Vous êtes sur la page 1sur 14

Amalan 1.

0 Budaya Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), budaya diertikan sebagai kemajuan fikiran dan akal fikiran (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya). Budaya berkembang seiring dengan kehidupan manusia. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu peka dan menitikberatkan penilaian dari aspek budaya murid kerana negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdirinya daripada kepelbagaian kaum dan etnik. Pengetahuan guru yang luas dari aspek budaya akan memudahkan guru melaksanankan penilaian berasaskan budaya sekolah. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan kaedah dan teknik serta pendekatan yang sesuai dengan budya murid-murid. Sebelum melaksanakan aktiviti penilaian guru perlu memastikan dahulu budaya yang berlaku di antara murid, sekolah dan masyarakat di kawasan tersebut adalah sesuai dengan aktiviti penilaian. Kerana kesesuaian ini akan membantu dan memudahkan guru dalam mengatur aktiviti penilaian yang mengikut tahap dan perkembangan murid. Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya mengandungi

beberapa unsur utama, iaitu agama, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, dan sistem ekonomi. a. Agama Agama merupakan satu aspek yang sensitif bagi semua masyarakat. Oleh itu, guru perlu peka akan adat dan pantang larang yang terkandung dalam agama sesebuah masyarakat. Semasa proses pengajaran guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah, strategik dan teknik yang sesuai dari aspek tahap, perkembangan, pantang larang agama dan isi pelajaran. Kerana aspek di atas bagi setiap murid adalah tidak sama. Setiap murid akan mengalami proses pembelajaran yang berbeza kerana mereka dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Pendidikan yang murid peroleh di sekolah adalah lebih kepada aspek akademik tetapi nilai-nilai murni secara tidak langsung turut diselitkan oleh guru. Contoh seperti yang terdapat dalam bahagian catatat rancangan pengajaran harian. Selain itu, didikan agama akan diajar oleh ibu bapa atau ahli keluarga di rumah, kerana didikan agama ini adalah tugas yang perlu dipikul oleh ibu bapa dan ahli

keluarga. Contohnya, keluarga yang tidak mengambil berat terhadap didikan agama maka anak-anak turut mengikuti jejak tersebut dan akhirnya anak tersebut akan terjebak dalam gejala yang tidak baik. Seterusnya, teknik dan kaedah pengajaran ilmu agama dan ilmu akademik adalah berbeza dari aspek tulisan, bahasa, bacaan dan sebagainya. Pengajaran akademik adalah lebih kepada mendidik murid dalam menguasai ilmu duniaan seperti membaca, mengira, bercakap, mendengar menulis dan sebagainya. Manakala pendidikan agama adalah lebih memberi keutamaan kepada ilmu sasiah dan moral. Rasionalnya kedua-dua pendidikan tersebut adalah untuk memastikan murid dapat menguasai dua ilmu dunia dan akhirat. Maka dengan itu, guru perlu mengambil kira aspek agama dalam membuat penilaian. Maka dengan itu aktiviti yang dilakukan oleh guru perlu bebas daripada pantang larang agama yang dianuti oleh murid. Berdasarkan pengalaman yang pernah saya alami semasa membuat pengalaman berasaskan sekolah pada waktu kelas pendidikan jasmani, murid-murid tidak mahu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran jikalau mereka tidak diasingkan dalam kumpulan yang sama jantina. Apabila ditanya apakah sebabnya mereka tidak mahu berada dalam satu kumpulan yang berbeza jantina, jawapan mereka adalah ini merupakan undang-undang di sekolah dan arahan daripada guru. Rasional undang-undang dan guru pendidikan jasmani berbuat demikian adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah sentuhan anggota badan murid beragama islam secara tidak sengaja semasa proses pembelajaran. Jika guru turut tidak mengasingkan murid berdasarkan jantina semasa melakukan penilaian maka prestasi murid pada hari tersebut akan menurun, kerana emosi mereka pada ketika itu sedang mengalami tekanan. Maka dengan itu, proses pembelajaran murid pada hari itu tidak dapat dinilai secara optima. b. Sistem dan organisasi kemasyarakatan Dalam sebuah sekolah mempunyai pelbagai jenis masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Maka dengan itu, organisasi yang diamalkan oleh setiap masyarakat adalah berbeza di antara satu sama lain begitu juga dengan muridmurid. Organisasi murid adalah dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya, kerana

murid secara semula jadi mempelajari sesuatu melalui proses peniruan atau pemerhatian seperti mana yang telah dinyatakan oleh tokoh Albert bandura (1925-). Selain itu, tokoh Bandura turut menyatakan bahawa murid belajar secara sosial iaitu melalui cara berkomunikasi dan berinteraksi. Maka dengan itu, guru perlu menyediakan aktiviti penilaian yang dalam bentuk sosial. Sebagai contoh aktiviti yang berunsurkan kemasyaratkan diwujudkan. Rasional, aktiviti berunsurkan kemasyarakatan adalah dapat membantu murid menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermutu, kerana isi pelajaran yang diperlajari oleh mereka adalah melalui cara berkomunikasi dan berinteraksi. Oleh itu, aktiviti penilaian yang dijalankan oleh guru perlulah berdasarkan sistem dan organisasi murid itu sendiri. Hal ini kerana, orang yang diberi penilaian adalah murid dan bukan gurunya. Jikalau aktiviti penilaian tersebut juga dihasilkan berdasarkan sistem organisasi guru maka penilaian murid pada hari tersebut adalah gagal.

c. Sistem pengetahuan Pengetahuan yang dimiliki oleh setiap murid adalah berbeza-beza. Terdapat murid yang mempunyai pengetahuan yang banyak dan ada yang sedikit. Oleh itu, aktiviti penilaian yang dilakukan oleh guru perlulah berdasarkan tahap pengetahuan murid. Guru perlu kreatif dan inovasi dalam menghasilkan sebuah aktiviti penilaian. Sebagai contoh, guru boleh memberikan latihan kepada murid mengenai tajuk yang telah diajar, untuk mengetahui aras pengetahuan dan kefahaman murid selepas mengikuti proses pembelajaran sebentar tadi. Rasionalnya, cara ini adalah untuk guru mengetahui tahap murid supaya aktiviti pemulihan dan pengayaan dapat diberikan agar perkara yang dipelajari dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Kepada murid yang diberi pemulihan, aktiviti penilaian yang diberi oleh guru kepadanya adalah lebih mudah dibandingkan dengan murid yang diberi pengayaan kerana tahap murid yang diberi pemulihan belum sama taraf dengan murid yang diberi pengayaan. Di samping itu, aktiviti pemulihan dan pengayaan dapat membantu meningkatkan keyakinan murid. Apabila murid telah mempunyai

keyakinan diri maka proses penilaian guru akan menjadi mudah, kerana mereka mempunyai motivasi diri untuk belajar. d. Komunikasi guru Bahasa merupakan alat atau perwujudan budaya yang digunakan oleh masyarakat untuk saling berhubung dan berkomunikasi, hal ini sama seperti keadaan yang berlaku di sekolah juga. Bahasa yang digunakan oleh guru semasa pengajarannya perlulah mudah difahami dan sesuai dengan murid. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai akan menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak berkesan. Di samping itu, bahasa juga akan menyebabkan murid dapat memahami dan gagal memahami sesuatu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, semasa mengajar guru perlu mengamalkan penggunaan pelbagai jenis bahasa jikalau terdapat murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam satu kelas. Sebagai contoh, guru akan menggunakan bahasa melayu semasa mengajar murid bangsa melayu manakala kepada murid bangsa cina guru akan menterjemahkan maklumat tersebut dalam cina. Maka dengan itu, semasa aktiviti penilaian, guru hendaklah memastikan bahawa murid dapat memahami kesemua kehendak soalan tersebut agar tidak berlaku masalah gagal menyempurnakan tugasan. Dalam menyelesaikan masalah aspek bahasa guru haruslah menguasai lebih dari satu bahasa. Selain itu, bahasa juga merupakan kunci atau alat paling utama untuk murid mempelajari sesuatu ilmu. Oleh itu, penguasaian bahasa dalam kehidupan adalah penting. Penilaian yang menitikberatkan aspek bahasa adalah untuk memastikan bahawa semua murid dapat menguasai kemahiran berbahasa dan menggunakan bahasa dengan sebutan, intonansi dan nada yang betul. Kerana bahasa ialah alat utama untuk berkomunikasi dan memperoleh ilmu. e. Sistem ekonomi Ekonomi di sini adalah lebih kepada pendapat dan ekonomi keluarga muridmurid. Ekonomi keluarga juga merupakan faktor yang memberi kesan kepada peningkatan dan penguasaan murid dalam pelajaran. Sebagai contoh, murid yang

ekonomi keluarganya baik mereka akan lebih mudah dalam memperoleh bahan bacaan yang selain daripada sumbangan pihak kerajaan seperti buku teks. Selain itu, ekonomi keluarga yang kukuh juga dapat membantu murid dari aspek pemakanan. Murid dapat memperoleh makan yang sihat dan berkhasiat pada setiap hari. Makan makanan yang berkhasiat akan membantu meningkatkan lagi tahap kecerdasan otak dan kecergasan tubuh badan murid. Walaupun, secara mata kasar dari aspek pemakanan tidak begitu jelas tentang kesannya tetapi hal ini telah disahkan oleh para pengkaji bahawa kanak-kanak yang mendapat makanan sihat adalah lebih cerdik dan pandai daripada kanak-kanak yang tidak memperolah makanan tersebut. Pihak kerajaan banyak membantu murid-murid yang keluarganya mengalami masalah ekonomi atau kewangan. Antaranya bantuan makanan, biasiswa, buku teks dan lain-lain. Walaubagaimanapun, guru juga perlu main peranan dalam membantu murid-murid seperti ini untuk mendapat bantuan. Selain itu, untuk menghasilkan aktiviti penilaian perkara pertama yang guru perlu lakukan adalah menguji aras atau tahap kecerdasan pemikiran dan kecergasan fizikal murid. Tujuannya adalah agar dapat menghasilkan aktiviti penilaian yang sesuai dengan pemikiran dan kecergasan murid. Ini merupakan salah satu cabaran kepada sesetengah guru kerana banyak kerja yang perlu dilakukan iaitu menyediakan beberapa jenis aktiviti penilaian yang berlain. Tetapi dengan adanya kesungguhan ini maka keputusan yang dicapai oleh murid adalah setimpa dengan apa yang dilakukan oleh guru. Di samping itu, kadang kala sekolah juga mengalami masalah ekonomi atau dengan lebih tepat adalah kewangan. Seperti yang kita tahu bahawa sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama adalah hanya dibantu oleh pihak kerajaan hanya separuh daripada peruntukan asal. Oleh itu, sekolah kadang-kala mengalami masalah dalam membeli bahan rujukan dan penambahbaikan infrastruktur sekolah agar murid akan selesa belajar. Oleh itu, di sini pihak sekolah dan guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan masalah seperti ini dapat diatasi. Pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan atau tajaan daripada pihak luar untuk membeli barang kelengkapan pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, guru boleh menghasilkan bahan atau alat untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan yang terdapat di sekitar sekolah atau arahkan murid untuk dapatkan di rumah. Hal ini dapat menjimatkan kos di samping itu murid juga akan lebih rapat dengan alam sekeliling. Maka dengan itu, guru dapat mengurangkan pembelanjaan pihak sekolah dan ibu bapa murid. Di samping itu, juga proses pembelajaran murid adalah lebih berkesan dan menarik. Kesimpulannya, sistem ekonomi sesebuah keluarga dan sekolah amat mempengaruhi tahap pencapaian murid. Oleh itu, ahli keluarga, guru dan pihak sekolah perlu mahir dalam mengurus ekonomi masing-masing agar terdapat peruntukan yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk memperoleh bahan, alat, dan kemudahan untuk digunakan dalam pembelajarannya. 2.0 Sosioekonomi Secara umumnya latar belakang sosio ekonomi (SSE) dalah merangkumi aspek bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Ahli-ahli sosiologi, termasuk Max Weber bersetuju terhadap lima kelas sosial di dalam masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan. Status SSE sedemikian turut mempengaruhi kanak-kanak yang secara langsung dan tidak langsung belajar daripada persekitaran fizikal, sosial dan iklim dalam dunia mereka dibesarkan. Sosio ekonomi yang tinggi dikaitkan dengan berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan menyerlah pelbagai kerjayaan. Manakala bagi sosio ekonomi yang rendah digolongkan dalam kemiskinan, pengasingan dari pada arus perdana kemajuan, kegetiran kehidupan dan kadang kala hanya kais makan pagi dan kais makan petang sahaja. Kedua-dua status ini secara semula jadi akan dirasai oleh anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak orang asli lebih suka mengikut ibu bapa mereka berkerja daripada hadir ke sekolah untuk belajar. Demi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku guru perlu kreatif dalam memujuk kanak=kanak seperti ini untuk minat untuk belajar. Secara umumnya masyarakat akan melabelkan ibu bapa yang sosio ekonomi rendah adalah tidak mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap pencapaian anak-anak mereka dari aspek pendidikan. Pendek kata, sokongan dan dorongan ibu bapa adalah

penting untuk murid berjaya dalam pembelajaran. Oleh itu, guru akan menjalanakan tanggungjawab sebagai pemudahcara dalam membantu ibu bapa merialisasikan citacita anak mereka untuk berjaya seperti kanak-kanak lain yang sosio ekonominya stabil dan tinggi. Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa berdasarkan pengalaman hidup dalam status kemiskinanlah kanak-kanak tersebut pada dewasanya berjaya dalam kehidupan seperti berketerampilan, tinggi jati diri, jitu pendirian, sahsiah berkualiti, lantas berperanan positif-kontruktif dalam keluarga, masyarakat, dan negara. Kejayaan murid hingga ke aras ini adalah kerana sikap guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling yang mendorong kanak-kanak tersebut memahami, menyayangi, dan menghargai kesungguhan mereka untuk berjaya dalam pelajaran. Seterusnya, masalah kemiskinan yang melampau akan menyebabkan ibu bapa tidak mempu menampung kos pembelanjaan sekolah anak-anak mereka. Pelajar yang miskin lebih suka membantu ibu bapa berkerja seperti di sawah, lading, kebun, laut atau perniagaan. Manakala kepada keluarga yang kurang kemampuan selaluinya

menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran, tambang bas, dan membeli peralatan sekolah yang lain. Dengan itu, hubungan kemiskinan dengan pencapaian juga boleh dikaitkan dengan kesan negatif terhadap perkembangan minda murid. Apabila masalah sosio ekonomi merosat atau tidak baik makan murid akan mengalami kesan food deprivation. Kesan ini akan mempengaruhi tumpuan dan pembelajaran harian murid, antara tanda-tanda daripada kesan ini adalah kekurangan nutrian, khasiat dan zat. Hal ini akan mempengaruhi pembesaran. Selain itu, kekurangan motivasi juga akan mengakibatkan murid kekurangan motivasi untuk belajar dan melambatkan perkembangan kognitif, tingkah laku bermasalah, kindiri rendah butu huruf, pencapaian rendah, dan akhir sekali gangguan kepada kehadiran ke sekolah dan tercicir dari sekolah. Selain itu, hubungan rapat antara keluarga dan sekolah dapat membantu pelajar untuk berjaya dalam pelajaran. Juga terdapat kajian yang manyatakan ciri-ciri persekitaran l\keluarga juga mempengaruhi pencapaian akademik murid di dekolah. Oleh demikian, guru perlu menitikberatkan aspek penilaian muris berdasarkan sosio ekonominya. Kepada murid yang mengalami masalah ini guru perlu membantu

mereka mencari jalan penyelesaian agar murid-murid ini dapat mengikuti proses pembelajaran yang biasa seperti orang lain. Kerana dalam sistem pendidikan di Malaysia pendidikan adalah terbuka kepada semua golongan. Guru perlu pastikan bahawa semua murid dapat mengusai isi pelajaran agar aktiviti penilaian yang diberikan adalah betul-betul mengikut perkembanga dan tahap pencapaian murid. Maka dengan itu, guru baru dapat mengukur dan memberi pengukuhan kepada murid yang berjaya melepasi penilaian tersebut. Kesimpulanya, untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan adalah luas dan dialu-alukan, tetapi masalah yang dihadapi adalah masalah sosio ekonomi. Sosio ekonomi merupakan punca yang menyebabkan murid tidak dapat mengikuti proses pembelajaran yang norma seperti kanak-kanak lain. Oleh itu, pihak kerajaan, sekolah dan guru perlu sentiasa peka dengan keadaan seperti ini. Kerana masa depan seseorang kanak-kanak adalah cerah.

2.0 Latar Belakang Latar belakang di sini menurut kamus dewan edisi keempat (2007), ialah pengalaman pendidikan seseorang, yang biasanya mempunyai hubungan atau pengaruh ke atas keadaan dirinya pada sesuatu masa. Setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Aspek latar belakang murid yang paling asas dan mudah dilihat adalah, jantina, bangsa, fizikal, kesihatan, lokasi tempat tinggal, gaya belajar, tingkah laku dan lain-lain. a. Jantina Dalam kalangan masyarakat Malaysia golongan lelaki adalah berani dan dianggap sebagai ketua keluarga dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Walaubagaimanapun, semasa di bangku sekolah golongan ini lebih nakal dan kurang bersiplin manakala kaum perempuan adalah lebih rajin dan berdisiplin serta cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran guru perlu disesuaikan dengan perkembangan jantina murid-murid. Selain itu, tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial murid lelaki adalah lebih lambat

berbanding dengan murid perampuan. Menurut tokoh Maccoby dan Jaclin (1974), kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada daripada murid lelaki, kerana murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Oleh itu, murid lelaki dan perempuan perlu saling berkerjasama untuk saling melengkapi kelemahan diri masing-masing, pada ketika ini guru akan bertindak sebagai pemudahcara dan pembimbing. b. Bangsa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Di Malaysia mempunyai masyarakat melayu, cina, india, iban, siam, kadazan dan sebagainya. melalui bangsa yang pelbagailah maka baha ibunda masingmasing juga adalah berbeza antara satu sama lain. Cara yang paling asas untuk guru membezakan murid-muridnya dari bangsa apa adalah dengan bahasa yang digunakan, warna kulit, warna mata, warna rambut, cara makan, dan yang paling mudah adalah nama murid-murid. Contoh, murid bangsa melayu namanya akan di letak Bin atau Binti manakala bangs a india pula nama muridnya akan di letak A/P atau A/L. Hal ini akan memudahkan guru dalam menggunakan bahasa yang murid mudah fahami untuk proses pembelajarannya. c. Personaliti Personaliti di sini merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu yang relatif unik dan stabil. Personaliti menerangkan bagaimana seseorang itu berbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku seseorang itu. Oleh itu, guru perlu tahu dan memahami personaliti murid-muridnya agar proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, personaliti juga melambangkan keperibadian seseorang, contoh dari aspek gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja dan belajar. Tokoh Carl Jung membahagikan personaliti seseorang kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. Apabila guru telah mengenal pasti akan jenis personaliti murid maka aktiviti penilaian yang dipilih juga akan mejadi sesuai. d. Kesihatan Masalah kesihatan adalah penting kepada seorang murid, kerana murid yang tidak sihat adalah murid yang lemah dalam aktiviti pengajaran dan pembalajaran serta aktiviti di luar bilik darjah. Oleh itu, sebelum sesuatu proses pengajran berlaku

guru akan mengemukakan soalan seperti ada murid yang tidak sihat. Tuj uan ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kecelakaan atau masalah yang diluar jangkaan. Selain daripada murid yang tidak sihat, terdapat lagi segolongan murid yang mengalami masalah kesihatan secara kekal buat selamanya. Murid-murid ini biasanya akan dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas. Guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid-murid ini adalah professional. Antara murid yang mengalami masalah ini adalah, murid ccacat pendengaran, penglihatan, bisu, sengau, gagap, dileksia dan sebagainya. sikap yang perlu ada pada guru pendidikan khas adalah sentiasa sabar dan berusaha dalam membantu murid-murid ini. e. Lokasi tempat tinggal Rumah merupakan tempat tinggal kepada semua murid. Apa yang membezakan adalah tempat tinggal mereka adalah di kawasan sekelilingnya. Lokasi tempat tinggal murid terbahagi kepada dua iaitu tempat tinggal luar bandar dan kawasan bandar. Persekitaran antara kedua-dua tempat ini adalah berbeza. Oleh itu, murid yang berada di bandar adalah lebih kepada kehidupan yang berteknologi manakala murid yang berada di luar bandar pula adalah hidup dalam keadaan udara yang segar dan menggunakan bahann yang berada di sekitar sebagai bahan bantu belajar. Maka dengan itu, guru perlu mahir dalam memastikan murid bandar dan luar bandar dapat menguasai ilmu yang sama walaupun cara belajarnya adalah berbeza. Kerana objektif pembelajaran adalah isi pelajaran dan bukannya pada bahan pengajaran murid. f. Gaya belajar Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Gaya belajar terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Murid yang menggunakan gaya visual adalah murid yang belajar melalui mengigat rupa atau imej, suka pada graf dan peta minda dan lemah dalam pembelajaran secara lisan. Seterusnya, murid gaya belajar auditori, lebih suka berbincang daripada membaca, suka mendangar, bercakap dan melakukan aktiviti

kumpulan. Manakala murid gaya belajar kinestetik pula adalah mudah faham dan ingat perkara yang dilaku daripada dilihat dan dengar, gemar mengikuti aktiviti dan suka pembelajaran aktif. Berdasarkan tiga jenis gata belajar ini guru dapat menghasilkan satu aktiviti pernilaian yang mengikut kesesuaian gaya murid masing-masing. semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh mengaplikasi bahan bantu belajar murid yang mempunyai tiga jenis gaya ini. Bertujuan agar murid dapat lebih cepat memahami dan menguasai sesuatu isi pelajaran. g. Tingkah laku Tingkah laku merupakan peragai atau sikap seseorang. Perbezaan tingkah laku dapat diperhati dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi. Selain itu, dari unsur-unsur kebudayaan juga dapat dilihat seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan berkerjasama. Tingkah laku seseorang murid adalah sukar dibentuk dalam jangka masa yang pendek. Tingkah laku seseorang murid juga akan memberi kesan kepada prestasinya. Murid yang tingkah laku tidak elok kebanyakkannya berada di kelas belakang manakala murid yang tingkah laku baik akan berada di kelas hadapan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya jurang antara hubung kedua-dua goloongan murid tersebut. Oleh itu, terdapat sekolah yang mengamalkan kelas bercantum walaupun jumlah murid adalah banyak, kerana tujuan atau matlamat catuman kelas tersebut adalah untuk memastikan dua golongan murid tadi dapat berkerjasama dalam pembelajaran. Di samping itu, sikap ingin berlajar akan berlaku dalam diri golongan murid yang tingkah laku tidak elok. Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan cntuman kelas tersebut dapat berjalan dengan lancar, kerana kadang-kadang gabungan kelas seperti ini akan menyebabkan berlakunya kegagalan mengawal keadaan kelas kerana murid terlalu ramai. Aktiviti penilaian guru boleh dilakukan secara berasingan mengikut tahap dan kemampuan murid-murid.

3.0 Persekitaran

Persekitaran

dapat

memberi

kesan

kepada

keadaan

semasa

proses

perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada cara pemakanan, gaya hidup dan kesihatan ibu. Apabila kanak-kanak telah dilahirkan maka mereka telah mula dipengaruhi dari aspek pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, amalan, media massa dan persekitaran dunia. Menurut tokoh Bronfenbrenner (2004), memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Beliau merupakan pelapor teori ekologi bronfenbrenner. Teori tersebut terdiri daripada lima sistem ekologi berasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, dan di antara rakan sebaya serta orang-orang dewasa yang dekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi kepada lima jenis sistem, iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, mskrosistem dan kronosistem. a. Mikrosistem Sistem ini merujuk kepada sesuatu persekitaran yang di mana kebanyakan masa kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru dan golongan dewasa lain dalam rumah, sekolah serta alam persekitaran. Dalam sistem ini masyarakat memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Apabila guru berhadapan dengan murid-murid yang sistem persekitarannya adalah seperti ini, guru perlu menghasilkan aktiviti penilaian yang lebih kepada kemasyarakatan atau kehidupan. Contohnya, aktiviti penilaian tersebut adalah melalui aktiviti berlakon atau bercerita mengenai kisah atau pengalaman hidup mereka bersama ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Cara ini juga dapat membantu murid untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran mereka berkomunikasi bersama guru dan rakan-rakan. Kerana kemahiran berkomunikasi penting dalam proses pembelajaran. b. Mesosistem Sistem ini merujuk kaitan-kaitan di antara dua mikrosistem, iaitu hubungan keluarga dengan sekolah, hubungan keluarga dengan rakan sebaya anak mereka, hubungan sekolah dengan organisasi berkuasa dan sebagainya. kanak-kanak yang

diberi galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem akan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang berkurangan peluang. c. Eksosistem Sistem ini merupakan satu sistem yang melibatkan persekitaran luar yang di mana kanak-kanak memainkan peranan secara pasif, tetapi perkembangan mereka dipengaruhi dengan tindakan ahli-ahli dalam eksosistem ini, misalnya implimentasi sesuatu program untuk meningkatkan pencapaian murid-murid oleh persatuan ibu pada dan guru-guru dengan pihak sekolah. d. Makrosistem Sistem ini merujuk kepada sesuatu sistem mengenai pengaruh elemenelemen sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadap perkembangan kanakkanak. Maka, makrosistem ini merangkumi faktor-faktor seperti jantina, etnik, adat resam, nilai-nilai serta kedudukan sosioekonomi yang mempengaruhi

perkembangan kank-kanak. Kemiskinan, adalah dihuraikan sebagai salah satu aspek yang penting dalam makrosistem ini yang menghalang perkembangan kanakkanak, di samping mengurangkan keupayaan belajar murid. e. Kronosistem Sistem ini memberi fokus kepada keadaan sosiohistorikal dan peristiwaperistiwa terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu. misalnya, prestasi kanak-kanak yang lahir dalam zaman komunikasi maklumat dan teknologi (ICT) adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lahir sebelum era tersebut. Apabila hendak menilai murid berdasarkan sesuatu tajuk atau ilmu pengetahuan yang baru, guru perlu pastikan yang murid telah betul-betul menguasai tajuk tersebut agar mereka tidak dapat menguasai tajuk tersebut secara maksima. Di samping itu, aktiviti penilaian guru haruslah berdasarkan apa yang murid pelajari, hal ini agar mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari. Cara seperti ini akan menjadikan murid mempunyai keyakinan dalam menjawab soalan yang dibekalkan oleh guru, kerana soalan yang dibekalkan telah diajar oleh guru dan dikuasai oleh murid sepenuhnya.

Selain itu, aspek persekitaran di sekolah dan di tempat tinggal murid juga memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik murid. Contohnya, murid yang tinggal di kawasan bandar mereka akan mendapat lebih banyak kemudahan dari segi infrastruktur, bahan rujukan, alat bantu belajar, bahan bantu belajar dan sebagainya. Maka dengan itu, band yang diperolehi oleh murid di kawasan bandar adalah lebih tinggi dan cemerlang di bandingkan murid yang tinggal di kawasan luar bandar. Untuk mengelakkan berlakunya jurang berbezaan yang bergitu besar di antara murid bandar dan luar bandar maka dengan itu guru yang mengajar di luar bandar perlulah kreatif dalam menghasilkan sendiri kemudahan bahan, alat dan berkerjasama dengan ibu bapa untuk membantu murid memperoleh band yang tinggi dan cermelang dalam penilaian.

Vous aimerez peut-être aussi