Vous êtes sur la page 1sur 22

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION

SEMESTER SEPTEMBER 2013

MPW1113/MPW2113

BAHASA KEBANGSAAN A

NO. MATRIK

: R336825001

NO. KAD PENGENALAN : A1031320 NO. TELEPHONE E-MAIL : 012-2856722 : dewapututejalaksana@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI

MPW1113/2113

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan2 2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Sebelum Pembakuan Dilaksanakan...3 2.1 Ejaan Rumi Crawford...4 2.2 Ejaan Rumi Thomas Bowrey4 2.3 Ejaan van Ophuijsen..5 2.4 Sistem Ejaan Wilkinson....5 2.5 Sistem Ejaan Rumi Zaba.6 2.6 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia..7 2.7 Sistem Ejaan Rumi Kongres.7 2.8 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM)..8 3.0 Sejarah Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Peranan dan Fungsinya Dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu9 4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu..11 5.0 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Terkini yang Digunakan di Malaysia....12 5.1 Penggunaan Huruf Abjad Rumi..13 5.2 Huruf Vokal14 5.3 Huruf Konsonan..14 5.4 Huruf Diftong..16 5.5 Sistem Keselarasan Huruf Vokal.17 5.6 Perubahan Huruf Konsonan Lama ke Baru.18 5.7 Penggunaan Tanda Koma19 6.0 Kesimpulan..19 Bibliografi..21

MPW1113/2113

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang maju di dunia, sama majunya dengan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain- lain bahasa sejak abad ke-16 dan abad ke-17 (Kamal Shukri, 2007). Ketika itu bahasa Melayu sudah menjadi bahasa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan, bahasa kerajaan dan bahasa diplomasi tidak sahaja di Tanah Melayu tetapi di seluruh rantau Malaysia-Indonesia-Brunei. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di tiga negara berdaulat iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Singapura pula mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa resminya.

Menurut Naffi Mat (2006), bahasa baku merupakan variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masyarakat untuk digunakan dalam situasi resmi; bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh seluruh penutur bahasa itu sebagai model, ukuran atau rujukan. Bahasa ini telah melalui proses pengekodan. Disebabkan penggunaan jenis bahasa baku ini berlaku dalam situasi resmi, maka perlulah ditentukan sifatsifat bahasa ini yang benarbenar seragam dan mantap. Dengan demikian, bahasa tersebut dapat memainkan peranannya dengan berkesan.

Proses memantapkan bentuk bahasa inilah yang disebut proses pembakuan bahasa. Maksud proses ini ialah melakukan usaha pembinaan bahasa supaya sifat-sifatnya tersusun dan teratur. Proses pembakuan bahasa berlaku pada beberapa aspek, salah satunya ialah berkaitan dengan sistem ejaan rumi. Tulisan ini membahas dan membincangkan mengenai sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu. Perkara yang ditekankan dalam sistem ejaan rumi baku bahasa Melayu adalah keselarasan vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar dan terbitan. Tahap pembakuan yang terakhir untuk ejaan rumi bahasa Melyu adalah pada tahun 1972 apabila Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menerima penggunaan Sistem Ejaan Baharu di keduadua Negara (Melebek & Moain, 2006).

MPW1113/2113

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Sebelum Pembakuan Dilaksanakan.

Pada abad ke-20 keperluan terhadap sistem ejaan rumi menjadi penting kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Sejak dari permulaan , bahasa Melayu ditulis dengan huruf Latin oleh pengembara, pedagang, p entadbir dan orientalis Eropah (Mebelek & Moain, 2006). Usaha-usaha untuk menuliskan kata-kata Melayu dalam huruf Rumi telah dilakukan dan juga usaha mentranliterasikan tulisan Jawi kepada Rumi, tanpa mengetahui sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar. Akibatnya muncullah pelbagai aturan perumian bahasa Melayu yang dihasilkan daripada pemahaman dan pengetahuan yang berbeza-beza tentang sistem bunyi bahasa Melayu dalam kalangan yang terlibat. Berbagai huruf digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi -bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris pada abad ke-19 membuktikan wujudnya kekacauan ini.

Dilihat dari sejarah, sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa Melayu, kerana akibat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, daerah Melayu dibahagikan kepada dua wilayah, iaitu Indonesia yang diletakkan di bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya di bawah Inggeris (Mebelek & Moain, 2006). Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan dan ejaan mereka untuk penulisan dalam bahasa Melayu. Sistem ejaan van Ophuijsen (1901) digunakan oleh Belanda untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung dengan rakyat. Manakala pihak Inggeris menggunakan sistem ejaan Wilkinson. Berikut adalah beberapa sistem ejaan yang pernah digunakan sebelum Sistem Ejaan Baharu.

MPW1113/2113

2.1 Ejaan Rumi Crawford

John Crawford telah mencuba untuk merumikan tulisan jawi pada tahun 1848 (Mebelek & Moain, 2006). Beliau mengatakan bahawa skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu dengan sempurna tetapi skrip rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu.

Ejaan Crawford ch- puchuk w- luwar n_ balana, buni

Ejaan Melayu moden pucuk luar balanya, bunyi

2.2 Ejaan Rumi Thomas Bowrey

Ejaan ini diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang diterbitkan di (Mebelek & Moain, 2006). Berikut adalah senarai beberapa perkataan Melayu kamus yang dicatat oleh Bowrey. dalam tulisan rumi dalam

Senarai Bowrey
Kitta poonea

Ejaan Sekarang Kita punya Tuan punya Dia punya Kami punya Kamu punya Dia orang punya Perkataan Janjian 4

Tuan poonea Dea poonea Camee poonea Camoo poonea Deaoran poonea Pecataawan Janjeawn

MPW1113/2113

Todohan

Tuduhan

Sistem ejaan Rumi Thomas Bowre y menunjukkan ciri-ciri keantikannya, terutama sekali dalam penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg, dd, ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah -olah menonjolkan kepanjangan konsonan dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal it u.

2.3 Ejaan van Ophuijsen

Pembakuan ejaan Bahasa Indonesia yang pertama kali diadakan tahun 1901 oleh Charles van Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim (Mebelek & Moain, 2006). Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan Ejaan Van Ophuijsen yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe. Dalam buku ini telah ditetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon. Daripada keseluruhan lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2 vokal e(e), oe (u) dan tujuh konsonan lain antaranya adalah ch (kh), dj (j), j (y), (k, ?) dan tj (c).

2.4 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson

P a d a t a h u n 1 9 0 2 p e r a n c a n g a n e j a a n ya n g p e r t a m a d i T a n a h M e l a yu b e r m u l a apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan) mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson (James T. Collins & Alma E. Almanar, 2005). Sistem ejaan yang dikenali dengan nama Ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan dan senarai perkataan yang dieja menurut kaedah yang diperakukan oleh jawatankuasa tersebut. Ejaan ini digunakan di semua sekolah umum. S i s t e m e j a a n i n i a d a l a h s a m a d a n s e r a g a m d e n g a n ya n g d i h a s i l k a n d a r i t a h u n 1 9 0 1 h i n g g a akhir tahun 1940-an. Wilkinson menggunakan pendekatan transliterasi 5

MPW1113/2113

daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Kaedah transliterasi (atau harfiah) ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kamus JawiMelayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 oleh Wilkinson dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad Jawi.

2.5 Sistem Ejaan Rumi Zaba

Sistem ejaan ini disusun dan diperkemaskan dalam beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang Sultm Idris Training College dan terkenal sebelum sistem ejaan baru 1972 (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan Sekolah. Dari satu sisi, sistem ejaan ini memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang menyebabkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari untuk semua urusan yang menggunakan tulisan rumi. Za'ba, yang nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad, bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923, di Bahagian Terjemahan, Jabatan Pendidikan Tanah Melayu. Za'ba membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai huruf saksi (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf vokal yang berikut:

Bunyi atas Bunyi bawah Bunyi hadapan

kasar = a kasar = e halus = i

halus = kasar = o halus = u

1. Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan <a> misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata. 2. Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan dengan / / misalnya nam, mping, ngkau, p dang, k ras, dan s mbah. 3. Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan <e>. Misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher. 6

MPW1113/2113

4. Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan dengan <i> yang dilambangkan dengan <i> misalnya ikan, isi, ibu, gigi, kirim, nipis. 5. Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang dilambangkan dengan <o> misalnya orang, oleh, olok, bodoh, poko, tombong. 6. Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan dengan <u> misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun.

2.6 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia Kecelaruan dalam penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dan beberapa sistem ejaan rumi lain yang digunakan dalam pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beraneka ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu memperkenalkan beberapa sistem baru ejaan rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959, salah satunya yang mendapat perhatian ialah Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia. Sistem ini merupakan sistem ejaan yang digunakan dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai Ketua Pengarang (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Sistem Ejaan Fajar Asia dikatakan sebagai percubaan pertama dalam usaha menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia.

2.7 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Ejaan Kongres dihasilkan berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Sistem ejaan ini menurunkan peraturan mengeja dalam huruf rumi menggunakan kaedah seperti berikut: 7

MPW1113/2113

1. Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya a diberi a seperti a dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada a ,e, , i, o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e pepet. Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (). Huruf e bertanda ini diberi nama e taling misalnya smak, lpak, lhr. Penggunaan e tanpa tanda lebih banyak daripada bertanda. 2. Konsonan diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal a. Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, / /, / /, /p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/ digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.

2.8 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM)

Kaedah ejaan ini digunakan dalam penerbitan jurnal bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) bermula tahun 1959 (Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar, 2006). Kaedah ini bukanlah satu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan satu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan Soewandi dan ejaan Fajar Asia.

Usaha penyatuan ejaan rumi antara Bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959, menghasilkan suatu sistem ejaan bersama yang disebut ejaan Malindo, walau bagaimanapun, ejaan ini tidak dapat dilaksanakan. Persetujuan tentang sistem ejaan rumi bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

MPW1113/2113

3.0 Sejarah Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan Majlis Bahasa BruneiIndonesia-Malaysia (MABBIM), Peranan dan Fungsinya Dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Menyedari pentingnya penyatuan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun bagi memastikan kelancaran komunikasi budaya, ilmu, dagang, ekonomi, teknologi, dan lain-lain, antara negara yang menuturkan bahasa Melayu dan memperlihatkan peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Melayu dan di Asia Tenggara dan di seluruh dunia, maka seawal 1950-an gagasan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) diutarakan.

Pertemuan antara Jawatankuasa Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia pada 4-7 Disember 1959 dimana Malaysia diwakili Tun Syed Nasir dan Indonesia diwakili Dr. Slamet Mulyana, menjadi titik permulaan untuk merealisasikan hasrat ini (Mebelek & Moain, 2006). Hasilnya ialah Sistem Ejaan Malindo yang pelaksanaannya dirancangkan pada Januari 1962. Namun, konfrontasi Indonesia-Malaysia mengakibatkan pelaksanaannya tertunda sehingga 7 September 1966. Seterusnya, pada 27 Jun 1967 Jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa Komando Tertinggi Indonesia (KOTI) membuaat keputusan untuk mewujudkan Sistem Ejaan Baru yang praktis, ekonomis dan ilmiah.

Dalam kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia, Hussein Onn ke Jakarta pada 23 Mei 1972, suatu perundingan telah diadakan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Bapak Mashuri, bagi menghasilkan Pernyataan Bersama berhubung dengan usaha bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing. Rundingan ini membawa kepada persetujuan dan penandatanganan Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia (Mebelek & Moain, 2006). Sebagai lanjutan daripada Pernyataan Bersama yang disepakati pada 23 Mei 1972 di Jakarta, maka suatu persidangan diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa Indonesia dengan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia, pada Jun 1972 di Jakarta. Persidangan ini mempunyai tujuan untuk menyempurnakan ejaan yang dipakai di kedua-dua negara berdasarkan perkembangan di kedua-dua negara pada ketika itu, menyemak semula persetujuan mengenai ejaan bersama yang dicapai pada 27 Jun 1967 dan bertukar fikiran mengenai masalah bersama dalam bidang bahasa secara umum. Lanjutan daripada Pernyataan Bersama 23 Mei 1972 dan 9

MPW1113/2113

pertemuan Panitia Ejaan Indonesia/Malaysia pada Jun 1972, maka Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia (MBIM) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 29 Disember 1972.

Untuk memastikan usaha penyelarasan istilah terus berjalan bersesuaian dengan keperluan zaman, maka sidang/rapat antara kedua-dua negara anggota MBIM diadakan dua kali setahun dan tempatnya diadakan secara bergilir-gilir, sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia. Sehinggalah pada 8 November 1985, apabila negara Brunei Darussalam menjadi anggota baharu Majlis, pada sidang Ke-24 di Jakarta, maka tertubuhlah Majlis Bahasa Brunei DarussalamIndonesia-Malaysia (MABBIM). Setelah tertubuhnya MABBIM pada 1985, sidang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Sidang Majlis yang membahas perkara dasar MABBIM, seperti halhal yang berkaitan dengan pedoman bahasa, tatacara kerja sidang, dan Rancangan Lima Tahunan MABBIM dan Sidang Pakar membahaskan khusus mengenai hal-hal penyelarasan istilah dalam bidang/subbidang tertentu.

Bahasa Melayu mencapai kejayaan yang baik dalam usaha penyeragaman sistem ejaan rumi apabila wujud Sistem Ejaan Rumi Baharu yang dilaksanakan melalui MBIM. MBIM berperanan merumuskan kaedah-kaedah membuat istilah yang serupa di Indonesia dan Malaysia. Pada tahun 1975 Majlis ini (Sidang VI) berjaya merumuskan petua-petua membina istilah bersama tetapi buku berkenaan dengannya diterbitkan serentak hanya pada 1978 berjudul Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (di Malaysia) dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia Yang di sempurnakan (di Indonesia), serta Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (di Malaysia) dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Indonesia (di Indonesia). Elemen terpenting dalam pedoman peristilahan ini ialah ejaan perkataan Inggeris yang hanya hendak diMelayukan (di Malaysia atau di Indonesia) dengan pengubahan ejaannya sahaja (kerana tiada padanannya yang sesuai dalam bahasa Melayu Malaysia/Indonesian semasa) tidak lagi dieja mengikut bacaan perkataan Inggeris itu tetapi dipentingkan segi visualnya.

MBIM juga mempunyai peranan untuk menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu; tumpuan diberikan pada ketika itu terhadap bidang sains asas, seperti biologi, kimia, fizik, selain bidang sains kemasyarakatan. Hasilnya, terbitlah buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah 10

MPW1113/2113

Bahasa Melayu pada 1975 dan Panduan Penyusunan Kamus Istilah pada tahun 1982 (Mebelek & Moain, 2006).

4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia dalam Pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan dengan nama asalnya Balai Pustaka. Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura dan Johor Bahru pada September 1956, kerajaan bersetuju dengan satu daripada cadangan Kongres, menukar nama Balai Pustaka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliyana Mohd. Junid, 2007). Matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1) Ordinan 1959, dengan pindaan pada tahun 1972 adalah seperti yang berikut: (i) Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan (ii) Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan (iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan (iv) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

DBP mempunyai matlamat jangka paanjang iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan kebudayaan, kegiatan intelektual, ekonomi dan perdagangan.

DBP berperanan penting dalam menyusun sistem ejaan rumi baharu bagi bahasa Melayu DBP telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975. Sistem ejaan baru ini merevisikan sistem ejaan sebelumnya misalnya daripada ch kepada c, sh kepada sy, dz kepada d dan th kepada s. Lambang-lambang kh, ny, gh dan ng masih kekal digunakan.

11

MPW1113/2113

Rancangan pengisian bahasa Melayu juga diusahakan oleh DBP. Banyak buku ilmu dikarang ataupun diterjemahkan untuk kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Sastera Melayu juga berkembang pesat, banyak hasil sastera diciptakan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan DBP.

Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak bagi penerbitan majalah bahasa seperti majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah, fiksyen ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dengan sasaran utama ialah pelajar dan golongan pembaca buku.

DBP dijadikan sebagai tempat rujukan oleh para pelajar dan golongan pendidik dalam mempelajari bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat hanya dapat dirujuk daripada DBP. DBP menjadikan media massa sebagai medan menyalurkan maklumat kepada umum iaitu masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, kita juga boleh melayari Internet dengan membuka laman webnya. DBP turut memperkenalkan perkataan-perkataan baru bersertakan pengertiannya.

5.0 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Terkini yang Digunakan di Malaysia

Ejaan Rumi Baharu (ERB) tahun 1972 merupakan hasil daripada pemikiran yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berbeza latar belakang sosiolinguistik dan sejarah perkembangannya, ERB dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan ERB menunjukkan prinsipprinsip kesederhanaan, linguistik, ekonomi, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.

12

MPW1113/2113

5.1 Penggunaan Huruf Abjad Rumi

Dalam sistem ERB, terdapat 26 abjad yang digunakan. Lima daripadanya ialah huruf vokal dan 21 huruf konsonan dengan tambahan lima huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny dan sy.

Huruf Besar A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Kecil a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y ayam basikal cacing dayang ekor fasal gayung hilang ikan jari kaki lancung masuk nanas olah pisang Quran rakit saying takut ular vitamin wayang xenon yuran

contoh

13

MPW1113/2113

zakat

5.2 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti jadual di bawah. Huruf a Fonem [a] [] [] di depan sapi di tengah badi di belakang lupa

emak enak

sena petak

imperialisme tauge

[i]

itu

simpan

sini

[o]

oleh

kota

pidato

[u]

usang

tunas

siku

5.3 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti jadual di bawah:

Bunyi /b/

Huruf b

di depan bahasa

di tengah sebut

di belakang adab

/c/

cakap 14

kaca

Mac

MPW1113/2113

/d/

dua

ada

abad

/f/

fakir

tafsir

maaf

/g/ //

guna

tiga

beg

gh

ghaib

maghrib

mubaligh

/h/

hari

saham

tuah

/j/

jalan

manja

kolej

/k/

kami

paksa

katak

/x/

kh

khusus

akhir

tarikh

/l/

lekas

alas

kesal

/m/

maka

kami

diam

/n/ // //

nama

anak

daun

ng

ngilu

angin

pening

ny

nyata

hanya

/p/

pasang Quran 15

apa

siap

/q/

wuquf

buraq

MPW1113/2113

/r/

raih

bara

putar

/s/ //

sampai

asli

lemas

sy

syarat

isytihar

Quraisy

/t/

tali

mata

rapat

/v/

vitamin

universiti

/w/

wanita

hawa

/y/

yang

payung

/z/

(i)

zaman xenon

lazat -

lafaz -

(ii) x

5.4 Huruf Diftong

Huruf diftong ialah bunyi rangkap gabungan yang dihasilkan dari dua huruf vokal. Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam jadual di bawah: Bunyi /ai/ Huruf ai di depan aising di tengah ghairah trailer di belakang pandai

/au/

au

aurat 16

saudara

harimau

MPW1113/2113

auditorium

/oi/

oi

oidium

boikot

amboi

5.5 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Pola keselarasan huruf vocal: (i) (ii) (iii) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil.

Suku kata praakhir

Suku

kata

Akhir Contoh Penggunaan

Tertutup 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i a i u a i u a e (taling) o a i 17 asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok kilang pilih halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor selinap sisih

MPW1113/2113

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

i o o o u u u

u a e (taling) o a i u

pikul otak oleh obor ulat ulit untuk

ribut

tidur

borang sekolah boleh celoteh

borong kelompok bulat kulit buluh ketupat putih seluruh

5.6 Perubahan Huruf Konsonan Lama ke Baru

Daripada 26 huruf konsonan terdapat lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan rumi baharu. Contohnya:

Huruf Lama ch

Huruf Baru c

Contoh chacat chuci

Pemakaian kini cacat cuci darab kadi mudarat zalim beza zat syaitan syarat mesyuarat missal isnin bahas

dh

dharab khadi mudharat

dz

dzalim bedza dzat

sh

sy

shaitan syarat meshuarat

th

mithal ithnin bahath

18

MPW1113/2113

5.7 Penggunaan Tanda Koma

Terdapat beberapa perubahan dalam

penggunaan huruf

konsonan daripada ejaan

lama k e p a d a e j a a n r u m i b a h a r u i a i t u t a n d a k o m a d i a t a s ( ) d i g u g u r k a n a t a u t e l a h d i g a n t i k a n dengan huruf konsonan yang baru. Contohnya seperti berikut:

Penggunaan tanda koma Tanda koma di atas (),

Perkataan lama alam

Perkataan baru alam raim maaf

i a i t u ya n g sepadan dengan raii huruf jawi ( ), dihapuskan maaf jika membuka suku kata. Tanda koma diatas () digantikan dengan mana tama rayat

mana tamak rakyat

huruf konsonan k jika menutup suku kata. Tanda koma di atas (), i a i t u ya n g sepadan huruf Jawi ( ),

soal

soal masalah

dengan masaalah

Hamzah jika

dihapuskan suku kata.

membuka

6.0 Kesimpulan

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang maju, sudah digunakan sebagai bahasa perdagangan seawal abad ke-16. Bahasa ini dipakai sebagai bahasa resmi di beberapa negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura. Pembentukan suatu bahasa Melayu yang baku 19

MPW1113/2113

melalui banyak cabaran. Banyak usaha ke arah pembakuan bahasa salah satunya ialah berkaitan dengan sistem ejaan rumi. Sebelum dipersetujuinya Ejaan Rumi Baharu pada tahun 1972, terdapat beberapa sistem ejaan yang berlaku, salah satunya yang terkenal ialah sistem ejaan ZaBa. Sejalan dengan penubuhan MBIM, sistem ejaan rumi terus mendapat perhatian yang serius sehingga dilanjutkan dengan penubuhan MABBIM setelah Negara Brunei menjadi ahli.

Peranan DBP juga sangat penting dalam penyelarasan sistem ejaan rumi, seperti isalnya, mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalahrisalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Rumusan ERB menunjukkan prinsip-prinsip kesederhanaan, linguistik, ekonomi, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.

20

MPW1113/2113

BIBLIOGRAFI

James T. Collins & Alma E. Almanar. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamal Shukri. (2007). Bahasa Melayu: Apa sudah Jadi? Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Naffi Mat. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Melebek A. R. & Moain . A. J. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Syed, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar. (2006). Bahasa Melayu Kertas 1&2 Teks & Rujukan Lengkap. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliyana Mohd. Junid. (2007). Bahasa Melayu: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

21

Vous aimerez peut-être aussi