Vous êtes sur la page 1sur 20

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER / SEPT 2013 ___________________________________________________________________________ BBEK1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS ___________________________________________________________________________

TAJUK TUGASAN: The purpose of this assignment is to enhance learners ability to apply the concept of utility to determine consumer equilibrium.

NAMA TUTOR DOUGLAS AK JAMES

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: CYNTHIA IVYSUDAN : 891129135988001 : 891129135988 : :

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

ISI KANDUNGAN
Bil 1.0 2.0 Perkara Teori Gelagat Pengguna 3 Pendekatan/ Utiliti Kardinal 2.1 Konsep Kardinal 2.1.1 Jumlah Utiliti, Marginal Utiliti dan Hukum Utiltiti Sut Berkurangan Keseimbangan Pendekatan Kardinal 3.1 Syarat untuk memakisumkan utiliti / Keseimbangan Pengguna 3.2 Keseimbangan Perbelanjaan Pendekatan / Utiliti Ordinal 4.1 Garis Belanjawan Perbezaan antara pendekatan kardinal dan ordinal Kesimpulan Rujukan 3-5 Muka Surat

3.0

6-9

4.0

10 - 16 16 17 19

6.0 5.0 5.0

1.0

Teori Gelagat Pengguna 2

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Terdapat dua pendekatan terkait dengan perilaku konsumen, yaitu pendekatan niali guna (utility) kardinal dan pendekatan nilai guna ordinal. Dalam pendekatan niali guna kardinal dianggap manfaat atau kenikmatan yang diperoleh seorang konsumen dapat dinyatakan secara kualitatif. Nilai guna total dapat diartikan sebagai jumlah seluruh kepuasan yang diperoleh dari mengkonsumsi sejulah barang tertentu. Sedangkan nilai guna marginal berarti penambahan (atau pengurangan) kepuasan sebagai akibat dan pertambahan (atau pengurangan) penggunaan satu unit barang tertentu.Teori gelagat pengguna menjelaskan tentang bagaimana seseorang pengguna memperuntukkan wangnya ke atas pelbagai kombinasi barang bagi memaksimumkan tingkat kepuasannya. Terdapat dua pendekatan yang digunakan iaitu: 1. Pendekatan Kardinal 2. Pendekatan Ordinal

2.0

Pendekatan / Utiliti Kardinal

Alfred Marshall memperkenalkan Utiliti (kepuasan) yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang adalah boleh diukur dan dinyatakan dalam nilai util. Pendekatan cardinal merujuk kepada tingkat kepuasan yang diperolehi seorang pengguna daripada penggunaan ke atas sesuatu barang dan perkhidmatan. Semakin tinggi kepuasan yang diperolehi, maka semakin tinggi akibat utilitinya. Teori ini juga menerangkan bahawa tingkat kepuasan boleh diukur secara kuantitatif dengan unit util. Pendekatan ini merupakan gabungan dari beberapa pendapat para ahli ekonomi aliran subjektif dari Austria seperti: Karl Menger, Hendrik Gossen, Yeavon, dan Leon Walras. Menurut pendekatan ini daya guna dapat diukur dengan satuan wang atau util, dan tinggi rendahnya nilai atau daya guna bergantung kepada subjek yang menilai. Dalam pendekatan ini akan banyak didasari oleh suatu hukum dari tokoh terkenal, Gossen, yaitu hokum Gossen. Hukum Gossen I menyatakan bahwa jika kepuasan seseorang dipenuhi terus-menerus maka kepuasannya akan semakin menurun. Hukum Gossen II menyatakan bahwa orang akan memenuhi berbagai kebutuhanya sampai mencapai intensitas yang sama. Intensitas yang sama itu ditunjukkan oleh rasio antara marginal utility dengan harga dari barang yang satu dengan rasional marginal utility dengan harga barang yang lain.

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Hipotesis utama teori nilai guna atau lebih dikenal sebagai hukum nilai guna marginal yang semakin menurun, menyatakan bahwa tambahan nilai guna yang akan diperoleh seseorang dari mengkonsumsikan satu barang akan menjadi semakin

sedikit apabila orang tersebut terus-menerus menambah konsumsinya pada barang tersebut. 2.1 Konsep Kardinal

Rajah 1 Jumlah Utiliti

Rajah 2 Marginal Utiliti

2.1.1 Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan Pendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utiliti, utility sut dan hukum utiliti sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan. Jumlah Hasil (Total Utiliti) bermaksud tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Jumlah utiliti menjelaskan bahawa jumlah kepuasan yang diterima oleh seseorang pengguna daripada penggunaan sejumlah barang atau perkhidmatan. Dari Rajah 1 tinggi kuantiti, maka keluk TU akan meningkat sehingga mencapai tingkat maksimum (iaitu 0). Selepas mencapai tahap maksimum, penambahan output akan menyebabkan TU berkurangan. Marginal Utiliti adalah utiliti tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama. Marginal utiliti menerangkan perubahan jumlah utiliti apabila terdapat tambahan satu unit ke atas kuantiti barang yang digunakan. TU MU = Q 4

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Keluk MU mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Penambahan kuantititi menyebabkan MU berkurangan sehingga pada satu tingkat output (Q1) di mana MU sama dengan sifat ( pada ketika ini TU adalah maksimum). Penambahan output seterusnya akan menyebabkan MU berkurangan dengan niali negatif ( pada ketika ini TU sedang berkurangan). Secara normalnya, semakin banyak kita menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan, semakin berkurangan kepuasan yang kita perolehi dari setiap tambahan penggunaan barangan tersebut. Hukum Utiliti Sut Berkurangan adalah semakin pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara berterusan, utiliti tambahan atau kepuasan tambahan yang diperolehi bagi setiap tambahan seunit penggunaan barangan tersebut adalah semakin berkurangan.

3.0

Keseimbangan Pendekatan Kardinal

Syarat pemaksimumam apabila terdapat satu barang sahaja Harga= Utiliti marginal Syarat pemaksimuman apabila terdapat lebih daripada dua barang memenuhi dua syarat iaitu: i. Utiliti marginal per harga bagi setiap barang mestila sama

ii.

Perbelanjaan bagi kesemua barang sama dengan pendapatan yang diperuntukkan bagi memaksimumkan kepuasan P1Q1 = P2Q2 + P3Q3
+......+ = (I)

Pendapatan

Syarat pemaksimumam apabila barang diberi percuma. Apabila barang diberi percuma harga adalah sifar. Jadi, pengguna akan memaksimumkan jumlah utilitinya, aiaitu TU maksimum atau MU= 0.

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Epal

Unit digunakan

Jumlah Utiliti

Marginal Utiliti / Kepuasan Tambahan

1 2 3 4 5 6 7

8 15 21 24 25 25 19

8 15 8 = 7 21 15 = 6 24 21 = 3 25 24 = 1 25 25 = 0 19 25 = -6

Dari jadual di atas, mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25 apabila pengguna meningkatkan penggunaan epal daripada 1 hingga 6. Marginal Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan epal. Secara graf kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut:

JH

MU Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti (MU) sama dengan kosong. Jumlah utiliti semakin bertambah sehingga mencapai maksimum unit ke- 6. Utiliti sut adalah sifar. Pertambahan unit seterusnya ( unit ke 7 menyebabkan jumlah utiliti menurun. Utiliti sut menjadi negatif. Kesimpulan keluk utiliti sut mencerun ke bawah dari kiri ke kanan selaras dengan hukum utiliti sut berkurangan. Keluk utiliti sut memotong paksi mendatar ketika jumlah utitliti adalah maksimum. Apabila jumlah utiliti sut menurun, utiliti sut adalah negatif.

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

3.1

Syarat untuk memaksimumkan utiliti / Keseimbangan Pengguna

Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan utiliti/ kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga bihun RM2.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan penggunaan / pembelian unit terakhir bihun mestilah sama dengan 32unit marginal utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Harga bihun = Marginal Utiliti bihun Pc = MUc

Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila, MUA PA = MUB PB

Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.

Unit yang digunakan / dibeli 1 2 3 4 5 6 7

Bihun Jumlah Hasil 24 44 62 78 90 96 100 Marginal Utiliti 24 20 18 16 12 6 4

Nasi Lemak Jumlah Hasil 10 18 25 31 36 40 43 Marginal Utiliti 10 8 7 6 5 4 3

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Harga bihun adalah RM2.00 dan harga nasi lemak RM1.00 Peruntukan pendapatan yang diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi bihun dan nasi lemakyang dapat memaksimumkan kepuasan / utiliti pengguna ini. Syarat pertama, MUA PA = MUB PB

Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama.

Unit yang digunakan 1 2 3 4 5 6 7

MUA PA 24/2 = 12 20/2 = 10 18/2= 9 16/2= 8 12/2 = 6 6/2= 3 4/2 = 2

MUB PB 10/1= 10 8/1= 8 7/1= 7 6/1= 6 5/1= 5 4/1= 4 3/1 = 3

Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MUA/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu pada kombinasi 2 unit bihun (B) dan 1 nasi lemak(NL), 4 B dan 2 NL, 5 B dan 4 NL, dan 6B dan 7 NL. Syarat Keseimbangan = MUX / PX = MU Y / PY A. 4B + 2NL B. 5B + 4NL C. 6B + 7NL

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

3.2

Keseimbangan Perbelanjaan

Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka, dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan seperti berikut:

Kombinasi 1 2 3 4

Unit X Harga (2 B X RM2) + (1 NL X RM1) (4 B X RM2) + (2 NL X RM1) (5 B X RM2) + (4 NL X RM1) (6 BX RM2) + (7 NL X RM1)

Jumlah = RM10 RM5 RM10 RM14 RM19

Kesimpulannya, kombinasi 2 adalah kombinasi yang memaksimumkan utility pengguna. Keseimbangan pngguna tercapai dengan membeli 4B dan 2NL apabila Mux/Px= Muy/Py dan memenuhi syarat perbelanjaan pada pendapatan RM 10. Pengguna yang rasional akan memilih kuantiti jenis barang yang memberi utiliti per ringgit yang tertinggi. Pilihan pertama pengguna adalah bihun yang memberikan MU/P sebanyak 12. Pilihan kedua pengguna juga bihun yang memberikan MU/P sebanyak 10. Pilihan ketiga pengguna adalah nasi lemak yang memberikan MU/P sebanyak 10. Corak perbelanjaan sedemikian berterusan sehingga semua pendapatan RM10 dibelanjakan. Keseimbangan pengguna tercapai apabila utiliti sut dari ringgit terakhir yang dibelanjakan untuk bihun utiliti sut dari ringgit terakhir yang dibelanjakan untuk barang nasi lemak .

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

4.0

Teori Gelagat Pengguna Menurut Pendekatan Ordinal

Pendekatan Ordinal diperkenalkan oleh Sir John Hicks dengan menggunakan keluk puas sama dan garis belanjawan untuk menerangkan bagaimana pengguna memperuntukkan

pendapatan untuk memaksimumkan kepuasan. Beberapa andaian perlu diketahui berhubung keutamaan pengguna secara lazimnya apabila membuat keputusan pembelian. 1. Pengguna tahu keutamaan mereka dan keputusan pembelian / penggunaan sesuatu barangan adalah mengikut keutamaan ini. 2. Keutamaan pengguna adalah konsisten, tidak mudah berubah. 3. Pengguna lazimnya memilih kombinasi yang memberikan kuantiti yang banyak berbanding sedikit. Contohnya, ada 2 kombinasi, A-5 unit ayam goreng dan 2 unit burger, kombinasi B- 5 unit ayam goreng dan 1 unit burger. Maka, pengguna akan memilih kombinasi A kerana kuantiti kombinasinya lebih banyak berbanding B.

Kepuasan pengguna terhadap kombinasi dua barangan mengikut citarasa dan keutamaan pengguna boleh digambarkan melalui Keluk Puas Sama (KPS). KPS menunjukkan beberapa kombinasi 2 barang yang dapat memberikan utiliti / kepuasan yang sama kepada pengguna.

4.1

Garis Belanjawan barang yang boleh dibeli oleh

Garis Belanjawan menunjukkan beberapa kombinasi 2

pengguna dengan menggunakan peruntukkan atau belanjawan yang diberikan pada tingkat harga tertentu kedua-dua barangan tersebut. Cotohnya, pengguna ingin membeli dua barang iaitu bihun (B) dan Nasi lemak (NL) yang masing-masing berharga RM 2.00 dan RM 1.50. peruntukan belanjawan untuk membeli kedua-dua baranga y ini ialah RM 15.00. berapa banyak B yang pengguna dapat jika kesemua RM 20.00 digunakan membeli B?

10

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Peruntukan Belanjawan = Harga Bihun

RM 20.00 = 10 unit Bihun RM2.00

Dan berapa banyak nasi lemak yang pengguna dapat jika kesemua RM 20.00 digunakan untuk membeli Nasi lemak?

Peruntukkan Belanjawan = Harga Nasi lemak

RM 20.00 = 20 unit Nasi lemak RM 1.00

Kombinasi ditunjukkan di dalam Jadual Puas Sama di bawah. Kombinasi A B C D E F Bihun 10 8 6 4 2 0 Nasi Lemak 0 4 8 12 16 20

11

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Keluk Puas sama kombinasi barangan di atas adalah seperti ditunjukkan di bawah .

(B)

12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 F 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 (NL) E D C B A

12

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Garis Belanjawan boleh berubah jika: 1. Jika berlaku perubahan di dalam pendapatan pengguna apabila ini berlaku, kemungkinan pengguna menambah peruntukan perbelanjaan untuk menggunakan kombinasi 2 barang. Jika pendapatan pengguna meningkat, peruntukan perbelanjaan untuk 2 barang dalam contoh di atas akan meningkat mungkin dari RM 20.00 kepada RM 25.00, dan kombinasi B dan NL akan berubah serta Garis Belanjawan baru dapat diterbitkan yang mana Garis Belanjawan asal bergerak ke kanan. Dan jika peruntukan dikurangkan daripada RM 20.00 kepada RM15.00 akibat penurunan pendapatan, maka Garis Belanjawan asal akan bergerak ke kiri.

Belanjawan ditambah dari RM 20 KE 25 Peruntukan Belanjawan = Harga Bihun RM2.00 RM 25.00 = 12.5 unit Bihun

Peruntukan Belanjawan = Harga Nasi Lemak

RM25.00 = 25 unit Nasi lemak RM1.00

Belanjawan ditambah dari RM 20 KE RM15 Peruntukan Belanjawan = Harga Bihun RM2.00 RM 15.00 = 7.5 unit Bihun

Peruntukan Belanjawan = Harga Nasi Lemak

RM15.00 = 15 unit Nasi lemak RM1.00

13

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

(B)

12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 E F NL 25 D C B A

14

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

2. Jika berlaku perubahan di dalam harga salah satu barangan y. Contohnya harga Bihun naik kepada RM 2.50, maka kuantiti yang dapat dibeli oleh pengguna dengan peruntukan RM 20.00 telah berkurangan daripada 10 ke 8 (jika kesemua digunakan untuk membeli B) Garis Belanjawan bergerak ke bawah untuk B. Jika harga nasi lemak turun kepada RM 0.80, maka kuantiti baru jika kesemua peruntukan RM 20.00 diguna untuk membeli B adalah 25 unit. Garis Belanjawan bergerak ke atas untuk barang B.

Harga bihun ditambah dari RM 2.00 KE 2.50 Peruntukan Belanjawan = Harga Bihun RM2.50 RM 20.00 = 8unit Bihun

Peruntukan Belanjawan = Harga Nasi Lemak

RM20.00 = 25 unit Nasi lemak RM0.80

15

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

(B) 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 F 21 22 23 24 NL 25 E D C B A

16

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Dengan menggabungkan KPS dan Garis Belanjawan seperti di bawah.


(B) 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 F 21 22 23 24 NL 25 E D C B A

17

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Pengesahan dapat dibuktikan melalui pengiraan kombinasi KPS yang tangent dengan Garis Belanjawan. Kombinasi D di dapati tangent kepada Garis Belanjawan. Bukti kiraan, kombinasi D ialah 4 unit B dan 12 unit NL, harga B dan NL masing-masing RM 2.00 dan RM 1.00 dan belanjawan adalah sebanyak RM 20.00. Oleh yang demikian, (4 unit AG X RM 1.50) + (6 unit B X RM 1.00) mestilah sama dengan RM 20.00. Maka, pada kombinasi D, pengguna memaksimumkan utilitinya.

6.0

Perbezaan antara pendekatan Kardinal dan ordinal

Perbezaan utama bagi kedua-dua pendekatan ini adalah :-

Pendekatan utiliti kardinal menyatakan bahawa utiliti dapat diukur secara kuantitatif manakala Pendekatan utiliti ordinal menyatakan bahawa utiliti yang diperoleh seorang pengguna tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat disenaraikan pilihan keutamaan masing-masing melalui keluk puas sama.

18

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

7.0 Kesimpulan Utiliti menerangkan tentang satu konsep yang menjelaskan jumlah kepuasan yang diperolehi oleh pengguna akibat daripada penggunaan sesuatu barangan. Pertambahan penggunaan seunit barangan akanmenyebabkan berlakunya pertambahan kepada tingkat utiliti tersebutyang dipanggil sebagai utiliti sut. Hukum utiliti sut yang bertambahkurang pula menerangkan tentang apabila jumlah penggunaan sesuatubarangan bertambah, utiliti sut bagi penggunaan unit terakhir barangantersebut akan menurun. Maka, secara langsung hukum ini menerbitkankeluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.Seterusnya, pengguna dapat memaksimumkan utiliti penggunaan sesuatu barangan apabila harga barangan tersebut sama dengan utiliti sut. Kegiatan konsumsi oleh seorang konsumen memainkan peranan sentral dalam performa ekonomi suatu Negara. Suatu kegiatan konsumsi yang relatif tinggi terhadap pendapatan mengidentifikasikan bahwa pelaburan yang rendah dan pertumbuhan yang lambat dan penghematan yang tinggi dan pertumbuhan cepat. Oleh kerana itu sesuatu hal yang

sangat penting untuk mempelajari perilaku konsumen guna memahami baik bisnes jangkapendek mahupun pertumbuhan ekonomi jangka-panjang. Dalam jangka pendek, kegiatan konsumsi merupakan komponen utama dari keseluruhan pembelanjaan. Terdapat sejumlah faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan pola konsumsi pada seorang konsumen untuk mencapai kepuasan maksimum, mulai dari perubahan pendapatan, harga barang dan substitusi serta faktor lainya dan ketika konsumsi berubah secara tajam, perubahan itu mungkin mempengaruhi output dan lapangan kerja melalui dampaknya tehadap keseluruhan permintaan.

19

BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

2013

Rujukan Norehan Abdullah, Munzainah Ahmad Samidi, Jamal Ali, Zalina Mohd Mohaidee, BBEK1103 Microeconomic, 2011, OUM. Teori gelagat pengguna : http://www.scribd.com/doc/64241533/1-TEORI-GELAGATPENGGUNA Teori gelagat pengguna : http://www.scribd.com/doc/101418516/RI-Prinsip-Eko-0708Repaired Teori gelagat pengguna :http://www.scribd.com/doc/7497120/TEORI-GELAGAT PENGGUNA Nota Topik 5 :http://www.slideshare.net/wanbk/mikroekonomi-topik-5

20

Vous aimerez peut-être aussi