ialah pendidikan diperkenalkan dapat oleh memupuk Kementerian

pendidikan.Pendemokrasian Pendidikan yang

integrasi.Pendemokrasian

Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera

Sarawak dan Sabah. Pelajar-pelajar tidak disekat untuk untuk bersekolah di manamana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara

berpusat.Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahanperubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian

Pendidikan dapat memupuk satu sistem pendidikan yang canggih pada masa akan datang. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan. Kegagalan proses pendidikan di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses pendidikan bagi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi Berjaya dalam sistem pendidikan di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang berkesan. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.Sitem pendidikan yang berkesan dapat melahirkan masyarakat yang holistik.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat

mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Selain itu,Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

8.0 RUJUKAN
BUKU:

Shahabuddin Hashim.(2012).Seni dalam Pendidikan. Zafar Sdn.Bhd:Selangor Darul Ehsan.

Osman Affan.(2008).Seni dalam Pendidikan.Siri Pendidikan Perguruan.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd:Selangor Darul Ehsan.

Mak

Soon

Sang.(2008).Sistem

Pendidikan

Di

Malaysia.Siri

Pendidikan

Perguruan.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd:Selangor Darul Ehsan.

Abdul Ghani Abdullah.(2008).Falsafah Pendidikan Guru.Penerbitan Attin Press Sdn.Bhd:Kuala Lumpur

INTERNET:

Peringkat permulaan proses kanak-kanak. Diperoleh pada

(25 Ogos 2013) daripada

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

Teori perkembangan kanak-kanak. Diperoleh pada

(27 Ogos 2013) daripada

http://www.scribd.com/doc/14164228/TEORI-PERKEMBANGAN-KANAK

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Diperoleh pada


hhttp://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/

(27 Ogos 2013) daripada

Cadangan Baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia Diperoleh pada Ogos2013) daripada

(28

http://www.jagam.org.my/01_about/02_press/02_press_2010/09-SEPT/UPSR-PMR/UPSRPMR.pdf

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Diperoleh pada

(25 Ogos 2013) daripada

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=168%3Akurik ulum-standard-sekolah-rendah-suatu-pengenalan&catid=101%3Aslideshow&lang=en

Konsep pembelajaran dalam seni dalam pendidikan. Diperoleh pada daripada http://www.ipteknik.edu.my/v3/index.php/muat-turun-otherlink-

(25 Ogos 2013)

74/doc_download/209-elemen-warna-ruang-dan-irama-dalam-pengajaran-dan-pembelajaranpendidikan-islam-