Vous êtes sur la page 1sur 12

PERJANJIAN LOW Faktor-faktor Perjanjian Low Selepas Perjanjian Burney hubungan antara pihak British dengan Siam berjalan

dengan baik,tetapi masih wujud perasaan tidak puas hati.Malah kedua-dua pihak sentiasa mencari peluang untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu.Raja Ligor telah menghantar satu Ligor angkatan ternyata ke Perak,selepas syarat-syarat perjanjian dalam Burney perjanjian

ditandatangani.Raja

melanggar

Burney.Sultan Perak mengadu kepada pihak British tentang tindakan Siam itu.

Fullerton menghantar Kapten James Low berserta 40 askar sepoi dan sebuah kapal perang ke Perak pada bulan September 1826.Low dihantar untuk menasihati Sultan Perak tentang haknya,sama ada untuk memilih menghantar bunga emas ke Siam atau tidak.Low juga member jaminan untuk memberi bantuan kepada Sultan Perak,jika diserang oleh tentera Siam.Tentera Siam meninggalkan Perak sebaik sahaja menerima berita kedatangan Low.

Pada 18 Oktober 1826,satu perjanjian ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan James Low.Mengikut syarat-syarat perjanjian itu:

i.

Sultan Perak tidak akan menghantar bunga emas ke Siam atau mengadakan sebarang perhubungan dengan Siam,Ligor atau mana-mana negeri.

ii.

Sultan Perak tidak dibenarkan menerima manamana perwakilan asing,jika kedatangannya bertujuan untuk campur tangan dalam urusan negeri itu.

iii.

British akan memberi bantuan tentera kepada Sultan Perak untuk menentang ancaman sama ada

daripada Siam ataupun musuh-musuh lain. iv. Sultan Perak bersetuju untuk menyerahkan daerah Dinding,Pulau Pangkor dan pulau-pulau lain di sebelah pantai kepada pihak British.

Kesan-kesan Perjanjian Low Perjanjian Low dapat menyelamatkan Perak daripada campur tangan

Siam.Walaupun tindakan Low itu ternyata bertentangan dengan dasar kerajaan di India yang tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu.Kerajaan British di India menganggap tindakan Low membuat perjanjian dengan seorang pemerintah di negeri Melayu sudah melampaui batas dasar yang ditetapkan.

Perjanjian Low mencerminkan satu keputusan tegas yang melibatkan kerjasama tentera dengan Perak berbanding dengan beberapa perjanjian terdahulu seperti Perjanjian Burney.Fullerton menerima perjanjian ini kerana cara itulah yang dianggap sesuai bagi menghalang campur tangan Siam.

Sementara perjanjian itu mendapatkan pengesahan Gabenor Jeneral di India,Fullerton terus bertindak menghalang kedatangan Siam dan mengukuhkan kedudukan British di Perak.

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA(1824) Faktor-faktor perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani a) Persaingan perdagangan Inggeris-Belanda di Timur Sejak kedatangan British dan Belanda pada abad ke-17 ke Timur,terutamanya Asia Tenggara,hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak pernah

baik.Mereka sentiasa terlibat dalam persaingan dan permusuhan untuk mendapatkan monopoli perdagangan di Kepulauan Hindia Timur.Belanda bertapak lebih awal di Asia Tenggara iaitu di Betawi pada tahun 1619.Pada tahun 1641,Belanda meluaskan kegiatan perdagangan dengan membina empayar sehingga ke Melaka.Walaupun British sudah bertapak di India tatapi masih mencari pangakalan tentera dan perdagangan yang sesuai di Asia Tenggara.Belanda beranggapan bahawa British tidak seharusnya menuntut

sebahagian daripada hak perdagangan yang telah mereka peroleh di kepulauan Hindia Timur manakala British berpandapat mereka mempunyai hak untuk berdagang di rantau kepulauan Hindia Timur.Ini telah menyebabkan berlakunya persaingan antara yang berterusan.

b) Pengambilan Singapura oleh British Pengambilan Singapura oleh Raffles pada tahun 1819 menjadikan hubungan antara British dan Belanda semakin tegang.Belanda mendakwa bahawa Singapura menjadi milik mereka.Belanda juga berpendapat pengambilan Singapura sebagai pencabulan hak mereka dan menuntut supaya pihak British berundur dari Singapura.Bannerman,Gabenor Pulau Pinang mendesak supaya British berundur dari Singapura.Lord Hastings,Gabenor Jeneral di Calcutta marah kerana Raffles meletakkan dirinya berada dalam suatu suasana yang rumit.Lord Hastings tidak mahu menimbulkan konflik dengan Belanda.Oleh itu,beliau bertindak membatalkan arahannya kepada Raffles tetapi arahan itu tidak sampai kepada Raffles.

c) Kemajuan Singapura sebagai pusat perdagangan. Pada tahun1819,Singapura menunjukkan kemajuan yang menggalakan.Bilangan penduduk juga semakin pesat.Singapura diberi taraf pelabuhan

bebas.Keuntungan yang diperolehnya cukup untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran pada Ogos 1820.Padagang tertarik untuk datang ke Singapura kerana telah lama berdagang di bawah sekatan monopoli Belanda.Perdagangan Belanda di Asia Tenggara merosot akibat kedudukan Singapura sebagai perlabuhan bebas.Perkembangan pesat Singapura menyebebkan British enggan mengembalikan Singapura kepada Belanda.British berpandapat bahawa

Singapura mempunyai masa depan yang cerah dari ekonomi dan berpotensi menjadi sebuah pelabuhan,pusat perdagangan dan pangkalan laut yang penting di Asia Tenggara.Belanda sedar bahawa tuntutan mereka ke atas Singapura tidak mungkin berjaya setelah Lord Hastings telah memutuskan untuk mempertahankan Singapura sebagai milik British.Oleh itu,kedua-dua pihak berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini melalui perjanjian.

d) Persahabatan Kerajaan British dan Belanda di Eropah Peperangan meletus di Eropah pada tahun 1793.Perancis yang berada di bawah pimpinan Napoleon Banoparte(1793-1815) sedang berusaha meluaskan

pengaruh dan menakluki sebahagian besar negara-negara di Eropah.Pada tahun 1795,Perancis menakluki negara Belanda dan Raja Belanda,William ke-V melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di Britian.Kedua-dua kerajaan Belanda dan British bersahabat baik kerana masing-masing mahu menghalang perluasan kuasa Perancis di Eropah.Setelah menakluki negara

Belanda,Perancis berhasrat untuk menguasai wilayah-wilayah Belanda di Asia Tenggara dan dua pusat perdagangan Belanda iaitu Melaka dan Betawi.Jika hasrat Perancis tercapai.kepentingan British di Timur Jauh sedang

terancam.Melalui surat-surat Kew,Raja Belanda mengeluarkan arahan kepada semua gabenor yang mentadbir wilayah Belanda di seberang laut menyerahkan

pentadiran wilayah kepada pihak British.Berdasarkan arahan Surat-surat kew,British harus mengembalikan wilayah-wilayah di bawah pentadbiran British selepas tamatnya peperangan.Selepas berakhirnya Perang Napoleon di Eropah,kerajaan British dan Belanda ingin memelihara hubungan mereka untuk kepentingan masing-masing.

Syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani

I.

Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka serta semua jajahan takluknya kepada British.

II.

British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan semua kawasan kepunyaan SHTI di Sumatera kepada Belanda.

III.

Belanda menarik balik semua bantahannya berhubung pendudukan Inggeris di Singapura dan mengiktiraf kedudukan British di

Singapura,tetapi British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatannya. IV. Belanda berjanji tidak akan campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan di Tanah Melayu. V. British berjanji tidak akan campur tangan dan membuat apa-apa perjanjian atau persetiaan di Sumatera,Pulau Karimon,Kepulauan RiauLingga dan mana-mana bahagian pulau ke selatan Singapura. VI. British dan Belanda bersetuju bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun. VII. Jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan,maka hak untuk menduduki tempat tersebut akan jatuh kepada pihak yang satu lagi. VIII. Pemerintah anak negeri dibenarkan membuat perhubungan secara hubungan secara bebes dengan kedua-dua dan sesama pemerintah tempatan. IX. Hutang Belanda kepada British akibat Perang Napleon selesai dengan pembayaran 100 000paun(Sepanyol)

Kesan-kesan perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani a)Pembahagian Kawasan Pengaruh

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah membuka jalan ke arah peluasan kuasa politik dan ekonomi Belanda dan British di Asia Tenggara.Mengikut perjanjian ini sempadan pengaruh Belanda dan British ditentukan dengan jelas.Gugusan Kepulauan Melayu dipisahkan antara wilayah di bawah penguasaan pengaruh Belanda British dan dan

Belanda.Sempadan

wilayah

penguasaan British ialah Selat Melaka.Pengaruh dan kekuasaan Belanda meliputi suluruh kepulauan Indonesia di sebelah selatan Singapura manakala pengaruh dan kekuasaan British pula berada di sebelah utara Singapura yang meliputi Singapura,Melaka dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.Kedua-dua kuasa Barat itu dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik kawasan masing-masing tanpa sebarang gangguan.Perjanjian ini menamatkan peluang British untuk bertapak di Kepulauan Indonesia manakala peluang Belanda untuk bertapak di Tanah Melayu.Perjanjian ini dapat mengelakkan peperangan antara kedua-dua kuasa imperialis ini.

b)Hubungan British dan Belanda di Timur

Namun perjanjian ini ditandatangani,hubungan antara British dan Belanda di Timur tidak banyak berubah.Persaingan perdagangan masih berterusan.Belanda dituduh melanggar syarat-syarat perjanjian oleh British.Selain itu,British dan Belanda juga berselisih faham tentang fasal`butir-butir wilayah yang

mengatakan sebarang pulau yang terletak di selatan Singapura.Belanda berpendapat bahawa Labuan terletak di Selatan Singapura dan berada di bawah pengaruhnya apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British.Pergaduhan ini akhirnya diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

c)Perpecahan empayar Johor-Riau

Pembahagian dua kawasan pengaruh itu secara tidak langsung membawa kepada perpecahan empayar Johor yang dahulunya mengandungi

Johor,Pahang,Singapura dan Kepulauan Riau. Sultan Hussein di Johor di bawah pengaruh British dan Sultan Abdul Rahman di Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.Perjanjian ini mengakhiri masalah pewarian takhta di Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga dan pulau-pulau yang

berdekatan.Kehancuran empayar Johor sememangnya tidak dapat dielakkan lagi apabila Bendahara Ali di Pahang cuba membebeskan diri setelah berlaku perpecahan dalam empayar Johor.Bendahara Ali bertindak mengisyitiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang yang pertama.

REFLEKSI SHAMINI A/P RAMADAS Tugasan individu ini diberikan oleh En.Ismail Bin Said yang sangat membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Saya ingin mengingat kembali apa yang telah saya lalui sebelum saya membuat kerja kursus ini.Saya memang berasa syukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan saya mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada saya.Memang tidak boleh menafikan banyak perkara saya

mempelajari dengan kerja kursus ini.Saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya dan apa yang saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum laksanakan tugasan ini,saya telah mencari banyak maklumat tentang kesan perjanjian Inggeris-Belanda,Perjanjian Low,Perjanjian Burney dan Penubuhan Negari-negeri Selat.Saya menggunakan pelbagai buku rujukan dan majalah.Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan untuk tugasan ini.Ia membolehkan saya lebih berkemampuan untuk menguasai topik yang sukar untuk difahami melalui mempelajari topik itu secara mendalam dengan menggunakan laman web yang saya mencari.sebelum memulakan tugasan ini,Saya telah menyediakan satu draf tentang kandungan kerja kursus saya.Saya juga menyusun semua tugasan yang diperolehi dan menganalisis maklumat berdasarkan kehendak

tugasan.Seterusnya,saya menghubungkaitkan maklumat yang relevan dan membuat huraian yang terperinci.Selepas,penulisan draf yang lengkap saya telah mula menaip tugasan saya dalam perisian Microsoft word. Semasa saya menyediakan tugasan ini,saya telah menghadapi beberapa kesusahan untuk menyiapkan tugasan ini.Saya berasa kurang keyakinan untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang singkat tetapi rakan-rakan mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka membantu serba sedikit dengan memberikan penjelasan tugasan saya.Oleh itu,saya tidak berputus asa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Setelah selesai melakukan tugasan ini,saya telah pun mengetahui pelbagai maklumat tentang tajuk kerja kursus saya.Saya lebih berpengetahuan dan menguasai

tentang tajuk kerja kursus saya.Saya berasa amat gembira dengan kebolehan saya yang dapat menghasilkan kerja kursus ini.Tugasan ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen saya bagi menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti sepanjang tempoh perlaksanan tugasan.Saya sebagai bakal guru ingin mengambil ikhtibar daripada pengalaman ini.Walaubagaimanapun keadaannya kita tetap perlu mencari jalan untuk menjayakan sesuatu tugasan yang telah dimulakan pada awalnya.Kita tidak boleh melepaskan satu-satu kerja pada pangkal jalan.

PENGHARGAAN

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pertama sekali,saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan dan tenaga kepada saya sewaktu saya lemah, supaya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih En.Ismail Bin Said yang menjadi panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Beliau juga telah memberi keterangan yang cukup jelas mengenai kerja kursus ini kepada saya. Ini telah membantu saya untuk lebih memahami akan kehendak soalan dan arahan yang diberikan.

Tambahan pula, saya juga berterima kasih kepada rakan- rakan saya yang turut membantu saya dengan bersama saya sewaktu mencari nota di perpustakaan serta berkongsi maklumat yang diperolehi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengetahui maklumat yang diperolehi dengan mudah dan menjalinkan semangat kerakanan yang kuat.

Disamping itu, saya juga perlu berterima kasih kepada ibu bapa saya memberi sokongan moral. Budi baik bantuan dan sokongan dari semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung amat saya hargai dan akan dikenangi . Sekian Terima Kasih.