Vous êtes sur la page 1sur 3

1.

0 Langkah Meningkatkan Potensi Kanak-Kanak Menurut teori kognitif Piaget, Dalam buku Psikologi Perkembangan, Piaget (1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecederungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Piaget menjelaskan tiga cara kanakkanak mengetahui sesuatu. Pertama melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda pengetahuan ini diperolehi melaui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat, keras dan lembut, panas dan sejuk. Empat konsep utama teori kognitif Piaget ialah skema(schema), penyerapan (assimilation), Pengubahsuaian (accommodation) dan keseimbangan (equilibrium) Ketika umur bayi, mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema ialah satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi bermaksud individu mencantum skemata yang sedia ada untuk membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata-mata semasa menemui sesuatu objek, maklumat dan pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi. Dalam konteks pendidikan prasekolah, guru boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dengan pelbagai cara. Guru-guru mesti membuat rancangan mengajar dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat-alat bantuan pengajaran yang akan digunakan. Soalan yang diajukan harus mengambil kira aspek kemampuan aras kefahaman murid. Selain itu, guru-guru mesti merancang bagaimana dapat menimbul

mengekalkan rasa minat murid-murid sepanjang pelajaran dan selepas tamat pengajaran. Contohnya dalam pembelajaran dalam tunjang sains dan teknologi, guru

boleh meransang minat murid dalam pembelajaran penerokaan. Pembelajaran penerokaan ini mampu meningkatkan aspek kognitif pelajar kerana ianya melibatkan proses inkuiri penemuan. Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan asimilasasi. Proses asimilisasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima oleh kanak-kanak di masukkan ke dalam skema pemikiran yang ada dalam kanak-kanak. Proses ini ada berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Dalam pada itu, guru boleh meningkatkan kemahiran kognitif murid guru melalui mengaitkan topik pembelajaran dengan pengalaman sedia ada murid. Dari segi aspek kecerdasan pelbagai murid pula, teori Howard Gardner menyatakan bahawa terdapat 9 tahap Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Antaranya ialah Logikal Matematik, Spatial / Visual Ruang, Linguistik, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal, Spiritual dan Naturalis. Dalam tugasan ini, tumpuan lebih kepada kecerdasan logikal matematik kerana potensi ini merupakan focus untuk diperkembangkan oleh saya sebagai seorang guru. Merujuk aspek kognitif, saya sebagai seorang guru perlu membuat sesuatu soalan yang mampu menguji kemampuan seseorang murid dalam berfikir secara induktif dan deduktif. Kemampuan berfikir ialah seperti memahami dan menganalis pola angkaangka serta rnembahagikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir.

Salah satu cara yang baik ialah dengan memperkenalkan asas matematik seperti konsep perbandingan dalam pengajaran matematik. Contohnya saya

memberikan soalan dengan perbandingan terhadap bilangan jumlah yang baik dan banyak dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang boleh dilihat dan dipegang oleh kanak-kanak prasekolah. Dengan adanya bahan bantu mengajar itu, maka kanakkanak akan mampu mengenal pasti yang mana jumlah yang banyak dan jumlah yang sedikit.

Melalui kaedah soal jawab ini, maka potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan lebih-lebih lagi aspek kognitif.

2.0

Vous aimerez peut-être aussi