Vous êtes sur la page 1sur 30

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

1.0 Pengenalan Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum, dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, Semenanjung Tanah Melayu didiami oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai budaya. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya (Shamsul Amri Baharuddin, 2007: 13). Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri Baharuddin, 2007:13). Mengikut Kamus Dewan (2005), menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, dan akal budi. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan Pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Maka, jelasnya pendidikan

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Pada zaman ini, masih terdapat beberapa golongan yang tidak peka terhadap pendidikan walaupun digalakkan secara kuat oleh kerajaan. 1.1 ORANG ASLI Istilah Asli ertinya semulajadi (natural) atau tulen (original). Sejak zaman penjajah, sebelum merdeka perkataan orang Asli (natural people) merupakan istilah rasmi kerajaan pemerintah ketika itu, Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu, yang membawa maksud orang asal atau original people. Menurut Carey (1976), Orang Asli ialah Orang Asal Semenanjung Malaysia. Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di mana sama kedudukannya dengan orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, hak orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini. Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran pendidikan bagi murid-murid orang Asli adalah amat tinggi berbanding dengan murid-murid di bandar. Masalah keciciran orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Mereka merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito, dan Melayu Asli. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. 1.2 INDIGENOUS Indigenous merujuk kepada penduduk peribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan, dan Kelabit. Masyarakat indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pendalaman Sabah dan Sarawak yang masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat dan budaya tersendiri yang telah dibina sejak zaman dahulu. Tambahan pula, ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

di tanah air belum menyentuh Sistem Belajar Asli (Indigenious Learning System) masyarakat tradisional. Selain itu, masyarakat indigenous juga ketinggalan dalam bidang pendidikan. Tahap pendidikan mereka lebih kurang setaraf dengan orang Asli dan kawasan pedalaman. Halangan-halangan yang menyebabkan mereka tidak rapat dengan pendidikan adalah banyak, misalnya dari segi jarak antara sekolah dengan rumah, kemudahan sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. 1.3 KAWASAN PEDALAMAN Pedalaman bermaksud kawasan yang jauh dimana komunikasi adalah terhad, kemudahan asas, infrastruktur dan pengangkutan berada ditahap yang membimbangkan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman amat ketinggalan dalan bidang pendidikan. merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Oleh itu, kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyarakat bandar dengan luar bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan dengan adil dan saksama. Di samping iut, usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), iaitu merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan ini berlaku, ia akan menjadi halangan kepada murid untuk menuntut ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid kehilangan minat dan motivati untuk menghadiri ke sekolah bagi memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap ibu bapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan secara tidak langsung.

2.0 Kedudukan Pendidikan Terkini Orang Asli, Indigenous dan Penduduk Kawasan Pedalaman 2.1 ORANG ASLI Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Namun demikian, masih terdapat golongan orang Asli di Malaysia yang masih tercicir dalam pendidikan. Menurut Laporan Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa muridmurid miskin di luar bandar yang tercicir adalah ramai berbanding dengan rakanrakan mereka di bandar. Keciciran pendidikan dalam kalangan orang Asli masih tidak dapat diselesaikan dengan

sepenuhnya walaupun bilangan pelajar orang Asli telah dipertingkatkan dalam sekolah. Malaysia, Mengikut Seksyen Perlembagaan 17 Akta 134

menjelaskan

perincian

hak-hak
Foto : Contoh sekolah orang asli yang kekurangan kemudahan.

istimewa peruntukan pendidikan yang diperuntukan kepada anak-anak orang

Asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Walaupun dalam seksyan ini jelas menunjukkan bahawa orang Asli boleh mendapat pembelajaran di mana-mana sekolah yang mereka mahu tanpa sebarang halangan, tetapi dalam Laporan Kes Mengenai Keciciran dalam Sekolah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang tercicir pendidikan adalah berasal dari latar belakang keluarga yang miskin dan berpendapat rendah sehingga tidak digalakkan untuk menuntut ilmu pengetahuan formal.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Mengikut kajian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2011, bilangan orang Asli di

Malaysia semakin meningkat tetapi tahap pendidikan

orang Asli tidak mencapai seperti yang dirancangkan. Ada juga orang Asli yang buta huruf dan tercicir dalam pembelajaran, tanpa mengira sama ada di sekolah rendah ataupun menengah, kata Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Terengganu Mohd Hamizon Mohd. Pada tahun 1969, bilangan orang Asli di Malaysia adalah sebanyak 53,000 orang, manakala pada tahun 2011, bilangan orang Asli di Malaysia dipertingkatkan sehingga ke 178,197 orang. Oleh itu, secara puratanya, bilangan orang Asli di Malaysia dipertingkatkan lebih kurang 2980 orang setiap tahun. (Rujuk Lampiran 1.0) Bilangan pelajar orang Asli mengikut peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 ialah 26,268 orang pelajar, manakala bilangan pelajar orang Asli sekolah menengah ialah 12,148 orang pelajar. Apakah sebabnya bilangan pelajar orang Asli masih kurang walaupun mereka dilindungai dengan Akta dan dibekalkan dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan fasiliti? Sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, sebuah agensi kerajaan, menunjukkan bahawa 7,000 kanak-kanak orang Asli yang berumur 5 ke 18 tahun yang tinggal di Semenanjung Malaysia tidak menghadiri sekolah pada tahun 2007. Pada 30 April 2012 di Bangi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memberitahu bahawa kadar keciciran pelajar orang Asli

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

pada tahun 2012 menurun kepada 25.9% berbanding dengan 29% pada tahun 2011. Ini adalah keadaan yang amat baik. 2.2 INDIGENOUS Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, jelas di semenanjung Malaysia, jika salah seorang ibu atau bapa adalah seorang Melayu yang beragama Islam atau orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera/ indigenous. Untuk mendapatkan

maklumat yang terkini mengenai keadaan sekarang bumiputera di Sabah dan Sarawak, kami telah menemu bual dengan seorang

kawan di IPG Kampus Darulaman, namanya Amy Tabol, dari kelas


Foto : Gambar saudara Amy Tabol.

Matematik berasal dari Song, Sarawak. Song adalah sebuah bandar kecil sungai yang terletak di antara Sibu dan Kapit di Sarawak. Ia mengambil masa 2 jam dari Sibu ke Kapit. Kaum yang terbanyak dalam Song ialah kaum Dayak. Pekan ini terletak di Sungai Song

berasal dari pedagang pelabuhan Melayu Abang (Bangsawan

Melayu Sarawak). Di dalam Song terdapat banyak kaum Iban orang


Foto : Siong, Sarawak, tahun 1980s

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

asli, terutamanya di sepanjang Batang Rejang, Katibas Sungai, Sungai Song, Sungai Lajan dan Sungai Iran. Para peniaga banyak membawa produk untuk menjual di Sibau(Sibu), di mana terdapat kapal dari Singapura dan Kampar, Semenanjung Malaysia yang berhenti di Sibu sebagai pelabuhan. Begitu juga dengan peniaga akan membawa barang-barang keperluan harian seperti garam, gula, ikan, pinggan mangkuk masin, tembikar, pakaian, gong, kain dan pakaian untuk digunakan sebagai pertukaran dengan peniaga tempatan. (Sistem Barter). Oleh demikian, kawasan Song dan berdekatannya amat popular dengan penggunaan bot. (Rujuk Lampiran Bergambar 1-3)

Foto : Tempat persinggahan bot-bot di Sungai Song.

Amy ialah seorang Iban. Persekolahan pringkat rendahnya adalah di Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan Song. Melalui perbualan, Amy menyatakan tahap pendidikan di kawasannya lebih maju berbanding dengan dahulu. Kebanyakan sekolah mempunyai kemudahan internet yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Walaupun aksesnya terhad, tetapi murid-murid masih berpeluang untuk menggunakan kemudahan internet. Guru juga boleh

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

menggunakannya sebagai bahan bantu pengajaran. Selain itu, Oleh sebab jarak antara sekolah dengan rumah adalah jauh, kebanyakan murid bumiputera dikehendaki tinggal di dalam asrama sekolah dan hanya balik ke rumah waktu cuti. Sebaliknya, masalah bagi bumiputera dalam bidang pendidikan ialah kebanyakan penduduk di rumah panjang hanya mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Keluarga-keluarga di Sarawak yang lebih miskin tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk meneruskan pembelajaran dan mereka menganggap pendidikan am adalah mencukupi. Anak-anak mereka perlu bekerja selepas pengajian sekolah rendah untuk menampung pembelanjaan rumah dan belajar kemahiran seperti menanam dan menangkap ikan. Keadaan tersebut telah menunjukkan kesedaran yang sepatutnya diketahui oleh penduduk bumiputera masih tidak mencapai tahap kesempurnaan yang dirancangkan.

2.3 KAWASAN PEDALAMAN Jurang digital adalah satu konsep yang mula-mula dipertimbang apabila mengimbas kembali tema dampak sosial disebabkan oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang perlu ditangani bagi membasmi kemiskinan seperti yang digaris dalam United Nations Millennium Development Goals. (Rujuk Lampiran Bergambar 7) Walaupuan kawasan pedalaman telah dibekalkan kemudahan teknologi dan maklumat, tetapi bilangan penduduk dan pelajar yang mahir adalah amat kurang. Kebanyakannya adalah dalam keadaan lemah. Contohnya, menurut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazura Mohamed, Hairulliza Mohammad Judi dan Siti Fadzilah M. Noor, tahun 2012, dalam Jurnal

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, bagi software komputer yang palling umum, iaitu Microsoft Word, terdapat 42.9% daripada mereka dalam keadaan lemah, 32.0% adalah sederhana dan hanya 25.1% adalah mahir. Selain itu, terdapat banyak penemuan penting berkaitan literasi TMK dan jurang digital yang dicadang hasil daripada keputusan kajian. Salah satu daripadanya ialah tentang latar belakang TMK pelajar di kawasan luar bandar. Keputusan menunjukkan hanya 20% daripada pelajar yang dikaji memiliki komputer sendiri. Cheng telah membuat beberapa temu bual Bin dengan Shafie ketua dan kampung, penduduk-

Hashim

penduduk seperti Mak Merah dan Mak Zakiah di Kampung Jerlun, Kedah Darul Aman. Kampung Jerlun terletak lebih kurang 25 km dari bandar Jitra, Kedah. Penduduk di sana amat mesra dan murah hati. Ketua Kampung merupakan bapa angkat Cheng sejak Program Bina Insan Guru Fasa 4 tahun 2013. Pada 24 Januari 2014, Cheng telah menziarahi keluarga angkatnya untuk kali kedua. Cheng telah menemu bual dengan keluarga angkatnya dan penduduk Kampung Jerlun tentang keadaan pendidikan serta kemudahan-kemudahan sekarang di dalam kampung. Mereka berpendapat bahawa, kawasan perumahan mereka mendapat bantuan pihak kerajaan dan juga pelbagai jenis fasiliti juga telah dinaiktarafkan, tetapi, masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
Foto: Cheng memberi cenderahati kepada keluarga angkat selepas temubual.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Terutamanya, keadaan jalan raya dalam kampung adalah amat sempit dan berlubang-lubang. Kenderaan tidak dapat melalui kawasan itu dengan lancar. Selain itu, murid-murid pula dikehendaki berjalan kaki ke sekolah oleh sebab jalan di dalam kampung terlalu sempit sehingga bas sekolah tidak dapat masuk. Melalui perbualan Cheng dengan ibubapa angkatnya, yang merupakan ahli PIBG sekolah banyak mendapat rungutan daripada anak-anak mereka. Antaranya ialah murid-murid di sekolah kurang berpeluang untuk menikmati kemudahan seperti komputer dan makmal sains. Anak perempuan sulung mereka, Farah merupakan seorang olahragawati, Farah juga merungut bahawa sekolahnya tidak mempunyai padang yang besar, trek larian dan kadang kala peralatan sukan tidak mencukupi. Ini telah banyak mempengaruhinya untuk membuat latihan yang sepenuhnya. Oleh demikian, mereka dikehendaki untuk pergi ke sekolah di bandar untuk membuat latihan yang berkemudahan lengkap. Dengan itu, kebanyakan murid terpaksa menarik diri kerana perlu menampung pembayaran tambang pengangkutan ke sekolah di bandar. Menurut En. Hashim, beliau telah membawa isu-isu tersebut semasa mesyuarat PIBG dan membuat banyak rayuan agar menaiktarafkan fasiliti dan kemudahan kampung dan sekolah, tetapi maklum balas dan tindakan yang didapati adalah kurang.

3.0 Budaya Hidup Masyarakat Orang Asli, Indigenous dan Penduduk Kawasan Pedalaman 3.1 ORANG ASLI

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Masyarakat Orang Asli merupakan satu etnik masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri- negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya. Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa- dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup ( world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan- perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka. Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh ahli- ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (Shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka. Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

pada tahun 1957. Ini kerana gerakan dakwah agama lain termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur- unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama- agama lain. Perkahwinan orang asli adalah berbeza mengikut suku kaum masingmasing.Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bagi suku kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya, kedua- dua pangantin terpaksa mendengar nasihat- nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat-nasihat ini kadangkala mangambil masa berjam- jam lamanya.Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis- majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampong- kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis. Bagi adat kematian orang asli ialah,biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja- kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit. Ketika ada kematian, semua kanak- kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati tidak akan mengacau kanak- kanak yang telah memakai pengandang.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam. Mayat si mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap- tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur -tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu. Sebagai penutupnya, masyarakat orang asli berbeza dengan masyarakat yang lain dari segi budaya. Mereka harus peka terhadap pendidikan serta berkembang pada masa akan datang. 3.2 INDIGENOUS Masyarakat indigenous merujuk kepada golongan masyarakat dan etnik yang tinggal di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih tetap dengan corak hidup mereka yang ditinggalkan secara turun-temurun. Sesungguhnya, masyarakat indigenous seperti suku kaum kadazan telah memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan masyarakat

indigenous menjelaskan tentang kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh masyarakat yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Dari aspek bahasa, contohnnya masyarakat suku kaum kadazan, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku kaum bagi masyarakat indigenous seperti suku kaum bajau berbeza dengan suku kaum murut walaupun mereka menetap di tempat yang sama. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam masyarakat indigenous mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Disebabkan masyarakat indigenous ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum seperti suluk,murut sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

etnik dalam kawasan tersebut mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Masyarakat indigenous masih ketinggalan dalam pendidikan disebabkan mereka tidak perka terhad pendidikan.Mereka masih mengamalkan cara hidup mereka sepertizaman dahulu. Konklusi, masyarakat indigenous memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, masyarakat indigenous harus berpengetahuan supaya warisan budaya masyarakat mereka agar tetap

dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang. 3.3 KAWASAN PEDALAMAN Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman masih ketinggalan dalam bidang pendidikan. Mereka masih kekal dengan tradisi turun- temurun. Budaya hidup masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman agar berbeza dari segi budaya, adat resam, pakaian, dan amalan harian. Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Modenisasi yang berlaku di dalam masyarakat luar bandar terjadi apabila penduduk luar bandar mula bersikap liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar bandar ke bandar, melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

tetap. Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-masing apabila seseorang individu boleh berfikir secara bebas, melalui pendidikan, celik huruf, terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Melalui ini, masyarakat luar bandar perlu berubah dari tahap sedia ada ke tahap yang mampu merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih membangun. Mereka jangan terikut dengan amalan masyarakat nenek moyang dulu. Bagi amalan harian masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman ialah mereka kebanyakkan bertani. Mereka bertani untuk menyara hidup mereka. Bidang pendidikan pula,bermakna pelajar di sekolah luar bandar lemah dari segi akademik. Ini menyebabkan mereka tidak peka terhadap pendidikan. Selain itu, infrakstruktur di sekolah tidak mencukupi. Sebagai contohnnya, penggunaan komputer sudah biasa dalam amalan harian, tetapi pelajar yang tinggal di

kawasan pedalaman tidak dapat peluang untuk menggunakkan komputer. Sekolah luar bandar melalui pandangan sosial dan budaya dapat diklasifikasikan kepada tiga sudut iaitu aspek disiplin, sikap pasif dan kaedah pembelajaran. Terdapat pelbagai masalah tentang disiplin pelajar contohnya seperti ponteng sekolah, merokok dan terlibat dalam pergaduhan. Tidak dinafikan bahawa sekolah di kawasan bandar pun turut barlaku keadaan sedemikian. Manakala sikap pasif boleh dikaitkan dari segi penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar luar bandar juga kurang memuaskan. Selain itu, pelajar luar bandar selalunya ramai yang terjejas dari segi keputusan peperiksaan. Hal ini disebabkan sistem pembelajaran tidak

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

dilengkapi secukupnya contohnya kemudahan komputer, makmal-makmal dan sebagainya. Sebagai kesimpulannya, budaya hidup setiap masyarakat agar berbeza dari segi adat resam, pakaian, pantang larang, amalan harian dan sebagainya. Bagi kepentingan pendidikan pada masa kini, semua insan perlu peka terhadap pendidikan. Pendidikan merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan kita, ini bererti bahawa setiap manusia berhak untuk mendapat dan berharap untuk selalu berkembang dalam pendidikan. Pendidikan secara umum mempunyai erti suatu proses kehidupan dalam mengembangkan diri setiap individu untuk dapat hidup dan melangsungkan kehidupan. Sehingga menjadi seorang yang terdidik itu sangat penting. Maka semua masyarakat harus menitikberat terhadap kepentingan pendidikannya.

4.0 Amalan-amalan Baru Meningkatkan Tahap Kesedaran dan Penyertaan Masyarakat Orang Asli, Indigenous dan Penduduk Kawasan Pedalaman dalam Bidang Pendidikan Amalan-amalan baru yang diperkenalkan oleh kami selepas beberapa kali perbincangan dan pencarian maklumat dibuat, kami telah mencadangkan beberapa amalan baru untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat orang Asli, peribumi dan penduduk kawasan pedalaman dalam bidang pendidikan. Sebelum itu, kami membahagikan cadangan kepada dua bahagian, iaitu berdasarkan masyarakat dan sekolah. Antara amalan-amalan baru yang dicadangkan adalah berdasarkan aspek :

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Sekolah

Masyarakat

Tenaga Pengajar

Teori Modenisasi

Kurikulum

Kemudahan Masyarakat

Pendidikan Percuma Ibu Bapa

Peralatan Teknologi

Kemudahan Pengangkutan

Rajah 4.0 : Amalan-amalan yang dicadangkan. 4.1 Sekolah Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Cadangan amalan baru yang pertama tertumpu kepada lilin masyarakat, tenaga pengajar. Kebanyakan guru pelatih dipaksa untuk mengajar di kawasan pedalaman fasa pertama, kedua atau ketiga selepas menerima ijazah.

Mereka sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan pedalaman dan hendak membuat rayuan untuk keluar dari kawasan pedalaman, ada yang meletak jawatan sebagai seorang

guru. Oleh demikian, kami mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran boleh memperkenalkan sebuah kursus yang istimewa bagi setiap guru latih agar mendapat ilmu-limu, kaedah dan teknik untuk mengajar anak-anak kampung, orang Asli dan peribumi. Kursus dilancarkan sepanjang satu hingga tiga bulan untuk memberi kesediaan yang sepenuhnya kepada setiap guru pelatih sebelum diposting ke kawasan luar bandar. Langkah yang paling penting bagi para pendidik ialah memahami dan mengintegrasi definisi budaya secara terperinci. Budaya merupakan sesuatu yang dinamik dan berubah-ubah. Maka, ia adalah amat penting untuk guru dalam komuniti sekolah mengenal pasti dan memahami pengamalan-pengalaman dan nilai-nilai setiap kumpulan kecil dalam komuniti tersebut. Tambahan pula, pelbagai jenis kursus boleh ditawarkan kepada para pendidik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman agar mereka dapat membuat persediaan diri dengan sepenuhnya. Terutamanya dari segi komunikasi, guru wajar menguasai bahasa asas murid-murid orang Asli, peribumi atau penduduk

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

kawasan pedalaman supaya dapat berkomunikasi dan bergaul mereka dan hal ini memudahkan permahaman adat resam tempatan. Di samping itu, pedagogi pengajaran yang istimewa juga perlu disuburkan. Tidak mempunyai seorang murid pun yang suka akan guru yang hanya tahu mengajar. Anak-anak orang Asli, peribumi dan luar bandar suka terhadap alam sekitar dan aktif dalam bidang sukan. Misalnya, guru menyuruh murid-murid mengimitasi pergerakan binatang dan suara mereka semasa mengajar nama-nama binatang. Oleh demikian, murid-murid kawasan luar bandar akan lebih berfokus dan minat terhadap pembelajaran berbanding dengan pengajaran guru yang terlalu formal. Dengan itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan kedua-dua aspek tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Contohnya, mengubahkan ruang pembelajaran keluar dari bilik darjah. Guru boleh membawa murid-murid ke kawasan lapang dan mengajar mereka menulis perkataan abjad di atas pasir dengan menggunakan ranting pokok. Murid-murid lebih seronok bersama dengan alam sekitar serta mendapat ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Barulah, guru lebih rapat dengan budaya masyarakat setempat. Situasi ini merupakan langkah awal sebelum guru boleh mewujudkan suasana belajar yang mesra budaya. Seterusnya, kurikulum bagi Orang Asli, Indigenous dan kawasan pedalaman perlulah mengubah mengikut budaya kehidupan mereka. Kajian Christie & Harris (1985) mengenai orang Asli di Australia mengemukakan aspekaspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya, ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran tenaga yang tinggi menyebabkan murid menghadapi masalah

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

pembelajaran. Sekarang, murid-murid peribumi belajar di sekolah menggunakan kurikulum yang sama dengan sekolah aliran perdana atau biasa. Apa yang menjadi masalah sekarang pencapaian akademik murid peribumi ini adalah amat rendah berbanding dengan murid-murid aliran perdana. Mengikut cadangan kami, mereka tidak sesuai untuk mengikut kurikulum seperti KSSR atau KBSR dengan sepenuhnya. Beberapa bahagian di dalam KBSR dan KSSR masih boleh diaplikasikan, terutamanya Didik Hibur dalam KSSR adalah sangat sesuai kepada mereka. Murid-murid orang Asli, indigenous dan kawasan pedalaman mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu malu, pasif dan tidak suka dipaksa. Dengan itu, kurikulum yang sesuai kepada mereka perlulah kreatif dan sesuai kepada tahap akademik mereka. Mereka akan seronok dengan belajar sambil bermain serta bermotivasi jikalau belajar sesuatu yang mereka fahami. Di samping itu, kami mencadangkan bahawa musim buah-buahan dijadikan sebagai musim cuti sekolah. Ini bukan sahaja membolehkan murid-murid dapat menghabiskan sukatan pelajaran dan dapat membantu ahli keluarganya di dalam ladang serta menikmati kegembiraan musim buah-buahan. Kejadian sedemikian sentiasa berlaku, pada musim buah-buahan, anak-anak orang Asli tidak akan hadir ke sekolah kerana mereka diarah oleh ibubapa mereka agar membantu mereka memetik dan menjual buah-buahan. Ini telah menyebabkan murid-murid orang Asli tidak dapat belajar mengikut sukatan pelajaran dan tidak dapat menjawab ujian dengan sebaiknya. Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kesedaran pendidikan bagi orang Asli, indigenous dan penduduk kawasan pedalaman.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Dapatan kajian antarabangsa PISA 2009+ menunjukkan bahawa selain minat ibu bapa dalam pendidikan anak mereka merupakan langkah awal yang penting, faktor utama yang mendorong kepada pencapaian murid adalah bagaimana ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah. Oleh yang demikian, di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan sarana ibu bapa adalah penting untuk pentingkan akademik anak-anak mereka. Selain itu, penglibatan iba bapa yang aktif di sekolah juga memberi kesan, misalnya penyertaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dalam ini, kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan yang perlu diadakan dalam setiap ibu bapa. Melalui kajian tersebut, sebuah idea telah kami cungkil, iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membekalkan pendidikan secara percuma kepada ibubapa penduduk-penduduk orang Asli, indigenous dan kawasan pedalaman. Tujuannya ialah memberi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam setiap ibu bapa yang akan banyak mempengaruhi generasi yang seterusnya serta masa depan mereka. Dengan itu, pihak kerajaan boleh menubuhkan beberapa pusat pendidikan di kawasan luar bandar dan memberi perkhidmatan percuma kepada penduduk luar bandar. Ilmu-ilmu pengetahuan seperti kesihatan, nilai murni, teknologi, kemahiran dan ekonomi disalurkan secara umum. Contohnya, berdasarkan pengetahuan kita, orang Asli kurang mementingkan kebersihan gigi. Mereka kurang memberus gigi, ada yang tidak pernah menggosok gigi sejak kecil lagi. Melalui program ini, penduduk boleh dididik dengan kepentingan

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

memberus gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Kelas-kelas kesihatan boleh dilancarkan sekali seminggu. Sekiranya masyarakat mendapat

keseronokan dan kesedaran dalam pendidikan, secara tidak langsungnya, anakanak atau generasi yang akan datang akan dipengaruhi.

4.2 Masyarakat Bagaimanakah masyarakat luar bandar dapat menyedari kepentingan pendidikan? Masyarakat dan pelajar adalah berhubungkait, hanya mempunyai masyarakat yang sedar terhadap kepentingan pendidikan, barulah dapat melahirkan pelajar atau generasi muda negara yang subur dengan ilmu pengetahuan. Dalam ini, kami mencadangkan penggunaan teori modenisasi terhadap masyarakat tradisional. Pelopor teori modenisasi ialah Roy Harrod dan Evsay Domar. Kepada Wilbert Moore (1963), modenisasi adalah transformasi total masyarakat tradisional atau masyarakat pramoden kepada jenis teknologi dan organisasi sosial berkaitan yang mencirikan masyarakat Barat yang maju, ekonomi yang makmur dan mempunyai kestabilan politik. Modenisasi boleh mengubah bersikap penduduk luar bandar kepada liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar bandar ke bandar ataupun melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja tetap. Selain itu, modenisasi membolehkan penduduk berfikiran bebas, melalui pendidikan, celik huruf, terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Mereka akan mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan yang sepatutnya agar tidak ketinggalan zaman dan mendapat kehidupan yang lebih mewah serta

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

selesa. Dengan itu, masyarakat luar bandar dapat dibangunkan dengan nilai-nilai murni, seperti kerjasama dan toleransi setiap penduduk. (Pengantar

Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 38,45). Dalam catatan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia/ Blue-print (2013-2025), untuk mengakses kepada kejayaan, setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik, agama atau latar belakang berhak untuk mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti agar dapat mencapai potensi masing-masing. Oleh demikian, muridmurid orang Asli, peribumi dan kawasan pedalaman berhak untuk mendapat ilmu pendidikan yang setaraf seperti murid-murid di bandar. Di samping itu, berasaskan prinsip Pendidikan untuk Semua, yang merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan akses dan enrolmen sejagat dari peringkat prasekolah ke pringkat sekolah menengah atas, iaitu Tingkatan 5, sama ada menerusi laluan akademik atau laluan teknik dan vokasional yang setara. Selain itu, kemudahan-kemudahan masyarakat pedalaman juga akan mempengaruhi kesedaran mereka terhadap pendidikan secara tidak langsung. Misalnya, kemudahan jalanraya, pengangkutan dan telefon awam. Dengan itu, kami mengemukakan idea bahawa pihak kerajaan menaiktaraf dan memperbaiki ketidaksempurnaan kemudahan-kemudahan tersebut. Terutamanya, jalan tanah berlumpur di kawasan luar bandar dicadangkan untuk dijadikan jalan raya Asphalt. Walaupun cadangan ini merupakan projek yang amat besar dan sukar dilaksanakan kerana sekeliling kawasan pedalaman dipenuhi dengan pokok bunga. Akan tetapi, sekiranya mempunyai jalanraya Asphalt, murid-murid boleh

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

pergi ke sekolah tanpa halangan. Kasut sekolah putih mereka tidak lagi dikotorkan oleh tanah liat. Kebersihan fizikal amat penting demi kesihatan juga. Mereka lebih bermotivasi untuk belajar dengan pakaian dan tubuh yang bersih. Tambahan, ibu bapa mereka tidak akan terlalu risau terhadap keselamatan anak-anak ke sekolah. Tambah pula, kerajaan boleh membekalkan peralatan teknologi pertanian dan perikanan moden kepada penduduk orang Asli, peribumi dan kawasan pedalaman. Contoh alat pertanian moden, traktor, sabit bergerigi, power sprayer dan mesin tugal. Alat-alat teknologi moden bukan sahaja dapat mengurangkan kesusahan penduduk dalam pekerjaan, ia juga dapat

meningkatkan pengeluaran. Di samping itu, yang terpentingnya ialah faedah teknologi moden terhadap pendidikan. Sekiranya mempunyai teknologi moden, tenaga manusia tidak banyak diperlukan secara langsung. Oleh demikian, anakanak mereka dapat menghadiri ke sekolah setiap hari. Mereka tidak perlu lagi menolong ahli keluarganya dalam pekerjaan sehingga tidak hadir ke sekolah atau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Terutamanya musim buah-buahan, penduduk boleh menggunakan peralatan moden untuk memetik buah-buahan. Hutan sangat penting dalam kehidupan seharian orang Asli kerana di dalamnya terdapat dusun-dusun saka dan sememangnya mereka sudah terikat dengan alam semulajadi yang terdapat di hutan (Ali & Zainal Abidin, 2006). Oleh demikian, kita perlu berusaha dengan lebih agar dapat mengubah minda mereka untuk menerima kepentingan pendidikan. Sekiranya mempunyai ketabahan,

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

kami percaya bahawa kawasan pedalaman akan berkembang seperti kawasan bandar dengan cepat. Bagi mewujudkan kesedaran pendidikan dalam sekolah pula, pertamanya, pihak berkuasa dicadangkan untuk membekalkan kemudahan pengangkutan ke sekolah. "Berdasarkan pemerhatian dan lawatan kami ke kampung-kampung Orang Asli, masih terdapat isu-isu tidak ada sekolah di kampung-kampung atau sekolah-sekolah adalah sangat jauh," kata Muhammad Sha'ani Abdullah, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Kuala Lumpur. "Kanak-kanak di sana tidak pergi ke sekolah," katanya. "Mereka mengatakan ia terlalu jauh dan mereka tidak mempunyai pengangkutan." Oleh itu, kami mencadangkan KPM agar

mengaktifkan semula Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan kepada muridmurid pedalaman sahaja. Selain itu, bas-bas sekolah juga merupakan satu motivasi kepada anak-anak pedalaman dari segi mental. Mereka tidak pernah menaiki bas sekolah serta tidak pernah bergaul dan bermain dengan rakanrakan baru sepanjang perjalanan ke sekolah. Mereka akan berasa seronok pergi ke sekolah bersama-sama rakan-rakannya. Mengikut pandangan kami, ini adalah sebuah cadangan yang amat bermanfaat dan berkesan jika dilancarkan dengan sistematik dan berterusan.

5.0 Kesimpulan "Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan peribumi bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat,

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

meraih manfaat bersama hasil pembangunan ekonomi negara," kata Dato Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pelancaran agenda itu di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM. Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang. Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang

pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam kita memajukan golongan ini. Anak-anak ini adalah asset negara pada masa akan datang. Jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada majunya

golongan muda-mudinya. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif tidak

tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

PISMP PSV/PJ/BI/BM 2 SEM 5

CHENG SI MEAN UMA RAMADAS

Vous aimerez peut-être aussi